Tuesday, December 6, 2011

Kijang Treasure Hunt 2011 katanya

*Jentera yang menggerakkan kami*

Tanggal 3 Dec adalah masa untuk mencari harta karun, berbekalkan nama "Angin Kencang Sehingga Rabu" (ok gua tau itu nama paling mengarut gua pernah dengar, salahkan nok) yang di anggotai gua dan choi sbg pencari jawapan, nok sbg navigator dan Sally menjadi pemandu lori ayam. Seawal 7 pg masing masing dah tercongok kat Sasana Kijang. Ada sikit je lagi briefing sbb petang jumaat yang lalu pihak penganjur sudah memberikan briefing yang sepenuhnya beserta ikrar taat setia bagai.Treasure hunt kali ini adalah dari KL ke Hotel Legend di Cherating. 

*dari kiri choi, nok, farid dan sally*

*bersosial sebelum flag off, sally, choi, nok, man dan zerul*

*bersama man tony, bekas ahli kumpulan kami yang menarik diri kerana mahu menaiki bmw pada tahun ini, ye la kami tak de bmw*

Bekalan sarapan yang diberi berbentuk roti tiga ketul, sebijik pisang, sebijik epal dan sekotak air sedap. Smua itu haruslah di makan dalam kereta kerna kami ini smua tidak diberi peluang untuk makan makan sambil duduk dengan selesa sambil merokok. Satu gua kurang gemar dengan Treasure Hunt ini adalah kerna pasti gua akan skip makan tengahari, dan itu bisa membuat kan kelaparan yang melampau seterusnya mengundang pada sifat kehanjengan. Tapi alhamdulillah gua manage jua utk mengawal kadar kelaparan dengan memakan nachos, roti coklat, susu sebotol, dan rokok berbatang batang. 

*smangat berdiri atas platform utk gorup picture, kononnya*

*Tgh koling kak tin sewaktu menjawab soalan keselamatan jalan raya*

Tahap kesusahan soklan tu lu orang jangan lah tanya, sbb mmg tiap tiap tahun pun adalah kesukaran yang sama, kalau soalan senang pasti ramai yang menang dan bakal mencetuskan perbalahan di kemudian hari. Jadi marilah kita menjawab mana yang termampu. Ini kali punya TH, ada mid point, yang terletak di hentian mana ntah, dimana lu orang harus menyerahkan 15 jawapan terawal beserta dengan 2 Gambar dan mendapat balik baki soalan beserta gambar yang harus diselesaikan sbelum sampai di cek point terakhir. 

Kami antara yang terawal sampai di mid point itu, menang lumba sahaja la, jawapan belum tentu. 
Ok sambung lagi...

Farid kata: Cerita penang tak update lagi tetiba lompat cerita TH pula

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis