Thursday, December 29, 2011

Seriously im not good at this..

Semua ada kelebihan dan kelemahan, but for sure, your weakness is the worst part of yourself, is it? People always get notice bout their strength other then the other part. But for sure im no so good at this

Kadang kadang gua terfikir...... alangkah bagusnya jika tiada yang miskin dalam dunia ni, jadi yang kaya tak perlu keji yang miskin.

Kadang kadang gua terfikir...... Bagus kalau gua ada reset button atau edit button dalam kepala otak, so then gua boleh pilih mana mana memori yang nak disimpan, yang tak berapa nak best, boleh delete, for sure gua tak mahu jadi robot

Kadang kadang gua terfikir...... pasti hebat kalau setiap rumah di Malaysia di beri sebiji kereta, walaupun kereta paling murah di pasaran sudah memadai. So pagi pagi tiada lagi pemandangan merbahaya di mana bapa bapa menghantar anak seramai 4 orang naik satu motor sahaja.

Kadang kadang gua terfikir...... alangkah bestnya dapat travel setiap hari dalam hidup anda, then just choose sahaja mana mau pergi, take a first class flight, get nice hotel, do some outdoor activities and you do it everyday! awesome yo

Kadang kadang gua terfikir...... my house di tengah tengah lapangan terbang, so that everyday boleh dengar bunyi pesawat, cool sangat!

Kadang kadang gua terfikir...... bagus kalau employer bagi every each staff their own toilet, so that tak payah nak dgr bunyi prett prott dalam toilet yang dikongsi, nasty oh

Kadang kadang gua terfikir...... price tag reventon sama dengan harga proton waja , pegi pasar bawak lambo, hebat ko mak jah.

Kadang kadang gua terfikir...... boleh guna internet akses thru fon without any bill. Seronok bukan main, tak payah fikir limit data semua. boleh surf sampai fon melethop tanpa pening membayar bil.

Diantara yang paling hebat  adalah,

Kadang kadang gua terfikir...... Gua tinggal dengan my parents now, gua anak mak, and so what?!

Kadang kadang gua terfikir...... hebat nya goverment jikalau dapat menampung kos sepenuhnya untuk jemaah haji yang berusia 70 tahun ke atas, besar amal jariah tu.

Farid kata: if u wanna buzz me and just say few word, better lupakan sahaja, sbb gua ada banyak perkara lain hendak diuruskan, i mean it

Tuesday, December 27, 2011

Yang terbaik 2011


11 eye candy telah di pilih oleh Venusbuzz untuk mengakhiri tahun ini. Pelakon kanak kanak lelaki zaman dahulu memenuhi carta pada tahun ini. People magazine telah memilih Bradly Cooper sebagai yang terbaik untuk 2011, tetapi Venusbuzz melilih sebalik nya. 

11. Jim Sturgess
Berpenampilan menarik dan pandai menyanyi? sudah semestinya Jim Sturgess, terkenal dengan watak Jude dalam filem muzikal yang diinspirasi dari kumpulan Beatles, "Across the Universe", dengan gaya selekeh , rambut kusut masai dan tipikal "Brit artist", menambahkan tarikan pada penampilannya.

Pada tahun ini Jim kembali ke layar perak dalam filem "One Day" disamping Anne Hathaway. Jim juga akan muncul dengan 3 lagi filem hebat untuk tahun hadapan.



10. Jake Gyllenhaal

Tampil dengan "all american look" cukup untuk membuatkan Jake Gyllenhaal meraih populariti di kalangan wanita. Memulakan lakonan sejak berumur 10thn, gaya "clean cut look" ditambah di dalam portfolio beliau. 

Bergandingan dengan mendiang Heath Ledger dalam Brokeback Mountain, dan menerima pencalonan Oscar untuk filem tersebut, cukup untuk meletakkan Jake dalam A-lister pelakon Hollywood. Reese Whiterspoon dan Taylor Swift tersenarai dalam senarai bekas kekasih beliau. “I think it’s important for every man to find the right woman and every woman to find the right man,” ujar beliau dalam majalah GQ.

9. Nicholas Hoult
Sedekad yang lalu, beliau muncul dalam filem "About a Boy". Membesar sebagai remaja dengan rupa paras terurus, Nicholas membintangi BAFTA winning series "Skin". Pesona Brit-nya datang dalam pelat Inggerisnya dan kulit yang pucat. Siapa kata kita perlukan Edward Cullen?

Dalam tahun 2011, beliau sekali lagi mengejut penonton dengan lakonan beliau sebagai Beast dalam "X-Men: First Class". Tom Ford telah memilih Nicholas untuk filem sulung beliau "A Single Man".


8. Joel McHale
Lelaki tidak perlu untuk kelihatan kacak untuk mendapatkan teman wanita. Segala yang diperlukan adalah menjadi sihat. Joe McHale, sangat bertuah kerana mempunyai kedua dua nya. 

Wajahnya meyerupai Ryan Seacrest. Joe memulakan karier nya sbg stand up comedian. Dari situ, Hollywood membuka ruang untuknya membintangi "The Soup". 


7. Matthew Lewis
Bukan hanya Harry Potter membesar didalam filem berkenaan, tidak ketinggalan watak Naville Longbottom yang dilakonkan oleh Matthew Lewis. Watak Neville berkembang dalam filem berkenaan dari seorang kanak kanak penakut kepada pemuda yang berpenampilan menarik. 

Dengan jambang dan badan yang menarik, ketepikan Zac Effron, kita nantikan penampilan Matthew didalam TV siri "Syndicate"


6. Chris Evans
Terima kasih pada filem yang dibintanginya, Chris boleh berbangga dengan abs yang dimiliki. Mencuri tumpuan dengan sekual filem Fantastic Four pertama, Chris terus membintangi filem superhero Captain America, dimana transformasi fizikalnya jelas kelihatan. 

Beliau merupakan tarikan tipikal amerika. Pada tahun hadapan beliau akan bergandingan bersama Chris Hemsworth and Robert Downey Jr! dalam filem The Avengers dan sekali lagi akan membawakan watak Captain America. 



5. Harry Shum, Jr.
Beliau adalah jejaka american-chinese yang pandai menari dan menarik perhatian wanita. Dilahirkan di Puerto Rico, Harry boleh berbahasa latin dan cina. Beliau pernah muncul dalam persembahan Beyonce, Mariah Carey dan Jessica Simpson. 

Memegang watak Mike Chang dalam siri hit Glee, Harry mula mengukir nama di kalangan peminat siri televisyen terkenal. Sejak itu Harry mula mendapat perhatian dan pernah muncul dalam fotoshoot flamboyant majalah GQ. 


4. Joseph Gordon-Levitt

Masih ingat lagi dengan kanak kanak "Androgmous alien" dalam 3rd Rock from the sun? Ia adalah permulaan perjalanan karier Joseph Gordon Levitt. Bermata kecil menambahkan lagi tarikan pada bintang muda ini. 

Selepas diyakinkan oleh penghidap canser Lindsay Miller, Joseph bersetuju untuk muncul dalam filem home made video bertajuk "50/50", mengisahkan tentang penghidap kanser yang berjaya melawan barahnya.

Tahun hadapan beliau akan muncul dalam filem arahan Steven Spielberg, membawakan watak anak kepada Abraham Lincoln.



3. Chris Hemsworth
Pada yang sudah menonton filem superhero "Thor", adegan yang menyayat hati apabila Thor tidak dapat mengambil tukulnya dari seketul batu. Liam adalah pilihan yang tepat untuk membawakan watak tersebut dengan tubuhnya yang sasa.

Aktor kelahiran Australia ini sudah bersedia dengan dua filem hebat untuk tahun hadapan, "The Avengers" dan "Thor 2". Beliau juga telah mengahwini Elsa Pataky.


2. Michael Fassbender
Pelakon berdarah Inggeris dalam proses menjadi "Hollywood Darling" adalah Michael Fassbender. Beliau berjaya menukarkan watak yang di benci kepada disukai dalam X Men: First Class sebagai Magneto. Kemudian beliau bertukar kepada penagih sex didalam filem "Shame" yang di calon dalam Golden Globe.

Dengan penampilan kurang rapi dan bertubuh sasa, beliau sedia menakluk dunia lakonan Hollywood.


1. Ryan Gosling
Kerjaya hiburan nya bermula dengan Mickey Mouse Club. Lakonan beliau dalam "The Believer" dikritik hebat. Watak tersebut melayakkan beliau meraih anugerah Sundance. Untuk tahun ini, lakanonnya dalam "Crazy, Stupid, Love" membuatkan aktor didalam filem tersebut, Steve Carell melambangkan Ryan sebagai "eye candy".

Dengan bakat lakonan dan rupa parasnya yang sering menjadi bualan, Ryan telah dipilih sebagai eye candy 2011, dan dia juga seorang pemain gitar bass!

Farid kata: cita cita saya adalah untuk menjadi seorang columnist!


Ber-atv di ATV Adventure Park Kemensah

*Hadapan pintu masuk*


Not so long time ago, lepas lepas geng sakai ber atv di Cherating, aktiviti dilanjut untuk ber-atv lagi, ini kali di ATV Adventure Park Kemensah, belakang zoo negara. Selaku jkkkkkk utama, gua lah mengemail, gua lah mengutip duit utk diposit, gua juga bikin promosi, segala gala gua. 

Setelah mengumpul seramai 9 org, deposit dibayar kemudian berkumpulah kami di hadapan Zoo Negara seawal 8am hari sabtu yang lepas, ini kerana kakak tokei tempat berkenaan berpesan supaya tiba awal kerana ada sedikit taklimat.

Gua, nok, choy, sally, kama kama haa dan isteri, aril dan sharul. Azmi tidak kesampaian kerana isteri beliau sakit kuat. 


*Angota kumpulan tanpa Nok*

Bayaran dikenakan untuk pakej 1 jam stengah adalah rm100. Anda akan di bawa masuk ke hutan dn bertemu air terjun dengan jalannya tersangatlah adventure dengan lumpur disana sini, kebetulan pagi itu dan malam sbelum itu hujan, maka jalan adalah berlumpur selut segala.

*anggota kumpulan tanpa aril*

*Dibawah ketiak nok, ceh*

*Choy mengambil ujian memandu*

*Isi borang segala, sally siap bukak kertas sbb tak ingat alamat rumahnya*

*Bersantai santai di tepian air terjun*



*Choy meninjau kawasan*

*sikit lagi kepala nak tersangkut*

*Bila brek, atv akan melorot tergelincir*

Pada yang gemar aktiviti lasak, harus untuk mencuba aktiviti ini. Untuk sesi seterusnya, kami bercadang untuk membuat trip dari kemensah ke janda baik dimana perjalanan mengambil masa 5 jam, dan menelan kos sbanyak rm350 seorang. Jadi mulalah menabung demi masa depan.

Keterangan lanjut di: www.atvadventurepark.com 

Farid kata: Ketagihan naik atv

Friday, December 23, 2011

Segmen Mari Menonton: Mission Impossible- Ghost Protocol


Dalam assignment di Budapest, agen Trevor Hannaway di arahkan untuk mencuri barang yang bakal dihantar oleh seorang agen bernama Cobalt, tapi malangnya Trevor telah di bunuh oleh pembunuh upahan wanita bernama Sabine Moreau. Ketua misi itu yakni Jane Carter adalah juga kekasih pada Trevor juga dibantu oleh Benji (seorang penganalisis yang dipromot oleh Ethan Hunt untuk ke assignment lapangan). 

Stelah Jane dan Benji berjaya mengeluarkan Ethan Hunt (Tom Criuse) dari penjara di Moscow, mereka bertiga mempunyai misi baru yakni ke Kremlin untuk mendapatkan data tentang Cobalt, tapi malangnya pihak Russia berjaya mengesan misi itu dimana Cobalt sendiri datang mendapat fail beliau. Lalu terkantoi lah Ethan dan Benji yang menyamar sebagai Jendral tentera Russia.

Cobalt sempat memasang bom lalu memusnah kan sebahagian Kremlin lalu pihak Russia mengihsytiharkan perang keatas US. Pihak US lalu mengaktifkan Ghost Protocol, dimana IMF akan ditutup. Ethan dan pasukannya disalahkan menjadi penyebab serangan di Kremlin. Jika salah seorang dari pasukan Ethan tertangkap, mereka bakal dilabel sebagai pengganas. Ethan sempat bertemu dengan Secretary IMF dan penganalisa maklumat William Brandt. Tapi malangnya Encik sekretari mati di bunuh dalam serangan hendap. Brandt dan Ethan sempat melarikan diri. 

Sedikit info William Brandt, beliau adalah penganalisa maklumat yang dahulunya seorang ejen lapangan. Tapi malangnya beliau gagal dalam misi melindungi sepasang suami isteri di Croatia. Si suami keluar berjoging, dan si isteri mati dibunuh oleh sebuah pihak. Brandt sangat menyesal diatas kegagalan itu. Dan lebih mengejutkan sepasang suami isteri yang dilindungi itu adalah Ethan Hunt dan isterinya. Dan isteri Ethan sbenarnya tak mati, sangat hindustan.

Pembunuh upahan, Sabine sudah mempunyai data yang boleh mengaktivate senjata nuklear Russia manakala orang kanan Hendrick (Cobalt) iaitu Winstrom sudah bersedia untuk membeli kod tersebut). Pembelian ini di buat di Burj Khalifa, Dubai. Maka Pasukan Ethan ke sana lah untuk merampas semula kod tersebut sebelum jatuh ke tangan Winstrom.

Maka berlaku lah beberapa adegan panjat hotel yang tertinggi didunia itu, dan agen Jane dapat jugak membunuh Sabine yang pernah membunuh kekasih hati Jane yakni Agen Trevor. Tapi malangnya, operasi mereka merampas kod tersebut gagal. Dan ujung ujung Winstrom itu adalah Coblat yang memakai topeng.

Secara mejisnya Ethan dapat maklumat dimana Cobalt membeli satelit terpakai di Mumbai. Maka ke Mumbai lah Ethan dan pasukannya pula yang membawa misi untuk meretrive kod yang bakal membatalkan pelancaran senjata nuklear pihak Russia.

Disini muncullah si Anil Kapoor membawa watak jutawan india. Ada adegan goda menggoda lah bagai untuk mendapat kod penyahaktifan bom nuklear itu, dan Ethan bergusti dengan cobalt untuk merebut beg yang berisi kod tersebut.

Adakah Ethan dan pasukan nya berjaya mematahkan misi Cobalt? Adakah penonton bakal membakar panggung jika Ethan tewas? sama sama kita saksikan.

Farid kata: Cerita gini kene tgk ngan kusyuk, missed satu scene, tak paham la sampai sudah

Thursday, December 22, 2011

Hari keluar perut

Ok mmg gila lama punya cerita. Gua mau bikin entri paling simple, pertama terima kasih pada semua ucapan di Fb, twitter dan sebagainya. Second, terima kasih pada pejabat gua yang menyediakan red velvet yang sedap tidak terhitung. Third, terima kasih pada yang belanja makan makanan yang mahal dan juga yang memberi hadiah segala. Last but not least terima kasih yang tidak terhingga pada mama dan baba saya yang menjaga saya masa kekecik dan juga sampai tinggi panjang ini, saya sayang parent saya, tiada apa dapat dibanding dengan sayang saya pada mereka. Sekajap "gua" sekejap "saya", hantam sahaja.


Farid kata: Turning 29, and im happy

Thursday, December 15, 2011

Segmen Mari Menyanyi: Adira- Lara Lagi

Adira _ Lara Lagi

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Muat Turun:



Adira- Lara Lagi


Farid kata: Comel Adira bertudung dan tanpa mekap

Tuesday, December 13, 2011

Kata kata yang tidak menahan dalam laman sosial

Suami/ isteri
Status: saya sangat sayangkan wife/hubby saya
kekerapan: setiap jam
konklusi: remove lalu diblokced

Mak mak yang bangga dengan kecantekkan anak
Status: Jangan lupa to vote 4 my daughter pics
kekerapan: tiga jam skali, tu tak kira dgn msg di inbox
konklusi: diam buat tak tau, sambil mencarut dlm hati

Gamers yang addict macam hell
Status: Please approve this request for game bla bla bla
Kekerapan: setiap malam
konklusi: hantar pm pada tuan empunya request to stop request such thing!

Suami/ isteri
Status: My hubby/wife belikan sepasang baju yg terlampau cantik, sayang rasanya nak pakai
kekerapan: tetiap hujung bulan
konklusi: reply komen "nmpk sangat laki/wife lu jarang belikan brg utk lu"

Anak dara yg dah tak tau nak buat apa kat rumah
Status: Ngantuknya saya nak tidur la, sakitnya perut nak pergi jamban dulu la
kekerapan: asal rasa nak tidur, nak berak, nak termenung
Konklusi: Publisiti? berak saja pun bukan lu terjun dari menara kl

Pasangan yang baru berpisah
Status: aku tau kau tak bahagia, aku bahagia bila kau dah tak de, jantan tak guna
kekerapan: asal clash, naik je status camni
konklusi: kasihan, lepas kene tinggal, gila pula

Budak sekolah yang kantoi
Status: Abah aku marah siap sebat aku sbb kantoi rokok, tak guna punya bapak
kekerapan: waktu abis sekolah
konklusi: aku cakap dengan abah ko, ko kata dia tak guna

Farid kata: tak semua perkara boleh kira kongsi dalam laman sosial. Perkara yang melibat hal hal peribadi tak payahlah lu nak share disitu. Ngerti?

Monday, December 12, 2011

Kijang Treasure Hunt 2011 Bersakai dengan ATV




*azmi ngan choi macam dgr ceramah, abaikan mulut gua yang penuh kembong itu*

Pukul lapan pagi sudah bangun sbb dgr suara kama kama haa ngan azmi yang kocoh kocoh mau balik bilik, nok juga bising bising mau bersiap siaga pergi memakan sarapan pagi. Gua pun bangun walau kepala ada sikit ting tong. 

Sarapan yang disediakan adalah "ok ok" sahaja. Nama pun free, jadi sila bersyukukr dan makan dalam keadaan pasrah dan penuh keredhaan.


*dah macam makan beradab, serius meh?*

Setelah kenyang dan menyedut beberapa batang cigerette, smua pakat pakat lepak di tepian pantai, sambil berfikiran apakah yang lebih menarik untuk dilakukan selain bergambar seperti maniac. Azmi memberitahu idea bernas beliau yakni menunggang atv. Smua pun mcm 50-50 mau stuju. Bagi gua mungkin agak mahal, rm35 untuk stengah jam. Tapi ada jua rasa teringin mencuba. Atv tersebut hanya ada enam bijik, jadi dua terpaksa disingkirkan, yakni zairul dan shikin berpasrah di tinggalkan. Maka bersakailah kami beramai ramai dengan atv itu.

*membincangkan isu isu terkini*


*muka tak puas hati benar*


*lalalala ko bebel la sensorang*

*AMARAN KERAS! ini bukan tong minyak*




*kama kama haa tak lepas naik bukit seciput*


*choi tgh menerangkan kat gua, atv nya tak de brek, langsi gila*

*inidividu yang lenyek najis lembu*

*brader atv tolong snap*




*dimuara sungai*




*Bukti sally dah lenyek najis lembu yang keras di luar lembut didalam , hingga percik naik ke seluar*

Farid kata: Cerita ciput, gambar berlambak, layan je

Friday, December 9, 2011

Kijang Treasure Hunt 2011 makan malam jumpa hantu

Stelah bernaik hantu di bilik akibat blek out, gua mempersiapkan perut untuk makan malam, knowing TH mempunyai dinner dan makanan yang enak enak. Tema pada tahun ini adalah Ghost Party. Kami sekumpulan tidak lah mempersiapkan diri sebagai hantu, tak jadi hantu pun org dah takut.

Amek port baek punya kat luar, senang nak merokok, ada berbagai makanan, basically based on bbq, daging lembu, kambing, sotong, udang. Gua amek agak agak yang boleh sumbat perut sahaja. Tak baik membazir, berdosa
*atas kepala otak gua tu adalah bulan, bukan cahaya hati*
Settle menyental dan menyedut beberapa batang rokok, bergerak lah kami beramai ramai ketingkat atas, ok tempat ni mmg sempit dan cramp.

Kami duduk semeja dgn team zerul, ikin, kama kama haa dan azmi, grup ini dikenali sbg flyover, tak gempaq la nama kumpulan lu orang. 

Ada la beberapa persembahan bagai, tapi gua lebih fokus pada jawapan, dan gua tahu pasti ramai bakal menghanjeng management sbb kompom jawapan meraban raban. Walhal salah diri sendiri sbb tak berapa bijak. Start hari ini kita minum susu dumex dengan harapan tahun depan kita jadi lagi bijak.

*ikin bersama kak limah kuasa empat*
*bok, ko buat buat mata cam pehal?*

*walaupun gua sibuk makan, gua tetap menghantar khabar berita, "yiu jangan risau, ai tak gatal gatal" puiii*

Hampir jam dua belas, baru lah selesai segalanya. Pakat pakat ramai ramai lepak minum lagi syiok. Walhal baru lepas makan tu. Tapi okay juga kerana mau keluar membeli ubat gigi, empat empat ketul bawak berus gigi tapi tak de ubat gigi. Sadis. Cocoi blanjer kami makan aiskrim, walaupun hujan lebat, fedulik hapa.

*melayan kama kama haa dan azmi membebel*

Dah berpenat lelah keluar, balik bilik, ekon plak takde. Gua capai talipon lalu membuat panggilan pada penjaga kaunter mereport takdak ekon. Gigih  brader technician tu datang pukul 2am betul kan ekon dan padahal tak dapat repair jua hingga ke akhirnya, nasib baiklah ada kipas. Azmi dan Kama kama haa datang lelepak kat bilik, Bilik korang ada ekon, tapi pi bilik takdak ekon, apa daa. Ujung ujung dedua tidur bilik kami. Kama kama haa atas sofa, azmi atas lantai, sadis lu mi, bank bayar bilik ratusan ringgit malaysia, lu tido atas lantai, ishk rugi woo

*ini bukan mengaji iqra', tapi fokus main game kat ipad*

*bok, ko kene kepialu ke hapa, pakai baju sejuk, walau panas berdengkang*

*Prof Madya Cho-Choi*

Farid kata: Gembira sungguh upload gambar ke blog di rumah, 27 keping dalam sekelip mata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis