Tuesday, June 28, 2011

Budak Darjah Enam

Dalam banyak banyak darjah, gua paling suka masa gua dalam enam. Kelas gua paling hebat, walaupun kelas no 2 pandai. Rakan rakan kelas gua paling hebat dalam sekolah waktu tu. Adik lelaki gua darjah empat waktu tu. Tapi dah cukup taiko. Di sebabkan dia, gua terpaksa jadi penolong rumah sukan, di sebabkan dia gua terjebak main hoki lawan kelas.

Guru kelas gua anak dara, anak mami. Gincu melekat kilat kalau mengajar. Kelas gua hebat sebab tiap tiap rangkul anugerah kelas paling cantik, sampai kelas lain dah malas nak lawan. Kelas gua gempak sebab banyak pokok pokok dan kelas kaler purple.

Kelas gua ada amirul, saiful, pian, raja, hafiz semua atlit sekolah waktu tu. Tapi gua bukan atlit. Disebabkan lambakan atlit, kelas gua selalu bolot hadiah bila taim sukan. Kelas lain panas. Ezany, Izuddin, Fadhil geng gua merepek dalam kelas. Gua terjebak main hoki walaupun gua tak pernah pegang kayu hoki.

Walaupun gua tengok bola hoki melantun laju, gua bantai pas je kat kawan gua. Nama gua nak jaring gol, kirim salam je pada penjaga gol je gua mampu. Jerit pekik gua memang handal. Kelas tambahan gua tak pernah missed. Pasal tu gua cemerlang masa UPSR.

Kisah budak darjah enam yang beruntung.

Pesanan farid: Mana pergi budak budak ni skarang

Monday, June 27, 2011

Adele - Don't you remember


Adele- Don't you remember

"But don’t you remember, don’t you remember?
The reason you loved me before,
Baby please remember me once more."


Pesanan Farid: Gua sayang benar dengan lagu ni

tumpang tumpang

*Super laju, kalau lu orang naik pegi kerja, punch kad lu orang tak pernah merah*

Sabtu tiba, gua mati akal. Rancangan tak mahu bersuka ria. Mahu jadi insan yang berhemah. Gua harap tiada lagi pembaziran. Demi sahaja mendapatkan pakej pelancongan ke luar negara awal tahun hadapan, gua nekad untuk menabung lebih. Biar gua sekat mana mana yang patut. Gua jadi rela. 

Gua termanggu manggu tiada arah di hujung minggu. Member gua phewit sama gua mau balik kampung dia di Tampin. Molek benar, gua pun belum pernah sampai Tampin sana. Gua setuju, terus capai backpack gua mula packing baju. Bawa mana mana yang penting sahaja. Tiada komputer riba, tiada kamera beresolusi tinggi. Semua memberat dan membebankan.

*Gua jadi tak tentu arah tengok pokok jagung yang banyak*

Tak main la memandu, hidup tak mencabar. Kami naik bas. Baru benar benar melancong. Dekat rumah member gua ni ada ladang jagung. Mau makan jagung pun senang. Petik petik ikut mana suka, balilk boleh rebus. Gempak habis. Tapi gua kurang like sama jagung, sorry jagung gua tak love u sama macam gua love kek cawan. Cinta mati gua hanya pada kek cawan red velvet sahaja.

*GCB, gua memang mengidam dari anak sulung dulu*

Dua hari satu malam gua kat sana, gua happy. Sunyi sepi, hanya gua dan ipad gua sahaja. Paling paling gua main api bakar sampah sama member gua, tangkap lipan besar, jalan kaki pegi kedai sambil balik makan aiskrim dua puluh sen, tahan buang air besar malam malam sebab takut jamban di luar rumah,  Bukan senang dapat peluang begitu. Sedih pula gua babai sama mak member gua. Nanti gua free, gua lawat makcik lagi. 

Balik kl, singgah kl sentral, makan GCB, Nikmat yang sukar digambarkan.  Member gua rembat YES punya broadband prepaid, gua layan main ps3 kat situ. 

Pesanan Farid: Gua juga mahukan kampung!!

Friday, June 24, 2011

Gua duduk pandang kasut

Satu malam gua pakai jaket smart smart, gua sembur perfume tiga kali. Gua fikir nak pakai kasut apa. gu jalan laju laju sambil dengar lagu Lady gaga. Sampai LRT stesen gua beli tiket ke klcc. Gua tunggu sampai tren empat koc baru gua naik. Gua berdiri belah tepi pintu sambil pandang luar, fikiran menerewang. Sampai satu stesen mamat cina naik, bertatu di lengan. Ganas, muka garang. Tapi malangnya sanggup berebutkan tempat duduk dengan seorang makcik. Manusia oh manusia.

Sampai lrt muka gua agak kelat. Macam biru biru pun ada. Member gua sudah tegak berdiri sebelah kaunter maxis sambil main angry bird di ipod. Gua dah depan dia pun dia buat derk. Lagi tambah kebiru biruan muka gua. Gua hoi kan dia, baru perasan.

Sambil jalan sambil gua lilitkan tali earfon gua pada ipod. Dari jauh gua sudah nampak papan tanda Nandos. Gua buat buat muka biasa, sebab gua tak berapa gemar nandos. Lima kali melawat, lima kali gua makan free. Termasuk ini jam pun gua makan free.

Restorennya sesak, hiruk pikuk dengan suara orang. Ada yang tengah lambai tangan, ada yang menjerit mengawal tingkah laku anak. Member gua tunjuk isyarat peace pada waitress yang cun tu. Isyarat tempat duduk untuk dua orang. Waitress tu senyum terus melambai lambai bereti ada tempat kosong.

Nun dihujung sudut kedai. Sebelah kiri gua, dua orang makcik yang rancak berbual hal rakan sekerja di pejabat, sampai terjuih juih muncungnya bercerita dan sambil menjeling pada gua, takut takut gua ni ejen penyiasatan upahan rakan sekerjanya.

Sebelah kanan dan hanya terpisah dengan dinding lobang lobang, adalah sepasang kekasih yang bercakap seperti membuat pengumuman. Pasal kad kredit, pasal kelambu, pasal dapur minyak tanah smua cerita. Gua pekakkan telinga. Gua pandang menu gua. Gua belek satu satu, ada set cecah RM185? hidangan satu reban ayam gumam gua dalam hati.

Gua mau makan 1/4 sahaja dengan teh o ais limau. Perasaan gua gundah gulana. Member gua buat muka selamba. Sambil humming lagu lady gaga. Gua duduk tegak sambil kaki kuis kuis bawah meja. Makanan tiba, gua kerat kerat ayam tu, macam ayam tu dah buat salah besar pada gua.

Gua sumbat cebisan ayam, nasi dan koslo serentak sampai penuh mulut gua. Nak kunyah pun macam mustahil. Member gua dah pandang paiseh gila. Gua jeling dendam sama dia, sambil mulut penuh gua cakap "lu pandang apa?" member gua geleng kepala lima kali. Itu jam gua dah rasa macam ada yang tak kena dengan perut gua.

Teknik sumbatan rakus berlangsung selama tiga minit. Cukup lima minit, licin pinggan gua. Gua hirup ice lemon tea tu sampai separuh. Gua pandang kiri kanan, sambil kaki gua sambung kuis bawah meja. Member gua makan dengan muka selamba. Dua makcik belah kiri gua dah pandang paiseh sama gua. Gua jeling sekali, terus mereka pandang tempat lain.

Tiba tiba gua berdiri tegak, member gua toleh "pehal lu ni? Lepas makan nak berkawad?". Tiga kali gua geleng kepala, "Gua nak pegi toilet untuk kali keenam sejak dari rumah" Terbarai ketawa member gua. "Lu diam" balas gua tegas, muka dah biru air laut. Terus berlari gua keluar.

Tu je.

Pesanan Farid: patutnya tajuk kali ini adalah "Gua yang cir bir"

Wednesday, June 22, 2011

Hero mejik

Gua suka hujan rintik rintik. Bila tiup kene muka lu. Satu dunia tahu lu basah. Bayang bayang petang dengan bintang muncul, tak de siapa mahu lap air mata lu, kering macam tu je. Gua boleh pegang tangan lu untuk beribu tahun. Gua tahu lu belum putuskan apa yang ada dalam fikiran lu. Jangan risau gua takkan silap.

Gua tau dari mula gua jumpa lu, gua tak pernah teragak agak. Gua jadi lapar, gua jadi tak tentu arah, kadang kala gua karaoke tanpa nafsu, tapi suara gua tetap sengau. Ribut mengganas, ombak bergulung. Tapi gua boleh berdiri. Memang ajaib.

Dalam perjalanan jauh, gua senyum, tengok lu pun senyum. Petang tu angin liar bertiup laju, sekadar amaran, lu takkan jumpa orang macam gua. Gua akan pastikan mimpi lu jadi nyata. Sampai hujung dunia. Gua hero dalam cerita ini.

Pesanan Farid: Kalau bikin drama pasti hits mengalahkan drama bersiri kat tivi.

Tuesday, June 21, 2011

Si malang yang hebat

Sebelum gua pergi kerja gua terkial kial membuka tali kasut yang semalam berpintal pintal. Sifat kesabaran gua semai dalam diri gua supaya gua tak naik minyak di pagi hari. Tatkala berjaya meleraikan tali kasut itu gua ikat semula kemas kemas dan tersenyum puas. Gua sempat pesan pada adik sedara gua "man, ko jalan buka mata tu kang jatuh tergolek pula turun tangga dalam gelap" pesan gua pada aiman sebab dia suka pakai kasut dalam keadaan tutup mata dan dia bukan seorang yang buta.

Gua capai beg dan ipod gua buka pintu rumah. Sambil sambil tu gua pilih lagu yang ingin didengari dan di masukkan dalam playlist. Ini pagi mood gua hepi, jadi gua pilih lagu lagu rancak. Gua turuni tangga, lepas dari separuh anak tangga, kaki gua tak sempat cecah lantai gua hampir meyembah bumi dan demi sahaja kehebatan gua, sempat berpaut pada pemegang tangga. Sila kagum. Tapi hentakkan kaki gua bergema seluruh flat.

Sakit juga pergelangan kaki gua masa tu. Tapi gua act cool. kat bawah, ramai pula muda mudi, ada lelaki ada perempuan, semua tenung gua. Nasib baik gua tak melatah, pasti bergema satu flat juga. Gua kontrol cool untuk kali kedua, muka selamba macam baru lepas buang air besar. Rilek je.

Gua jalan dengan penuh keyakinan menuju ke LRT stesen, dan secara mejiknya, gua turun tangga yang tinggi dan hampir jatuh untuk kali kedua dalam masa sejam. Fuh gua pandang kaki gua, gumam gua dalam hati "tak pakai tumit tinggi pun, tapi kenapa asyik nak sembah bumi?" gua lalok ke? tidur cukup, gua tak mabok malam tadi apatah lagi pagi pagi ni.

Dan selepas itu gua extra hati hati supaya tak terjungkang untuk sekian kalinya.

Cerita malang tak tamat disitu. Sesampai ofis gua baru teringat  gua ada pesan pada member gua suruh simpankan jaket kumpulan hujan gua. yer gua memang wanabe pada kumpulan hujan. Tapi bila gua tanya member gua, dia bantai simpan jaket pegawai kebakaran gua plak, haram benar. Mungkin sudah kene rembat jaket gua, nak buat macam mana. Gua senyum redha. Beli je lah yang baru. Rupanya member gua mau prank sama gua. Nasib baik kaki gua sakit kalau tidak, terima la flying kik dari gua dengan ingatan tulus ikhlas. Tahniah lu orang berjaya prankkan gua, tapi malang gua tak menggelabah pun.

Terbakar, terbakar, terbakar

Pesanan farid: Nasib lah nasib

Monday, June 20, 2011

Pesen pesen tak reti bahasa

Sedang gua lepak lepak waktu lunch berangan angan dengar lagu starlight tears. Gua dikejutkan dengan jeritkan "farid! macam mana mau bukak projektor ni" berdesing seround telinga gua, bergegar gegendang telinga. Potong sungguh. Gua bangun capai remote sambil mempamer riak muka badak. Gua on. Lu nama saja ada pangkat, mau on projektor pun tak reti, budi bahasa apatah lagi.

Gua sambung duduk, sumbat telinga sambung dengar lagu tadi yang memang sudah gua setkan ulang ulang lagu yang sama. Gua raba poket ada kotak rokok. Ok cun, mau pergi merokok, ketagihan sukar dielakkan. Puas merokok, gua masuk balik ofis, gua senyum seorang seorang. Arakian gua melintasi bilik meeting, tiada orang, lampu terpasang, projektor on, wayar bertaburan. 

Elok hati gua sudah suam suam sebentar tadi, terus jadi meluap luap balik. Gua mencarut dalam hati. Sudah tak jadi meeting, lu bikin onar pula dalam bilik meeting. Gua senyum tak berapa ikhlas, gua pura pura tiada perkara yang berbangkit berlaku. Gua off mana mana yang patut, gua susun wayar balik. Walaupun hawa dingin pejabat gua ini sejuk, tapi gua tetap rasa bahangnya lain satu macam. Hati gua terbakar.

*Lebih kurang ini macam la hangat hati gua waktu itu, gempak kan?*


Pesanan Farid: Panas dalam lagi bahaya, boleh menyebabkan demam.


Makan percuma dan insiden yang tidak diingini

Rezeki gua memang murah, asyik orang keliling belanja makan sahaja. Alhamdulillah. Minggu lepas makan free sempena hari jadi adik sepupu dan pakcik gua, makan makanan barat pula tu. Rezeki rezeki. Lepas tu member gua belanja makan Olio waktu lunch rezeki lagi. Baik hati orang keliling gua. kalau makan makan free itu jam gua memang balun dengan ikhlas. Jangan khuatir.



Abis cerita pasal makan gua buka cerita pasal insiden sadis di petang hari pula. Satu petang gua mau pulang ke rumah ku syurga ku. Dalam tren gua sibuk sibuk mahu taip msg. Sebelah tangan gua pegang beg, sebelah tangan pegang henpon. Gua memang yakin ketika itu.

Gua memang hebat buat akrobatik begini. Bila nak jatuh, gua gelabah sendiri. Lepas lepas tu gua rilek, riak muka profesional. Walau nak jatuh dan gua berjaya tahan dari jatuh, gua tetap meneruskan niat taip msg tatkala tren sedang berjalan. lu memang hebat la konon.

Selang satu station, dengan keadaan sunyi sepi, dengar pun deruan enjin tren tersebut, tiba tiba gedebuk! bergegar satu tren, Seorang awek yang bisa gagah juga badannya dari gua, rebah menyimpuh ke lantai tren tersebut. Gua terkejut bukan kepalang. Muka gua pelik sambil kerut kerut muka. Awek tu merah padam sambil terkial kial bangun di bantu orang ramai.

Yang lain ada yang tutup mulut, ada yang tutup mata dan ada juga tutup muka dengan surat khabar menahan dari terburai hilai ketawa masing masing. Nak buat bagaimana lagi, tahan sahaja malu disitu.

Gua terus tutup hp, gua sumbat secara tergesa gesa dalam beg gua, dua dua tangan gua genggam kemas kemas tiang pemegang. Gua takut jadi mangsa sterusnya.

Pesanan Farid: wahai awek keadaan fizikal yang gagah dari gua, gua tau lu memang hebat, tapi gua rasa perlu berpaut pada apa apa semasa menaiki tren. Bahaya. Sila impress ngan balak cam gua.

Sunday, June 19, 2011

Sampul surat bintang kecil kecil



Dalam sampul surat corak bintang kecil kecil ada kertas bentuk hati. Semua dalam angin yang suam suam. Lu dapat rasa? Sepanjang perjalanan lu berbisik dengan intonasi membebel. Gua lukis muka lu dalam kertas putih. Gua suka bentuk senyum lu.

Tutup mata pun gua nampak lu senyum. Gua tunggu lu, gua tetap akan tunggu. Bagi tau gua kalau lu nangis tahan sakit. satu macam penipuan, gua takkan lepas. Sekarang pandang gua. Pandang gua macam meteor yang nak jatuh. Gua akan senyum, gua akan senyum sampai bila bila.

Dulu lu main piano dan menyanyi dalam keadaan terpaksa, lagu hepi jadi lagu sedih. Gua selalu pesan, hidup singkat tak sempat rasa nak sedih. Tapi lu tetap nak sedih. Bila gua minta maaf lu kata gua selalu buat salah. Sekarang lu macam garam, gua macam katak. Tertonggeng katak tahan sakit bila kene garam.

Dan sekarang katak cuba lari pada garam sebab dia tahu garam itu sakit. Gua buka pintu, gua pakai kasut kerja kemas kemas, gua melangkah penuh keyakinan. Gua tinggal semua yang gua fikir semalam di rumah, sikit pun gua tak bawa pergi kerja. Sampai di pejabat gua senyum, gua tahu itu senyum sekadar sedapkan hati, tapi gua tetap senyum dan kadang kala gua gelak.

Sampul surat corak bintang kecil kecil gua dah simpan semua dalam kotak warna hitam. Gua sorong kotak bawah katil.Sekarang gua rasa baik baik saja. Gua memang raspek sama lu sebab ada kuasa luar biasa. Mampu buat gua tak keruan macam ayam hilang anak.

Sekarang gua ok. Senyum

Thursday, June 16, 2011

Dah tak percaya, banyak lak bunyi lu

Tengah gua terhangguk hangguk tahan mengantuk, gua belek belek blog lu orang. Sambil belek sambil gua terhangguk tahan mengantuk. Gua pegi jamban basuh muka, gua hisap rokok sebatang. Gua masuk ofis balik.

Gua sambung layari blog lu orang. Gua stop kat satu blog ini. Blog yang memapar perkara pelik dan aneh. Ada video, ada gambar.Gua belek belek, gua kerut kerut muka. Sampai satu video hantu. Gua teringin sangat mahu menonton. Jadi gua tekan butang play. Tunjuk tangkap hantu. Memang gempak habis.

Gua tak rasa orang orang dalam video itu mahu membuang masa untuk buat video yang penuh pembohongan. Gua tak rasa mereka sanggup membazir kan 4:27minit dalam hidup mereka untuk buat video pembohongan.

Gua tau semua ada hak untuk memberi pendapat. Tapi biarlah dengan cara yang sesuai. Gua marah bukan main dengan pengkomen pengkomen blog itu, seolah olah tuan punya blog pula yang menghasilkan video tu, walhal tuan blog pegi rembat ntah mana video tu.

"ahh ni semua bohong la"
"kenapa rupa penanggal cam topeng je"
"Tak seram pon"

Lu orang bayang kan la, lu orang bersungguh cerita pasal hantu pada geng geng, lepas tu geng lu paiseh sama lu kata cerita tipu. Lebih kurang begitu. Jika benar benar tidak mempercayainya sekali pun, gua rasa lu tak perlu la meluahkan dengan kata kata begitu. Bukan tuan blog paksa lu orang percaya.

Gua capai hp dalam laci tingkat pertama sebelah kiri gua. Gua kontek zul, gua mau makan mee goreng mamak tak pedas bersama telur mata. Tapi mee goreng tersebut bukan di goreng oleh mamak, mamak pada namanya sahaja. Sambil gua tunggu, gua pekena sebatang rokok lagi sambil bersiul siul. Gua mengantuk semula.

Pesanan Farid: Gua takut cicak

What the hek?!

"Pembeli rumah di kawasan cerun dan lereng satu pelaburan yang sangat menguntungkan"

Lu orang rasa apa yang salah dalam ayat diatas?
Ini semua ayat ayat makhluk yang bertuhankan wang ringgit.
Wang ringgit didahulu kan, nyawa di abaikan.
Kadang gua pun naik hairan. Apa hebatnya rumah di cerun bukit?
Dapat pemandangan yang hebat? Rasa hebat sebab kawasan rumah lu bukan di kawasan flat bandaraya?

Secara peribadi, gua rasa lu orang bayar ratusan ribu ringgit seolah olah lu orang bayar upah orang untuk ambil nyawa lu orang begitu sahaja.
Gua tahu gua memang tak kacak, gua tidak ada kereta sukan seupama BMW X6, gua tiada isteri yang cantik macam miss malaysia. Tapi gua masih punya akal.

"Jualan panik para pembeli rumah di kawasan cerun setelah kejadian tanah runtuh"

What the lancut. Sudah labur sampai ratusan ringgit dan seterusnya nak jual dalam keadaan panik pula?
Apa sudah jadi? Sudah pasti lu orang tidak akan untung.

Satu lagi bukti menunjukkan manusia mudah dimanupulasi. Ini serius

Pesanan Farid: Nasib baik gua tidak berkemampuan beli rumah lereng, atas bukit mahupun atas gunung. Beli rumah di tanah rata pun belum tentu.

Wednesday, June 15, 2011

Lagenda pelari pecut

Zaman gua darjah darjah dulu, mak gua selalu tugaskan gua pergi kedai beli santan, garam, tepung dan macam macam lagi. Jarak rumah gua ke kedai dalam seratus meter lebih. Memang ngam soi untuk gua menguji diri gua sebagai pelari pecut.

Makin hari gua rasa gua makin hebat. Makin hari makin pantas gua sampai ke garisan penamat. Gua bangga dengan diri sendiri. Zaman darjah darjah dulu pun gua selalu main galah panjang, kejar kejar dan nyuruk nyuruk. Hebat tak hebat menyuruk satu blok, pasti jumpa. Yang ditangkap akan pecah lobang kat mana yang lain bersembunyi.

Kalau mereka yang lari laju akan menjadi rebutan bila sampai waktu oo som pilih member atau geng. Yang hebat hebat pasti dipilih dahulu kemudian yang kurang hebat dan disusuli paling tak hebat. Selalu gua jadi ketua yang oo som untuk pilih member, team gua jarang kalah.

Kalau waktu main kejar kejar, pasti rasa usus nak terkeluar bila sampai turn kene kejar pelari pecut wakil blok. Gua biasa biasa je, sebab gua jimat tenaga nak main banyak game. Kalau satu game habis tenaga di gunakan, game lain pasti awal awal gua dah bungkus, gua duduk tepi tengok member gua berkejaran, mana adil begitu.

Satu hari seperti biasa keyakinan gua untuk berlari pecut memang tidak dapat disangkal lagi, dalam bulan puasa gua lari keliling blok main kejar kejar. Selalu main dalam blok, tapi dalam bulan puasa, kehebatan berlari mencanak canak, tambah tambah awek pun main sama. Harus gua jaga harga diri.

Lari punya lari, redah apa ada sebelum kene tangkap dengan yang mengejar, zrrrassssss terjerumus gua dalam longkang kering yang tak bertutup.  Tahan sakit gua cover lagi, malu la nangis depan budak perempuan. Sampai rumah mak gua bebel sebaldi. Terus bapak gua bawa pergi klinik, kepala gua kene jahit. Tak pasal bereben di hari raya yang mulia.

Sumpah gua pakai songkok sehari suntuk. Malu kalau buka kawan kawan gelakkan, budak lelaki pakai riben. Gua memang hebat.

Sampai sekarang gua naik hairan kenapa gua tak jadi pelari pecut negara, mungkin pasal masa sekolah pelajaran diutamakan. Member gua, Alex memang dengki benar dengan kaki gua yang panjang.

Pesanan Farid: Gua trauma tengok longkang

Tuesday, June 14, 2011

Katy perry buat konsert di tengah lautan


Gua rindu sama bau hamis laut, gua rindu sama air laut yang jernih, gua rindu pada gogel dan jaket keselamatan, gua rindu bunyi enjin bot, gua rindu pada buaian bawah pokok kelapa, gua rindu ada tupai yang mencuri makanan di bawah pokok, gua rindu pada pasir putih yang halus, Gua rindu pada biasan cahaya resort di air laut, gua rindu makan kuaci bawah pokok kelapa.












Gua pasti akan kembali ke Redang pada awal tahun hadapan. Hidup biar sedap!

Mek Biah mendapat obat

Mek Biah sangat cantik orangnya, pinggang upama gitar, muka putih melepak licin . Gincu merah menyala. Pakaian rasminya kebaya ketat berkain batik dan berpayung merah jambu. Kemana Mek Biah pergi pasti ada laki laki meng-phewitt beliau. Siulan pada pemuda upama siren kehadiran Mek Biah.

Di kampung, Mek biah paling cantik, atuk, pakcik dan para pemuda tergilakan Mek Biah. Ada yang bercerai berai kerana Mek Biah. Mek Biah memang ratu dikampungnya. Mek Biah tidak melayan para pemuda di kampungnya kerana menganggap mereka tiada masa depan. Harap motor kapcai, rambut kusut masai dan tidak urban langsung, memang tidak layak sama sekali menjadi suaminya.

Umur Mek Biah semakin lanjut. Kerjanya jalan keliling kampung sambil berlenggang lenggok dengan payung merah jambunya. YB di kampungnya juga tidak ketinggalan tertarik dengan keseksian Mek Biah. YB yang umurnya hampir sebaya dengan abah Mek Biah mula memasang langkah untuk melamarnya. Mek Biah senyum girang. Semua alasan yang diberi oleh abah Mek Biah, Mek Biah tepis dengan rapi dan kemas. "Ah Biah tak kisah jadi isteri no 4 ke, 12 ke, 14 ke, janji Biah berlaki, abah tak mau tgk Biah bahagia?" kan rapi dan kemas jawapan Mek Biah tu.

Bernikah lah mereka secara senyap senyap tanpa pengetahuan isteri YB yang tua dan garang itu. Disoroknya Mek Biah di sebuah rumah besar di hujung kampung. Semua orang kampung tertanya, milik siapa rumah itu dan mengapa YB keluar masuk rumah tersebut seperti pencuri. Terhendap hendap keluar  masuk.

Ada yang menyiasat dan ada juga yang melempar fitnah akibat misteri kehilangan Mek Biah. Memang Mek Biah hidup serba mewah, walau dikurung didalam rumah, Mek Biah tetap membeli belah didalam talian menggunakan kredit kad yang YB bekalkan. Kasut, kebaya malah payung baru pun Mek Biah beli dalam talian, gembira benar Mek Biah dapat bershopping tanpa keluar rumah.

Cerita cerita berpusing satu kampung, huru hara, ada yang kata Mek Biah disorok bunian dan tak kurang juga mengatakan Mek Biah dah jadi artis top di bandar. Isteri pertama YB yang tua dan garang mendapat tahu perkara sebenar. Bersiap sedia seperti mahu bertarung. Dicapainya kayu beluti, sakit benar hatinya membayang YB bermain kayu tiga, Mek Biah juga harus di tibai kerana merampas lakinya yang tua. Dan yang paling utama harta lakinya juga dirembat Mek Biah.

Berkerumun lah org kampung di rumah yang besar seperti meyaksikan perlawanan akhir piala FA, ada yang bersorak, ada yang tercangang cangang dan ada yang jerit kita bako! kita bako! Mek Biah dengan muka rilek keluar tatkala seperti pahlawan menyahut cabaran lawannya.

"Hey Biah kau tak malu hidup dengan harta laki aku?!" herdik isteri tua YB

"Harta laki kau, bukan harta kau" pertahanan Mek Biah cukup ampuh

"Ko berambus dari rumah ni, pulang balik semua harta laki aku" bentak si isteri YB

"Apa kau ingat aku hairan sangat dengan harta seciput laki kau ni?! nah hamek nih" sambil Mek Biah menanggalkan rantai gelang mahupun baju kebaya mahal nya.

Tanpa disedari Mek Biah hanya berkain batik dan beranak baju sahaja. Maka bertambah gegak gempita sorakkan penduduk kampung seperti pasukan Malaysia menjaringkan gol pertama semasa Piala suzuki yang lepas.

Muka isteri YB yang merah padam menahan marah bertukar menjadi hilai ketawa.

Berlari Mek Biah ke dalam menanggung malu yang tidak terkata hebatnya. Memang Mek Biah berkahwin dengan sehelai sepinggang sahaja dengan YB yang tua sebaya abahnya itu. Dan sekarang Mek Biah hidup dalam kemaluan.

Tiada lagi phewitt phewitt tetapi bila Mek Biah lalu, soalan berkumandang "Lawa coli kau Mek Biah" terburai ketawa anak muda. Kesian dan padan muka pada Mek Biah.

Pesanan Farid: Hidup atas usaha titik peluh sendiri bukan kikis harta orang lain demi hidup sedap.

Panjat bukit bukit jumpa burung



Pagi pagi pukul 7 gua sudah dengar suara member gua membebel. Gua buka mata separuh, gua nampak member gua tengah sisir rambut dengan rapi sambil mulut kumat kamit serupa baca jampi serapah. What the lancut bebel tengah subuh pagi gajah. Gua bangun perlahan lahan, tangan meraba atas meja sisi cari rokok, gua nyala rokok, gua sedut dalam dalam, gua terus ke jamban. Gua mandi tanpa banyak alasan, menyanyi pun tidak.

Member gua membebel sebab mahu pergi ke Bukit Bendera. Takut lambat katanya. Lu nak pegi keje pun lu tak pernah risau kalau lambat begini, tapi nak panjat bukit bendera sikit punya runsing kalau lambat.

Gua sembur tiga kali pewangi ke badan, gua capai kunci kereta terus pandu ke Bukit Bendera dengan berpandukan peta yang kurang lengkap di tangan. Gua tak hebat sangat sambil memandu dan membaca peta. Member gua yang baca.






Gua pun naik hairan apa yang orang berpusu pusu mau ke panjat bukit ini. Mungkin mahu memuaskan nafsu dan keinginan menaiki tren yang baru itu. Gua layan je sambil merokok lagi. Dah memuaskan nafsu dapat menaiki tren baru yang laju itu, gua dengan member gua panjat lagi setinggi yang boleh. Ada kuil, ada pondok guard, ada surau dan ada satu geng tua tua daki naik basikal. Lu orang memang hebat.

*Gua takut nanti dia patuk kepala gua terus bocor*

Jalan punya jalan sampai penat, gua mengah dua tiga kali juga. Tinggi tangganya. Gua memang seorang yang cergas tapi bila sampai bab panjat tangga gua memang gagal. Gua perasan ada taman burung. Gua pheewit sama kawan gua nak tgk burung. Dont get me wrong, burung dalam sangkar. Kan gua dah cakap english.







Dah jom balik. Gua dah penat.

Pesanan farid: Member gua pesen pesen orang berjadual. Langgar jadual mau kene denda. Gua geleng kepala tiga kali.





Monday, June 13, 2011

Kemaruk Makcik Dolly membawa padah

Arakian tersebut kisah seorang suri rumah sepenuh masa bernama Makcik Dolly. Kerja beliau sehari harian adalah mengurus kan rumah tangga beliau selain menguruskan seorang suami yang bernama Pak Rustam dan setengah dozen orang anak laki lakinya.

Bekerja la sekeras nya si Makcik Dolly seperti suri rumah yang lain. Membasuh, melipat kain, mengumpat dengan kawan kawan, membuat sarapan, memasak makan tengah juga makan malam. Puas lah hati Pak Rustam mengahwini Makcik Dolly. Berbaloi baloi katanya.

Pada suatu petang Jumaat. Setelah kerja rumah selesai diuruskan, Makcik Dolly memasang niat meluangkan masa mahu lepak lepak dengan rakan rakan suri rumah nya yang lain. Di betulkan kain batik nya, disanggulkan rambut rapi rapi supaya tidak dilaukkan oleh rakan rakannya. Susun langkah kemas kemas menuju ke pangkin di tepi simpang rumahnya.

Dari jauh kelihatan Makcik Romnah, Makcik Khalijah dan Makcik Kasmah sedang rancak berbual. Seraya tiba di pangkin itu, Makcik Dolly membuka kata kata aluan"apa topik kita cover petang ni?", sepantas halilintar makcik khalijah menjawab "kau tau semalam si Tom mintak cerai dengan lakinya akibat tak tahan benar dengan laki nya yang kaki dangdut itu?'. Menggeleng kepala makcik Dolly menandakan, tidak tahu menahu tentang perkara itu dan juga dahsyat sungguh laki si Tom.

Sambil membetulkan ikatan kain batiknya, makcik Romnah membuka topik baru. "Semalam aku tanya anak dara aku, apa yang best sangat pasal fesbuk tu?, sini sana orang memperkatakan pasal fesbuk. Steven jual ikan ada fesbuk, Si Tony jual goreng pisang hujung kampung ada fesbuk, Ahmad Danish ketua kampung ada fesbuk, senang nak terima aduan penduduk kampung katanya, pendek kata seluruh kampung ada fesbuk".

Makcik Khalijah, Kasmah dan Dolly ternganga nganga seperti menonton filem tamil babak pergaduhan, mendengar cerita makcik Romnah. Sambung lagi kehebatan fesbuk. "aku pun buat la akaun macam anak aku ajar, bagus la aku dapat juga cari kawan sekolah lama aku". Makcik Romnah juga mencadangkan makcik makcik dikampung itu ada fanpage sendiri supaya lebih mudah mereka berhubung tanpa mengadakan sebarang perjumpaan sekira hujan lebat. pum pang pum pang esok nak raya, fesbuk adalah medium perhubungan paling hebat alaf ini.

Makcik Dolly sudah senyum simpul. Terbayang muka ex boipren nya dibenak. "balik nanti, aku harus ada akaun fesbuk juga" getus makcik Dolly dalam hati. Resam anak muda zaman sekarang komputer riba upama sahabat karib. Didekati anak bujang nya yang sulung, di soal itu ini. Akhirnya dapat juga makcik Dolly membuka akaun baru dengan wajahnya bertudung merah sebagai profil.

Malam berikutnya setelah seluruh rumah lena diulit intan, makcik Dolly bangun seperti seorang pencuri. Di capainya komputer riba anak bujangnya. Di log in akaun fesbuknya. Tersenyum simpul makcik Dolly. Di ruangan search dimasukkan "Mohd Taib Razak", yang dulu pernah menjadi buah hatinya. Hubungan mereka terbantut gara gara ayah makcik Dolly tidak merestui hubungan mereka, kerana Mohd Taib Razak bukan lah kakitangan gomen seperti Pak Rustam.

Setelah berjumpa dengan profil yang dicari, makcik tekan butang "add friend". Mulutnya tersimpul senyuman sedari awal tadi. Di tutupnya komputer riba anaknya, dan pulang ke katil, sambil memeluk bantal sambil makcik Dolly tersenyum simpul berterusan.

Bermulalah episod hitam makcik Dolly tanpa beliau sedari. Saban hari dia mula berchatting dengan Mohd Taib Razak tanpa mengira waktu. Baju menimbun tidak berbasuh, sinki sudah rupa restoren ditimbuni pinggan mangkuk dua hari lepas. Keadaan luar rumah tidak ubah seperti rumah tinggal yang berpuaka, daun kering bertaburan, kalau terbakar mau merebak rentung dengan rumahnya sekali. Pokok bunga hampir menyembah bumi, semua ini gara gara penangan Mohd Taib Razak dan kuasa fesbuk.

Suatu malam setelah menyedari isteri nya seperti dipaku punggung di depan komputer riba, Pak Rustam menegur isterinya yang sedang leka asyik masyuk berchatting dengan Mohd Taib Razak. Dengan sambil lewa makcik Dolly menjawab "Abang nak makan, meggi ada dalam rak tu" Pak Rustam menggeleng kepala tiga kali. Anak anak menjerit mencari stoking sekolah, makcik Dolly menjawab "cari dalam bakul baju kotor tu" seraya mencebik anaknya membawa maksud tidak berbasuh lagi.

Beberapa minggu kemudian, Pak Rustam sudah nekad membawa anak anak beliau pulang ke kampung untuk memberi pengajaran yang berguna pada makcik Dolly yang kemaruk benar dengan fesbuk. "Doll, abang nak balik kampung dengan bebudak ni", makcik Dolly menjawab "ye la" tanpa menunjuk sebarang tindak balas positif.

Beberapa jam berlalu baru makcik Dolly perasan yang rumahnya sunyi sepi. Di tolehnya kiri kanan, tiada siapa. Hatinya mula gundah gulana. Baru kini dia sedar suaminya sudah melarikan diri dari rumah. Tinggallah makcik Dolly dan Mohd Taib Razak didalam fesbuk itu. Pak Rustam sempat meninggalkan nota  yang dilekatkan di peti sejuk yang masih dibayar secara ansuran itu.

"Lu bersegama lah dengan fesbuk tu"

Meraung makcik Dolly.

Pesanan farid: Masih tidak faham? taip ON BENGAP dan hantar ke 8898

Orang kata bukan senang mahu jadi senang

Sambil gua duduk makan nasi lemak di hari gua ponteng kerja, gua ditemani laptop buruk gua. Sambil gua sudu kan nasi lemak ke mulut gua, sambil gua jalan jalan baca blog lu orang. Gua kagum pabila baca entri entri terhebat rakan rakan blog gua, sambil gua senyum, gua hirup teh o ais.

Gua tahu bukan susah mana pun mahu jadi blogger. Janji lu orang reti mengeja, reti upload gambar, reti goreng sikit sikit itu sudah memadai. Semua boleh jadi blogger. Semua hebat bila menulis. Gua sambung lagi suap nasi lemak ini kali ada telur rebus.

Gua suka cerita cerita yang lu orang tulis. Ada kisah suka, duka nestapa, mengenang nasib dan juga tentang kehidupan lu orang, gua kagum. Gua tahu betapa bersusah payah lu orang memerah keringat menyusun ayat, memilih foto yang sesuai untuk dilampirkan, sebab gua pun blogger juga.

Semua yang best pasti ada yang tidak bestnya. Gua selalu terfikir adakah apa yang blogger tulis dan kongsikan di blog masing masing akan di manupulasi oleh pembaca pembaca mahupun pengskodeng di blog lu orang? Kekal positif farid!

Gua nyala rokok, gua sedut dalam dalam. Gua teguk teh o tadi, gua sambung fikir. Jika yang tidak berpuas hati dan mahu menghentam lu orang secara langsung, boleh la juga lu orang tepis ketis. Tapi ada yang meninggal kesan mendalam bila tanpa hati perut tulis di ruangan "chatting" dan komen. Setakat ini gua belum hadapai masalah ini.

Gua nampak roti sedap, gua tahan nafsu. Balik pada topik, ada yang meninggalkan komen "mamat ni laloq aku rasa" dan lagi "oi kau ini perasaan bagus sangat". Kenapa sampai begitu kejam sangat? Gua geleng kepala tiga kali. Apa la nak dijawab oleh tuan blog itu.

Semua orang boleh ada blog, semua orang boleh kongsi pengalaman mereka, tapi tidak semua orang boleh menghadapi perkara begini. Sudah, gua malas mau fikir lagi. Pada lu orang blogger, tulis dengan cermat dan jangan sampai singgung perasaan orang lain, dan pembaca pula play nice dengan blogger. Gua tak suka bila ada between blogger dan pembaca bertumbuk nanti. Dari bertumbuk baik lu orang makan coki coki, lagi layan.

Pesanan Farid: Hormat menghormati amalan yang mulia.

Cinta Mati


Sedang gua duduk duduk main game di ipad dalam keadaan curi curi (ya di ofis tiada orang semua sibuk bercuti untuk bawa anak anak berjalan) kak tin muncul secara mengejut di sebelah gua dengan ayat "selamba selamba kau je kan", gua memang selamba kak, pasal itu gua selalu kena tiaw.  

Di tangannya ada sekotak bungkusan misteri. Di letaknya di atas meja, nah terbentang kek cawan dengan strawberi diatas. Itu jam gua rasa nak meninggal mahupun seperti berjumpa Dato Siti Nurhalija. Hampir hampir histeria juga.

"Ni nak bagi kau rasa seketul" bagai bunga berkembang la hati gua itu jam. Red Velvet ooo, bukan senang nak dapat. Kalau lu orang pergi cupcake cik pun belum tentu dapat sebab mendapat sambutan hangat. 

Selepas gua mengucapkan jutaan terima kasih pada kak tin, tanpa membazir sesaat dua, gua susun langkah kemas kemas dengan penuh keyakinan, gua ke pantry sambil angkat kek cawan berkenaan dengan riak muka yang memang sangat riak la, gua berlagak sama Norin Nor (bukan yang ori). 

"Dik sedapnyaaaaa dik" Lu memang hebat kak, belum rasa tapi sudah tahu. Kalau jadi pelakon, dia sudah menang dua puluh tujuh anugerah, gua baru menang 3 anugerah je.

Jadinya gua kongsi kan kek cawan berkenaan bersama norin nor. Memang gempaq habis. Red velvet di saluti dengan Krim keju. Lu orang bayangkan betapa nikmat seperti.. seperti.. seperti... memang susah nak gambarkan, ini serius.

Ok setakat itu sahaja masa untuk mengulang kembali kelazatan kek cawan tersebut. 

Pesanan Farid: gua harus belajar bagaimana menyediakan kek cawan ini. Tapi gua nak buat yang besar, sekali makan terus ingat sampai bulan syawal tahun depan.

Friday, June 10, 2011

Tabung arnab gua

Muka ganas, tapi ada tabung arnab comel, lu orang jangan nak heran sangat

Suatu hari, gua duduk di rumah sambil membelek belek foto foto lama dalam handfon. Kadang gua senyum, kadang sedih lepas itu gua senyum balik. Beberapa ketika gua teringat dalam ipad gua pun ada foto juga, dalam keadaan malas malas gua bangkit dan capai ipad. Dan seraya mencapai ipad itu, terdetik dihati gua "cover ipad ini sangat kesian, macam nak roboh pula rasanya"

Gua letakkan balik ipad tu dan terus cari laman sesawang yang menjual covernya secara online. Setelah hampir berjam jam lamanya mencari akhirnya gua jumpa yang gua suka. Tapi harganya mahal. Tidak mengapa, gua baring balik sambil letak tangan kat dahi dan terus tidur.

Keesokkan paginya, cover ipad tersebut terus menghantui hidup gua. Sudah la di tengah tengah bulan, duit dalam poket makin tipis, takkan gua nak bazir beli cover pula dan selepas itu gua puasa sunat?. Sambil termanggu manggu di depan pc di waktu makan tgh hari, tiba tiba kepala otak gua berbunyi PLING! seraya hati berbunga bunga. Gua terpandang tabung yang gua sorok dibelakang monitor. Ada dua tabung, yang satu tu tak penuh lagi, yang tabung arnab tu dah tak muat masuk duit.

Dengan rakus nya gua capai pembuka tin, dan gua kopak macam gua kopak tin susu pekat. Kira punya kira, dan secara mejiknya, duit didalam tabung tersebut lebih dari harga sebenar cover tersebut. Dan gua hepi. Tapip tak de la lebih sampai buleh beli tiket ke yurop.

Pengajarannya, walaupun menabung itu remeh temeh dan bagi sesetengah orang menganggap seperti keanak anakkan, tapi amalan itu sangat berguna ketika waktu kecemasan seperti perasaan meronta ronta ingin membeli cover ipad. Gua memang pesen pesen tak menyabar. 

Pada lu orang yang suka campak syiling bersepah sepah, gua dulu memang begitu, dalam beg selambak duit syiling, dalam kereta, kat rumah, dalam laci pejabat semua bersepah. Jadi apa kata lu orang kasi kutip semua syiling tu, lepas tu beli tabung murah murah, tak payah nak ada muzik muzik bila masuk syiling tu, beli yang sempoi sahaja. Dan mulakan amalan menabung. Selamat mencuba.

Pesanan farid: Gua nak semai amalan menabung dikalangan lu orang.

Cerita naga dan bayang bayangnya


Sebelum gua dan member gua ke tempat membeli durian yakni di Balik Pulau yang jalan nya seperti menuju ke neraka itu. Gua singgah sini dahulu yakni Empangan Teluk Bahang. Jangan risau tempat ini adalah percuma, tiada sebarang cas mahupun gomen tax di kenakan. 

Kalau lu orang pernah sampai sini, lu orang pasti tahu betapa indahnya kawasan ini. Hanya mempunyai sebatang jalan yang mempunyai dua lane tapi kereta di tegah untuk di pandu didalam kawasan ini. Lu orang toleh kanan, adalah kawasan tadahan air yang gua rasa lebih mirip pada rupa tasik dan jika lu orang toleh kiri pula adalah pemandangan laut yang indah.

Member gua berkongsi cerita tentang sebuah tasik, tapi gua dah lupa tasiknya dimana. Tersebut lah kisah seorang pondan, tapi nama sebenar tidak dapat dipastikan kesahihannya. Arakian nya nama pun pondan, wajib la pesen pesen menggedik gedik dengan laki laki. Pada suatu hari yang bersejerah bagi pondan itu, dia berbuta dating (blind date) bersama saorang laki laki, pun nama sebenar tidak dapat dikenal pasti.

Mungkin akibat keburukan paras rupa, ya la, lu orang bayangkan laki laki jadi perempuan di zaman yang tak berapa kemajuan menukar jantina pada masa itu. Lu orang bayangkan la. Pada yang tengah menjamu selera tidak perlu bayangkan. Ok berbalik pada cerita tasik tadi, akibat keburukan yang tidak bisa ditahan tahan oleh laki laki itu tadi, maka laki laki itu telah menolakkan pondan itu jatuh kedalam tasik tersebut. Menjunam jatuh si pondan itu tadi ke dalam tasik. Terkapai kapai lah pondan itu kerana beliau tidak pernah mengikuti kelas renang sewaktu zaman persekolahannya. 

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, tapi malang sekali pondan itu bukan sabut. Setelah mati kelemasan. Pondan itu pun mati. Dan tidak semena mena, secara mejik nya pondan itu bertukar menjadi naga. Naga apa? Naga pondan la, takkan naga tasik chini pula. Begitulah pengakhiran riwayat si pondan tadi, berakhir sebagai seekor naga yang mendiami tasik itu sehingga ke hari ini. Sila percaya.

Pesanan Farid: Gua takut naga, tambah tambah naga pondan

Thursday, June 9, 2011

Gua bukan mabok todi di pagi hari

the curve, makan makan

Brisik, PJ, juga makan makan

Rumah kak tin, meeting tergempar

Acara menonton sepak bola, brasil lawan belanda. Tiga tiga sokong brasil, tapi kalah

Lanai, juga makan makan lagi

Mereka mereka ini lah kawan kawan gua. Mana mana pergi dengan mereka ini, segala onak dan ranjau kami harungi. Berbagai dugaan ditempuhi seperti menonton wayang secara percuma bersama, menyelesaikan masalah teka teki bersama, tergelak seperti dirasuk bersama, mengambil time off dan berlepak di berjaya times square bersama. Gua agak tingtong pagi pagi ni. Lu orang layan saja apa gua merepek disini. Tapi gua bukan mabuk todi. Gua minum teh tarik bersaiz kecik sahaja pagi tadi untuk sarapan.

Pesanan Farid: through out the years, lu orang tetap kawan gua

Lepas ditebuk tupai kene lenyek pula


*wong yang takkan akan berkawin adalah wong solo*

Sedang gua leka menebuk lubang dan bukan ditebuk tupai, gua layan sambil bersila atas karpet perjabat yang baru sahaja di cuci tiga minggu lepas. Sambil tekan penebuk sambil gua menyanyi riang dan girang tapi gua tak nyanyi lagu jiwang. Beberapa saat berlalu, Norin noor (ini yang tiruan punya) muncul dengan nada riuh rendah pum pang pum pang esok nak raya, diselangi dengan penyet! penyet! penyet! seperti dirasuk puaka tebing kelabu. 

Bukan mentera jampi mahupun ayat untuk tundukan pasangan. Akan tetapi dia mengomel tentang ayam penyet. Selepas berlaku beberapa adegan google google sambil mengguna pakai teknologi terkini, dan dalam hanya beberapa saat muncul lokasi kejadian sebenar yang dicari cari selama ini. walawey internet memang hebat!

Gua berjenaka selamba mahukan peha ayam betina belah kiri jika gua yang memakan ayam penyet. Itu hanyalah angan angan karut. Gua phewitt sama zul mau turun makan nasik kandaq. Selesai urusan makan makan di kawasan pemakanan. Naik pejabat untuk menyambung tugasan menebuk lubang bukan menggunakan tupai sambil bernyanyi. Selain membaca gua suka muzik. 


*Kembang tak kuncup kuncup hidung gua sedut bau ini*

Norin noor (masih yang tiruan) dan konco konco nya muncul sambil menghulurkan sebungkus bungkusan yang berisi ayam penyek. Tapi gua hampa, memang la bahagian peha tapi ini ayam jantan kerana kaki berbulu, gua yakin pasti, ini benar. terima kasih atas kesudian membelanja kan gua .

Pesanan farid: Pelepoww kepala sendiri sehingga berpusing tiga kali kerana banyak sangat kerenah selepas dibelanja. 



Wednesday, June 8, 2011

Terima Kasih daun keladi


Ada dua magnet untuk peti ais dan sebotol lada hitam. Ini bukan bahan bahan untuk buat black mejik. Dan gua bukan bomoh. Terima kasih pada Puan Normaya Mukhtar dan Enche Zalmi Abd Rasip. Buah tangan dari Sarawak. Tapi lu orang perasan tak kenapa panggil buah tangan? kenapa tak panggil hadiah saguhati ke? barang pemberian ikhlas ke? kenapa ada "buah"? Siapa dapat bagi alasan yang kukuh kenapa ianya dipanggil buah tangan gua hadiahkan choki choki perisa berkembar.

Pesanan Farid: Gua kirim buaya tembaga barang seekor dua tapi Puan Normaya tak sempat nak beli pula. Gua hampa.

Menjadi kanak kanak riang ria yang kacak lagi stail


Toy Museum, Tanjung Bungah, Penang
Sunday, May 05 2011

*Senyum nampak gigi baru hepi*



*Ini macam banyak punya chukie tujuh keturunan pun belum tentu buleh kasi hapus*




*Lara Croft adalah bantut dari gua, lu orang jangan nak heran sangat*




*Suria baja hitam, moto dia pun padu boleh gerak sendiri, crazy pig syok (syok gila babi)*




*Dulu gua berangan nak robot voltron ni, tapi tak dapat kumpul duit belanja sekolah sebab duit belanja habis beli air tebu tetiap petang balik skola*



*Siapa kata gua boncet?*



*Gua tak suka batman, atas urusan peribadi*



*Gua tak rasa robot ni laki laki melihatkan tonggek punggungnya yang semacam*



*Ini macam punya awek, kalau lu orang bikin hal mau kene tumbuk berpusing tiga kali*



*Ini bukan boboyboi*




*Gua letih, ini serius. Terus gua geleng kepala lima kali*

Pesanan farid: Gua rindu zaman kanak kanak 

Salah ke? Dosa ke? Sumpah gua tak faham

"Buku apa yang kau baca ni, tajuk mengarut" pesen pesen manager syarikat penerbitan

"Lapan belas ringgit untuk buku tebal gini? Sangat membazir" pesen pesen si haji bakhil

"Aku rasa buku ini tiada kualiti dari segi isi banyak kesalahan bahasa" pesen pesen cikgu sastera

Itu adalah sebahagian kata kata yang buat telinga gua panas, darah menggelegak tapi gua tetap kontrol iman gua supaya tak bukak silat cekak musang. Itu semua adalah kata kata bagi mereka mereka yang malas membaca. Gua memang rajin membaca, sila percaya. Masakan tidak kalau dalam train gua membaca, dalam bas gua membaca, sebelum tidur gua membaca sambil feeling dgr ipod, dalam toilet gua baca. Gua memang suka baca. sila percaya sekali lagi.

Jadi lu orang yang sekeliling gua terima lah hakikat yang gua suka membaca walaupun gua tau gua kadang kadang gua masuk air bengong tak tentu arah. Esok lusa kalau gua jadi bijak pandai lu orang jangan pula menyesal hantuk kepala pada dinding.

Bukan setakat majalah, novel, blog lu orang, katalog supermarket, malah yellow pages dan flyer pun gua suka baca. Jadi banyak bahan bacaan yang tak mengarut, murah dan ayat memang ikut kamus tapi lu orang tetap tidak reti reti nak membaca, gua sendiri tak boleh tolong. Pum Pang Pum Pang esok nak raya tapi korang tetap malas jua nak membaca.

Pesanan farid: Nanti kalau gua dah handal dan ada buku hasil nukilan gua senidiri, gua distribute buku free pada yang pesen pesen kat atas tu, tapi kalau lu orang tetap tak baca, gua pelepowwww kepala sekor sekor.

Tuesday, June 7, 2011

Durian yang berhaga

*semoleknya gua tepis biar jatuh kebawah, tapi rugi la pula sebab harganya sangat tidak masuk akal*

Insiden ini berlaku di Penang. Sedang gua lepak lepak sambil merokok barang sepam dua, tiba tiba kawan gua phewit sama gua nak pegi makan durian. Ikut kamus hidup, gua memang tak makan durian. Kalau dipaksa makan, gua akan muntah lalu jatuh sakit. Sebagaimana pengunjung pengunjung pulau mutiara (ceh ayat agensi pelancongan sangat) tahu durian mudah didapati di Balik Pulau kerna di situ terdapat banyak dusun durian. Tempat dimana org putih kene baham dengan anjing, ingat kalau nampak anjing tak payah nak berlakon ambil batu lepas tu pura pura baling, sebab kalau anjing tu nak baham lu orang, dia tak kira ko nak baling dengan batu bata ke, batu karang ke, mahupun baru bersurat. Baham tetap baham. Yer selain takut dengan cicak gua mmg takut dengan anjing.

Gua pun stuju je tanpa sebarang bantahan. Selepas melalui jalan berliku liku akhirnya gua berhenti di satu kedai menjual durian betul betul di suatu kona. Kira belum sempat kona baring dah nampak kedai itu. Elok sahaja gua park kereta, bau durian menusuk nusuk kedalam rongga pernafasan sehingga menyebab kesesakan nafas lalu gua pengsan, ok lakonan hebat. Bagi gua secara peribadi bau tersebut seperti kentut yang ditahan tahan. 

Seraya gua berkata pada member gua, yang gua rela tunggu dalam kereta, beliau pun trus kluar kereta tanpa banyak soal. Beberapa minit berlalu, gua sempat berbual bual sama adik gua bertanyakan khabar dan meninggalkan beberapa pesanan, member gua pun muncul dengan senyuman menyimpul nyimpul, pesen pesen org dapat nikah kali keempat. 

Elok sahaja beliau melabuhkan punggung (sopan sikit sebutannya) ke atas seat kereta yang bapak gua baru tukar, seat tu keras dan amat menyakitkan punggung bila perjalanan jauh. Gua terus tanya, mana duriannya? member gua menjawab "ni hah, apek tu dah bukak bubuh lam bekas, balik trus baham tak payah terkial nak bukak nanti". Gua pun cam heran, lu orang jangan heran sbb gua tau lu orang suka makan durian. 

Soalan seterusnya "berapa biji nih?". jawapan "sebiji je, dua kilo, sekilo rm30". Woh bukan kepalang terkejutnya gua hampir nak pengsan untuk kali kedua, tu gua belum buat kira kira congak yang beratnya dua kilo maka jadi rm60. Member gua yang tak berhenti sengih terus memberi alasan, durian sultan pasal tu mahal.

Sumpah gua tak de idea ada durian sultan, durian maharaja, durian maharani, durian bendahara, durian bapak menteri, durian hulubalang, durian gundik dan segala macam watak dalam istana jadi tajuk kepada durian. Sila percaya. Dan seraya mendengar jawapan itu gua terus memandu pulang dalam keadaan bingung dan muka seperti ternampak hantu pocong lompat dalam dusun durian. 

Sampai di resort, gua bertitah sesungguhnya member gua kene makan durian di luar bilik. Ini kerana jika member gua tak makan diluar bilik, maknanya gua pula kene tidur diluar. Jadi sebelum gua murka sbb gua kene tidur diluar bilik semoleknya gua bertitah terlebih dahulu. 

Pesanan Farid: Apa nampak style sangat ke kalau makan durian mahal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis