Wednesday, April 29, 2015

Big Mouth lagi



Last weekend, plan plan nak pegi karok, pastu tak jadik pula. So lepas selesai urusan adik, moh la kita pi makan. Kemal dari siang ada sebut nak makan Big mouth, so ke big mouth la kita yo. Pastu tgk tgk meni wah ada set set la pulak. Kira cam boleh order set tuk 2-3 pax. Cam best kan? sbb tgk menu cam tergaru garu nak pilih burger apa kan. So amek je la set tu je.

*ada mini buger ngan burger bersaiz biasa, lasagna ngan apa lagi ntah*

*Nachos pon ada tapi takde la bottomless cam kat chillis sana*

Sudahnya, tiga ketol makan pon tak kehabisan. Oh ya air adalah kene order separately. Tak masok lam set berkenaan. So for those yang kebetulan lalu atau mmg slalu berada ni Semban 2 ini, boleh la try power. Tapi kalau lebih best, first time try tu, sila order burger sebijik. Baru bebetul makan kekdahnya.

Farid kata: Ulang kali tgk youtube camna nak cat bilik. Kalau tak menjadik, masaklah nak cat kali kedua plak, adoiyai

Thursday, April 23, 2015

Sepintas Lalu: Cameron Highland untuk kali ke berapa ratus ntah

Salamelekum, adakah anda semua sihat sejahtera? Kekdahnya nak cerita cerita pasal jalan jalan makan angin kuar asap ke Cameron, yer ni kali ke brapa ntah dan disebabkan ntah berapa kali pi Cameron, jadinya kali ni gue ini buat satu je entri untuk kaver cerita tiga hari. *pemalas pon ada lah jugak miahaha. (Dua hari nak abis siap satu entri ini)

*Kat Sendayan hadap Marrybrown, kat Cameron makan Marybrown juga*

Cerita di mulakan dengan bertolak lah dari PD seawal mungkin, singgah bekpes dulu, pastu terus menerus ke Cameron. Yer cuti ini adalah cuti bajet bajet, bukan bajet bajet hot ke apa, ni cuti bajet jimat kos.  Eh lupa lak, gue bepergian dengan kemal. So pada mulanya dah bincang bincang nak naik ikot simpang pulai, pastu terasa lah pula jauh bebenar, so dengan selamba badak ku kona terus ke tapah, pastu sib baiklah kete tak banyak, kekdahnya ari ahad, kete berderu deru turun instead yang naik gue sebijik sahaja.  Pastu dah sampai Tanah Rata, tgk jam cam awal la pula nak cek in, so kita makan tgh hari lah pula, duk la pusing pusing cam Marry Brown je la sonang. So kemal pi order gue pi chop tempat.

*Punya lah bosan duduk lam umah, so duduk kat luar umah plak*

Pastu dah kenyang sekenyang nya, terus lah cek in. Yer.. duduk resort kompeni, kalau duduk hotel biasa dah la lari lah konsep percutian bajet kan? so dah cek in dah tukaq baju bagai, tetiba cam eh nak buat apa plak, takkan nak tgk tivi sampai ke malam kan? cam tak logik je pula. So reronda la melawat kawasan disitu, tgk apa apa yang ada. Kot ada tempat makan ke apa ke kan. usha kawasan jew.


*kalau arwah mama ada, mesti dia happy masuk tempat ceni*

Pastu cakap ngan kemal, tak boleh jadik la kan, takkan nak meronda situ lalu tunggu hari esok baru nak jalan, pembaziran masa lah pula, so balik bilik, tukaq baju, start enjin kete moh la kita jalan, walaupun tak berapa pasti kemana hala tujunya. Tak pe tgh tgh jalan kang kita pikio mana nak pegi. Pastu naik hala ke Brincang, tgk banyak la tepi jalan tu kebun kebun bunga ngan strawberry. so benti la disitu. kekdahnya kemal nak beli pokok ala ala pokok kismas pulak.

*Besar besar kau kaktus nya*

Dah berpusing pusing lam tu, takde pula berkenan di hati beliau, so kita jalan lagi, kali ni turun ke tanah rata lah pula. Kekdahnya turun naik je la keje kami ini. Hala ke Taman Sedia dengan membawa harapan membeli jam stroberi mak kemal. Dah alang alang sampai ke kebun stroberi tu, tu je la up sik mak ngan laksa. Dah alang alang katanya, walhal mmg nak makan sesaja dalam pala otak tu.


*Nasik lemak sedap, laksa pon sedap*

*pencahayaan yang bagus, elok la jadik nya, cer kalau mendung, kelam kelam kelabu je muka gue ini*

Settle hari pertama, masuk hari kedua, pepagi bangun duk pikir nak makan apa pulak, Pastu moh je la ronda kat Tanah Rata, kat situ mesti banyak kedai makan, so blah blakang blakang tu banyak kedai makan, pilih je nak pi makan yang mana satu. Duduk order air pastu amek sik mak, uiii ada daging masak kicap, tapi malang tidak berbau, daging nya liat, tapi mmg sedap i tell u.

*Kemal tgh cek, beli teh kene GST ke idok*

Dan disebabkan Boh kat Habu ngan Sg Palas mmg tak beroperasi ari senin, so tiada pilihan kita pi Cameron Barat. Memula nak pi Cactus Valey, pastu tgk waze apa ke jauh bebenar. Yer jalan lurus tu pun nak pakai waze. Dah ujung ujung pi Cameron Barat sudeh lah. Ni baru pas makan sik mak kan, pi order scone la pula. Tanpa rasa bersalah sungguh, tapi scone tu sedap betul. Sos stroberinya sangat enak juga. Dah settle makan, beli teh pastu amek gambar sedas dua. Pastu terus balik.

Eh jap, nak pi toilet dulu, pastu sambung taip.

*Tu teh ais mangga ngan jelly*

10 menit berlalu.....

Maap la yer, panggilan alam datang tak kira waktu dan tempat. Matik la berak pon cerita kat orang. Ok sambung lagik..

*seghonok dapat makan scone sedap hebat*

Dah kenyang kat Cameron Barat tu, mohla balik umah, bebawak tenangkan diri dulu. So leh skip lunch, nak jaga hati dan perut punya pasal. So lepak dan tido la dulu. Pastu terjaga lam kul 4 lebih centu cakap ngan kemal, kalau minum caramel latte pon sodap ni kan. Pastu siap siap, moh pi Stabak kat Tanah Rata sana. Pastu dah park kete, pos pos la beratur sambil tgk menu kan, pastu cam cakap ngan kemal, eh cam tak mo minum latte la, nak minum air buah la. Gue rasa kemal mesti rasa cam nak tumbok je gue lol. Pastu kuar dari stabak terus pi kedai air buah.

*Fruit Delight namanya*


*disamping jual air buah, mereka juga juai buah buahan segar dan nasik lemak*

Pastu tgk tgk kat situ smua foreigner je yang lepak situ, gamak nya penduduk tempatan tak suka minum air buah la kot ek. Nak kata mahal tu, stabak lagik la mahal. Tak pe janji kita sihat minum air buah buahan. So tgk tgk menu nya, pastu haaa nak dragon fruit campur ngan stroberi la. Gue sukacinta mati sama dragon fruit. Pastu kemal campur kiwi ngan apa ntah. Pastu up lagi scone. kata gergasi, takkan nak minum je, mesti la ada makan makan skalik. Scone nya cam kepayahan nak makan sbb cam tak praktikal, kalau cam kat cameron barat tu, dia dah sesiap potong, so senang la nak sapu jam segala.


*Meja nya cam kayu katil, sama jugak ngan kosinya*

Petang tu jugak kami pi Kea farm duk beli sayur segala. Kekdahnya, ada satu kedai juai sayur je pun bukak kat situ. Pastu gue ngan kemal terjah je la kedai tu, pastu gue tanya la ahso tu, sploh hengget berapa bungkus, ahso tu kata lapan sploh hengget, gue cam apa ke mahal, smalam bukan empat belas bungkus rm10 ke? pastu tau apa ahso tu cakap "aiyo lengchai, u punya mata tarak terang, ni bungkus besar" hoi kongjaq hang na, main tuduh mata gue pula. Tak pe disebabkan kedai ko sorang je bukak taim tu ku hadap, last last tau apa jadik? dia silap timbang Pakchoi, berat dari biasa, pastu dia pi siasat sama pekerja indon nya sapa yang timbang, haa padan muka kan. Berani la ko kurang kan pakchoi aku tu, sumpah aku tak mo beli semua skali. Tapi dia tak kuarkan pon, takut lettew. Dan beli terus blah. Dah la rambut ketaq cam abg nas melodi, kekwat plak kau.

Settle hari kedua.


Bangun pepagi, kemas apa apa patut, cuci segala pinggan mangkuk yang digunakan, susun balik lam kabinet smua. pastu pi pulangkan kunci, dan terus je pi Boh sungai palas, nak jugak ke sana, dah alang alang kat Cameron. Org tak meramai so cam heaven la nak makan dengan selesa. Takde orang pun beratur nak beli makanan smua. Disebabkan tak breakfast lagik, so kita makan roti dengan tamaknya. Dah settle makan smua, beli teh smua, dah boleh balik.

*Egg sandwich, butter cheese ngan roti inkan iblis, semua licin dibedal*



Dari Sg Palas turun ikot simpang pulai, dan masuk highway benti kat hentian Tapah, makan tgh hari, pastu ke Bangsar, hantar sayur segala, pastu ke PD pula. Penat hoi, cam bawak lori simen rasanya.
Maka berakhirlah cuti ekspress ke Cameron Highland ini. Hingga kita bertemu lagik di rancangan akan datang. bai bai bai bai

Farid kata: Buat entri sekali harung lagik leceh rupanya dari buat bahagian demi bahagian, ceh

Monday, April 13, 2015

Sekali Harung punya hal

Dagh seminggu lebih tak update, skarang kasik cerita. Cerita mana mana yang ado gambo la ek, yang takde kalu, lupakan sahaja. 

*Feeling makan kat kedai*

Beberapa minggu yang lepas, adik smangat nak masak lamb chop pakai periuk ajaib katanya. So dia dah beli sesiap kambing nya yang siap merinet, pastu campak je lam kuali ajaib tu. Pastu tadaaaa dah jadi, kira cam berjaya dan sedap, so next taim buleh bikin lagik.

*Semua say "cendollllllllllllll"*

Ini cerita last week, pi Quill, dah lama tak luncheon ngan sopiah ngan kak tin, so keluar. Tak tau nak makan apakah, pastu makan je kat kedai cendol, kak tin membelanjain, tapi mahal cendol nya, tiga cendol, rojak buah, mee kari ngan laksa dah nak dekat rm50, sib baik kak tin kaya, aura aura tokey kedai kek dah mai. so sangat bernasib baik. Apa apa pun makasih kak tin sbb belanja dan makasih sopiah kerana memandu kami ke sana dan pulang dengan selamat.

*last time pi dah abis, tapi ini kali pegi ada, so grab je tanpa berlengah*

Weekend sterusnya, pepagi alam pi Ikea, yer pagi, kemal mai pikap gue kat bangsar seawal mungkin, makan bekpes, pastu terus pi ikea, sampai sana pun ikea tak bukak lagik. Kekdahnya nak cepat sbb pastu memasing nak balik kampung halaman. Cari apa? kemal carik lampu dinding ngan cermin toiletnya, gue beli lemari tecit ngan rasuk katil, bukan katil yang telah di rasuk, tapi tulang bahagian tgh katil ituew, last taim beli katil, tulang rasuk nya dah kehabisan, pastu baru ni ada masa nak pi beli, so beli. So dah settle smua nya terus zas zis zus pulang ke kampungan.

*Sampai kesudah mencari tray tu tak jumpa regenya, cis*


Dah settle pi ikea, sampai pd makan makan pastu adik dah ajak pi Tesco la plak, beli barangan meniaga nya piula. So zass la seround ke Sremban pula. Pastu pepusing kat luar nak cari pokok bunga tuk kuboq arwah mama, pastu terpandang la plak rumput tipu ni, pastu kemal tgh mencari rumput untuk di letakkan kat balkoni atas rumahnya, so suh la apek tu kira kira berapa. Pastu dah jumpa pokok yang diidamkan, suh dia pindahkan lam pasu pastu bayaq dan zas balik.

Sekian melaporkan.

Farid kata: Semua benda nak cerita kat FB, iolls tak faham la uolls ni camna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis