Wednesday, January 19, 2011

Katakan Tidak!

Tajuk adalah seperti kempen anti merokok, tapi aku adalah sesekali tidak akan berkempen kerana aku adalah perokok tegar dan bukan senang nak berhenti sewenang wenangnya. Kali ini aku ingin mengwar warkan pada korang korang ada few things yang aku paling paling paling tidak gemar dan kalau boleh tak tgk langsung. Benda benda ni smua akan mendatang kerengsaan <- ada ke ayat camtu? balon, janji korang faham maksud yang cuba disampai disini.




 1. Nenas atau pineapple, satu satunya buah yang paling paling aku tak suka. Rasa nya pelik, pastu rupanya tak cantik, tajam dan boleh melukakan jari yang mulus. Bila makan ada harapan lidah kau akan terasa seperti dicucuk cucuk. So apa apa yang berkaitan dengan nenas aku adalah menghindar kannya. Kalau makan tart nenas, sanggup aku korek dan buang jem nenas nya. Dan nenas juga tak elok utk peranakan, Farid, ko boleh beranak ke pun?! !@#$%%



2. Belon atau Balloon, korang jangan gelak ek, sbb aku mmg takut ngan belon. Bukan apa, kalau ianya melethop, bunyi yang dihasilkan ada seperti org menembak. Bising dan ada kemungkinan mengundang rasa kemelatahan yang melampau. So kalau ada pertandingan tiup belon, pasti aku takkan menyertainya, baik aku lari dalam guni atau bawak bola ping pong lam sudu.





3. Cicak umah atau nama omputih korang cari sendiri- Nak taip pun aku dah rasa geleman. Yer aku mmg geli tahap dewa dengan cicak. Inilah satu satunya makhluk yang selalu menyusahkan aku jika ke bilik air. Sanggup tunda waktu untuk bersiraman jika cicak yang bangang ini bertandang lalu pose mcm amber cia dalam jamban. Badannya yang lembik pastu ekor leh putus putus then dah putus pon boleh bergerak lagi eeuuiiiii geli oiiii.




4. Habuk- last but not least adalah habuk. Boleh membuatkan proses bersin berlarutan hingga mengeluarkan air mata seperti org kesedihan akibat kematian suami tercinta. Most of the habuk didalam rumah adalah dari sel sel kulit mati. tetiba rasa cam ular plak boleh salin salin kulit. Jika katil yang lama tak digunakan, aku akan bersiusah payah untuk membuat sesuatu lalu membuka jendela untuk menghalau habuk habuk ini.

Pesanan khas: Lepas ini aku buat list "orang yang aku benci" pula yer muhahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis