Showing posts with label gua. Show all posts
Showing posts with label gua. Show all posts

Friday, May 27, 2016

Sekali harung

Lama oh tak tulis, terlupa ada blog agaknya. Ok skang nak cerita. bermula gini......

*Telan liuq la pula bilamana menengok gambar ni semula*

Haaa pada korang yang ada mai PD, pi makan kat kedai pakcik tiger kat kem askar batu 4, kedai nya jual menu kelantan, like nasik kerabu, nasik dagang, laksam dan macam macam lagi. Ngapa panggil pakcik tiger? sbb dia ada kucen nama tiger. mihmihmih


*Pengaruh ayam goreng adalah dari kemal, sbb slalu paw ayam dia*

Pastu, dah dua minggu gue berpindah duk Sendayan, dah dua minggu jugalah menaiki komuter kekdahnya. So bila balik keje mmg nak makan dan tidur, selain nak main game juga huhu. So tempat yang biasa dan mudah nak makan adalah Railway Kopitiam. Tempat cozy, menu banyak, dan paling senang sbb dia in between rumah dan stesen komuter. So senang.

*disebabkan rak tv tak sampai lagi, dan orang astro dah mai nak pasang, balun je la meja yang ada dulu*

Last week dah mula cuci rumah kemal dan ngangkat mana mana barang yang perlu. Lalu memasang few things bagai. Nk tertanggal segala tulang rusuk kekdahnya.

*dah selesai di rumahkemal, moh balik PD balik, banyak benda nak dikerjakan kemudian hari*


*hai lah akuarium oi, gue jadi dalam dilema nak memindahkan nya camna ni, (capai mic nyanyi lagu nora, di persimpangan dilema)*

*Hangkut dua tv skali harung, sapa kata myvi tecit?!*

*membeli baldi segala nak mencuci umah kekdahnya*

Sekian sahaja laporan tuk berminggu minggu yang lepas. Dah tak tau nak cerita apa sudahnya.
bye bye
see ya!

Farid kata: Now i know where im standing, thank you.

Tuesday, September 9, 2014

Main game, tipu nak jadik kaya


*Rasa mendalah ni macam tempat letak enpon kot, tapi permasalahan nya ngapa kripi sangat?*

Ni minggu bila punya cerita pon tak tau, tapi nak cerita jugak. Bukan nak cerita apa pon. Takde banyak aktiviti, asyik la main game je. Haaa itu hari gue adalah membeli satu device nak mengcheatkan game nintendo nih, tunggu punya tunggu pas tiga hari barang nya pon sampai. Tapi lupa la plak nak amek gambo nya. Ala dia cam card reader yang mampu membaca data lam katrij game ni. *gila tak advance, orang jaman skang main game pakai cd, gue masih lagi berasaskan katrij. Pastu dah ada devicenya kene la pula ada software nya, google punya google, skali software nya kene la dipadan suai dengan window. Yer mekbuk gue ni ada os mac je pon. Apa lagi, gigih la install jugak windows. Sib la berjaya, tapi memori manjang masalah. Lantak la janji boleh je running software nak menipu game tu. Jadi skang boleh la bersuka ria tipu game tu like tambah duit banyak banyak bagai, tak yah luang masa lama hadap game tu nak jadi kaya. *hidup dalam pendustaan

*dah bertahun tahun guna mekbuk, baru terkial nak letak window*


*hari apa ntah, mokcik gue bekalin nasik lemak umtuk sarapan pagi, oh sungguh la nikmat*

Ok dah tu je.

Farid kata: Congak kira nak beli enpon baru pls pls pls pls

Friday, September 27, 2013

Round up skali lagi

Bila farid malas, dia akan buat entri round up sepanjang minggu. Bagus kan? Dasarrrrr, ok mula...


Itu hari pi plaza damas amek kek ngan norin noor ngan farah, pastu pusing pusing tak tau nak makan apa, ujung ujung bedal Bagel cheese je. Dah lama tak makan pun bagel cis ini. So dapat makan aritu pastu rasa hepi. *ayat merepek sbb tangan menaip, pala otak duk pikio benda lain. Multitask lah katakan.


Oh itu adalah bukan duit raya, tapi isi dalamnya adalah pemetik api. Man adalah baru pulang dari aussie, nasib baik dia tak bagi pris meknet, sbb gua tak simpan lagi dah pris meknet. Semua nya sudah disimpan didalam kotak. Oh lighter ni akan disimpan di opis je, bukan apa, kot emergency lighter tinggal ke hapa, leh la guna. anyway makasih pada man. Guna untuk bakar rokok bukan bakar opis plak ye.



Itu hari pi makan kat the loaf, konon nak minum signature coffee tu, tapi harammm katanya abis. So amek la fruit punch, skali rasa obat kauuu *amek gitar nyanyi lagu hai obatt hai obatt mari beli obattt kalau lah terlambat tak dapat. Segala buah campur, terus jadi pahit pahit kelat. Ke gua yang kuat manis pun tak tau la. Pastu amek beef balognese, camna ntah eja tak reti, tapi yang spagetti tu la. Rasa ok ok la, tak mengujakan, dan tak menghampakan.  


Awal minggu itu hari smua cam kecoh kecoh update ios7 kan? so gua pun gegedik sama la nak update. Siap bawak mekbuk bagai. Pastu tak lepas update katanya itunes tak update, makahai betol, pastu bila dah update still lagi katanya tak update. Last ntah apa gua godek, boleh la update, tapi yang rasa hanjengnya adalah nak update ios7 tu amek masa 7jam, diulangi 7 jam yer. Sbb kan miang sangat nak berupdate nak mengikuti perkembangan semasa, haaa tunggu je la. Sumpah sumpah carut pun tak guna, last last dapat jua update dan hepi. 


OK dah tu je rentetan sepanjang seminggu. Nak cerita pasai jenjalan, gua tak berjalan pun, cuti dah sendu. Jadi marilah bekerja tanpa rasa penat lelah. itu je babai

Farid kata: Lima belas kali buat kira kira cukup ke idak duit nak melancong ni.

Friday, April 26, 2013

Tukar Header


Untuk sekian kalinya gua tukar header blog ni. Prinsip yang digunakan adalah senang tiada nak photoshop muka sendiri, nak ambil gambar baring baring ke apa. Smua nya hanya perkataan. Jadinya senang nak tukar header blog ni, kot idea datang boleh terus buat dan diganti.

Ekceli yang kali ni punya adalah di reka bentuk oleh zerul. Beliau adalah lulusan Universiti terkenal. Jadi gua minta tolong beliau untuk mereka bentuk. Konsepnya adalah konon konon like suasana malam di Hong Kong. Pengsan terus hongkong katanya. Ok dah tu je bye

Farid kata: Bila la nak cuti panjang ini

Thursday, April 11, 2013

Perginya seorang mama

Isnin, 1 April 2013

Aku pergi kerja seperti biasa, tumpang kak tin, sampai ofis macam biasa aku pegi beli breakfast. Lepas makan terus ke tandas, balik tandas, ada missed call. tgk nama, nama baba. Dalam hati, oo mungkin baba datang HQ nak ajak minum kot, tak pe, kejap lagi return la kol. Selang few seconds, fon ofis berdering, "Hello JKK" kata gua, "Bang, balik skang" dengar suara baba. Err kenapa lah, tanya aku. Balik je la, kata baba. Aku balas, kena la tahu sebab dulu sebelum ambil cuti kecemasan, "mama tak bangun tidur ni" kata baba dengan nada tenang. Pantas minda aku fikir mungkin mama terlalu penat, tapi tak pe la, aku pulang sekarang juga.

Aku jumpa bos minta kebenaran, lepas tu kol akmal, nak pinjam kereta. Kebetulan lepas aku maklumkan pada kemal, dia nak ikut juga. Alhamdulillah ada kawan nak balik PD. Sambil memandu, kemal kata "Yiet, kol la adik ko tanya kat hospital mana?, nanti senang terus ke hospital". Aku capai telefon dan kol Ibam. "bam, mama kat hospital mana?" tanya aku. "Mama dah tak de bang" kata ibam sedu sedan menahan sedih.
Waktu tu rasa jantung aku kene rentap, air mata terus mengalir laju, mulut kelu, stereng di tangan ke kanan dan kekiri. Ini bukan mimpi.

Sampai di rumah, ada beberapa anggota polis lelaki di luar, aku lari terus masuk rumah. Dan terus ke bilik, yer mama terbaring kaku, mukanya di tutup dengan kain tudung putih. Nampak bayang bayang muka nya disebab kan tudung tersebut jarang. Adik di sisi katil menangis. Aku cuma mampu ucapkan sabar pada adik. Air mata aku turun dengan laju.

Aku ngan kemal kluar ke pekan mencari kain batik lepas, bunga segar, beberapa surah yasin. Pulang dari pekan, sudah ramai berada di perkarangan rumah. Maya, Zalmi, kak tin dan ramai lagi rakan sekerja. Adik masih didalam rumah membaca yasin di sisi mama, ibam menguruskan makanan untuk yang hadir. Yer aku agak kaku. Kaku tak tahu apa nak buat, apa nak fikir. Tika tu kalau ada mama, mesti dah jerit nama mama pastu tanya apa nak buat lagi. Tapi jeritan nama mama tak akan bersahut lagi.

Waktu memandikan jenazah, aku duduk di sudut kaki. Sedihnya mmg tak tertanggung. Melihat mama terbaring kaku dalam tempat mandian itu. Aku sempat curah kan beberapa gayung air dikaki mama, mengurutnya beberapa kali, dan terus keluar dari situ, dah tak tahan sedihnya. Adik mandikan dan kafan kan mama dengan bantuan nenek dari masjid berdekatan dan juga sanak saudara mama dan baba. aku duduk disatu kerusi sambil termenung. Itu je yang mampu aku lakukan masa tu.

Rakan rakan pejabat smua sudah pulang ke pejabat, mujur ada kemal dengan nok disisi. Setelah siap dikafan kan, Jenazah mama diangkat untuk di masukkan ke dalam van jenazah. Tujuh kali langkah berserta 7 kali bacaan alfatihah, pengakhiran perjalanan mama dari rumah kami dan permulaan perjalanan baru di alam lain. Yer mmg aku mengaku airmata waktu tu mmg tak tertahan, mengalir laju tatkala mulut berkumat kamit membaca al fatihah.

Terus ke Masjid teluk kemang di sembahyangkan disana, selesai dan terus ke tanah perkuburan Teluk Kemang untuk dikebumikan. Alhamdulillah jenazah mama selamat dikebumikan selepas solat Asar.

Masih berbaki rasa sedih, tapi setiap kali punya kesempatan berdoa, hanya satu yang aku inginkan, aku ingin tabah sama juga pada baba, ibam, adik, jalina, ikhwan dan amni, kita semua harus tabah.

Firman Allah subhatanahu wa taala lagi dalam surah al-an’am ayat 2 yang bermaksud : “  Dialah Allah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajalnya. ( tempoh kematian kamu ).”

Apabila mayat dibawa keatas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

- Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
- Hai anak Adam amat berungtulah (berbahagialah) kamu jika amal mu baik.
- Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah swt - dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah swt.


Pada kamu yang masih mempunyai ibu, segeralah menyayangi mereka, segeralah berbakti seolah esok adalah hari terakhir bersama ibu kamu. Begitu juga dengan dengan bapa. Sayangi mereka ibarat itulah harta yang kita miliki. 


Alhamdulillah, Tahlil untuk tiga dan hari ketujuh telah selesai. Terima kasih aku ucapkan pada yang hadir dan menghulurkan bantuan. Terima kasih aku ucapkan. 


Ayiet sayang mama sampai bila bila.



Farid kata: Jumaat, 12 April 2013 adalah harijadi arwah mama ke 60 ;(

Tuesday, March 26, 2013

Its a very very very long weekdays u know



Zairul tgh test camera, nothing to do with astro punya casting ya, don't get me wrong.

Actually last week its a very long weekdays, for the whole weekend its about briefing and briefing and yet briefing lagi. Yang penting happy!

Cermin?! ya la masa tu sbb rambut panjang kene slalu tgk cermin supaya memastikan tidak berupa orang gila.

And yet its about briefing again, this is last day. hallo hallo testing testing 1 2 3 

Seriously ini adalah nasi beriyani yang paling hebat, bukan sbb nasi tapi sbb ayam bakar madunya. fuuuuuu hebat. Makan sambil menangis nangis tersedu sedu terharu.


Tak tau ada kampung seperti ini wujud?! taken from nok fon. Cam rasa bersalah nak menyebutnya.


Thanx to kak mazni sbb belanja this pie, dan gua don't have any idea apakah nama pie ini. Ada pisang dalam ini dan manis nya "manis nya senyuman mu" bak kata kumpulan Elite, serious memang manis.

Farid kata: Weekend tracking yahooo!!

Tuesday, March 19, 2013

A remembered weekend



Not so pretty hotdog, put a lot of onion and mustard plus ketchup wahaha

Ok this is weekend punya story. So only sunday is available to settledown everything. Pagi pagi tuju ke the curve dengan niat mencatas rambut yang panjang ini. And yes ini cerita bebetul bukan memain. Sebelum ke the curve wajiblah sarapan dulu, memula sarapan di kedai bawah rumah gua saja, tak sedap langsung, then bila sampai ikea, makan lagi lol hotdog pula. 


Last pica before cut it off

Memula tu heading to regular salon la, disebabkan Elly sudah tiada dan dah pulang ke Labuan, makanya gua tak buat any appointment pon, and guess what, jam menunjukkan 10am, tapi tukang gunting kata pukul 12pm baru available, so tak mau membuang masa, gua decide to try another salon la. It was Hairkunst di the curve. it was a good salon. Even tukang gunting pun adalah nice. Penuh penerangan dan cara cara mau styling after dah potong pendek nanti. Nice!

Tukang gunting : betul ke farid nak gunting rambut yang panjang ni?
me: ya la, why?
Tukang gunting: cam sayang la plak, misti lama simpan to get this long
me: err jangan buat saya rasa serba salah, cut it lol
Tukang gunting: ok ok

This guy kinda funny guy la, insyaallah gua akan make an appointment with him in the future.


And the result is:

Then setelah menjanggalkan rambut sendiri, so Kemal sudah tunggu di neaby kopitiam. Sedang berminum minum. Then pergi pula ke cineleisure untuk dapatkan tiket wayang. Cerita yang ditonton will be preview later ya.


Kat bawah bahagian e@curve tu ada jualan makanan korea la kot, then saw this gigantic Pepero dan terus ingat kak tin, ya la kak tin dan pepero tidak dapat dipisahkan. Niat lepas tonton akan pergi membeli tapi gua sudah lupa akibat dari kekangan umur ingatan semakin kurang cekap.



Pastu nak pegi kat kereta tetiba teringat kedai Bata. And yes its Bata. Nothing wrong wearing bata la. Like before gua ada dengar orang cakap "hah?! farid wearing Bata?! wtf wtf" oo mai as i said nothing wrong with Bata la. Its comfy plus affordable lagi. U guys shud try.

This is not klinik for kaki

Sebelum pulang, singgah mahbub nak makan sbb dari tgh ari tak makan, then me ask for mee goreng tak mau pedas, and guess what that mamak bagi mee goreng untuk orang sakit, adoi. Nvrmind just ate la farid. No complaint needed.

Since last few week gua ada masalah kuit kepala, belah tepi sideburn, its not itchy plus tak sakit pun, but that skin area rasa macam buruk lol. So heading to medicare pula. Then doc said:

Doc: evening encik farid, how do u feel today?
Me: not so good la doc
Doc: what happen then?
Me: got this kinda skin prob
Doc: let me see, oooo u must be stress alot lately kan?
Me: Stress?! don't think so
Doc: Or this is kinda infection or allergy thingy
Me: err err err
Doc: I gave u this cream plus few tablet la *sambil letak stetoskop kat dada gua
Me: Ok ok ok ok ok ok ok

Less then a minute dah keluar dari bilik doc?! Kemal was like what the tut tut so fast maaa. i just laugh.

Farid kata: Too young too dumb to realize


Thursday, March 14, 2013

Angkara siapa?

Pada suatu pagi yang hening hening sikit, gua pi keje naik lrt. masuk lrt port tepi pintu dengan harapan senang nak lompat kluar bila dah sampai stesen yang ditujui. Gua menaikinya dari Bangsar jadi dua stesen je pun nak sampai ke Masjid jamek kan, pastu sampai la kat kl Sentral, berpusu orang naik, maklum la kan, yang dari komuter bagai sambung naik lrt kan. Pastu ada sorang bangla ni duk port depan muka aku, ko dah kenapa bangla?!. Tak pe la, mula duk semat dalam hati lrt ni bukan gua punya, so lu nak berdiri kat mana pon lantak la. Selang 30 saat pertama ok lagi, bila dah nak dekat seminit, rasa cam ada bau kelat. cis bau gamat expired pon ada. Mual mual pula pastu, ishk. Yer smua pun maklum bangla mmg terkenal ngan bau gamatnya. So sebelum gua rebah, baik gua beralih tempat lalu berdiri di tengah tengah tiang itu. Pintu bukak terus gua lari laju laju keluar menyelamatkan diri.

Pastu balik pula, gua balik agak lewat, so cam rilek rilek je la naik lrt. dah tak ramai dan menyesak sangat pun. sampai masjid jamek cam biasa tukar la naik putra plak. Pastu tren sampai port biasa la tepi pintu. Dan untuk kali kedua berturut turut, bau gamat muncul lagi. Apa ke berhantunya tren ini ke camna?!toleh kiri kanan cari bangla yang bertanggung jawab ke atas bau gamat itu. Tapi tak de pula bangla nya, cis mmg berhantu. Tapi bila pikir pikir balik ada sorang mat saleh, agak cam umur 40an duk posing baik punya sambil tangan keatas memegang tiang paras atas kepala. Tidak syak lagi, mesti bau gamat ni mai dari dia ini. Eh tak mustahil okay mat saleh berbau gamat. Mat saleh juga manusia biasa. So tak lari dengan bau gamat. Pintu terbuka kat stesen Bangsar, gua keluar sambil geleng geleng kepala.

Ok dah tu je cerita gua yang dihantui bau gamat. Harus diingat ye walaupun bangla begitu sinonim dengan bau gamat, mat saleh juga ada kemungkinan menghasilkan bau gamat ini. Dan fyi yer hidung saya sangat peka dengan keadaan sekeliling and yes saya selalu recognize orang berdasarkan bau mereka. Sekian terima kasih.

Farid kata: bau epal merah adalah harum seharumnya.

Tuesday, March 12, 2013

Doodles Sticker, yes it is




Long long time ago, gua ada blog walking, jalan punya jalan sekali tersinggah satu blog ini. belek punya belek  wahhhh cantiknya lukisannya. Pastu belek lagi wahhh ada jual stickers pula. Serious cantik benar. 

Jadi "what u waitin' for" bak kata mis nina, ayuh mari kita order. Harganya amatlah berpatutan. 
Jika kamu dan kamu juga berminat boleh ke blog cantik ini: www.azreenchan.com



Farid kata: hobi baru yakni kumpul stickers, it was like so primary school punya zaman kan?

Saturday, March 2, 2013

Brisk Weekend



*toilet?! yeah its toilet laaa*

Saturday, and i'm in office. Nothing much u can do here. Hopefully not Sunday. Wah keep smiling pretend there's nothing happen? Ya lorh happy then smile la.


Few day's back, goin' to a toy shop, and fish helicopter? Wth, and it's Nemo?! This shop got tons and tons of toys, but i'm sure it is not like toys r us, nothing can beat toys r us. Sally bought this tiny helicopter and obviously not this nemo thingy la. It is like miniature as for me way too expensive. Nevertheless sally kaya.


*I laugh so hardly when it comes to that nose part, seriously no nose filling pls*
Last week kak farah did notice me bout this app, iMadeFace. kinda apps that can create ur face into this type cartoonish thing. I thought that this app work after u import ur photos then turn it magically, unluckily its NOT. Lol. U have to choose gazillion type of hair, face shape, eye brow and many thing then put it together and wallah it turn into ur face, not exactly perfect but nearly seem look like. This apps is free.  Ps: Alex said "that pics look like u maa" err hello for sure la look like me lol

Farid kata: A guy with girly butt?! damn its funny

Monday, February 25, 2013

Round up

Nowdays gua update blog bantai pukal, sekali harung sumbat satu entri. There's nothing much to share pun, but still need to write something down. Kalau agak agak malas jugak, please tutup terus blog. Buat penat orang refresh tak update. Ok fullstop. 

Semenjak tempat makan utama dah tutup, jadi berpindah breakfast ke club house kompeni, yang best nya, nak pi breakfast kene naik kereta, tak boleh jalan kaki sbb anjing liar banyak. bahaya. 


Same goes for lunch juga, kene pandai pandai cari tempat makan pemakanan. Ye la most people cakap pegi je makan kat sogo, how many times nak ulang alik sogo? now u tell me. Penat nak jalan kaki. *positive farid positive.


Then hari apa tak ingat, Puan Bos belanja satu unit makan, ya la unit gua tak besar mana pun ada 7 ketol tak termasuk kak akmal sedang cuti bersalin. But nevertheless thanx to puan bos sbb belanja kami makan. (^_^)


Say hi to kak farah, dia adalah puan bos punya seketari. Dia adalah peminat hebat faizal tahir. sesapa ada tiket konsert faizal tahir boleh ajak kak farah. 


Last thursday keluar minum lepas kerja dengan kemal. Kat secret recipe masjid jamek. Having a slice of butterscotch bla bla with caramel latte. Tgh tgh makan ada perempuan menjerit jerit di tengah tengah jalan, gaduh ngan boipren maybe. Whatever, tak perlu jejerit benda boleh bawak bincang. Ok bye




Then ronda ronda zalora, then jumpa this bag, murah murah from hundred plus terus jadi below hundred, murah la kan?, so order sahaja esok sampai. Seselama ni gua ingat kalau beli online, bayaran kene la online jugak kan? esp site yang hebat hebat ni, rerupanya boleh COD #shameonufarid


And this thing happen last night, pilih pilih ikan dan sotong and serious shit that sotong was so gigantic besar gila. Ok dah tu sahaja.

Farid kata: Lot things to do, but still, need a break, bangkok! bangkok! bangkok!

Friday, February 15, 2013

Weekend board of whatever


This is what im doin' for the whole 4 days of CNY holiday, kinda sad or bored or whatever, but love ur life before it turn against you one day #rubbish



Dalam jamban and can't deal with short long hair issue, ya la hair grows so what kan? sarang burung style



Ramai orang tak percaya gua tak boleh menunggang motosikal? such a big deal? i'll proof it one day la, chewah



@one of the atm machine, seriously whats wrong with these people these day, first u got an option to print it out that stupid receipt, second if you really needed it then print it, but, there always a "but" if really need it, then throw it away its not an option. Trust me. #majoridiot



Windmill surely serve the best hot choc in Tanah Melayu, u guys shud try it, seriously seriously it taste like having sex for the first time lolololol lame! farid lame!

Farid kata: Eh btw, Happy Chinese New Year!

Monday, December 31, 2012

(´ ▽`).。o♡ makan free and get moleskine duhhh

*Keep smiling lorh, thnx to waiter warga asing yang terkangkang tolong ambilkan gambar ini*

*last year pakai planner merah but 2013 is all bout black*

Last week, kak tin sama maya sopiah sudah koling koling mau makan makan sempena harijadi, walaupun harijadinya dah berlalu kemain jauh lagi. Cobaan pertama kak tin ajak makan kat Basil Bangsar Village (this is my third time @Basil), then dia merayap ntah mana dan balik bawak segulung kertas tulis Moleskine. Ok gua tanya buat apa kertas tersebut, dengan lakonan yang mantap kak tin jawab "err apa motif aku tulis pun aku tak pasti" wah wah next few day akhirnya beliau akur juga yang mereka berduet mau beli moleskine sebagai hadiah katanya. Sudah masuk 2013 then need a new planner la. Almaklumlah saya ini sudah lanjut usia, banyak perkara sudah semakin luput dari kotak pikiran.

Tapi gua mmg kagum ngan lakunan kak tin yang hebat itu, maya sopiah feel feel tak de benda berlaku. Pun hebat jua. Apa apa pun terima kasih saya ucapkan kepada kak tin dan maya sopiah kerana membelanja makan lalu menghadiahi sebiji moleskine ini. Saya sangat terharu, terima kasih terima kasih

*And it come with stickers, serius nya i love stickers!!*

Farid kata: My new label is "kekakak" just for both of them lorh   w(°o°)w

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis