Tuesday, February 13, 2018

feb04- 2 Muzium dan makan

Ok sambung lagi, bangun pepagi mandi manda trus pi bekpes lah. banyak juga menu kat TH ni. Dari menu kedahan hingga ke menu baratan. Baguih. So makan lah sekenyang kenyang nya. Sebelum memulakan hari anda.



Destinasi pertama tama adalah muzium padi. memulakan, gue ingat muzium ni tgh kota raya, pastu kemal tgk peta gue drive, pastu gue cakap ngan kemal, apa ke dah masok kekampung kampung ni plak, betui ka ini? bkn muzium nya kat tgk bandar kew? pastu kemal kata ha betui, sbb sign board dah sesepah tu tulis muzium padi. pastu haa sib baik betul, tapi pikir pikir balik, betui la gak duduknya tgh tgh bendang, dah nama muzium padi kan, takkan nk letak tgh sungai plak kut?


Bayaran tk ingat plak acik, nnt korang google je la kalau nak pegi. bangunan ia adalah besar dan ada lah berbagai seksyen. Tapi ada satu seksyen tu cam kekaguman jugalah. di cam naik tangga pusing hingga atas skali kan, pastu naik tangga tu cam daki bukit la kut, pastu ko sampai kat atas skali cam puncak. Lawa pemandangan walaupun lukisan sahaja.

ini adalah lukisan

Part yang paling gue jakun, platform yang kami berdiri tu boleh berpusing ok, perlahan la but still canggih. Gue ngan kemal, cam fuyohhhhhhhh boleh pusing wei. Adik yang jaga bahagian tu mesti berkata dalam hati, "mana hutan la mamat dua ekoq ni mai kluar?"




Pastu dah settle muzium padi, kita pi muzium negeri plak, letaknya hampir ke tengah town. Masa kami sampai takde orang. Ok la kan senang dan aman, pastu  takde bayaran pon, masa nak masok, sorang pakcik ni kata "dilarang amek gambar yer dik", gue ngan kemal pon cam akur je la. Skali masok dalam, omg so creepy u know. Seram la jugak walaupun masa tu tgh hari rembang. tak tau sbb apa rasa seram, tapi mmg seram, meremang bulu mata. pastu cakap ngan kemal dah la jom kluar, ni usah kata nak bergambar, nak bernapas pun rasa tak berapa nak napas. Tu je trus zas kluar, sib baik free. mihmihmih


Dari muzium dah dekat ngan pekan rabu, so zass. Pusing pusing beli makanan je pon, pastu lalu semacam food court lalu singgah makan soto, walhal baru pas bekpes ni, tapi my tekak is kenot tahan u know, the smell so menggoda, like mari makan farid mari makan farid, gitu. Pada yang pi pekan rabu tu singgah la tmpt makan ni, sedap hoi.





Pastu rancang nya nak pi makan gulai kak Yang kat Kola Kedah, pastu dah sampai destinasi cam payah pula nk parking, cam sesak sikit la, pastu cakap ngan kemal moh la kita balik town semula. Pastu masa dalam perjalan nk ke town tu lalu jalan kiri kanan bendang, kecik uolls, jalan tu plak punya lah jauh like 5 ke 6km, berdebar debar takut berselisih mau terjerumus ke dalam bendang pula nanti. Pastu bonus nya kete gue adalah jentera kaut padi tu, owh mai, besar dan penuh lumpur. abis jalan lumpur disana sini, gue pun menggunakan skil yang ada utk elak elak lumpur yang merata. Ujung ujung sampai jalan besar, hamek bersalut terus smua tayaq ngan lumpur, skil lah sangat. dan secara mejik kebetulan ada car wash berhampiran, terus je cuci. Bukan apa tuan tuan, lumpur tu beserta batu batu kecik dan bila gue jalan , batu batu itu mentepelanting kan diri nya ke kereta belakang pula, sian kete belakang, lalu sbb itu lah gue terus cuci kereta lalu membuang segala batu dan lumpur itu.

Dari bendang tetiba ke laut pula

Pastu end up makan lunch kat Nandos Aman sentral sudahnya. Yer nandos, kemal suka nandos. So zass kan je. pas makan pi H&M pi beli sluar tuk acara mandi mandian esok hari nya.


Dah kenyang makan ayam, Balik TH berehat lalu sambil sambil pikir nak makan apa. Pastu gue tringin nak makan satey, so pegi lah kedai satey yang disyorkan oleh kak tin. Kemal amek satey arnab, gue nak satey perut. Alhamdulillah licin. Oh one more thing, kalau order air buah, cawannya besar yer, sesak napas nak abiskan.



Disebabkan dah lunch awal jadi boleh la tido awai sikit, sbb esok pas bekpes nak cek out dah, lalu menerus kan perjalanan ke destinasi terakhir.

Farid kata: Membuli saja keje kamu yer, tak baik la

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis