Showing posts with label Meraban. Show all posts
Showing posts with label Meraban. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Bizarre things do happen, count on it


Last few day ada baca dalam paper bout this nenek been robbed but yang merompak baik hati bagi rm20 dan mintak halal barang yang dirompak?! wtf! wtf! Think that perompak was pathetic psycho. 

@ roti canai in a single meal?! no cool, really not cool, nampak macam sekeping sahaja, but believe me, not mine. That dal was super awesome seriously.

Using that camerabag apps filter and my photo turn into this weird shape+ weird filter. Never mind, it was free apps, and u guys shud try it. Oh and also try apps like KCrop and Typic, was a good free apps. Will review it later in next blog post.

This is my first step untuk mengelakkan perut dari terus membesar or in major word is boncet. Try to avoid lunch and take early dinner, really do hope it will come out as superb procurement or else a good result. Pssttt do fries contain high carbo?! damn it #majormistake

Farid kata: Ada baca bout tips in instagram that mention, "stop taking photo of ur gross lunch"?! omg

Thursday, December 29, 2011

Seriously im not good at this..

Semua ada kelebihan dan kelemahan, but for sure, your weakness is the worst part of yourself, is it? People always get notice bout their strength other then the other part. But for sure im no so good at this

Kadang kadang gua terfikir...... alangkah bagusnya jika tiada yang miskin dalam dunia ni, jadi yang kaya tak perlu keji yang miskin.

Kadang kadang gua terfikir...... Bagus kalau gua ada reset button atau edit button dalam kepala otak, so then gua boleh pilih mana mana memori yang nak disimpan, yang tak berapa nak best, boleh delete, for sure gua tak mahu jadi robot

Kadang kadang gua terfikir...... pasti hebat kalau setiap rumah di Malaysia di beri sebiji kereta, walaupun kereta paling murah di pasaran sudah memadai. So pagi pagi tiada lagi pemandangan merbahaya di mana bapa bapa menghantar anak seramai 4 orang naik satu motor sahaja.

Kadang kadang gua terfikir...... alangkah bestnya dapat travel setiap hari dalam hidup anda, then just choose sahaja mana mau pergi, take a first class flight, get nice hotel, do some outdoor activities and you do it everyday! awesome yo

Kadang kadang gua terfikir...... my house di tengah tengah lapangan terbang, so that everyday boleh dengar bunyi pesawat, cool sangat!

Kadang kadang gua terfikir...... bagus kalau employer bagi every each staff their own toilet, so that tak payah nak dgr bunyi prett prott dalam toilet yang dikongsi, nasty oh

Kadang kadang gua terfikir...... price tag reventon sama dengan harga proton waja , pegi pasar bawak lambo, hebat ko mak jah.

Kadang kadang gua terfikir...... boleh guna internet akses thru fon without any bill. Seronok bukan main, tak payah fikir limit data semua. boleh surf sampai fon melethop tanpa pening membayar bil.

Diantara yang paling hebat  adalah,

Kadang kadang gua terfikir...... Gua tinggal dengan my parents now, gua anak mak, and so what?!

Kadang kadang gua terfikir...... hebat nya goverment jikalau dapat menampung kos sepenuhnya untuk jemaah haji yang berusia 70 tahun ke atas, besar amal jariah tu.

Farid kata: if u wanna buzz me and just say few word, better lupakan sahaja, sbb gua ada banyak perkara lain hendak diuruskan, i mean it

Thursday, July 14, 2011

Jangan tipu, dosa mati seksa

Setelah gua rasa gua cukup smart, Gua pasang lagu kuat kuat, gua jalan dalam keadaan sederhana laju. Sambil jalan, mulut kumat kamit miming lirik dalam lagu.

Suasana hening dalam gerabak tren yang membawa sebilangan besar warga kerja menuju ke pejabat masing masing. Ada yang tidur, ada yang membaca, ada yang senyum seorang diri tatkala melihat skrin telefon bimbit dan ada juga yang fikiran menerewang di luar tingkap.

Hujan turun mencurah curah pagi itu. Dalam fikiran, memang enak jika dapat baring sambil peluk bantal kesayangan seumur hidup gua.

Selesai cucuk tiket, gua naik tangga bergerak, tak mampu nak panjat tangga yang tinggi tinggi. Sampai di atas stesen, nahh hujan makin lebat menderu. Gua ambil port tepi tangga, tegak berdiri semacam mau nyanyi lagu negaraku dengan harapan hujan akan reda.

Datang seorang pakcik yang buta gua rasa sbb bawa tongkat. mengelak dari hujan, setiba disebelah gua, di campaknya tongkat, dan sibuk sibuk susun tisu dalam bakul. Gumam gua dalam hati "betul ke apa yang gua nampak?"

Gua peratikan pakcik tersebut dengan teliti. Usai menyusun tisu tadi, dia terus terus tegak berdiri sambil mencapai tongkat dan bakul tisu tadi. Cepat cepat pejam mata dan secara rasmi nya sudah menjadi buta. Lu biar betul pakcik, pura pura buta walhal tak buta. Nanti tuhan ambil betul betul deria penglihatan lu, baru lu tau.

Gua ada juga rasa rasa mau kelepow kepala pakcik tu, tapi gua dah lambat masuk ofis pula. Nasib menyebelahi lu la pakcik. Gua yakin dengan cuaca pada ketika itu, gua jalan laju laju menuju stesen Star seberang jalan pula.

Pesanan gua: Selain cari rezeki halal, biarlah dengan cara yang halal juga.

Wednesday, June 22, 2011

Hero mejik

Gua suka hujan rintik rintik. Bila tiup kene muka lu. Satu dunia tahu lu basah. Bayang bayang petang dengan bintang muncul, tak de siapa mahu lap air mata lu, kering macam tu je. Gua boleh pegang tangan lu untuk beribu tahun. Gua tahu lu belum putuskan apa yang ada dalam fikiran lu. Jangan risau gua takkan silap.

Gua tau dari mula gua jumpa lu, gua tak pernah teragak agak. Gua jadi lapar, gua jadi tak tentu arah, kadang kala gua karaoke tanpa nafsu, tapi suara gua tetap sengau. Ribut mengganas, ombak bergulung. Tapi gua boleh berdiri. Memang ajaib.

Dalam perjalanan jauh, gua senyum, tengok lu pun senyum. Petang tu angin liar bertiup laju, sekadar amaran, lu takkan jumpa orang macam gua. Gua akan pastikan mimpi lu jadi nyata. Sampai hujung dunia. Gua hero dalam cerita ini.

Pesanan Farid: Kalau bikin drama pasti hits mengalahkan drama bersiri kat tivi.

Monday, February 7, 2011

Terkaget di depan pc

Satu hari yang hening, spend my lunch hour punggah all my fb inbox. Then belek satu satu, tetiba*ceh cam gempaq sangatkan cerita kau*. Terkeluar smua msg msg lama yang aku fikirkan aku dah delete. Tapi rupanya tidak. Berderet deret ianya muncul. Memula cam keras hati tak mo la baca segala macam mak nenek punya msg, sekali tetiba hati dilimpahi rasa ingin tahu yang membuak buak, nak baca gak.

Maka belek la satu satu, baca ngan penuh emosi (kata dah merangkul anugerah pelakon lelaki terbaek, kene la emosi). Dari msg first day aku kenal beliau, sampai ke msg bercakaran smua ado. Adoiyai. Penuh emosi sungguh. Dah tu je. Ada orang kata "ala it just a msg" tapi bagi aku, bukan takat msg je, sbb every each words can bring up memories. Drama gila oi ayat ko. Hahaha

Pesanan dari farid: Now i decide untuk tidak mendelete, kenapa ko menyesal kah farid? err err err *kaget*

Sunday, January 30, 2011

Gaul punya kemusykilan

Tetiba terasa hati membaca artikel ini bila mana suatu ketika dahulu aku pernah dilabel sebagai anti sosial. :p


Pergaulan Menurut Islam
Soalan:
 
Bagaimanakah sebenarnya pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut pandangan Islam. Saya bertanya kerana saya jarang menegur perempuan kecuali pada hal yang penting sahaja. Walau bagaimanapun, saya dikatakan sombong oleh kaum perempuan di tempat saya tinggal dan universiti saya. Saya harap Tuan dapat jelaskan dengan terang?
Najeb, Kajang
Jawapan: 
    Islam tidak membenarkan apa jua bentuk hubungan antara lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah dan menjauhi zina. Kecuali dalam keadaan darurat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim di mana Rasullullah SAW membenarkan orang perempuan pergi ke medan perang bagi menolong merawat pesakit-pesakit dan menyediakan minuman.
    Dalam suasana kebebasan yang ada pada hari ini setiap individu muslim harus menyedari batas-batas pergaulan agar terhindar dari perkara terkutuk sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat ke 32 yang bermaksud: " Dan janganlah kamu mendekati zina ".
      Perbuatan anda membatasi pergaulan dengan wanita adalah sangat elok untuk menjaga diri sendiri, dan anda harus mempertahan prinsip tersebut tanpa memperdulikan kata-kata orang lain. Namun anda juga perlu bergaul dengan ramah dalam keadaan-keadaan tertentu yang tidak menimbulkan fitnah seperti dalam dewan kuliah dan sebagainya agar anda tidak dianggap sombong dan memencilkan diri dari teman-teman kerana desakan hidup pada masa ini memerlukan kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat. 

Tak kisah la nak label org saiko ke, mental problem ke, simbol sex ke (pamela anderson konon), yang penting kita harus sedar keadaan diri kita sendiri. Konon sangatkan ayat aku. Ok stop it.


Pesanan dari saya yang tak seberapa ini: Walaupon hidup dalam dunia serba moden, tak semestinya semua nya ikut berubah. Hukum tetap sama tanpa sebarang perubahan. *Sambil betulkan serban.

Friday, January 28, 2011

Pabila rambut aku menjadi isu

Pagi:
(Huru hara bersiap sebab dah lambat)

Makcik aku : kenapa rambut ko cam lain je yit?
Aku             : err yang depan dah panjang, ari tu gunting tepi je
Makcik aku : slalu terpacak pacak
Aku             : Bila dah panjang dia jadi berat, jadi tak leh pacak pacak
(Trus bangun tgk cermin, nampak nerdy gila) *sigh

Tgh Hari:
(Tgh high layan betik)

Akak di opis : hamboi rambut ko dik
Aku              : Err err kenapa?, Bagi salam dulu sbelom terjah boleh tak?
Akak di opis : kemain menyerlah kalernya
Aku              : Rambut aku kusut masai kak, esok aku pakai tudung

Petang:
(dalam lif, tetiba berhenti ditingkat dua dan bos aku lak muncul, nahas nih)

Bos aku : Wah wah kemain lagi rambut kamu yer farid
Aku       : Err err err *tergagap gagap
Bos aku : kaler apa ni? Apa nama kalernya?
Aku       : Milk brown tea
Bos aku : Apa?
Aku       : Kaler teh susu coklat *kekwat*
Bos aku : oooo menarik jugak kalernya (sambil berlalu pergi)
Aku       : Trus sujud syukur kat depan pintu opis gak

Petang (nak balik):

Tgh jalan nak balik, sambil mulut kumat kamit miming lagu Raffi Ahmad- jangan bilang tidak
Tetiba kene tahan ngan security (cam kat airport)

Security: eh farid sini jap
Aku      : Kenapa? Dah nak balik oi
Security: Kejap la, Ko pakai kaler jenama apa ni? *sambil tunjuk kepala aku
Aku      : Mana la aku ingat, lupa dah
Security: Senin ko bawak la kotak dia, aku nak tgk
Aku      : Kalau aku tak hilang ingatan, aku bawak la
Security: jangan lupa lak
Aku      : pepelik la ko ni
Security: Bawak ek
Aku      : *sambung miming lagu jangan bilang tidak, sambil berlalu pergi

Kesimpulan nya, bila aku kemaskan rambut aku rapi rapi tak de siapa nak tegur, tapi bila kusut sikit trus menjadi isu. Kehidupan ini sangat kejam pada saya.

Ps: Kalau kita jodoh, kita pasti ketemu

Monday, January 24, 2011

Bukan kursus kawen mahupun bukan kursus memandu

Assalammualaikum smua *sambil betulkan serban. Yer dah makan minggu aku tak update. Last week bersamaan hari khamis aku ke JB, tu nanti aku bikin n3 lain la. Now ari isnin aku ada kursus dia Marriot la kononnya, pasal apa aku kata konon? sbb masa memula dapat offer email trainning ni wah kemain tulis "JW Marriot" pasti korang rasa gempaq maut kan? smua tipu belaka.

Ujung ujung bila tiba hari kejadian dapat email, hanyalah di Ritz Carlton. Sampai gitu nak nipu kan. Apa apa je la labu. Hah kusus ni berkaitan admin dan bukan kursus kawen mahupun kursus memandu. Aku tak leh la crita in detail pasal training nih, sbb baru stengah jalan. Ada sehari lagi nak hadap. Apa punya azab daaa.

Speakernya? So so je la, nak kata happening sangat tu tak de la. Nak kata boring sangat pon tak de la. Tapi nasib baik aku sudah mendapatkan tidur yang secukupnya. Maka tiada rasa mengantuk lagi.

So esok ada public speaking, ko kene bantai bercakap paling kurang tiga minit dan lebih mencabar kene speakang (cakap dalam bahasa Inggeris) Apa relatednya ngan admin pun aku tak tau, sbb lam modulue tak de plak disentuh pasal bahasa inggeris mahupun bahasa jawa apatah lagi bahasa korea. Tgk la apa aku nak goreng esok hahaha wish me luck

Ps: Sampai bila mimpi aku tak de dia pon aku tak tau. Pls pls la go away, far far away <- cam lagu kanak kanak kan?

Wednesday, January 19, 2011

Katakan Tidak!

Tajuk adalah seperti kempen anti merokok, tapi aku adalah sesekali tidak akan berkempen kerana aku adalah perokok tegar dan bukan senang nak berhenti sewenang wenangnya. Kali ini aku ingin mengwar warkan pada korang korang ada few things yang aku paling paling paling tidak gemar dan kalau boleh tak tgk langsung. Benda benda ni smua akan mendatang kerengsaan <- ada ke ayat camtu? balon, janji korang faham maksud yang cuba disampai disini.




 1. Nenas atau pineapple, satu satunya buah yang paling paling aku tak suka. Rasa nya pelik, pastu rupanya tak cantik, tajam dan boleh melukakan jari yang mulus. Bila makan ada harapan lidah kau akan terasa seperti dicucuk cucuk. So apa apa yang berkaitan dengan nenas aku adalah menghindar kannya. Kalau makan tart nenas, sanggup aku korek dan buang jem nenas nya. Dan nenas juga tak elok utk peranakan, Farid, ko boleh beranak ke pun?! !@#$%%



2. Belon atau Balloon, korang jangan gelak ek, sbb aku mmg takut ngan belon. Bukan apa, kalau ianya melethop, bunyi yang dihasilkan ada seperti org menembak. Bising dan ada kemungkinan mengundang rasa kemelatahan yang melampau. So kalau ada pertandingan tiup belon, pasti aku takkan menyertainya, baik aku lari dalam guni atau bawak bola ping pong lam sudu.





3. Cicak umah atau nama omputih korang cari sendiri- Nak taip pun aku dah rasa geleman. Yer aku mmg geli tahap dewa dengan cicak. Inilah satu satunya makhluk yang selalu menyusahkan aku jika ke bilik air. Sanggup tunda waktu untuk bersiraman jika cicak yang bangang ini bertandang lalu pose mcm amber cia dalam jamban. Badannya yang lembik pastu ekor leh putus putus then dah putus pon boleh bergerak lagi eeuuiiiii geli oiiii.




4. Habuk- last but not least adalah habuk. Boleh membuatkan proses bersin berlarutan hingga mengeluarkan air mata seperti org kesedihan akibat kematian suami tercinta. Most of the habuk didalam rumah adalah dari sel sel kulit mati. tetiba rasa cam ular plak boleh salin salin kulit. Jika katil yang lama tak digunakan, aku akan bersiusah payah untuk membuat sesuatu lalu membuka jendela untuk menghalau habuk habuk ini.

Pesanan khas: Lepas ini aku buat list "orang yang aku benci" pula yer muhahaha

Tuesday, January 18, 2011

Betik yang haibat!

*kedai ini tidak menjual betik mahupun anjen*


Lately ni aku adalah penggemar betik, sbelom ni kalau nampak betik pon aku pandang pun sipi sipi je. Tapi sejak kebelakangan ni, betik menjadi kegilaan remaja masa kini. aku di waktu makan tgh ari. Mungkin sbb buah lain adalah keras dan tak sesedap betik. Kalau amek epal mahupun honeydew juga jambu, mereka adalah keras dan tak sedap. Aku try makan ciku, terus sakit tekak @#$%$#@ damn u ciku. So i decide to have this wonderful betik, since kaler pun sangat menarik dan antara buah yang sangat ekonomi (bukan kes kedekut yer) dan yang penting ianya lembut dan mudah untuk ditelan.

Betik haibat kerana:-
1. Pucuk dan bunga betik sesuai untuk menurunkan darah tinggi
2. Jus buah betik sesuai untuk mereka yang diserang denggi dan malaria
3. Jus buah betik juga dapat menggadakan pengeluaran sel darah.
4. Masyarakat india percaya dengan memakan betik dapat menjarakkan anak. (tak mo anak susun paku rapat rapat)

Haa kan ada banyak benda menarik pasal betik. Maju lah betik untuk kesihatan bersama.

Pesanan ringkas: i love u betik like i love my ex haha

Saturday, January 15, 2011

Jogging, makan banyak dan menonton wayang

Pagi pagi sabtu aku sudah bangun mau jogging, hangkut smua bebudak ni mirul, tok mok, aiman juga shady pon ada. Makanya berlari la kami di Tasik Perdana sana. Tapi aku pasan la, skang ni kalau berlari badan aku ringan bak kapas, wtf kan. tapi betul sumpah mmg ringan. Dulu cam hazab gila nak lari, pastu lepas lari pasti rasa cam mengjahanam je badan. sakit kaki, sakit lengan, sakit gigi <- ko lari pakai gigi ke pon?!

Settle jogging, masa yang dituggu tunggu sudah tiba, trus tuju kedai mamak depan Bangsar Village then tanpa segan silu trus order roti canai dua beserta teh tarik besar. Ko mampu? hahaha Tu baru sikit, memula pasang niat nak makan beriyani ayam madu, lagi keji kan? tapi disebabkan kira pagi lagi, aku makan je la roti canai.

Dah abis makan, pegi cuci kete sterus nya pi isi minyak, pastu dengan pam tayar. Memula plan nak pam depan je, pastu dah alang alang trus je la pam blakang. Masa tgh pam tu baru aku pasan ada paku kat tayar, damn. So esok je la aku pi tampal. Kalau pancit tgh jalan padan muka kau.

Balik umah, mandi, tidur sekenyang kenyang nya (tidur like makan, kalau puas consider kenyang), pastu bangun main game then now here i am, tgh menaip dan nak kluar tgk wayang. Ermm tapi tak tau nak tgk criter apa. Takkan nak tgk Paranormal Actibiti 2 tu, kan criter hantu, mau terkencing terbuang air besar akibat ketakutan. *hebat kan taraf ketakutan aku.

So aku decide nak tgk Faster je la. walaupon cam tak best je criter tu.

Kalau best aku kasi review yer, kalau tak best, aku review gak tapi dengan penuh kata cacian la. Wish me luck.

Ps: Get over it la farikh

Wednesday, January 12, 2011

Gemok punya hal

*weird hair do* 


*muka sembab br bangun tido. pose dalam jamban*

See the photo above? pepoyo snap sendiri, and aku mmg jarang snap muka sendiri. Sila semat dalam dalam fikiran muka ini sbb with few month i'll be transform like kuman ku2 *insyaallah. Gila berani punya kenyataan. Tapi itu lah hakikat. Org lain sibuk loosing weight but aku being so busy gaining my weight. Pelik dan benar.

Dgn demam on and off, dgn makan tak teratur, tido apatah lagi. but no worries i reschedule everything back asap. Freaking out bila sampai rumah sbb penat jalan, damn sweat everywhere. Padan muka siapa suruh rajin jalan sangat. ok shut up

Ps: love my self now, dulu tak sangat love

Wednesday, January 5, 2011

Tak baik bazirkan peluh

Di suatu tgh hari yang tak berapa nak panas, mendung ala ala nak hujan tapi tak hujan dan tetap membahang. Epul ajak aku ke sogo waktu lunch, kata nya nak cari baju nak dijadikan hadiah. Di sebabkan aku dah makan awal, so layan je la. Memula plan nk tido je waktu lunch. Tapi bila bangun nanti tak produktif plak. So berjalan la kami dengan lenggang mak jah ke Sogo.
 
Usai abis membuat pembelian juga pembayaran, trus melangkah balik. Seperti biasa teknik lenggang mak jah digunakan semula bagi mengelakkan pengeluaran peluh yang berlebihan. Rugi air dalam badan. Seraya sampai kat area kupang, epul katanya mau makan. Cari seat, pastu aku trus la duduk. Sekali ada la sorang hamba Allah ni datang mau menumpangi meja kami. Rupa nya kawan epul. 

Nak dijadikan bahan, aku slalu la mengkritik si makhluk tuhan tak berapa nak seksi ni. Tapi bila duk semeja rasa cam klaka maupun kepelikkan. Rasa nak gelak guling guling tapi tak jadi sbb aku masih lagi mengekalkan adab sopan masyarakat timur. So pengajaran ayat nya, lain kali nak mengkritik kene kritik lite lite, sbb bila ditakdirkan satu hari kau kene duduk smeja dengan individu yang menjadi mangsa kritikkan ko, pasti ko akan terpinga pinga. Tambah kritikkan kau sebelum ini berbaur kelucuan. Lucu la sangat kan.

MoS: Dont be so naive


Monday, December 20, 2010

Is it?

Spent it for:

1. Pair of nike running shoe
2. Pair of converse slim low cut
3. 2 pcs of G2000 shirts
4. 2 pcs banana republic short pants
5. A piece of Philosophy Man shirt - Yellow
6. A piece of Seed shirt - Yellow again *sigh*
7. Pedro beg *last piece they have*
8. Autograph, after shave and shower gel

Last but not least a lovely dinner at Little Penang, klcc. worth it
Spent it wisely yaw!

Tuesday, November 16, 2010

Capek deh capek

"ni bukan capek tapi si capik, sian deh lo"


Aku adalah kecapekkan, smalam dah cuba load pics yang berkuantiti sebanyak 714 keping, trus hang laptop aku, aterr lappy buruk, mananya tak hang nak sekali harung transfer gamba sebanyak itu. Dari cuti cuti penang membawak ke majlis nikah Jiji.

So tarik napas dalam dalam, aku akan usahakan sebaik mungkin untuk memuat turun smua gambar yang ada. lepas nak muat turun nak pilih lagi. so agak memakan masa. Aku dah siap menaip cuma gambar je tak masukkan lagi.

Insyaallah malam ni kalau tak de rintangan aku cuba selesaikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis