Friday, December 9, 2011

Kijang Treasure Hunt 2011 makan malam jumpa hantu

Stelah bernaik hantu di bilik akibat blek out, gua mempersiapkan perut untuk makan malam, knowing TH mempunyai dinner dan makanan yang enak enak. Tema pada tahun ini adalah Ghost Party. Kami sekumpulan tidak lah mempersiapkan diri sebagai hantu, tak jadi hantu pun org dah takut.

Amek port baek punya kat luar, senang nak merokok, ada berbagai makanan, basically based on bbq, daging lembu, kambing, sotong, udang. Gua amek agak agak yang boleh sumbat perut sahaja. Tak baik membazir, berdosa
*atas kepala otak gua tu adalah bulan, bukan cahaya hati*
Settle menyental dan menyedut beberapa batang rokok, bergerak lah kami beramai ramai ketingkat atas, ok tempat ni mmg sempit dan cramp.

Kami duduk semeja dgn team zerul, ikin, kama kama haa dan azmi, grup ini dikenali sbg flyover, tak gempaq la nama kumpulan lu orang. 

Ada la beberapa persembahan bagai, tapi gua lebih fokus pada jawapan, dan gua tahu pasti ramai bakal menghanjeng management sbb kompom jawapan meraban raban. Walhal salah diri sendiri sbb tak berapa bijak. Start hari ini kita minum susu dumex dengan harapan tahun depan kita jadi lagi bijak.

*ikin bersama kak limah kuasa empat*
*bok, ko buat buat mata cam pehal?*

*walaupun gua sibuk makan, gua tetap menghantar khabar berita, "yiu jangan risau, ai tak gatal gatal" puiii*

Hampir jam dua belas, baru lah selesai segalanya. Pakat pakat ramai ramai lepak minum lagi syiok. Walhal baru lepas makan tu. Tapi okay juga kerana mau keluar membeli ubat gigi, empat empat ketul bawak berus gigi tapi tak de ubat gigi. Sadis. Cocoi blanjer kami makan aiskrim, walaupun hujan lebat, fedulik hapa.

*melayan kama kama haa dan azmi membebel*

Dah berpenat lelah keluar, balik bilik, ekon plak takde. Gua capai talipon lalu membuat panggilan pada penjaga kaunter mereport takdak ekon. Gigih  brader technician tu datang pukul 2am betul kan ekon dan padahal tak dapat repair jua hingga ke akhirnya, nasib baiklah ada kipas. Azmi dan Kama kama haa datang lelepak kat bilik, Bilik korang ada ekon, tapi pi bilik takdak ekon, apa daa. Ujung ujung dedua tidur bilik kami. Kama kama haa atas sofa, azmi atas lantai, sadis lu mi, bank bayar bilik ratusan ringgit malaysia, lu tido atas lantai, ishk rugi woo

*ini bukan mengaji iqra', tapi fokus main game kat ipad*

*bok, ko kene kepialu ke hapa, pakai baju sejuk, walau panas berdengkang*

*Prof Madya Cho-Choi*

Farid kata: Gembira sungguh upload gambar ke blog di rumah, 27 keping dalam sekelip mata

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis