Hari sabtu itu hari, bawak kuan pi graduation day, tadika Pasti kekdahnya. Majlis berlangsung kat dewan skola cina kat spring hill sana. so cam jauh la jugak. Kira majlis ni adalah disambut bersama sama dengan tadika dalam kawasan jajahan yang sama. so banyak la tadika Pasti yang lain juga turut serta. Majlis nya stat kul 1400, so gigih la dah sampai awal lalu pos pos cantek kat situ.
*Macam kan YB ni, siap tangan kat blakang*
Oh Ibam ngan Jalina kenot bawak ikhwan sbbnya sibuk dengan majlis kahwin adik jalina, so makcik pakcik ni la yang hangkut bawak pi. Ikhwan pun tgh demam tapi gigih la jugak nak pi. No worries atuk dah kasik ubat demam pagi pagi sbelum pegi. Insyaallah sihat la tu nanti.
*Banyak kosi kosong lagik, yang smangat dah sampai minit pertama*
*pak long kenapa lambat sangat, err paklong pon tak tau nak jawab apa dah*
*Pertama amek hadiah no 2 dalam kelas 4 thn (gambar smua kelabu asap sbb tukang tangkap gambo malas nak bangun, amek gambar sambil duduk je)*
*kedua amek hadiah kehadiran marvelous, dahsyat (Yang tudun pink ponk tu adalah cikgu besar tadika ikhwan)*
*Belum sempat majlis abis, cikgu nya dah pulangkan ikhwan kat mummynya, adik kata, cikgu suh bawak balik dah demam*
Sementara nak nunggu abis majlis, paklong dah larikan diri pi makan marry brown, dah kelapar tahap naga tasik chini, pastu kendian adik ngan kuan nyusul lalu berjumpaan di marrybrown pula dan makan.
Sekian cerita majlis kombokesyen bebudak tadika. Sila belajar rajin rajin yer kuan, takmo memonteng skola. Akhir kata selamat maju jaya dari paklong.
Farid kata: Next entri pls