Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Friday, October 24, 2014

Versi Digital lawan versi fizikal

Assalammualaikum, haa bertemu lagik, dah ujung ujung minggu, baru tingat ada gambo dah upload tapi tak ditaip lagik. Walaupun takde cerita apa sangat. tapi nak taip jugak. lalalala

Trend skang naik bajak tepi pantai, tunggang kuda dah biasa sangat. Abaikan macha tu, gue tak kenal.


Hari apa ntah aritu tetiba datang hantu nak tgk katalog ikea, bukan apa, perancangan tu pentingkan. Sib baik man baik hati kasik dedua katalog ikea tuk thn ni ngan thn depan, seronok bukan kepalang. Belek la tgk kaler dinding la, katil la, sopa loren la. Pastu siap tanda tanda mana yang berkenan, pastu kendian baru buat saringan akhir, mana yang bebetul berkenan nanti terus beli. Oh teh botoi tu norin nor bagi. Gamaknya dalam botoi kaca tak banyak isi nya, banding botoi plastik yang dijuai di mydin.

*Macam kuno gila letak stationeries dalam tupperware centu*


*Lawa betul tiles dia, kalau la jamban kat umah ceni, tido lam jamban pun boleh*

Haa pada yang tak dapat katalog ikea tu, jangan gusar jangan khuatir, boleh je donlod thru appstore atau pon google play. Kira bagus juga katalog online, kita tak yah semak semak nak kendong buku buku katalog tu kan, Tp kalau ada fizikalnya, leh cenconteng lah.

Ok dah tu je nak bebel. bye

Farid kata: Minggu dopan coti panjang, nak berkhatan, yahoo

Tuesday, October 21, 2014

Doraemon bersama gengnya dan kotak rokok yang tehapa


Dari seminggu satu entri dah jadik dua tiga minggu satu entri je, makin lama makin kelaut. Ok tapi update lah jugak mana mampu yo. Berikut adalah sorotan beberapa minggu yang lepas kekdahnya.

*apa motip ntah doraemon tunjuk montot*

Tak ingat hari apa ntah, pi viva home, jenjalan, pastu ada jualan doraemon pula. Pusing pusing, macam macam ada dalam tu, gue saspek ni mesti jualan yang sama masa pameran doraemon tak lama dulu. Pastu nok gemok sibuk la duk promo keychain doraemon ngan geng nya, yer la yer la, gue beli jua, skaliamek sampai lima, konon nak mengkomplitkan set katanya, ujung ujung gue sedekahkan smua. Sekian.


*Hot cokelat tersedap di alam semesta*

Hari minggu berikutnya pi jalan ke Palm Mall ngan adik ngan kemal, kononnya nak beli bag. Nak menggantikan bag yang daif lalu kemiskinan itu, skali tak jumpa la plak. Tak pe, ronda lagik, keluar masuk kedai tatap la tak jumpa juga. So abaikan itu, moh pi makan. Koling koling apak gue, dia kata dia mai semban tunggu kat Wind Mill semban 2, hujan adalah melebat tika ini. Pumpang order, makan makan terus balik umah. Ater esoknya nak keje, kene la tidoq awai. 

*Tu nampak tu tangan norin nor tgh meraba bagel nya, pervert sangat*

Minggu seterusnya, tetiba rasa nak makan bagel cheese, terus gegoda norin nor, ajak pi Damas, akhirnya beliau stuju la jua, seri juga faz cardiff juga ikot. Takkan nak makan bagel smata pula, mana kan nak memuaskan tuntutan nafsu resaksa ni, order lagik salmon salad, konon sangat, walhal nak makan salmon je, yang salad salad nya norin nor makan. 

*ujung ujung tinggal kotak belah dalam, jahanam betul*

Penutup kisah adalah cerita kotak rokok yang canggih sangat. Gamaknya 7E bawah umah gue tu takde juai winston, so beli je la rokok lain, skali tu kotak nya tercanggih bebenar la plak, so cam beruk la nak bukak nya, skali salah bukak, nah ternganga sudahnya. Pastu seken taim beli baru tau cemana cara yang sebenar nak membukak nya. Buat kotak rokok yang bersifat normal tak buleh ke? ni cecanggih benar sampai susah nak bukak lalu rokok masuk angin. *jangan kata suh benti mokok pulak, tampar kang. huh

Tuesday, September 9, 2014

Main game, tipu nak jadik kaya


*Rasa mendalah ni macam tempat letak enpon kot, tapi permasalahan nya ngapa kripi sangat?*

Ni minggu bila punya cerita pon tak tau, tapi nak cerita jugak. Bukan nak cerita apa pon. Takde banyak aktiviti, asyik la main game je. Haaa itu hari gue adalah membeli satu device nak mengcheatkan game nintendo nih, tunggu punya tunggu pas tiga hari barang nya pon sampai. Tapi lupa la plak nak amek gambo nya. Ala dia cam card reader yang mampu membaca data lam katrij game ni. *gila tak advance, orang jaman skang main game pakai cd, gue masih lagi berasaskan katrij. Pastu dah ada devicenya kene la pula ada software nya, google punya google, skali software nya kene la dipadan suai dengan window. Yer mekbuk gue ni ada os mac je pon. Apa lagi, gigih la install jugak windows. Sib la berjaya, tapi memori manjang masalah. Lantak la janji boleh je running software nak menipu game tu. Jadi skang boleh la bersuka ria tipu game tu like tambah duit banyak banyak bagai, tak yah luang masa lama hadap game tu nak jadi kaya. *hidup dalam pendustaan

*dah bertahun tahun guna mekbuk, baru terkial nak letak window*


*hari apa ntah, mokcik gue bekalin nasik lemak umtuk sarapan pagi, oh sungguh la nikmat*

Ok dah tu je.

Farid kata: Congak kira nak beli enpon baru pls pls pls pls

Thursday, July 24, 2014

Kisah berbuka puasa dan selamat hari raya aidilfitri


*sedapnya lahai*

Weekend itu hari pegi bazar kat Stadium Paroi sana, jauh kan? ala Pd ke semban berapa jengkal lah sangat. Kenapa pegi paroi? sbb bazar dia best. Macam macam ada juai. Kebetulan ari berkenaan ibam dan kengkawannya buka kat umah, so gue sama adik pi beli kuih muih ngan nasik ayam. Dalam pada tu sempat singgah Kip mart area senawang plak pi beli chatime dan tanya khabar baju raya adik.

*Popia kuala kangsar yang enak, sampai kene beratur ngalahkan nak pi ngundi*

So dalam perjalanan ke Paroi tu, sempat lagik singgah kedai donut sedap. Banyak betul singgahan nya. Pastu dah settle kat Paroi balik pd pi tapau nasik ayam lah pulak, ujung ujung sampai umah lima menit sbelum buka. Haaa tu kuar umah kul 3 ptg tu. Kalau kuar kul lima, mau isyak baru sampai umah. banyak sangat pit stop.

*Pesanan khidmat masyarakat*

Ok dah tu je nak cerita. Memandang esok gue bercuti sampai selasa, maka tiadalah entri untuk few days ni, back on track hari rabu yo, insyaAllah dengan izinNya. So for those yang menyambut aidilfitri, disini gue ingin meminta maaf jikalau ada terkasar bahasa, tercandek, termengata ke camna ke, harap di maafkan. Dan semoga uolls setia membaca blog ini, akhir kata pada yang memandu balik kampung silalah berpandu dengan berhati hati, pada yang beraya di kotaraya juga, jangan pandu laju laju mementang kete tak banyak, tetap merbahaya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ok bye bye.

Farid kata: nak beli songkok nak beli songkok




Thursday, July 10, 2014

Sorotan dua tiga hari


*Popia tu pun sedap gak kan?*

Bebulan posa ni kemalasan menjadi jadi, sah sah la bukan salah syaiton, ni salah diri sendiri. Masa tgh buat keje tetiba cam termenung, termanggu, pastu msg kak tin duk borak pasai kuih raya, kak tin pakar buat semperit, kek kek dan berbagai lagik jenih kuih. Cerita pumpang itu ini tetiba terkeluar kuih maamor. Sedap la plak, tp kak tin kata tak sodap. Ada ke kan?! sedap la pasti, ada kacang ada serbuk sebuk, sedap nya. Pastu lunch rasa nak jalan jalan sogo ngan nok gemok, pusing pusing skali jumpa kuih kuih raya, ada dua jenih maamor disitu, satu biasa, satu lagik pandan, pastu cam, tak jadik beli, nak simpan hawa napsu sampai raya baru menikmati maamor tu. Baru best.

*kat sini ada juai sandal teva yang ku impikan*

Pastu hari apa ntah jalan jalan kat viva home, ada la jualan world of sport, whoaaa murah murah. Most of the barang macam kasut salomon tu diskaun sampai kurang sebanyak rm100. Banyak la kan? tapi kurang menariknya jualan ni sampai 13 julai je, lepaih tu depa pindah mana, cheq tak tau la. smentelaah nak sampai 13 julai ni, korang pi la melawat kawasan ni. Mana tau nak raya pakai kasut panjat gunung ka camna ka kan?

*ee nampak kaki sapa tu*

hari jemaat lepas, pi sogo ngan kemal smentara seblum nak balik pd tu, so beli mekdi ngan chatime, pastu pusing supermerket nampak ramen ni, whoaa cam sedap. Kemal semangat, amek dua, skali tgk situ tulis beli tiga percuma satu, gue kan tamak, so amek lagi satu cukup kan tiga. Pastu balik masak dua bungkus, campak tiga biji telor, whoaa boleh tahan la rasanya, pastu fefeeling la post lam insta gambar diatas. tetiba adik shrek komen kata nak expired. Haiyoo baru pasan. Patut la juai murah. Oh makcik jaga kaunter barangan free tu bagi kami free sampai dua bungkus plak. sepatut nya free sebungkus je. Rejeki. 

Ok dah tu je nak bebel arini. Selamat berposa kat korang. Bai

Farid kata: Ko ingat ko glamer? tak glamer okay tak glamer #saiko

Wednesday, June 25, 2014

Semenjak dua menjak yang kurang rajin

Semenjak dua menjak ni perasaan kurang rajin makin berleluasa. Kurang rajin tu dalam pelbagai espek. Kurang rajin dalam aktiviti membasuh rambut, gue cuci rambut seminggu sekali sbb kekangan masa kononnya, walhal malas nak blow iron balik. Nowadays gue bangun pagi lewat, jadi nak masa untuk menguruskan rambut terpaksa di kurangkan. Janji tak berpeluh, ok je takde la kepala jadi masam cam jeruk.

Kurang rajin yang lain merangkumi, nak berjalan kaki. Dulu di kala muda mudi suka je jalan kaki. Tapi bila dah menghapiri tahap kilauan emas ni, takde langsung rasa nak jalan jalan kaki ni. Penat, berpeluh, panas macam macam lagi alasannya. No wonder la kalau satu hari nanti gue gemuk kedempol cam tong drum. Semua salah diri sendiri. Nak berjalan kaki pun malas apatah lagik nak joging joging ni semua. Sehari punya joging, penat nya macam berjoging 24/7 tanpa henti. Hai apalah nak jadi.

Kurang rajin berikutnya, adalah kurang rajin nak makan. Tambah tambah bila makan malam. Rasa tidur tu lebih nikmat dari nak makan nasik. Rasa konon kalau tak bersenam dan tak makan malam boleh kekal langsing, salah yer petua ini. Jangan sesekali diamalkan. Sebab kalau korang tidur dalam keadaan lapar, ada kemungkinan korang bangun tidur jadik naga. Keluar api kat mulut, asap kut telinga. Takde mananya tak makan dan tak bersenam boleh kurus langsing. Senaman kunci utama, penjagaan makanan kunci kedua, barulah boleh mendapat pinggang seramping kerengga.




Kurang rajin lain juga merangkumi, keluar untuk bersosial. Yakni, keluar pegi menonton wayang ke, keroke ke, main bowling ke. Tak tau la kalau ni tanda tanda nak jadi anti sosial. Tapi ada semacam perasaan, kalau boleh nak duduk dalam bilik sensorang, dengar lagu dan main game sepanjang hari, tak perlu makan, minum, mandi dan macam macam lagik, smua tak mau. Mesti berulat kalau begitu caranya. Dari segi espek lain, kurang aktiviti sosial, kurang la pengeluaran belanja. Tapi cam tak jugak kot, ke entah. Nak harap boleh jadi kaya dengan tidak keluar berparti adalah sesuatu yang mustahil yer. Takde jutawan malaysia ni kaya sbb tak bersosial.

Kurang rajin yang seterusnya, cakap thru fon. Tak suka cakap fon, kalau boleh smua nak msg je. Tambahan sekarang banyak sangat scam call. Kalau fon bunyi, tgk nombor takde nama, tekan jadik silent, pastu buat dunno. Nanti kalau jawab lepas tu pemanggil kata dia nak jual insurans atau gue menang peraduan jutaan ringgit, gue jadi serba salah nak matikan perbualan. Jadi ambil langkah berjaga jaga tak payah jawab langsung.


Tak tau la sampai bila kekurangan kerajinan ni bertahan. Harap harap takde lama. 
Punyalah kurang rajin, sampai dalam blog pun cerita pasal kurang rajinnya diri sendiri. lol
ok dah bye

Farid kata: Kalau tak suka, gue ignore, buat muka bangang. bye

Tuesday, June 17, 2014

Charger cable dan kedai ikan


 
*Ada dua jenis, satu yang lama satu yang baru, yang ni untuk mekbuk air lama punya*

Ni cerita last week, charger mekbuk gue udah kaput. Ujung nya dah jahanam, pastu pasti la kesukaran nak charge. Nak kene ekjas ekjas baru buleh cas, pastu kalau tergerak sikit terus padam. So sakit nyawa disitu. Rasa nak campak mekbuk tu, tapi bukan salah mekbuk pon, salah charger. Sbelum ni gue sedaya mengelak nak beli charger baru. Mahai kot, lagian charger lama tu boleh guna, walaupun nak kene ekjas cam kehapa. Di akhir cerita mmg kene la beli jugak charger cable ni. Pi NuSentral ada machines kat situ, sebijik rege RM279, bagi gue cam mahai la, almaklum lah misken. Dah beli baru rasa senang hati, boleh la guna mekbuk dengan senang hati.

*Rasa kat tekak plak air biru nih*

Pastu tgk jam baru pukul 6 lebih, so boleh la makan malam lagik. Kene makan sebelum kul 730pm. Pikir punya pikir, makan kat fishmarket manhattan je la. Org tak ramai, tapi serbis tatap la slow jugak. Amek satu platter share je la ngan kemal. Amek air blue lagoon ke apa ntah, sedappp. Walaupun tak dapat dipastikan, air biru ni sebenar rasa apa. Tapi telan je.

*Filet dah kene ngap baru amek gambo*

Seriuos udang keju tu sangat memualkan, takat makan sekor je pastu dah rasa satu macam. Almaklumlah tekak kampung, mana kan biasa dengan cis cis nih. Yang lain smua sedap. Nasik ngan kentang mmg akan membuatkan anda menjadi gergasi.

*dah la orang nya tak berapa cantik, front camera pon jahanam gak, maka terhasil lah gambar jahanam berganda*

Dah kenyang perut senang hati, moh balik. Reronda la kejap lam tu pastu lalu depan auntie anne, awat la kedai ni manjang ramai je ek. Kat klcc pun gitu gak, panjang je orang bratur. Musim orang makan pretzel ke camna ni. Ke ada promosi tapi gue tak tau? tak kuasa nak beratur jugak, terus je la tuju lrt nak balik.

Farid kata: Pukul anak sindir menantu

Thursday, April 3, 2014

Happy birthday ikhwan, amni masuk spital dan minuman untuk chantekk cam kak ton


*Senget benget lilinnya*

Hari sambut harijadi Ikhwan, besar dah anak buah paklong sorang ni. Beli kek ngan kehepsi je, janji bagi dia potong kek tu. Paklong belikan toys yang murah murah je kat kwan, nak beli kat toyrus, tak mampu lah pula. Maklumlah paklong begaji kecik. Apa apa pon slamat harijadi kwan, smoga membesar dengan sihat dan jangan derhaka dan jangan lasak lasak. 

*Sian amni, slalu dah biasa merayap rayap*

Pastu few days before arijadi kwan, amni plak masuk spital, ntah apa ntah sakit nya, paklong tak sempat la plak nak melawat, amni dah kuar spital. Kata mak apaknya, amni kene operate lepas kuar spital tu. Dan dah selamat di operate pon masa cerita ini ditaip. Nampak sangat paklong adalah ketinggalan zaman dan jugak pemalas nk update blog.


*Barisan kologen yang mengambil bahagian dalam pertandingan "cantek tak kak ton?"*

Ok pastu hantu apakah yang merasuk kemal ngan adik, mereka berlumba lumba minum kologen. Dan pastilah gue tak mo ketinggalan. So beli jugak auraman ni, moga muka haku cantek cam hanez soraya, eh tak tak, moga cantek cam izu selam. Oh rege auraman tu adalah rm180, tapi kene pandai la cari boleh dapat rm150 je. Kemal punya D-cologen tu pun rege lebih kurang. Cuma yang kecik tu adik minum rm36 untuk bekalan seminggu sahaja. Sbb botolnya tu kan kecik. So mari kita tunggu dan lihat sapa lebih cantek selepas ini. Kalau smua sama je muka berbisa, sila campak kologen memasing ke dalam longkang.

*Setengah botol penuh bahan bahan nya, rupa rupanya dah salah resipi*

Pastu sibuk plak nak buat air detox. Kompiden ni pi JJ semban borong bahan bahannya. Pastu dah siap, bila dah minum, apa ke cam cuka je pahitnya ni. Rupanya dah salah resipi, sepatutnya guna beberapa hiris lemon dan timun pastu beberapa helai dau mint. Tapi gua dengan yakin nya tibai DUA bijik lemon, DUA bijik timun dan satu pokok mint. Patut la rasa jahanam satu macam. Elok nak detox terus rasa macam minum racun serangga. So pesanan pada korang, kalau nak bikin air detox ni sila ikot resipi sebenar. 


*Teman nok gemok pi beli baju tiset solomon*

*Sandwich salmon yang enak lagi mengenyangkan*

Itu sahaja sorotan untuk seminggu. Dah tak tau nak cerita apa lagi dah. Update je la mana yang ingat. ok dah bye.

Farid kata: zaman sekarang manusia makin pelik

Thursday, January 23, 2014

Intsagoram yang penuh kemisterian

Korang ada akaun instagram? ramai tak folower korang? ke cam telor dihujung tanduk je like gue? ke gambar korang beratus ribu, tapi polower sangat haus, takat sedara mara ngan adik beradik sendiri je? Haa ni la kemusykilan yang ingin dijawab sini wahai para pembaca budiman sekalian.

Eh tapi tapi, ni bukan nak bagi tips camna nak kasik folower korang melonjak sampai beratus ribu ek, sbb gue pun takat takat jumlah pelajar sebuah tadika je folower yang ada, sedey kan? tapi ok je, sbb i know dan kenal siapa yang polo gue ini.

Ada la beberapa ketika tu kan, gue cam jalan jalan di sekitar instagram ini, kalau berjalan jalan dalam blog panggil blogwalking, tapi kalau jalan jalan dalm instagram panggil instawalking la kot ek? eh ntah, tibai. Pastu ada la terserempak dengan few akaun ni. Yang pertama tama budak skola, perempuan, yer budak takat takat form 1 gitu la kot, nak kata kecantikan memukau tu cam idok la sangat, nak kata pelajar terbijak di peringkat kebangsaan tu tak tau la kan, tapi kau folower puluhan ribu. Apa folowernya terdiri dari pelajar seluruh semenanjung ke camna? hebat ko dik, shila amzah pun tarik tudung tgk folower banyak gini.
Misteri disitu. Abang ko yang kurang pemes dan bingung ini mmg tabik ngan ko dik.

Lagi sambung jalan. Terjumpa lak ngan sorang mamat ni, tinggal area cam luar bandar la kot sbb tgk gambar gambar nya berunsurkan rumah kampung. Berat badan dua kali ganda dari gue (matikla berat badan menjadi ukuran), berpos pos kiut walaupun ko jantan, tapi bila tgk folower, rasa nak rebah, puluhan ribu jugak. Perghhh hebat ko bang, adik yang duk umah batu pun tak de polower gini. Senang je, ko pos pos tepi tangga, nahhhh beratus like, ko pos pos kat dapur ngan tudung saji, nahhh empat ratus like. Pengsan bangun pengsan bangun la gini. Hebat nya rasa, gue mmg terkagum kagum. Pastu ada la few akaun yang mmg hebat dijumpai. Sudah nya seharian gue terkagum kagum sahaja pastu nanges rasa diri ini begitu hina. Gue pun tak paham mengapakah jumlah folower ini bebetul menjadi ukuran dalam kemasyuran seseorang itew. ke gue ni mmg merepek duk fikir macam macam.

Setelah meneliti akaun akaun itu, mulalah bertanya pada diri sendiri:

1. Apa smua gegambar gue tak cukup kreatip, tak cukup seninya ka?
2. Apa takat doploh orang je ke kenalan yang gue kenal mempunyai akaun instagoram?
3. Adakah segala gegambar yang gue post itu tidak mengikut perkembangan semasa, gue post gambar zaman pramlee ke?
4. Adakah gue tak cukup cantek? nanti gue pakai bedak banyak banyak, awas kauu

So tak kisah lah apa pun persoalan yang bermain dibenak ini, wahai farid yang tak cantek lagi tak bijak mana, ko kene terima la hakikat dunia ini yang engkau tak femes langsung, *nanges tepi tempayan. eh tapi, korang pernah ada rasa tak cam ribuan folower ni smua hanya digenerate dengan beberapa software? dia lebih kurang cam auto like kat fesbuk. Ada tak rasa begitu? ke gue je yang konon canggih tapi tak canggih ni duk pikir gitu? &^$^#@#$!@#$&^% Gue main adil, tak main tetipu gitu yo

Farid kata: tak kisah berapa kenalan pon, janji kita ikhlas dan bukan ada niat yang tak baik waktu nak post gegambar tu. (matikla, positip nak kaverina kelemahan diri sendiri kan)

Monday, December 2, 2013

Kisah hari minggu


*Bagel salmon Coffee Bean ni mmg sumpah sedap, sapa sapa peminat bagel mahupun peminat salmon, disarankan untuk mencoba*


Hai cam malas je nak update, cam malas je nak taip, cam malas je nak pikir. Tapi update juga barang sepatah dua kata pun jadik la. Weekend aritu tak kemana mana, balik PD duk umah diam diam, adik ajak pi karok pun gua tak terpergi, rerupanya badan sudah demam, fatut la takde feeling nak nyanyi. 

*Macam ada feeling feeling nak beli baju ini, tapi feeling je la, beli nya tidak, ater dalam mode berjimat cermat (bkn bererti nak naik pelamin dalam waktu terdekat ke hapa yer, dont get me wrong). Nanti dah kaya, gua borong sepoloh lai, huh*

Kak tin ngan nok gemok ada la di pd sana, tapi harap maap la kengkawan, saya tak terlayan kerna pala cam tingtong akibat makan obat. mmg dua hari tak kemana, sehingg petang ahad tu pun kluar pi beli goreng pisang saja. 

*Muncong muncong main PSP, masa ni ko cakap la apa pon, takde dia heran kannya, wat derk je*

*Di malam yang sepi tetiba tingin nak makan megi asam laksa, so masak, tapi gagal, kekdahnya air banyak sangat, rasa tawar plak, masak megi pun failed, mmg la tak gheti memasak, k bye*

Farid kata: kehilangan kata kata nak naip, ajer pala otak kosonggg... kosonggg... kosongggg *sambil betulkan tudung pesen najwa latip.


Tuesday, November 19, 2013

Jadi cool sikit boleh tak? sikit je tak banyak pun tak pe.

Tajuk mmg tak leh menahan kan? lol tapi tu la kenyataan. Bukan senang nak jadi cool. Cool macam mana? bukan suh duduk dalam esbok ke apa supaya sejuk, Ni nak cerita ni.

Sebagai manusia biasa, kita ni tak larik dengan pertanyaan kan? Dalam satu hari tu, mesti kita ditujahi dengan banyak soklan. Tujahi okay. Pastu cam ada la soklan soklan yang membina, yang mengondem dan berbagai bentuk dan jenis soklan.

Tak mo cerita pasal soklan membina, tapi nak cerita pasal soklan yang tak berapa membina. Contoh ek, korang pi melancong ke yurop sana, maka bercuti la dua minggu. Cukup ke nak ronda yurop cuti dua minggu?, ni konon konon la. Ok pastu amek lah gambo post kat insta ngan fb. Pos maut ni, merata rata pos pos, even ngan tong sampah pun ko pos pos, aterr tong sampah yurop tak sama ngan tong sampah mesia ni.

Pastu dah abis dua minggu cuti like heaven ni, kene la bekerja. So masuk opis, pos pos cam biasa, sama macam hari hari lain bekerja, takkan tetiba balik yurop ko jadik gila ke apa. Soklan yang biasa ditanya "amacam yurop, best ke uolls?" kita ni pun tak la jawab, just senyum je. Kang melebih memberi penerangan, mau makan tiga pat hari nak abis cerita, maklumla cerita dua minggu punya hal. Pastu sekor lagi lalu tanya soklan yang sama "seronok pi yurop?" pun senyum la lagi. Ni tanya soklan sama erti ngan "balik yurop takde bawak buah tangan kewww?" camtu la lebih kurang.

Ok ok sabar tak sampai klimek lagi ni, pastu hari berikutnya, ada lah umat yang keciciran, smalam tak jumpa agaknya dengan kamu yang baru balik yurop ni, maka hari ni dia tanya "Ko balik yurop ni senyap je, tak best ek pi sana? macam tak syok ek?" amboi amboi amboi *sambil kibas kibas kipas, angkat jari kelingking. Kemahin nya soklan. Ada ke orang pi mlancong dua minggu tak best? yang penat lelah pos pos lam gambar sumbat kat fb ngan insta tu hapa? oh awok takde insta ek? fb pun takde? gua tak dapat tolong, but please, jangan buat andaian sebelum bertanya ken or not?

Pastu kita pun takde la jawab jugak, kang jawab ada plak kecik hati, tp dalam otak mmg nak maki maki ni, tapi senyum je laaaaaa lama lama. Pastu sambung lagi pertanyaan, (ko ingat nak lepaskan ko camtu je?) tanya lagi "tu la aku dah kata yurop tu tak best, ko nak pegi juga,baik la ko pegi umrah" eh eh eh eh. tu soklan ke stetmen? tak kisah janji tatap la nak sakitkan hati orang juga. ggrrrr *bertukar menjadi serigala jadian

Boleh tak kalau tanya soklan cam "amacam sihat ke baru balik melancong?" atau "nanti leh cerita pengalaman yiu kat yurop ek, kita nak pegi hujung tahun ni "atau kalau payah sangat tak yah tanya pape, ko senyum je panjang panjang like dalam senyuman ko tu "syukur ko selamat pulang, kapal terbang ko tak meletop kat udara" pun takpe, paling tidak, takde la bingit tinga dengar soklan soklan tak best camtu. So boleh tak jadi cool masa tanya soklan? bukan nak ngorat awek je kene jadi cool, nak bertanya soklan pun kene cool juga.

Rumusan dari menyelesaikan masalah gitu, kita jawab je "i tak nak komen banyak, baca blog i je atau tonton vlog i" (kompom ko meninggal dunia kat situ jugak). Dah tak paham bahasa sangat. Lenkali nak tanya apa apa sila pikir dulu sebelum taip atau bukak mulot.

Ok dah tu je bye.

Farid kata: contoh mmg tak leh blah, berangan je la nak pusing yurop

Wednesday, November 6, 2013

Karok, makan rojak tak sedap dan binatang misteri


*sian amni bantai main kete je la, walaupun pompuan*

Assalammualaikum, yer cuti empat hari langsung tak jenguk blog ke apa, sibukkan main game pagi petang siang malam saja. Ok seperti kita bertemu lagi dalam segmen bikin entri sekali harung untuk seminggu. Seperti mana yang korang sedia maklum, itu hari ada cuti deepavali plus some more cuti maal hijrah, jadi gua pun feeling amek cuti senin walaupun cuti dah sendu, ngada ngada nak duduk umah. So balik la pd. Adik mai amek kat bank, almaklumlah, kita takde kete, so kene la lady drebar mai amek, pastu gua la drive balik pd. Yer jalan jammed cam kehapa, pastu tgk kat waze pun jammed plak kat nilai sana. Dengan rasa feeling hebat kuar dari highway nilai tu terus masuk Lekas, ujung ujung ko ingat ko selamat?! tak jugakkkkkk, jammed plak kat batang benar tu, redho je la, caya sangat ngan waze tu kan. ujung ujung kul lapan lebih sampi umah, tiga jam kauuuuu dalam kete.

*sambil makan sambil tgk youtube, paklong pun tak mampu buat gini*

So cuti empat hari tu pun takde la kemana mana, takat takat kuar ngan adik pi beli barang dapur la, bawak anak buah jenjalan la, pi karok la. Tu je pun selebihnya main game. haa ada satu cerita ini. Satu malam tu gua tido kat umah satu lagi, bukan umah apak gua di resort la. Umah ni mmg balik seminggu sekali je, kadang apak gua balik nonton movie je kat situ. Pastu kemal ada la skali. Masa tu dah pukul satu pagi la lebih kurang, gua duk main game dalam gelap, kemal dah dengkur dengkur tak sedar diri, skali dengar bunyi plastik di kerunyuk kerunyuk, paham kerunyuk? cam di gumpal gumpal kan la. Pastu gua cam hebat hebat je suluh la pakai nintendo yang ada ditangan, dah cahayanya cam kelam kelam gua kelam je, pastu dalam gelap tu kejut kemal ngan bukak lampu terus.

Gua: mal ko dengar tak bunyik tu?
Kemal: bunyi pebenda? *sambil menguap gosok mata*
Gua: tu bunyi cam pastik bergerak gerak
Kemal: kat mana plak bunyinya
Gua: tu atas lemari sebelah ko tu
Kemal: *pos pos dalam keadaan bingung*
Gua: cer tolak tolak sikit pastik tu
Kemal: *masih lagik statik, terpinga pinga*
Gua: Nah amek ni cer try tolak tolak (sambil ulur patung ultramen ikhwan)
Kemal: tolak pakai ni?
Gua: aa ah la tu je yang kira panjang (ada sebakul besar mainan ikhwan kat situ)
Kemal: *tolak tolak takde pape pun*
Gua: err tadi gegerak ni senyap plak *sambil tangan pegang pistol air, get redi nak ketuk la kot kot hewan tu melompat ke apa*
Kemal: Dah la takde menda kot 
Gua: gila kau buatnya ada minatang ke apa, dia lompat cakar muka ko kang
Kemal: ishk dah la takde menda tu
Gua: jom la balik resort
Kemal: ishk ko ni dah pagi buta ni kot
Gua: Tido bukak lampu je la
Kemal: hah bukak lampu? terang la
Gua: yer la, kang kalau tutup kang dia bunyi balik, dia berani masa gelap
Kemal: dah la tido la *malas nak layan gua

So pasrah je la tido lampu terbukak, masa subuh tu, kemal pi bantai tutup lampu lak, gua dah tak keruan, kang minatang ni marah sbb tadi dijolok jolok, pastu dia lompat kat muka pastu tarik rambut kang camna?! matik la penakut kan. Lantak sana, kepala dah pening pening lalat ni tak cukup tido, so pastu terus lena sampai kul 10am. Jadinya persoalan apakah minatang itu tak terjawab, kot la minatang, buatnya hantu?!

Ikhwan cakap "paklong, ngapa kita makan tepi jalan?". Paklong lak jawab "sbb kita tak mampu makan kat hotel"

Hari senin mmg dah buntu duduk umah, kemal balik keje mai PD terus ajak adik pi karok esoknya, so berkarok la sampai pinksun. siang tu pi makan rojak ngan abc. Rojak tak sedap, abc kedekut dan paling tak bestnya adalah mahai. cam tehapa. 


Ok dah tu je cerita minggu ni. Minggu depan insyaallah kasik cerita pasal teambuilding plak. Ok bye

Farid kata: Tapi gua rasa itu adalah tikus *matik la tak puas hati lagi sampai saat ini

Friday, October 11, 2013

Perihal makan



Ok tak de menda sangat nak cerita kat sini, tapi disebabkan dah update skali seminggu so kene cerita jugak. Pasal breakfast, normally makan telur half boiled je, pastu tetiba rasa nak makan roti canai gak, tapi makan skeping tak kenyang. Nampak tak kat situ kau semakin resaksa?? tapi sekali sekala gua pulun dua keping la jugak. Ya la mentara nak tunggu lunch, boley pitam kelaparan. 


Ni kisah hari apa ntah pi makan kat SR, gamaknya dah tak tau nak pilih apa.; Takkan nak menkedarah cake je manjang? jadi makan la olio ini. Rasa? takat lalu kat tekak ok la. sedap tak sangat, jelik pun tak sangat. Cuma mual sikit nak ngabiskan. Ater bukan tekak itali.

Amni tgh memakan biskut, kemain suka kalau bab bab makan ni, abis satu muka serbuk biskut




Haaa korang jangan tak tau, kat pd ada Stabak skarang ni. Tapi dua kali pegi, dua dua kali tak jadi masuk, belum order dah kene beratur panjang. Mana maunya. Ujung ujung hadap la mekdi sebelahnya. Ala ni memula je ramai, esok lusa, dah abis orang pd ni merasa, terus la lengang nanti tu. Tak silap nanti nak bukak kenny rogers la pulak. Tgk la berapa ramai yang beratur lagi. Haishh.

Farid kata: Yer la yer la smua orang salah, kau sahaja yang betul kan?! kan kan kan kan

Monday, September 30, 2013

Pagi pagi pegi panjat itu Bloga


*Konon konon nak pos cam hantu seram, tapi tak jadi plak*

Oh itu hari gua cam terpetik rasa nak panjat Broga, ajerr lama tak memanjat. Dalam erti kata lain, lama tak bersenam. So mari kita panjat. Pukul 315am, dah bangun bangun siap mandi smua, kul 330am kemal dah sampai bangsar dan kami kami ni terus ke bank pungut Nok gemok plak. Pastu terus je ke Broga sana, tapi singgah srapan mekdi dulu, pastu singgah lagi kat pekan semenyih beli plaster ngan air mineral.

*Puyalah penat sampai terbongkok bongkok, mantap betul lakonannya*

Lebih kurang nam lebih dah sampai kaki Broga, bayar duit parking, pusing pusing cari parking, yer tempat gelap gelita somemore penuh kereta. Pastu dah jumpa parking turun je kete terus siap siap nak panjat, oh kalau lu orang pegi waktu subuh subuh gajah camni, jangan lupa pula bawak lampu suluh ya. Kang kalau tak bawak terpaksa la folo je orang lain plak, suka diingatkan jalan adalah gelap gelita plus sikit bahaya. 

*Kemal siap lampu di kepala, nak membedah atau nak masuk gua ni?*

Walaupun keadaan masih la subuh, tapi suasana kat kaki bukit tu dah rupa pasar malam. Kemahin ramai betol orang orang, ada tua ada muda, ada bawak anak kecik, ada yang pakai selipar, ada yang pakai suar jeans bak kata nok cam nak pi klcc. Tapi apa yang penting kita kene la pakai pakaian yang sesuai, esp kasut. Sbb kalau pakai selipar, buatnya selipar tu putus tengah jalan, tak ke berkaki ayam dikemudian hari?! so awas.

*Masih lagi berkonsepkan kepenatan kononnya*

Namanya pun si pemalas yang tidak bersenam, baru jalan setengah kilo, penatnya cam kan ko dah berlari dari kl ke johor sana. Fuuuuuuuuu cungap cungap. Pastu dah sampai punck yang rendah tu, terus rasa cam malas nak daki lagi, boleh? terus gua ngan kemal pos pos je kat situ. Nok gemok meneruskan perjalanan sensorang ke atas lagi. Yer last time gua pegi ngan nok, kami duk panjat sampai atas, pastu nok gemok jatuh berguling masa nak turun. So berlandaskan pada ketakutan dan juga kemalasan yang ada, gua decide to pos pos cantek je kat bawah. Nok kata masa nak turun dia suda pucat, padan muka sapa suh panjat sampai atas sana. huh. So pas dah tunggu nok turun, kami ni semua pun turun la pelan pelan ke kereta. Gila tak mencabar pi panjat broga ujung ujung ko pos cantek je. Lantak sana.

*Sutunnya tak berapa nampak lak*

Masa nak mula panjat lagi, mulut memasing dah berbuih beuih menyebut sik mak, sik mak. So balik je terus pi makan sik mak tepi jalan, nok gemok ngan kemal makan sik mak ayam, gua makan sik mak sutun. Pulun teh tarik plak tu, fuuuuuuuuu. Masa nak panjat tak leh minum teh tarik, buat nya tetiba rasa panggilan alam, maut padahnya. Ada yang melepas batuk di dalam semak plak nanti. So kita minum setelah turun. Yer la gua tak leh minum teh tarik, kalau minum pagi pagi mesti rasa nak buang ayaq besaq yo.

*Haaa pueh hatik dapek makan sik mak?*

Dah memasing kenyang, gua tinggalin nok di komuter batang benar sana, pastu gua ngan kemal meneruskan perjalanan ke PD plak. Dah tu je.

Farid kata: Punya la ramai umat suka panjat bloga rupanya. (Cuba korang cek in dalam fb, mesti ada tulis "panjat bukit bloga" pengsan)

Friday, September 27, 2013

Round up skali lagi

Bila farid malas, dia akan buat entri round up sepanjang minggu. Bagus kan? Dasarrrrr, ok mula...


Itu hari pi plaza damas amek kek ngan norin noor ngan farah, pastu pusing pusing tak tau nak makan apa, ujung ujung bedal Bagel cheese je. Dah lama tak makan pun bagel cis ini. So dapat makan aritu pastu rasa hepi. *ayat merepek sbb tangan menaip, pala otak duk pikio benda lain. Multitask lah katakan.


Oh itu adalah bukan duit raya, tapi isi dalamnya adalah pemetik api. Man adalah baru pulang dari aussie, nasib baik dia tak bagi pris meknet, sbb gua tak simpan lagi dah pris meknet. Semua nya sudah disimpan didalam kotak. Oh lighter ni akan disimpan di opis je, bukan apa, kot emergency lighter tinggal ke hapa, leh la guna. anyway makasih pada man. Guna untuk bakar rokok bukan bakar opis plak ye.



Itu hari pi makan kat the loaf, konon nak minum signature coffee tu, tapi harammm katanya abis. So amek la fruit punch, skali rasa obat kauuu *amek gitar nyanyi lagu hai obatt hai obatt mari beli obattt kalau lah terlambat tak dapat. Segala buah campur, terus jadi pahit pahit kelat. Ke gua yang kuat manis pun tak tau la. Pastu amek beef balognese, camna ntah eja tak reti, tapi yang spagetti tu la. Rasa ok ok la, tak mengujakan, dan tak menghampakan.  


Awal minggu itu hari smua cam kecoh kecoh update ios7 kan? so gua pun gegedik sama la nak update. Siap bawak mekbuk bagai. Pastu tak lepas update katanya itunes tak update, makahai betol, pastu bila dah update still lagi katanya tak update. Last ntah apa gua godek, boleh la update, tapi yang rasa hanjengnya adalah nak update ios7 tu amek masa 7jam, diulangi 7 jam yer. Sbb kan miang sangat nak berupdate nak mengikuti perkembangan semasa, haaa tunggu je la. Sumpah sumpah carut pun tak guna, last last dapat jua update dan hepi. 


OK dah tu je rentetan sepanjang seminggu. Nak cerita pasai jenjalan, gua tak berjalan pun, cuti dah sendu. Jadi marilah bekerja tanpa rasa penat lelah. itu je babai

Farid kata: Lima belas kali buat kira kira cukup ke idak duit nak melancong ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis