Wednesday, September 21, 2016

Dari Genting ke Cameron pulak

Haaa merujuk pada tajuk di atas, dari Genting gigih drive ke Cameron plak. Gue, kemal ngan shil satu kete. Adik, wahab, ana ngan is satu kete, tp mereka ke KL dulu karna is ada urusan kantor yang perlu diuruskan. So kami saja lah yang stret dari Genting. Ikot batang kali segala sampai jua akhirnya. Nak kata jauh tu tak de la sangat, mungkin sbb on the way duk bincang pompang pompang masalah dunia. Jd nya tak terasa lama benar lam kete. Sampai je terus ke cameron valey, minum teh je pun takde makan makan, kemal sibuk berselpi bagai, pastu perjalan di teruskan.

*Macam budak kolej pi lawatan sambil belajar plak*

Mula cam nak trus cek in, tapi kekdahnya ikut kan tak masuk waktu lagi, tapi cuba nasib je la. kut la dapat ke kan, tetiba nasib menyebelahi dapat la masuk awai sikit ja. Dah amek konci segala, Ana and the king sudah pesan sama shila mambu, pi beli sayur sayur tuk bikin steambot ke apa ntah, so shil mambu mengikut perintah, lalu mencari sayur lah kami di kea farm tersebut, pastu terus la pi Boh sungai palas. Dah sampai, dah duduk, order lalu telan air teh untuk kesekian kalinya, sambil tunggu mereka mereka yang dari kl pula. Tetiba adik kol, katanya pagar kat bahagian depan tempat boh tu sudah tutup, katanya tak leh masuk dah, tempat ni nak tutup. Sekian wasalam je la.

*pegang talipon sbb tgh nangkap pokemon, punyalah hidup tak bermakna sangat, pastu msg kak tin, kasik update apa yang dapat ditangkap pada hari berkenaan*

Pastu dah nak buat apa pon kan, terus ke je la ke tempat penginapan. Berjumpaan mereka disana. Sampai sana, Ana and the King ngan Shil mambu tgh sibuk masak, is tgh beristeri berehat kat depan tibi, tapi gue, adik, wahab ngan kemal duk mengerjakan belon segala dalam bilik, kata seprais parti kan, so kene buat sorok sorok.Tgh meniup skali melethop belon ko, dengan harapan ana and the king ngan shila mambu tak dengar lah, walaupun dapur bebetul depan bilik operasi tu je.

Pastu malam menjelma, Ana and the king saspek hanya sambut birthday shila mambu sahaja, walhal nk sambut birthday beliau sekali. Shila di halau ikot Is pi beli satey lalu kami siap siap segala. Skali shila mambu balik, pakai kan mahkota (datok bida sangat) dan nyanyi lagu birthday, pakaikan mahkota tuk ana and the king skali sudahnya. Terkejut kera lah beliau. Potong potong kek, lalu makan, dan agenda seterusnya, moh main game. Malam sbelum tu pun kami main game gak.

Tapi malam berkenaan kami main game teka bibir dan teka lukis, matik la huru hara. Smua kelaut. apa apa pon selamat hari jadi diucapkan pada shil mambu dan ana and the king. Smoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rejeki.

*Gambar ni patot kat bawah, tp tercampak kat atas plak, muka abdul wahub sebesar rumah kooo*

Dah bersorak, smua tido, esok bangun bekpes apa smua trus cek out. Sempat singgah cameron valey tuk minum minum ngan lavendar apa ke nama ntah, bergambar segala. pastu kea farm lagi skali beli segala mak neka buah tangan katanya dan menerus kan lagi perjalanan tuk pulang ke pangkal jalan.

*ni kulit album solo kami, tajuk album dia adalah -Abdul wahub berseluar pendek macam apek cameron bersama Is yang mencari burung terbang bersama kemal berselipar Jepun Featuring farid terkangkang buasir, jangan lupa dapatkan ia itunes*

*Hazab yer nak selpi group gini, fon tak canggih gamaknya*

*ni kulit single kami kedua bertajuk -kejelitaan palsu dari cahaya terang benderang hak milik setiap insan, jangan lupa dapatkan di itunes yer*

*tips nak beli talipon hebat, try camera nya dulu, sbb kamera fon yang hebat adalah camera yang dapat membuat kan muka kelabu asap cam muka gue nmpk berseri seri seperti datok bida, (baling mahkota)*

Itu lah sahaja perjalanan yang cerita nya macam berjalan sepurnama lamanya. Dah lama tak menaip, tetiba rasa cam laju nak abiskan cerita, punyalah gelojoh. Semangat putri santubong menaip tak mari lagi, kene warm up dulu, lari setempat 7minit, yoga lima minit, push up 20 kali pastu baru menaip. Apa apa pon looking forward for next birthday trip lah yaw. Babai

Farid kata: Nak request pi River Safari singapore lah tuk harijadi beta. k bye

Tuesday, September 20, 2016

Genting pon jadik lah

Rasa cam dah lima nam dekad tak update blog. Yer malas, pastu sibuk main game, pastu sibuk pindah umah bagai. Ni ada kesempatan kasik cerita la yer. Adik mempunyai perancangan nak nyambut hari jadi shila ngan ana, jd nya moh la kita pi jalan jalan. Ahli ahli terlibat, gue, adik, kemal, wahab, is, ana dan shila mambu. Maka bertolak lah kami ke Genting dan tido satu malam di sana.



Pastu dah cek in, rehat sebentar bersama kitkat, pastu adik slaku ketua rombongan kata nak pi naik ke atas guna kete kabel plak. Baik lah, lepas maghrib, berduyun duyun lah kami bergerak ke kete kabel. Gue, kemal ngan shila satu kete kabel, adik, wahab, is ngan ana satu kete kabel.


Pastu dah sampai atas nun, cam biasa la mana je nak pi, dah smua tempat banyak tutup. So pusing masuk kedai baju sudahnya, jadi la kan. Pastu putar punya putar abang halim, jom je la pi minum stabak. Dah minum bergambar moh la turun, kekdahnya esok dah nak berangkat ke destinasi seterusnya.



Dah kenyang dan senang hati, moh balik, kali ni smua sumbat dalam satu kete kabel. Sonang. balik umah cuci muka, terus tidoran. Ater penat katanya. Ok sambung

Farid kata: senang betul update blog skang ni, main amek syarat je. sumbat dua tiga gambar, taip taip ikut sepatah kata, trus jadi satu entri. Kelassss oiiii

Friday, May 27, 2016

Sekali harung

Lama oh tak tulis, terlupa ada blog agaknya. Ok skang nak cerita. bermula gini......

*Telan liuq la pula bilamana menengok gambar ni semula*

Haaa pada korang yang ada mai PD, pi makan kat kedai pakcik tiger kat kem askar batu 4, kedai nya jual menu kelantan, like nasik kerabu, nasik dagang, laksam dan macam macam lagi. Ngapa panggil pakcik tiger? sbb dia ada kucen nama tiger. mihmihmih


*Pengaruh ayam goreng adalah dari kemal, sbb slalu paw ayam dia*

Pastu, dah dua minggu gue berpindah duk Sendayan, dah dua minggu jugalah menaiki komuter kekdahnya. So bila balik keje mmg nak makan dan tidur, selain nak main game juga huhu. So tempat yang biasa dan mudah nak makan adalah Railway Kopitiam. Tempat cozy, menu banyak, dan paling senang sbb dia in between rumah dan stesen komuter. So senang.

*disebabkan rak tv tak sampai lagi, dan orang astro dah mai nak pasang, balun je la meja yang ada dulu*

Last week dah mula cuci rumah kemal dan ngangkat mana mana barang yang perlu. Lalu memasang few things bagai. Nk tertanggal segala tulang rusuk kekdahnya.

*dah selesai di rumahkemal, moh balik PD balik, banyak benda nak dikerjakan kemudian hari*


*hai lah akuarium oi, gue jadi dalam dilema nak memindahkan nya camna ni, (capai mic nyanyi lagu nora, di persimpangan dilema)*

*Hangkut dua tv skali harung, sapa kata myvi tecit?!*

*membeli baldi segala nak mencuci umah kekdahnya*

Sekian sahaja laporan tuk berminggu minggu yang lepas. Dah tak tau nak cerita apa sudahnya.
bye bye
see ya!

Farid kata: Now i know where im standing, thank you.

Tuesday, April 26, 2016

Lari dan makan

Lari dan terus lari, bila nak start workout pon tak tau lah

spertimana yang khabarkan, Glaceau vitamin ni mmg murah kat tesco, rambang mata jadinya

Memula plan nk bikin spinach mushroom with sauteed sauce tp takde haevy cream pula. jadi kita masa sahaja, mushroom adalah shiitake, sbb gue penggemar shiitake. walaupun rupa ia tak berapa cantik, tapi percayalah sedap lol

Dua minggu tinggal tank tak bercuci, tp amazingly alga tak banyak, dan yang paling mejik, all brown algae kat daun dah hilang. sungguh menakjubkan.

Panjang cerita nya perjalanan tank co2 ni. Kesian ia. Tapi takpe, nanti kita guna yer.

farid kata: tak lama lagi dah boleh pindah rumah :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis