Friday, December 2, 2011

Segmen Mari Menonton: Twilight Saga: Breaking Dawn -part 1-


Bertemu lagi kita didalam rancangan Mari menonton wayang siri ke 850. Pada kali ini saya akan membawakan review cerita puntianak yang paling glamer seantero dunia dan juga di gilai remaja masa kini. Rentetan dari beberapa siri sebelum ini, di mana saya tidak akan lah mengulas satu satu siri, di mana akan memakan masa berminggu minggu untuk dihabisi. 

Jadi saya mengambil keputusan yang drastik untuk mengulas siri yang terbaru yakni Breaking Dawn ini sahaja. Dengan harapan saya aka mengulas sepantas halilintar. Permulaan cerita di mana Bella dan Edward sudah mengedarkan kad walimatulurus mereka kepada sedara mara terdekat. Dan Jacob yakni si serigala jadian sudah sentap sbb dia fikir Edward akan menukarkan Bella menjadi puntianak atau dihisap darah lalu Bella mati kering. 

Tapi Edward tidak lah berbuat demikian. Seterus berlangsunglah majlis kenduri kendara meraikan Bella dan Edward. Dan berlarutan lah adegan cium cium dimana bercium bekali kali tanpa tak terkira bilangan ciuman mereka. Dan bila dah kahwen, sepantas halilintar jugalah mereka pegi hanimun, tak nyempat nyempat katanya.

Bila dah hanimun, apa lagi projek buat anak lah. Maka Bella sudah pregnant, tapi yang luar biasanya kandungan nya membesar begitu cepat. Ala ala mejis dan bukan najis. Lepas tu (huh penat taip laju) baby itu sudah menyedut segala zat dan darah Bella ini. Maka Bella pun hampir hampir juga matik kering. Jacob pula sudah hangen satu badan, katanya Edward nak bunuh Bella. Ko kenapa biskut Jacob, smua nak salahkan org?! Pasrah dan redha je boleh tak?

Pastu kumpulan seigala ni pun mau bunuh Bella. Jacob dan keluarga Edward bermati matian lah bertarung mempertahan menantu baru mereka ini. *walaupun adegan bertarung hanya beberapa saat je*. Selepas baby dilahirkan, sama ada Bella hidup atau matik kering, awak awak semua harus tonton part 2 pula. (yer saya pun bengang sbb cerita seperti bergantung tak bertali)


Abis tonton marilah kita bermakan makan malam kerana jam sudah menunjukkan pukul 9 malam dan perut juga tak berisi. Di zaman kegawatan ekonomi, smua bajet harus di potong termasuk lah bajet makan makan, nak save makan je kat food court level 4. Bento beef teriyaki menjadi pilihan dan teh ais. Member gua makan beriyani kambing kut. 



Ok dah itu je, pada yang mahu menonton Twilight breaking dawn ini, saya hanya saran 50-50 sahaja. Pada peminat tegar filem berkenaan, harus la tonton. ok bai

Farid kata: Kalau kurang kan adegan gusti atas katil dan lebihkan aksi tumbuk tumbuk, mungkin cerita ni jadi best.

2 comments:

Mya said...

filem2 bergenre begini harus tidak menjadi minat mek untuk ditonton hu hu hu..

farikh said...

mek pun tak do lah semangat sangat uolls

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis