Tuesday, May 7, 2019

Ke kuching, tgk buaya, naik cruise dan menengok wayang


Punya lah nyanyok, dah upload gambar berbulan bulan lamanya dalam ni, tapi lupa nak taip, bila bukak balik blog ni, baru tringat, laaa ada dah upload gambar rupa nya. Dasar nyanyok. Ni cerita adalah lama yer. tp nak cerita gak.

mengenang nasib, nak makan apa lunch ini

Bulan berapa ntah, tanpa perancangan yang rapi pon main pepetik, trus nak pi kuching. sbb dalam mesia, boleh la main pepetik nak pegi je, kalau over the sea mmg payah la sikit. Sebenarnya pi kuching ni pon tanpa sebarang sebab yg nyata pon. Mungkin barangkali kemal dah abis idea nak pi mana agaknya lol.


Disebabkan rumah ngan klia2 dalam 20min je, so agak bertenang tenang jugak la nk berangkat ke sana, tapi malangnya flight delayed, Yer flight delayed like dua tiga jam gitu, bohsan la haih. dah sampai depan gate pon, kluar balik pi makan la apa la.


Peginya 3H 2mlm je, duduk kat hilton, since senang nak kemana mana sbb hilton ni duk nya kat tgh tgh, nak pi makan senang, nak pi jalan tepi sungai senang, nak seberang sungai beli kek lapis senang, parking pon senang. Tetiba terbayang meridien KK, hazab gila la haih nak parking situ.


yer ini smoking room, tapi tak smoking pon

Mintak sesiap bilik ngadap sungai, nak view santek katanya. Walaupon hilton ini agak lama, tapi masih baloi baloi la untuk diduduki. Mlm tu kluar jalan tepi sungai cari makan. Gamaknya malas nak bawak kete kluar, jadi jalan kaki sajo. Jalan jalan ke jembatan yang cantek lagi indah itu. Orang adalah meramai, mungkin sbb weekend agaknya. 

sibuk amek gambar dari jembatan, tapi gambar jembatan itself lupa pula nk amek

Pastu semangat lah keesokkan nya pegi tmpt orang utan tu, pi bekpes kat luaq hotel pastu trus je ke tempat orang utan tu, konon feeling dah abis awal la kan. Ater tmpt ini gue tak pernah pegi lagi tu yang smangat satu macam. Pastu bila sampai situ, capai bag trus pi kaunter, tau apa acik kaunter tu cakap? "basnya dah lepas dik, kalau nak masuk gak, boleh je tgk pokok pokok" kekdah la plak drive berliku liku smata tgk pokok sudahnya, ceh. Takpe la cik, kami pi tgk boya je la. Walaupon dah dua kali pi Jong tu. Redhooooo.

Muka kaver nak nanges sbb tak dapat tgk orang utan. 

Buaya OKU ini


Takmo cerita pasal Jong tu sbb dah pernah cerita dalam blog ni. Jadinya sambung cerita lepas dari Jong tu, cakap ngan kemal kene lah makan lunch, knowing gue ini, kalau pi tempat pelancongan, acik takde kosa lah nak try try makan kat gerai ke apa, nk google kedai makan viral bagai kan, sangatlah malas yer, jadi untuk solusinya senang sajok, kita pi mall. Sbb kan mall banyak fast food, lol. Kalau org dengar kompom kene kejis "eleh pi jalan jalan tp pi makan fast food plak" suka kita la kan.

dari nk beli popcorn, terbeli plak tumbler cumil 

Gue adalah tak ingat apa kenama mall nya ini, sbb cerita dah lama berkurun kan. Pi makan makan, pastu pi tgk wayang, punyalah malas nak pikir nak pi mana lak pastu, so tgk wayang je senang yaw. Cerita fantastic beast tu, pastu try la amek yang bean bag tu. Gue adalah ketinggalan jaman, org lain dah lama duk tgk movie beanbag, gue baru jew nk try. Jawapannya, boleh boleh la, tak de sronok naw ke apa, cuma gue rasa cam nak tidoq plak, lebih prefer kosi biasa la kot, lebih afdollllll.

Tak banyak seat, sbb bean bag nya agak besar. 

Dari tgk wayang, balik hotel pastu tido la apa lagi, dah pepetang gitu, pastu tinjau tinjau tingkap hotel, kemal nampak cruise sungai tu plak, so dia sudah lompat lompat nk naik cruise, tak ingat plak berapa duit kene. Tapi beli tiket kat situ gak la, pastu ada dua tingkat atas ngan bawah. kmai udah hampir terlambat, so duduk la di bawah hadapan kapal berkenaan. anda di beri air dan kek. Kat bahagian atas smuo dah ponuh dgn orang orangan.



Oh dalam ini ada juga pertunjukkan tarian tarian tradisional bagai. Anda akan di bawa menyusuri sungai. Pastu satu je gue ini kurang stuju sikit, pertunjukkan tari menarinya membawak ke maghrib, uolls bayangkan diwaktu maghrib, di tgh tgh sungai, berjoget didalam kapal. takuts titew.



muka duk pikiaq nak makan apa malam kang

kapal kapalan di tepian sungaian



Ini kali pegi kuching adalah konsep chill and rilex sajo. Takyah terkejar kejar, tak yah ikot itenary panjang berjela. So hadap mana rasa nk pegi saja. senang cerito kan. So waktu balik takde la flight ngada nak delayed ke hapa, elok je on time. Tak tau bila lagi akan mai ke kuching. 

disebabkan pi jalan bawak baju sikit, jadi nya tak masal kene beli baju kat sana plak

Farid kata: apa hangen tetiba update blog? sbb bosan dan demi sahaja mengelakkan dari ketiduran di bolan posa ini. Anyway, selamat menyambut ramadhon wahai para pembaca budiman yang dihormati. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis