Showing posts with label kuching. Show all posts
Showing posts with label kuching. Show all posts

Tuesday, May 7, 2019

Ke kuching, tgk buaya, naik cruise dan menengok wayang


Punya lah nyanyok, dah upload gambar berbulan bulan lamanya dalam ni, tapi lupa nak taip, bila bukak balik blog ni, baru tringat, laaa ada dah upload gambar rupa nya. Dasar nyanyok. Ni cerita adalah lama yer. tp nak cerita gak.

mengenang nasib, nak makan apa lunch ini

Bulan berapa ntah, tanpa perancangan yang rapi pon main pepetik, trus nak pi kuching. sbb dalam mesia, boleh la main pepetik nak pegi je, kalau over the sea mmg payah la sikit. Sebenarnya pi kuching ni pon tanpa sebarang sebab yg nyata pon. Mungkin barangkali kemal dah abis idea nak pi mana agaknya lol.


Disebabkan rumah ngan klia2 dalam 20min je, so agak bertenang tenang jugak la nk berangkat ke sana, tapi malangnya flight delayed, Yer flight delayed like dua tiga jam gitu, bohsan la haih. dah sampai depan gate pon, kluar balik pi makan la apa la.


Peginya 3H 2mlm je, duduk kat hilton, since senang nak kemana mana sbb hilton ni duk nya kat tgh tgh, nak pi makan senang, nak pi jalan tepi sungai senang, nak seberang sungai beli kek lapis senang, parking pon senang. Tetiba terbayang meridien KK, hazab gila la haih nak parking situ.


yer ini smoking room, tapi tak smoking pon

Mintak sesiap bilik ngadap sungai, nak view santek katanya. Walaupon hilton ini agak lama, tapi masih baloi baloi la untuk diduduki. Mlm tu kluar jalan tepi sungai cari makan. Gamaknya malas nak bawak kete kluar, jadi jalan kaki sajo. Jalan jalan ke jembatan yang cantek lagi indah itu. Orang adalah meramai, mungkin sbb weekend agaknya. 

sibuk amek gambar dari jembatan, tapi gambar jembatan itself lupa pula nk amek

Pastu semangat lah keesokkan nya pegi tmpt orang utan tu, pi bekpes kat luaq hotel pastu trus je ke tempat orang utan tu, konon feeling dah abis awal la kan. Ater tmpt ini gue tak pernah pegi lagi tu yang smangat satu macam. Pastu bila sampai situ, capai bag trus pi kaunter, tau apa acik kaunter tu cakap? "basnya dah lepas dik, kalau nak masuk gak, boleh je tgk pokok pokok" kekdah la plak drive berliku liku smata tgk pokok sudahnya, ceh. Takpe la cik, kami pi tgk boya je la. Walaupon dah dua kali pi Jong tu. Redhooooo.

Muka kaver nak nanges sbb tak dapat tgk orang utan. 

Buaya OKU ini


Takmo cerita pasal Jong tu sbb dah pernah cerita dalam blog ni. Jadinya sambung cerita lepas dari Jong tu, cakap ngan kemal kene lah makan lunch, knowing gue ini, kalau pi tempat pelancongan, acik takde kosa lah nak try try makan kat gerai ke apa, nk google kedai makan viral bagai kan, sangatlah malas yer, jadi untuk solusinya senang sajok, kita pi mall. Sbb kan mall banyak fast food, lol. Kalau org dengar kompom kene kejis "eleh pi jalan jalan tp pi makan fast food plak" suka kita la kan.

dari nk beli popcorn, terbeli plak tumbler cumil 

Gue adalah tak ingat apa kenama mall nya ini, sbb cerita dah lama berkurun kan. Pi makan makan, pastu pi tgk wayang, punyalah malas nak pikir nak pi mana lak pastu, so tgk wayang je senang yaw. Cerita fantastic beast tu, pastu try la amek yang bean bag tu. Gue adalah ketinggalan jaman, org lain dah lama duk tgk movie beanbag, gue baru jew nk try. Jawapannya, boleh boleh la, tak de sronok naw ke apa, cuma gue rasa cam nak tidoq plak, lebih prefer kosi biasa la kot, lebih afdollllll.

Tak banyak seat, sbb bean bag nya agak besar. 

Dari tgk wayang, balik hotel pastu tido la apa lagi, dah pepetang gitu, pastu tinjau tinjau tingkap hotel, kemal nampak cruise sungai tu plak, so dia sudah lompat lompat nk naik cruise, tak ingat plak berapa duit kene. Tapi beli tiket kat situ gak la, pastu ada dua tingkat atas ngan bawah. kmai udah hampir terlambat, so duduk la di bawah hadapan kapal berkenaan. anda di beri air dan kek. Kat bahagian atas smuo dah ponuh dgn orang orangan.



Oh dalam ini ada juga pertunjukkan tarian tarian tradisional bagai. Anda akan di bawa menyusuri sungai. Pastu satu je gue ini kurang stuju sikit, pertunjukkan tari menarinya membawak ke maghrib, uolls bayangkan diwaktu maghrib, di tgh tgh sungai, berjoget didalam kapal. takuts titew.



muka duk pikiaq nak makan apa malam kang

kapal kapalan di tepian sungaian



Ini kali pegi kuching adalah konsep chill and rilex sajo. Takyah terkejar kejar, tak yah ikot itenary panjang berjela. So hadap mana rasa nk pegi saja. senang cerito kan. So waktu balik takde la flight ngada nak delayed ke hapa, elok je on time. Tak tau bila lagi akan mai ke kuching. 

disebabkan pi jalan bawak baju sikit, jadi nya tak masal kene beli baju kat sana plak

Farid kata: apa hangen tetiba update blog? sbb bosan dan demi sahaja mengelakkan dari ketiduran di bolan posa ini. Anyway, selamat menyambut ramadhon wahai para pembaca budiman yang dihormati. 

Wednesday, January 8, 2014

KUL - KCH 7: Moh la balik ek



Pompangpompang kejap je dah nak balik dah. Pagi pagi bangun pi sapan, cam biasa beratur dulu sebelum dapat makan, pastu naik atas, amek beg, pastu cek out then sumbat sumbat beg smua lam kete, lalu berpandulah ke airport terus. Pastu sampai airport, pi cek in bag. Pastu jalan jalan. Ada lebih kurang sejam lebih lagik sebelum masuk pesawat.


Pastu ronda ronda terperasan ada starbak, singgah, terus feeling nak makan bagel salmon. Bila tanya kat minah jaga kaunter tu. Katanya dorang tak juai bagel, eh kenapa takde plak?! pastu tak pe la, kita makan lain. Pastu dah duduk sambil minum, baru gue pasan yang sbenarnya bagel is ada kat kopi bin bukan lah di stabak. cessssssssss

Ujung ujung flight adalah delayed, sekian





Dah sampai KLIA adik amek kami, terus ke seremban, pi makan makan pastu ke seremban 2 bawak ikhwan pi bagi ikan makan. Gila penat kuching tak abis lagi nih, dah sesibuk pi bagi ikan makan la bagai. Layan kan je la.



So watamatlah sudah cerita pengembaraan ke kuchen sana. Pada yang tak pernah sampai, sila lah kesana. Tp kuchen is more to jalan jalan je, bukan nak menshopping ke apa. Buat arrangement sebaiknya dari segi tempat tinggal dan transportation pabila disana. Tempat makan juga tak perlu digusarkan, sbb banyak je tempat makan kalau duduk area town kuchen itu sendiri. 

ok byee\

Farid kata: jenuh la nak abiskan entri kuchen nih

Monday, January 6, 2014

KUL- KCH 6: Jalan jalan naik sampan



Ok ini kisahnya pada petang, reronda waterfront. Pastu rasa cam nak naik sampan pi sberang plak (mengada sungguh la hai), kemal pon ok je. So naik la, tambang adalah murah gila. Tapi kan masa naik tu gue cam kesian tgk pokcik yang dayung ni. Ya la dah umoq umoq centu patut rerehat kat umah. Ok dah melalut dah ni. 



For those yang nak membeli kek lapis bagai, mmg akan naik bot ni untuk ke dayang salhah, tempat terulung untuk membeli kek lapis. kalau nak naik kete pon boleh, tapi nampak gaya cam jauh je ko kene seberang sungai ni kalau dari waterfront tu. Gua beli sbijik je kek lapis untuk diri sendiri, sbb? sbb malas nak pikul banyak banyak masa nak balik nanti. pastu beli terubok masin tiga ekor. Sbb beli terubok? sbb ianya ringan. Keji betol pangai kau kan parid.


Pastu reronda rasa nak minum petang plak, singgah seberang Grand Margerita ada mall, dalam tu ada la few kedai dan ada la kopitiam, so duduk order. Teh tarik serve dalam kole. Tak leh blah sungguh. Kira cam authentic kononnya. Borak pompang itu ini, belek belek enpon, terus balik hotel balik. Badan rasa nak tertanggal, penat azab smua ada. 

*Sampai bertampal tampal kaki*

Malam tu repeat balik kedai makan kat waterfront tu, kemal je makan, gue dah tak lalu nak makan, perut kenyang lagi. berminggu minggu nak abis taip kisah ni, adoi la

Sambung laie..

Farid kata: Kalau nak mintak tolong kat orang tak yah la repeat empot ploh, i tak pekak lagik yer, dari memula ikhlas nak tolong terus jadik annoy, ok bye

Friday, January 3, 2014

KUL - KCH 5: Muzium Sarawak dan tgk dinasour


*Pos tegak lagik*

Ok masuk hari kedua dah hampir hampir buntu tak tau nak pi mana lagi dah, pastu kemal gugel gugel, katanya pi muzium je la. Gue bisa aja. Dah takkan nak duduk je hotel, tepu la pala otak. Ok dari Grand margaritha tak jauh pun nak ke muzium ni, tapi adanya lebih baik juga mengguna kan GPS. Sbb jalan nya banyak sehala pastu pusing pusing sikit.


Ok sperti muzium muzium lain di mesia ni, muzium sarawak ni juga ada beberapa seksyen. So boleh la reronda setiap seksyen. Tapi nya tatkala gue pegi mengunjunginya, bahagian sejarah semulajadi adalah ditutupi. So sila ke next seksyen. Mengambil gambo adalah di larang sama skali dia dalam ini. Dalam muzium ni ada la pamerkan beberapa artifak yang berkenaan dengan sarawak, dan lain lain sejarah. Artifak kataku.


Pastu pada masa lawatan ini dibuat, ada pameran dinasor. yer pameran dinasor yang gegerak tu. Masuk bayar yer, yang muzium tadi masuk adalah pree. Bayar yang kat dinasor ni sahaja. Gue rasa cam pernah pegi je pameran dinasor ni kat pusat sains, rerupa betol la, pameran yang sama di bawak ke Kuching pula. Tapi tak pe la dah ketelanjuran masuk, layan je la.

*adakah manusia dan dinosor pernah hidup bersama? hah jawab lah cik kiah*


*Adakah dinosor ibu bapa yang baik? dah kenapa, pi la tanya dinasor sana, kalau pernah menang anugerah ibu mithali, kira baik la tu*

Pastu dah abis ronda muzium duk pikir lagi, mana nak pegi ni. Pikir punya pikir, kemal kata pi tgk wayang je la. Motip pi kuching tapi nak tgk wayang?! ye gue dah lama gila tak nonton wayang. Pastu lepas dipertimbangkan, yer la yer la, wayang pun wayang la. Duk gugel mana ada GSC atau TGV, pastu jumpa la City One megamall. Mall ni cam baru bukak dan besar, banyak la kedai kedai jenama hebat didalam ini. Pastu kemal duk pilih nak tgk Hobbit. Pasal hobbit ni nanti gue cerita lain entri.


Dah settle wayang duk berfikiran lagik, mana la nak makan plak. Dalam mall tu smua kedai makan macam tak best je plak. Pastu kemal duk suggest pi makan kat Pullman, bawah hotel pullman ni ada cam mall, so ada la few kedai makan. Dan yang best nya ada sushi king. Set GPS, drive pi sana, masuk parking, order lalu makan. Senang kan? Gue rasa kuching tak sesesak KK, pasal tu kemungkinan nak jammed tu cam rendah sikit.


Dah kekenyangan makan, rasa cam nak pi beli tshirt plak untuk pamili tersayang. Kemal suggest pi waterfront, since kami tak kesana pon lagi meronda so kita pi pepetang tu. Gegambar smua takde, sbb kamera dah abis bateri same goes to enpon juga. So jalan berlenggang je la. Boleh tahan la rege kat situ, tapi dapat je tshirt terus patah balik ke kereta, cam rasa tak sanggup je nak jalan lagi, rasa penat la pulak. 


Pastu aktibiti malam, adalah bermakan di water front. Ada banyak kodai makan disepanjang waterfront tu, so tak yah risau kalau takut matik kebulur ke nanti. Ok dah sambung.

Farid kata: Kadang kala, sesuatu yang baik itu juga adalah dugaan dari Allah swt.

Thursday, January 2, 2014

KUL- KCH 4: Jong jong inai Jong Croc Farm

*akak kaunter duk jeling, feeling ek kak nak masuk gak lam gambo?*

Jong jong inai mak ipong rajawali, ewahhhhh, terimalah nyanyian dari gue untuk acara pembukaan entri ini. Ok settle kat Culture Vil tu, terus set GPS ke Jong Croc Farm ni. OK jauh yer, tak tau la kalau dari kuchen ia adalah dekat ke apa, tapi ni dari Culture Vil tu mmg jauh gila. Kemal sampai sengguk sengguk tahan ngantuk tapi tak sampai sampai juga lah ia. 

*Nak amek gambo ngan buaya betul takdapat, so gambo ngan buaya kartun je la*

Harga masuk tak berapa pasti lah pulak, tapi untuk warga sarawak dapat murah sikit la. Warga mesia selain sarawak rege lain, mat saleh rege lain, pengsan banyak sangat rege tiketnya. Ok dalam ni adalah luas yer anak anak, siap sedia nak jalan kaki. Takde tram ke apa cam kat zoo negara sana. Ni mmg kene jalan kaki sepenuh nya. 

*tak dapat dipastikan yang buaya ekor kudun, ni sbb eksiden hilang ekor atau spesisnya mmg takde ekor*

Namanya croc farm, so banyak la buaya dalam ini, ada juga natang lain, cam musang, memerang bagai. So jalan jela, ada gak show tapi kene tunggu sampai kul tiga lebih kurang, tapi gue sampai situ lam satu lebih, kuasa la kak ton nak tunggu sampai kul 3. Baik pi pusing tempat lain lak. 

*Ingat umah nok gemok je ada musang pandan, sini pun ada juga tau*

*Burung merak ni adalah memekak mekak, tak puas hati apa ntah*

*Ni adalah buaya terbesar dalam taman ni, apa ntah namanya, tp mmg betul punya besar*

*Makanannya adalah mahal sikit dari yang dijual di kedai biasa*

Yer kami ni konsepnya kalau berjalan mesti mau makan makan, asal namanya ada tempat nak makan, pasti singgah, Dalam ini ada kedai juai makanan ringan, meggi pun ada juai. Motip mention meggi?! sbb kemal makan meggi. Pastu beli air, pastu isap okok, pastu sambung jalan, memula sampai sini cam renyai nak ujan, tapi kusangka ujan sampai ke petang rupanya terik berpeluh celah keti kau di tengahari. 

*dalam tu ada arapaima yang sedang kelaparan menunggu untuk menyambar budak*

*Cam seram, dalam semak samun tetiba ada boya nyorok*

*Dalam lumpur pun jadik gak nak pos pos*

*laluan nya, yer papan je je ok, kalau terbolos ke bawah, terus kena makan ngan boya*


*tetiba ada ular sawa juga didalam ini*

Tapi kan gue rasa cam tak abis pusing je, cam banyak jalan kami ni short cut, kemal dah rengsa sbb peluh peluh. Tapi okay, ko pusing celah mana pun dalam taman ni, tatap la buaya di sana sini. So kluar dari situ moh la balik ke hotel, dah penat benar untuk hari berkenaan.

Farid kata: Jong ni lagi best dari taman buaya melaka, betul tak tipu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis