Monday, July 27, 2015

Happy Birthday Pazirah

Aiyo dah masuk bulan Julai baru hegeh hegeh nak update harijadi Fazirah, harijadinya 26 jun, maunya dia maki nanti nih, Sorry dik, along bekerjaya sebagai pemasang Gundam, tak banyak masa nak menaip. Ok skang nak buat shout out tuk adik kesayangan gue ini. 

So takde plak nak buat potong potong kek ke apa dulu, so kami pi berbuka puasa di Casa delrio, sama ngan cik matno ngan umi sahaja. 


*muka photostat*

Selamat hari jadi dik, moga ko dilimpahkan rezeki dan dipanjang kan umur dan di berikan jodoh yang terbaik (gila kau tak risau, adik pompuan sorang je, wajib wajib la gue interbiu calon adik ipaq bebetul). Semoga ko cepat dipertemukan jodoh. Adik lelaki gue dah berkeluarga, jadi tinggai kami dua je yang bujang, ni je la geng gue merayap kemana mana.

Farid kata: Dedua adik gue menyambut harijadi di bulan Jun.

Friday, July 24, 2015

Menggundam sambil mendoodle

Dah lama tak cerita pasal Gundam, sbb sudahnya jadik malas, bila siap pasang nak kene amek gambo piula. Dan skang ada hobi baru, duk mendoodle, belajar je kat youtube, pastu gegila beli pen berbagai jenis. Tapi pen mmg memainkan peranan penting yer, kalau ko tarah pakai ballpen je, mesti rupa cam keharom, nak lukis cupcake jadi tong sampah. So sila beli pen yang elok, dan kertas jua memainkan peranan. Gue ini kan baru nak belajar kan, jadi asal dapat kertas kosong, gue tarah je la, pastu kertas nya cam nak mengkoyak, terus cam $%^$#$#@!$#, so kalau ada bajet belilah drawing pad yang cun. Tp gue lebih suka lukis atas post it note, sbb kecik dan tak yah pepening nak pikir apa nak lukis kat drawing pad besar besar tu. Kalau tak menjadik pun, takde la rasa bersalah nak kotak buang.
sila ikuti gambarajah berikut: (Gambar adalah bercampow baur tak mengikut turutan, harap maklum)

*warna nya pakei Sharpie Fabric, sbb kalau pakai hai lighter, result cam keharom*

*Infinte justice Gundam, kit ni adalah susah didapati*

*Mencuba buat filling bulat bulat putus putus*

*Pen Micron tu adalah terbaik, takat ni gue hanya jumpa kat kinokuniya*

*HGBF Lightning Gundam, berserta backpack yang dijual berasingan, takat ni, ni kit paling gue paling suka (total harga kit RM92.00)*

*HGBF Try Burning Gundam, yang di suai padan dengan kaki dan lengan dari Lightning Gundam*

*Geng Backpack, dari kiri Perfect Strike Gundam, Freedom Gundam (kit ni ketinggian nya pendek dari kit lain, kehapa hapa ntah, Build Strike Gundam dan Infinite Justice Gundam*

*senget benget jadinya*

*Ntah mana mana note pad di rembatnya*

*Bawak Post it kemana sahaja*

*stelah di pengaruhi maya sepiah, kami beramai ramai order air kesihatan*





Ok dah tu je, next week gue coti coti malaysia, kot kalau rajin cam beaver, gue update mana mana mampu hokey. Sampai berjumpa di lain episod baibai

Farid kata: Tak sobar nak coti

Thursday, July 23, 2015

Selamat berhari royo


Haaa slamat hari royo uolls! hegeh hegeh baru nak update. Dah kemalasan, pastu banyak agenda pula. Raya tahun ni sama je takde apa beza ngan tahun tahun lepas. Pagi raya kat PD pastu pi umah mokcik kat kl, pas maghrib baru balik PD, pastu raya kedua pi raya klang, raya ketiga pi raya umah kemal, raya keempat keje lah kita. 

Berjimat cermat cuti sbb pas raya banyak perancangan nya. Korang punya raya camna? sonot? Mari ikuti gambarajah dibawah (sbb dah tak tau nak taip apa):



Kekdahnya seminggu smeblum raya, pi bazar, tapi bukan di PD, pi bazar kat Paroi sana, yer jauh, tapi ok je, kata nak menghabiskan masa. Pastu jenjalan terjumpa Riri tapi tak amek gambo bersama ia plak, umahnya kat paroi sana. Selamat hari raya Riri oi

*macam kempulan gangsterism*


*kat umah mak kemal, dari kiri is, ana, shila mambu ngan adik, gue takde sbb sibuk makan rembutan kat luar*

Itu je lah cerita ceriti hari raya gue yang ditulis sepantas kilat halilintar. Disini, gue menghulurkan sepuluh jari tangan bkn jari kaki (bayangkan secara virtual) ingin memohon ampun dan maaf, jika ada tersalah taip, typo ke, atau keterhanjengan secara tidak sengaja ke dan berbagai kesalahan lain. Moga diampunkan. Dan kalau ada open haus silalah jemput kekeke

Farid kata: Hilang seni menulis, ceh

Thursday, July 9, 2015

Hari Muzium katanya

Assalammualaikum, yer lamo gilo tak update. Lepas normayah sopiah kata "eh nyah ko dah lama tak update blog" terus gigil gigil ketakutan. Ok ni cerita mmg berjaman punya, dari sbelum puasa kekdahnya. Disuatu hari pada hujung minggu, gue, kemal, adik ngan linda berhasrat ke melaka. Kemal beria ia naw nak ke muzium muzium kat mlaka ni. So lets je la.




Dan kebetulan hari berkenaan adalah hari muzium sedunia. Dan paling best segala mala muzium kemasukkan adalah free. So masuk saja la. Hari adalah panas nak pengsan. Tapi sib baik bukan hari puasa.


Sila ikuti gambarajah berikut:


Muzium ni macam istana lama, so macam macam ada lam ni. Semua berkaitan dengan sejarah kesultanan melayu melaka. Kira kalau nak menambah pengetahuan sesuai la ke sini. Org tak meramai so boleh la jalan dengan selesa.  Pastu ada la few muzium lain disekitar tu, tapi dah ketutupan lah pula, so tinggai muzium istana ni je yang bukak.


*Bayangkan memalam smua patung bergerak gerak*

*Sudahnya gambar kelabu asap*

*Ada satu hari tu, gue balik keje naik lrt, bila sampai umah ada pen tersangkut kat bag, gue takde pen centu. So misteri la ni*

*Kekdahnya sbelum nak sambut puasa, kemal ajak makan nandos, so ke nusentral lah kita*

Farid kata: Dah lama tak naip tetiba rasa cam hilang arah piula
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis