Haa sampai gak ujung cerita, yer taip cam tak berkesudahan sudahnya. Ok lepas check out dari TH tu gue pun memandu stret sahaja ke Tambun, kekdahnya nak check in Lwot. Org adalah meramai yer, dah cek in kene pula tunggu bilik siap bagai. Pastu katanya akan kol, tp haram tak dikolnya. Kemal pi tanya kat kaunter trus baru trus di baginya bilik. Dah cek in apa smua, tukau baju moh la pi mandi. Oh sbelum tu masa tunggu blik siap, gue ngan kemal sempat pi beli tiket nak masok. Yer hotel nya takde bg tiket pree pon, hanya diskon sahaja.
nampak cam tak ramai kan?, padahal belakang kemal tu beratur panjang dan tak lama selepas gambar ini dirakam, ada segerombolan chinese from china sana sampai, trus gegak gempita lobi tersebut
Gambar bermandi mandian mmg takdak sbb gue sudah tinggalkan wallet ngan henpon kat bilik, tak mo bawak. Kemal je yang bawak fon ia. So ada dua tiga gambar dari fon ia lah ini. Eh dalam ni ada kolam air panas skali, best betul lah, sbb kalau kolam yang biasa tu cam sama je kat mana mana water park lain. So settle mandi manda, pi pulang pelampong, pi bilas lalu pakai baju kering sesiap dan nk pi makan lah, ater lapaq benar rasanya.
Sbelum mandi tu kami dah pusing pusing pi petting zoo bagai, petting zoo ia adalah best yer. Mmg baloi sangat as for me yang pecinta hewan hewan ini. Pastu terperasan ada kedai makan seakan lam gua ni, so apa lagi zass kan je la. Menu tak banyak, dia more to minom minom petang saja. Ada roti bakar, teloq sengah masak, kari bagai. Air pon tak banyak jenis.
Pastu dah kenyang, balik hotel tido seround dah penat sangat, pastu pas maghrib, kemal duk google google tgk mana tmpt makan yang menarik kat area tambun tu, pastu jumpa mat periuk. Tgk menunya cam menarik je. So zass sahaja. Dari Tambun tu cam jalan kawasan perumahan bagai baru sampai, tp sekejap pon dah sampai.
Kedainya best, selesa dan menu banyak juga. Pastu disebabkan sibuk la order ketiau tak mo pedas lalu gue pon terorder longan tak mo pedas, pastu kemal ngan budak pompuan amek order tu gelakkan gue, yer la nak cakap longan tak mo ais. Kesilapan teknikal la yer.
Ketiau dia sedap okay. Mmg berbaloi baloi. Yang penting tak pedas dan sedap. Kemal makan sik goreng atok katanya, nmpk cam sedap gak. oh lupa, harga pon berpatutan juga. Tak mahal pon. Dah settle makan kenyang memula ingat nak pi aeon, pastu cam dah tak mls nak berjalan plak. So Terus balik hotel dan tido sepuas puas nya, yer la penat travel satu hal, pastu dengan bermandi manda bagai.
So esoknya seawal pukul 730am kami dah pi bekpes sbb kan tak mo ramai orang, pastu balik bilik mandi mandi trus nak cek out, malas kang tido balik ntah kul bape bangun nya, pastu takde la plak trus balik, singgah klia2 jap beli beli barang dapur sikit kat Jaya Grocer, pastu trus lunch kat sana, dan terus je la balik umah pastu, i is penat juga la.
Demikian lah perjalanan seminggu gue ini eh tak seminggu sangat pon, lima hari je pon, tapi dia punya penat boleh tahan lah juga. Paling menyampah nak unpacked bag lalu kene cuci baju berbakul bakul banyak nya. So sehingga kita bertemu di purnama akan datang. Bye bye
Farid kata: Harap entri2 ini dapat la membantu anda sedikit yang mana berperancangan untuk bercuti. lengkapkan pusing malaysia dulu, barulah rakyat malaysia sejati, cheeeewaahhhhhhh satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa <- kata abg jib
No comments:
Post a Comment