Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Orang itu lu

Gua dengar lu dah selesaikan semua. Gua dengar impian lu dah menjadi nyata.
Gua harap lu dapat apa yang lu mahukan. 
Kawan lama, kenapa lu malu sangat. Gua tak suka pada orang yang tidak dijemput.
Gua tidak jauhi dan gua takkan melawan

Gua harap lu nampak muka gua dan lu akan tahu yang semua ini takkan berakhir
Tidak mengapa, gua akan cari seseorang yang sama macam lu
Gua hanya ucap kan semua yang terbaik untuk lu
Lu jangan lupakan gua, gua merayu. Gua ingat semua yang lu cakap
Memang akan kekal dan kadang kala ianya menyakitkan

Masa berjalan, waktu beredar
Seolah seperti baru semalam gua jumpa lu

Tiada apa lagi yang hendak di bezakan
Jangan risau dan jangan pedulikkan lagi tentang gua
Menyesal dan kesilapan dengan semua memori 
Tiada siapa tahu rasanya sekarang


Sunday, August 14, 2011

Hujan Api

Semua gelap. Aku tidak akan selamatkan kau lagi
Tangan aku terlalu kuat, tapi lutut aku jauh lebih lemah
Aku elak dari jatuh tersungkur di kaki kau

Ada satu bahagian dalam diri kau
satu bahagian yang aku tidak akan faham
Semua yang kau tuturkan
tiada yang benar. Semua permainan yang kau buat,
Kau adalah pemenangnya, dan kau selalu menang

Aku akan buatkan hujan api untuk kau
khusus untuk kau sahaja
aku akan lihat hujan api mencurah
Membakar seluruh wajah kau

Kadangkala bila aku bangun
Susur ke pintu, kau hilang
Aku rasa lega, aku kurang yakin
Hujan api turun semula


Tuesday, June 28, 2011

Budak Darjah Enam

Dalam banyak banyak darjah, gua paling suka masa gua dalam enam. Kelas gua paling hebat, walaupun kelas no 2 pandai. Rakan rakan kelas gua paling hebat dalam sekolah waktu tu. Adik lelaki gua darjah empat waktu tu. Tapi dah cukup taiko. Di sebabkan dia, gua terpaksa jadi penolong rumah sukan, di sebabkan dia gua terjebak main hoki lawan kelas.

Guru kelas gua anak dara, anak mami. Gincu melekat kilat kalau mengajar. Kelas gua hebat sebab tiap tiap rangkul anugerah kelas paling cantik, sampai kelas lain dah malas nak lawan. Kelas gua gempak sebab banyak pokok pokok dan kelas kaler purple.

Kelas gua ada amirul, saiful, pian, raja, hafiz semua atlit sekolah waktu tu. Tapi gua bukan atlit. Disebabkan lambakan atlit, kelas gua selalu bolot hadiah bila taim sukan. Kelas lain panas. Ezany, Izuddin, Fadhil geng gua merepek dalam kelas. Gua terjebak main hoki walaupun gua tak pernah pegang kayu hoki.

Walaupun gua tengok bola hoki melantun laju, gua bantai pas je kat kawan gua. Nama gua nak jaring gol, kirim salam je pada penjaga gol je gua mampu. Jerit pekik gua memang handal. Kelas tambahan gua tak pernah missed. Pasal tu gua cemerlang masa UPSR.

Kisah budak darjah enam yang beruntung.

Pesanan farid: Mana pergi budak budak ni skarang

Friday, June 24, 2011

Gua duduk pandang kasut

Satu malam gua pakai jaket smart smart, gua sembur perfume tiga kali. Gua fikir nak pakai kasut apa. gu jalan laju laju sambil dengar lagu Lady gaga. Sampai LRT stesen gua beli tiket ke klcc. Gua tunggu sampai tren empat koc baru gua naik. Gua berdiri belah tepi pintu sambil pandang luar, fikiran menerewang. Sampai satu stesen mamat cina naik, bertatu di lengan. Ganas, muka garang. Tapi malangnya sanggup berebutkan tempat duduk dengan seorang makcik. Manusia oh manusia.

Sampai lrt muka gua agak kelat. Macam biru biru pun ada. Member gua sudah tegak berdiri sebelah kaunter maxis sambil main angry bird di ipod. Gua dah depan dia pun dia buat derk. Lagi tambah kebiru biruan muka gua. Gua hoi kan dia, baru perasan.

Sambil jalan sambil gua lilitkan tali earfon gua pada ipod. Dari jauh gua sudah nampak papan tanda Nandos. Gua buat buat muka biasa, sebab gua tak berapa gemar nandos. Lima kali melawat, lima kali gua makan free. Termasuk ini jam pun gua makan free.

Restorennya sesak, hiruk pikuk dengan suara orang. Ada yang tengah lambai tangan, ada yang menjerit mengawal tingkah laku anak. Member gua tunjuk isyarat peace pada waitress yang cun tu. Isyarat tempat duduk untuk dua orang. Waitress tu senyum terus melambai lambai bereti ada tempat kosong.

Nun dihujung sudut kedai. Sebelah kiri gua, dua orang makcik yang rancak berbual hal rakan sekerja di pejabat, sampai terjuih juih muncungnya bercerita dan sambil menjeling pada gua, takut takut gua ni ejen penyiasatan upahan rakan sekerjanya.

Sebelah kanan dan hanya terpisah dengan dinding lobang lobang, adalah sepasang kekasih yang bercakap seperti membuat pengumuman. Pasal kad kredit, pasal kelambu, pasal dapur minyak tanah smua cerita. Gua pekakkan telinga. Gua pandang menu gua. Gua belek satu satu, ada set cecah RM185? hidangan satu reban ayam gumam gua dalam hati.

Gua mau makan 1/4 sahaja dengan teh o ais limau. Perasaan gua gundah gulana. Member gua buat muka selamba. Sambil humming lagu lady gaga. Gua duduk tegak sambil kaki kuis kuis bawah meja. Makanan tiba, gua kerat kerat ayam tu, macam ayam tu dah buat salah besar pada gua.

Gua sumbat cebisan ayam, nasi dan koslo serentak sampai penuh mulut gua. Nak kunyah pun macam mustahil. Member gua dah pandang paiseh gila. Gua jeling dendam sama dia, sambil mulut penuh gua cakap "lu pandang apa?" member gua geleng kepala lima kali. Itu jam gua dah rasa macam ada yang tak kena dengan perut gua.

Teknik sumbatan rakus berlangsung selama tiga minit. Cukup lima minit, licin pinggan gua. Gua hirup ice lemon tea tu sampai separuh. Gua pandang kiri kanan, sambil kaki gua sambung kuis bawah meja. Member gua makan dengan muka selamba. Dua makcik belah kiri gua dah pandang paiseh sama gua. Gua jeling sekali, terus mereka pandang tempat lain.

Tiba tiba gua berdiri tegak, member gua toleh "pehal lu ni? Lepas makan nak berkawad?". Tiga kali gua geleng kepala, "Gua nak pegi toilet untuk kali keenam sejak dari rumah" Terbarai ketawa member gua. "Lu diam" balas gua tegas, muka dah biru air laut. Terus berlari gua keluar.

Tu je.

Pesanan Farid: patutnya tajuk kali ini adalah "Gua yang cir bir"

Tuesday, June 21, 2011

Si malang yang hebat

Sebelum gua pergi kerja gua terkial kial membuka tali kasut yang semalam berpintal pintal. Sifat kesabaran gua semai dalam diri gua supaya gua tak naik minyak di pagi hari. Tatkala berjaya meleraikan tali kasut itu gua ikat semula kemas kemas dan tersenyum puas. Gua sempat pesan pada adik sedara gua "man, ko jalan buka mata tu kang jatuh tergolek pula turun tangga dalam gelap" pesan gua pada aiman sebab dia suka pakai kasut dalam keadaan tutup mata dan dia bukan seorang yang buta.

Gua capai beg dan ipod gua buka pintu rumah. Sambil sambil tu gua pilih lagu yang ingin didengari dan di masukkan dalam playlist. Ini pagi mood gua hepi, jadi gua pilih lagu lagu rancak. Gua turuni tangga, lepas dari separuh anak tangga, kaki gua tak sempat cecah lantai gua hampir meyembah bumi dan demi sahaja kehebatan gua, sempat berpaut pada pemegang tangga. Sila kagum. Tapi hentakkan kaki gua bergema seluruh flat.

Sakit juga pergelangan kaki gua masa tu. Tapi gua act cool. kat bawah, ramai pula muda mudi, ada lelaki ada perempuan, semua tenung gua. Nasib baik gua tak melatah, pasti bergema satu flat juga. Gua kontrol cool untuk kali kedua, muka selamba macam baru lepas buang air besar. Rilek je.

Gua jalan dengan penuh keyakinan menuju ke LRT stesen, dan secara mejiknya, gua turun tangga yang tinggi dan hampir jatuh untuk kali kedua dalam masa sejam. Fuh gua pandang kaki gua, gumam gua dalam hati "tak pakai tumit tinggi pun, tapi kenapa asyik nak sembah bumi?" gua lalok ke? tidur cukup, gua tak mabok malam tadi apatah lagi pagi pagi ni.

Dan selepas itu gua extra hati hati supaya tak terjungkang untuk sekian kalinya.

Cerita malang tak tamat disitu. Sesampai ofis gua baru teringat  gua ada pesan pada member gua suruh simpankan jaket kumpulan hujan gua. yer gua memang wanabe pada kumpulan hujan. Tapi bila gua tanya member gua, dia bantai simpan jaket pegawai kebakaran gua plak, haram benar. Mungkin sudah kene rembat jaket gua, nak buat macam mana. Gua senyum redha. Beli je lah yang baru. Rupanya member gua mau prank sama gua. Nasib baik kaki gua sakit kalau tidak, terima la flying kik dari gua dengan ingatan tulus ikhlas. Tahniah lu orang berjaya prankkan gua, tapi malang gua tak menggelabah pun.

Terbakar, terbakar, terbakar

Pesanan farid: Nasib lah nasib

Wednesday, June 15, 2011

Lagenda pelari pecut

Zaman gua darjah darjah dulu, mak gua selalu tugaskan gua pergi kedai beli santan, garam, tepung dan macam macam lagi. Jarak rumah gua ke kedai dalam seratus meter lebih. Memang ngam soi untuk gua menguji diri gua sebagai pelari pecut.

Makin hari gua rasa gua makin hebat. Makin hari makin pantas gua sampai ke garisan penamat. Gua bangga dengan diri sendiri. Zaman darjah darjah dulu pun gua selalu main galah panjang, kejar kejar dan nyuruk nyuruk. Hebat tak hebat menyuruk satu blok, pasti jumpa. Yang ditangkap akan pecah lobang kat mana yang lain bersembunyi.

Kalau mereka yang lari laju akan menjadi rebutan bila sampai waktu oo som pilih member atau geng. Yang hebat hebat pasti dipilih dahulu kemudian yang kurang hebat dan disusuli paling tak hebat. Selalu gua jadi ketua yang oo som untuk pilih member, team gua jarang kalah.

Kalau waktu main kejar kejar, pasti rasa usus nak terkeluar bila sampai turn kene kejar pelari pecut wakil blok. Gua biasa biasa je, sebab gua jimat tenaga nak main banyak game. Kalau satu game habis tenaga di gunakan, game lain pasti awal awal gua dah bungkus, gua duduk tepi tengok member gua berkejaran, mana adil begitu.

Satu hari seperti biasa keyakinan gua untuk berlari pecut memang tidak dapat disangkal lagi, dalam bulan puasa gua lari keliling blok main kejar kejar. Selalu main dalam blok, tapi dalam bulan puasa, kehebatan berlari mencanak canak, tambah tambah awek pun main sama. Harus gua jaga harga diri.

Lari punya lari, redah apa ada sebelum kene tangkap dengan yang mengejar, zrrrassssss terjerumus gua dalam longkang kering yang tak bertutup.  Tahan sakit gua cover lagi, malu la nangis depan budak perempuan. Sampai rumah mak gua bebel sebaldi. Terus bapak gua bawa pergi klinik, kepala gua kene jahit. Tak pasal bereben di hari raya yang mulia.

Sumpah gua pakai songkok sehari suntuk. Malu kalau buka kawan kawan gelakkan, budak lelaki pakai riben. Gua memang hebat.

Sampai sekarang gua naik hairan kenapa gua tak jadi pelari pecut negara, mungkin pasal masa sekolah pelajaran diutamakan. Member gua, Alex memang dengki benar dengan kaki gua yang panjang.

Pesanan Farid: Gua trauma tengok longkang

Friday, June 10, 2011

Tabung arnab gua

Muka ganas, tapi ada tabung arnab comel, lu orang jangan nak heran sangat

Suatu hari, gua duduk di rumah sambil membelek belek foto foto lama dalam handfon. Kadang gua senyum, kadang sedih lepas itu gua senyum balik. Beberapa ketika gua teringat dalam ipad gua pun ada foto juga, dalam keadaan malas malas gua bangkit dan capai ipad. Dan seraya mencapai ipad itu, terdetik dihati gua "cover ipad ini sangat kesian, macam nak roboh pula rasanya"

Gua letakkan balik ipad tu dan terus cari laman sesawang yang menjual covernya secara online. Setelah hampir berjam jam lamanya mencari akhirnya gua jumpa yang gua suka. Tapi harganya mahal. Tidak mengapa, gua baring balik sambil letak tangan kat dahi dan terus tidur.

Keesokkan paginya, cover ipad tersebut terus menghantui hidup gua. Sudah la di tengah tengah bulan, duit dalam poket makin tipis, takkan gua nak bazir beli cover pula dan selepas itu gua puasa sunat?. Sambil termanggu manggu di depan pc di waktu makan tgh hari, tiba tiba kepala otak gua berbunyi PLING! seraya hati berbunga bunga. Gua terpandang tabung yang gua sorok dibelakang monitor. Ada dua tabung, yang satu tu tak penuh lagi, yang tabung arnab tu dah tak muat masuk duit.

Dengan rakus nya gua capai pembuka tin, dan gua kopak macam gua kopak tin susu pekat. Kira punya kira, dan secara mejiknya, duit didalam tabung tersebut lebih dari harga sebenar cover tersebut. Dan gua hepi. Tapip tak de la lebih sampai buleh beli tiket ke yurop.

Pengajarannya, walaupun menabung itu remeh temeh dan bagi sesetengah orang menganggap seperti keanak anakkan, tapi amalan itu sangat berguna ketika waktu kecemasan seperti perasaan meronta ronta ingin membeli cover ipad. Gua memang pesen pesen tak menyabar. 

Pada lu orang yang suka campak syiling bersepah sepah, gua dulu memang begitu, dalam beg selambak duit syiling, dalam kereta, kat rumah, dalam laci pejabat semua bersepah. Jadi apa kata lu orang kasi kutip semua syiling tu, lepas tu beli tabung murah murah, tak payah nak ada muzik muzik bila masuk syiling tu, beli yang sempoi sahaja. Dan mulakan amalan menabung. Selamat mencuba.

Pesanan farid: Gua nak semai amalan menabung dikalangan lu orang.

Thursday, June 9, 2011

Gua bukan mabok todi di pagi hari

the curve, makan makan

Brisik, PJ, juga makan makan

Rumah kak tin, meeting tergempar

Acara menonton sepak bola, brasil lawan belanda. Tiga tiga sokong brasil, tapi kalah

Lanai, juga makan makan lagi

Mereka mereka ini lah kawan kawan gua. Mana mana pergi dengan mereka ini, segala onak dan ranjau kami harungi. Berbagai dugaan ditempuhi seperti menonton wayang secara percuma bersama, menyelesaikan masalah teka teki bersama, tergelak seperti dirasuk bersama, mengambil time off dan berlepak di berjaya times square bersama. Gua agak tingtong pagi pagi ni. Lu orang layan saja apa gua merepek disini. Tapi gua bukan mabuk todi. Gua minum teh tarik bersaiz kecik sahaja pagi tadi untuk sarapan.

Pesanan Farid: through out the years, lu orang tetap kawan gua

Monday, January 10, 2011

Tertunggak

*see that knife? cake already been stab*
mengada pakai font pink

Damn it, n3 tertunggak, sedey. Aku hampir melupai gambar kek ni, sehingga bila aku belek all my pics back on my fon baru teringat kan bout this cake. Actually this cake came from my office. Pada hari kejadian yakni hari lahir aku sendiri, i take an emergency leave. Dah sakit nasib la. Knowing ofis aku yang senantiasa menyambut birthday kakitangannya, tidak terkecuali aku.

Jadi sekembali nya aku ke pejabat, kene la blow candle, gila malu haha being me yang dah tua ni. (wish dalam hati adalah rahsia bukan untuk tatapan umum) Pasti la malu celebrate birthday. but anyway thnx to all my kolik sbb sudi menyanyi lagu birthday and special thnx to Kak Sal and Kak Akmal for being a great boss.

Ps: Remind me of RED cake, hell no, hell yeahh

Monday, December 20, 2010

Is it?

Spent it for:

1. Pair of nike running shoe
2. Pair of converse slim low cut
3. 2 pcs of G2000 shirts
4. 2 pcs banana republic short pants
5. A piece of Philosophy Man shirt - Yellow
6. A piece of Seed shirt - Yellow again *sigh*
7. Pedro beg *last piece they have*
8. Autograph, after shave and shower gel

Last but not least a lovely dinner at Little Penang, klcc. worth it
Spent it wisely yaw!

Thursday, December 16, 2010

Blow ur candles

*From cik mok*


*From puan sul*

Thanx to all my facebook friends for all wishes they made
Thanx for wonderful dinner @chawan
Thanx for a slice of white chocolate macadamia, pack of sushi and a bottle of green tea
Thanx for a great view of Klcc

Its my 28th birthday
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis