Wednesday, January 8, 2014

Ini bukan nini cokelat celup, ini adalah Dip n Dip



Hari apa ntah aritu, Maya sopiah ada memetik berkata tentang dip n dip ni, so berpakat pakat lah gue dengan kak tin untuk ke Dip n Dip ini bersama maya sopiah. Lokasi nya adalah di Bangsar sana, berhadapan dengan butik Fazura cantik berseri itu. 


Tapi harus diingatkan yer, kalau pegi waktu lunch hour, sila persiapkan mental anda untuk mencari parking disana. Ini kerana sewaktu kami ini berpergian ke sana, Maya sopiah yang memandu, dan berparking ni Bangsar Village lalu berjalan lah kaki ke Dip n Dip ini. Nak park depan kedai? mimpi kawen ngan fazura pun belum tentu ko dapat parking itew.


Kalau lu orang nak kesana jua sila persiapkan mental untuk rege menunya. Ia nya adalah bit pricey. Tugas memesan mengorder bagai adalah diserahkan pada kak tin ponpon. Untuk minuman smuanya minum air mineral sahaja. Kang minum manis manis ada plak potong kaki. Ikutilah gambarajah berikut yang disediakan:

1. Kak tin pos pos pegang ipad bukan bererti memesan secara online. Kak tin cuma pepura je cam bizi main game ke baca email ke apa ntah. Ini smua lakonan yang mantap.

2. Maya sopiah duk usha waiter yang serve makanan, beliau dalam keadaan bersedia jikalau lambat je sampai makanan, beliau akan awasskan waiter itu. Beliau adalah garang tau.

3. Yang ketul ketul itu bukan cekodok mahupun batu laut atau sungai, tapi ia adalah krim puff yang sedap. Semua yang ada didalam pinggan ini mestilah dicelup celup didalam cekolat tersebut before dibaham.

4. Oh program pemakanan ini adalah tidak serius kerana diadakan selepas gue dan sopiah dah makan nasik. Tinggai kak tin je tak makan nasik lagik. Beliau kata dia dalam proses diet, nak kurang kan sehingga 20kg katanya. Selamat maju jaya kak! (jangan risau kak, bff ko lagik gemuk hebat dari kau, )(u know i know siapa)

5. Ini adalah crepe yang dipenuhi cekolat. Dalam pun ada inti cekolat. So bersedia la nak memenuhkan mulut dengan rasa cekolat. Kalau anda bersakit gigi, bersedia untuk meraung kesakitan, atau bawak siap siap pil tahan sakit.


6. Ini lah hasilnya bila selesai makan, licin ala ala. Tadi kata dah kenyang br pas makan nasik, tapi pulun licin. Eh tapi ada sikit lagi kak tin tapau je. Tak baik membazir.

7. Jadinya bil sampai kak tin dan maya sopiah yang membayo. Katanya sempena birthday pokcik ini yang ke 32thn, tua dah pokcik ini. Tu tunjuk bil sbb nk tunjuk dua hidangan sudah rm100. Kalau korang kaya mesti korang kata apalah sangat rm100 tu, tak gerak pun duit lam akaun. 

8. A taste will make u smile katanya, silap tu, a bill will make u smile patutnya. Pengsan cangkung.

Konklusi nya, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kak tin pon pon dan sopi jikan kerana membelanja saya di dip n dip ini. Ini kerana, kalau nak harapkan saya pergi sana, pasti lah tidak, sbb tempat ini mahal. Makan sepinggan coklat leh dapat empat pinggan nasik. Sedihnya rasa. 

Farid kata: Harijadi sopiah bakal menjelang, kemana kita nak pi makan lak kak tin?

2 comments:

Mya said...

selamat hari jadi yang ke 32 nyah.
mek doakan ko sihat sejahtera.

apa sangat la RM100 berbanding friendship till jannah kita ni. #TDDMKA

tu pun ada orang kata kita kawan pura2.
dia yang kawan dengan orang pura2, nak tuduh kita pula. sian.

takpe. yang penting kita enjoy dengan friendship kita kan?
lupakan yang lain.
katanya.....

TiNiE said...

yer yit.
happy birthday yg ke 22thn yer.
semoga sentiasa dirahmati dan murah rezeki uolls.
jom jom bincang next tempat makan jom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis