Friday, June 3, 2011

Gua sayang kek cawan



Pada tanggal 24 may bersamaan sehari lagi sebelum gaji, gua pegi jalan jalan kat the curve. Saja ronda abiskan masa yang ada smentara tunggu esok nak gaji. Lepas tu gua jalan jalan dan jalan sampai kaki sakit lepas tu dengan secara tiba tiba tekak gua nak makan ciken mek dilux. Gua kabar la kat member gua. Dia pun stuju. Tgh makan makan pastu gua terpandang kedai kek cawan kat sbelah, secara tiba tiba tekak gua nak makan kek cawan plak (padahal ciken mek dilux itu masih di gengaman). Gua tak peduli nak makan jugak kek cawan itu. Lu orang nak kata gua gemuk, gua tak ambil hati. Gua cool


Usai selesai gua habiskan ciken mek dilux tu, belum sempat sendawa gua trus bangun pegi kedai kek cawan. Cupcake chic nama kedai diberi. Bilamana gua melangkah je masuk dalam tu, gua trus terpegun dan saling terpesona, tapi bukan awek yang jaga kaunter tu sbb yang jaga kaunter tu makcik. Gua pun ada taste tersendiri la juga la bai, bukan main rembat sapu bersih saja. Sila percaya 

Gua mmg terpesona tgk kek cawan yang dijual. Nampak menggoncang iman. Gua mmg feeling gila ngan kek cawan ni. Jadi gua amek satu kek peach dan satu coklat. Seraya masuk je dalam mulut, mmg nikmat yang susah di huraikan dengan kata kata. Ini serius. Gua amek yang peach dan yang coklat tu gua suruh member gua makan. Pada lu orang yang selalu lepak lepak kat the curve, lu orang mmg wajib try. Dulu gua ada juga beli empat bijik kek cawan kat kedai yang sama. Tapi tak berapa nak feel. Ini jam punya macam lain benar rasanya. 

Itulah kisah memori indah gua dan kek cawan.

Pesanan pada makcik jaga kaunter: sila sediakan duit kecil supaya lu tak tanya balik gua ada duit kecik ke tidak. Kedai sikit punya gah tapi tak de duit kecik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis