Thursday, November 2, 2017

Campur campur

Sorotan cerita beberapa minggu lama. 

sesapa suka egg tart pi lah beli kat Baker Cottage, ikot tekak gue ini, egg tart dia adalah sedap dan harga adalah berpatutan. Sila lah coba


Adik dengan casing talipon nya, nampak cantek tapi kalau taruk atas meja dia cam ada bonggol plak kat blakang nya itu, remember beauty is pain. tetiba

Pastu kekdahnya pi mitsui, kemal nak beli wallet coach katanya, tapi mitsui takde coach. Pastu gua nak pi beli sneakers, end up terbeli bag pack plak. Yer nixon takde backpack murah dah, dulu dulu leh dapat around RM200, skang kene labur rm300 tuk bag pack yang dimahukan. pastu dah beli baru terperasan, lagi kecik dari gue punya previous bagpack, ceh

Pastu dah la bag nixon naik harga, labur lagi beli wallet plak, so wallet dah cenonit jadi boleh buang smua kad yang tak berguna lam wallet lama mostly membership kad ntah hapa hapa. Kad kedit smua save dalam fon, guna samsung wave saja begitu juga kad atm, tinggai bawak medical kad ngan ic ngan lesen saja. senang kan?

punya lah lama nak ingat mana datang gambar nasik lemak ni, rupanya baru tingat kak bal blanja makan kat pinang masak masa bekpes itu hari, begitu kehidupan seorang blogger tua kebana, ingatan tak berapa nak kuat, nk buat notes pun malas.

Itu hari rancang nak pi kedai aquarium kononnya ngan adik ngan kemal, skali sampai kilang uolls! Sentap la kan, dah la berangan angan nak beli memacam, ujung ujung kilang plak. capai mic nyanyi lagu erra bertajuk pasrah, nyanyi depan kilang disaksikan oleh banglas

Dah kecewa dengan kilang aquarium yang dicanang canangkan itu, moh la makan satey lagi best. masa ni adalah panas cam kehapa. Tgh tgh feeling makan satey skali smua orang kat kedai menjerit, gue ingat ada kejadian ragut ke, rompakan berpasukan ke, rerupanya biawak masok kedai uolls. Adoi


Ok dah tu je rangkuman tuk kali ini. sehingga kita bertemu lagi dalam rancangan ketuk ketuk biawak, di masa hadapan, ok bye.

Farid kata: sedap oi satey perut

Wednesday, November 1, 2017

Jalan jalan tgk ikan ikanan

Haa berjumpa lagi dalam rancangan jalan jalan hujung minggu, last weekend punyalah takde benda nak buat kat umah, maka pi tgk ikan kat klcc je la. Memula cam pikir mahal pula tiket nya, tapi kemal kata ala pi je la. ok maka pi je la.

demi saja menyambut haloween katanya

Harga tiket adalah rm49 dewasa tuk pemegang mykad, kanak kanak lam rm39 kut. Mahal kan? nowadays masuk segala benda camni mmg mahal, tgk saja tiket masuk zoo negara. Bersamaan blanja dapur seminggu. But still, setahun skali kene la pi melawat memandang gue ini pecinta haiwan haiwanan, eh tapi ujung ujung kemal yang blanja tiket masok lol.

Rasa nak picit kang termati plak minatang ni

So nk cerita detail cam panjang sangat sangat, jadi kita kasi ringkasan berita saja. Dalam ni for sure la ikan ikan dan ada juga memerang dua tiga ekoq ngan ulaq. Yang lain smua ikan sesaja. Kalau bawak bebudak sronok la kut, sbb gue yang tua kebana ni pun seronok cam sugar rush.

ala ala konsep aquascape diguna pakai

bayangkan dia masok ikot hidong korang

sejenis ikan ke belut ke tak berapa pasti, tapi cam creepy je

sejenis ikan laut juga, senang gila bagi penerangan lolol

berperangai seperti kebudak budakkan

Pastu kat tgh tgh perjalanan mengharungi segala jenis ikan, lalu la kat this iconic tunnel, fuhh masa ni baru rasa berbaloi bayaq tiket. Amatlah meng-amazingkan. Kalau uolls pernah susah payah scuba mahupun snorkeling, uolls akan menghargai terowong ini. Sbb tak yah berhempas pulas nk pi scuba tp dah dapat tgk dalam air. Dengan jerung segala smua ada, ikan pari besar pon ada, trus tringat asam pedas pari, oh sedap itu.

ada travelator dlm trowong smart untuk pemalas seperti gue ini


bayangkan bangun tido bukak tingkap mengadap camni, pastu tukar sluar pendek lalu berenang dengan penyu plak

So bila dah abis tu cam biasa la melalui kedai cenderamata nya pula bagai. Kalau bawak anak anak sila la gigih mengharunginya, and satu lagi banyak benar tmpt kene amek gambar. Ala tmpt like org situ amek gambar lalu print out muka uolls, dan dijual pada harga tak masok akal tu. Gue ngan kemal skip everything, malas la pula nk pos pos ujung ujung ko abaikan je tanpa membeli.

So konklusi nya disini, for those yang tak pernah pi melawat Aquaria ni silalah berbuat demikian, sbb ramai kengkawan saya sudah melawatinya kecoli saya yang slalu tetinggal ketapi. Yer la dengan kehidupan selebriti yang bizi ni manakan ada masa nak mlawat tmpt tmpt menarik di kotaraya ini kan?

ok bye

Farid kata: Korek tabung nak pi river safari singapore plak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis