Friday, January 3, 2014

KUL - KCH 5: Muzium Sarawak dan tgk dinasour


*Pos tegak lagik*

Ok masuk hari kedua dah hampir hampir buntu tak tau nak pi mana lagi dah, pastu kemal gugel gugel, katanya pi muzium je la. Gue bisa aja. Dah takkan nak duduk je hotel, tepu la pala otak. Ok dari Grand margaritha tak jauh pun nak ke muzium ni, tapi adanya lebih baik juga mengguna kan GPS. Sbb jalan nya banyak sehala pastu pusing pusing sikit.


Ok sperti muzium muzium lain di mesia ni, muzium sarawak ni juga ada beberapa seksyen. So boleh la reronda setiap seksyen. Tapi nya tatkala gue pegi mengunjunginya, bahagian sejarah semulajadi adalah ditutupi. So sila ke next seksyen. Mengambil gambo adalah di larang sama skali dia dalam ini. Dalam muzium ni ada la pamerkan beberapa artifak yang berkenaan dengan sarawak, dan lain lain sejarah. Artifak kataku.


Pastu pada masa lawatan ini dibuat, ada pameran dinasor. yer pameran dinasor yang gegerak tu. Masuk bayar yer, yang muzium tadi masuk adalah pree. Bayar yang kat dinasor ni sahaja. Gue rasa cam pernah pegi je pameran dinasor ni kat pusat sains, rerupa betol la, pameran yang sama di bawak ke Kuching pula. Tapi tak pe la dah ketelanjuran masuk, layan je la.

*adakah manusia dan dinosor pernah hidup bersama? hah jawab lah cik kiah*


*Adakah dinosor ibu bapa yang baik? dah kenapa, pi la tanya dinasor sana, kalau pernah menang anugerah ibu mithali, kira baik la tu*

Pastu dah abis ronda muzium duk pikir lagi, mana nak pegi ni. Pikir punya pikir, kemal kata pi tgk wayang je la. Motip pi kuching tapi nak tgk wayang?! ye gue dah lama gila tak nonton wayang. Pastu lepas dipertimbangkan, yer la yer la, wayang pun wayang la. Duk gugel mana ada GSC atau TGV, pastu jumpa la City One megamall. Mall ni cam baru bukak dan besar, banyak la kedai kedai jenama hebat didalam ini. Pastu kemal duk pilih nak tgk Hobbit. Pasal hobbit ni nanti gue cerita lain entri.


Dah settle wayang duk berfikiran lagik, mana la nak makan plak. Dalam mall tu smua kedai makan macam tak best je plak. Pastu kemal duk suggest pi makan kat Pullman, bawah hotel pullman ni ada cam mall, so ada la few kedai makan. Dan yang best nya ada sushi king. Set GPS, drive pi sana, masuk parking, order lalu makan. Senang kan? Gue rasa kuching tak sesesak KK, pasal tu kemungkinan nak jammed tu cam rendah sikit.


Dah kekenyangan makan, rasa cam nak pi beli tshirt plak untuk pamili tersayang. Kemal suggest pi waterfront, since kami tak kesana pon lagi meronda so kita pi pepetang tu. Gegambar smua takde, sbb kamera dah abis bateri same goes to enpon juga. So jalan berlenggang je la. Boleh tahan la rege kat situ, tapi dapat je tshirt terus patah balik ke kereta, cam rasa tak sanggup je nak jalan lagi, rasa penat la pulak. 


Pastu aktibiti malam, adalah bermakan di water front. Ada banyak kodai makan disepanjang waterfront tu, so tak yah risau kalau takut matik kebulur ke nanti. Ok dah sambung.

Farid kata: Kadang kala, sesuatu yang baik itu juga adalah dugaan dari Allah swt.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis