Tuesday, December 27, 2011

Ber-atv di ATV Adventure Park Kemensah

*Hadapan pintu masuk*


Not so long time ago, lepas lepas geng sakai ber atv di Cherating, aktiviti dilanjut untuk ber-atv lagi, ini kali di ATV Adventure Park Kemensah, belakang zoo negara. Selaku jkkkkkk utama, gua lah mengemail, gua lah mengutip duit utk diposit, gua juga bikin promosi, segala gala gua. 

Setelah mengumpul seramai 9 org, deposit dibayar kemudian berkumpulah kami di hadapan Zoo Negara seawal 8am hari sabtu yang lepas, ini kerana kakak tokei tempat berkenaan berpesan supaya tiba awal kerana ada sedikit taklimat.

Gua, nok, choy, sally, kama kama haa dan isteri, aril dan sharul. Azmi tidak kesampaian kerana isteri beliau sakit kuat. 


*Angota kumpulan tanpa Nok*

Bayaran dikenakan untuk pakej 1 jam stengah adalah rm100. Anda akan di bawa masuk ke hutan dn bertemu air terjun dengan jalannya tersangatlah adventure dengan lumpur disana sini, kebetulan pagi itu dan malam sbelum itu hujan, maka jalan adalah berlumpur selut segala.

*anggota kumpulan tanpa aril*

*Dibawah ketiak nok, ceh*

*Choy mengambil ujian memandu*

*Isi borang segala, sally siap bukak kertas sbb tak ingat alamat rumahnya*

*Bersantai santai di tepian air terjun*



*Choy meninjau kawasan*

*sikit lagi kepala nak tersangkut*

*Bila brek, atv akan melorot tergelincir*

Pada yang gemar aktiviti lasak, harus untuk mencuba aktiviti ini. Untuk sesi seterusnya, kami bercadang untuk membuat trip dari kemensah ke janda baik dimana perjalanan mengambil masa 5 jam, dan menelan kos sbanyak rm350 seorang. Jadi mulalah menabung demi masa depan.

Keterangan lanjut di: www.atvadventurepark.com 

Farid kata: Ketagihan naik atv
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis