Tuesday, December 27, 2011

Yang terbaik 2011


11 eye candy telah di pilih oleh Venusbuzz untuk mengakhiri tahun ini. Pelakon kanak kanak lelaki zaman dahulu memenuhi carta pada tahun ini. People magazine telah memilih Bradly Cooper sebagai yang terbaik untuk 2011, tetapi Venusbuzz melilih sebalik nya. 

11. Jim Sturgess
Berpenampilan menarik dan pandai menyanyi? sudah semestinya Jim Sturgess, terkenal dengan watak Jude dalam filem muzikal yang diinspirasi dari kumpulan Beatles, "Across the Universe", dengan gaya selekeh , rambut kusut masai dan tipikal "Brit artist", menambahkan tarikan pada penampilannya.

Pada tahun ini Jim kembali ke layar perak dalam filem "One Day" disamping Anne Hathaway. Jim juga akan muncul dengan 3 lagi filem hebat untuk tahun hadapan.



10. Jake Gyllenhaal

Tampil dengan "all american look" cukup untuk membuatkan Jake Gyllenhaal meraih populariti di kalangan wanita. Memulakan lakonan sejak berumur 10thn, gaya "clean cut look" ditambah di dalam portfolio beliau. 

Bergandingan dengan mendiang Heath Ledger dalam Brokeback Mountain, dan menerima pencalonan Oscar untuk filem tersebut, cukup untuk meletakkan Jake dalam A-lister pelakon Hollywood. Reese Whiterspoon dan Taylor Swift tersenarai dalam senarai bekas kekasih beliau. “I think it’s important for every man to find the right woman and every woman to find the right man,” ujar beliau dalam majalah GQ.

9. Nicholas Hoult
Sedekad yang lalu, beliau muncul dalam filem "About a Boy". Membesar sebagai remaja dengan rupa paras terurus, Nicholas membintangi BAFTA winning series "Skin". Pesona Brit-nya datang dalam pelat Inggerisnya dan kulit yang pucat. Siapa kata kita perlukan Edward Cullen?

Dalam tahun 2011, beliau sekali lagi mengejut penonton dengan lakonan beliau sebagai Beast dalam "X-Men: First Class". Tom Ford telah memilih Nicholas untuk filem sulung beliau "A Single Man".


8. Joel McHale
Lelaki tidak perlu untuk kelihatan kacak untuk mendapatkan teman wanita. Segala yang diperlukan adalah menjadi sihat. Joe McHale, sangat bertuah kerana mempunyai kedua dua nya. 

Wajahnya meyerupai Ryan Seacrest. Joe memulakan karier nya sbg stand up comedian. Dari situ, Hollywood membuka ruang untuknya membintangi "The Soup". 


7. Matthew Lewis
Bukan hanya Harry Potter membesar didalam filem berkenaan, tidak ketinggalan watak Naville Longbottom yang dilakonkan oleh Matthew Lewis. Watak Neville berkembang dalam filem berkenaan dari seorang kanak kanak penakut kepada pemuda yang berpenampilan menarik. 

Dengan jambang dan badan yang menarik, ketepikan Zac Effron, kita nantikan penampilan Matthew didalam TV siri "Syndicate"


6. Chris Evans
Terima kasih pada filem yang dibintanginya, Chris boleh berbangga dengan abs yang dimiliki. Mencuri tumpuan dengan sekual filem Fantastic Four pertama, Chris terus membintangi filem superhero Captain America, dimana transformasi fizikalnya jelas kelihatan. 

Beliau merupakan tarikan tipikal amerika. Pada tahun hadapan beliau akan bergandingan bersama Chris Hemsworth and Robert Downey Jr! dalam filem The Avengers dan sekali lagi akan membawakan watak Captain America. 



5. Harry Shum, Jr.
Beliau adalah jejaka american-chinese yang pandai menari dan menarik perhatian wanita. Dilahirkan di Puerto Rico, Harry boleh berbahasa latin dan cina. Beliau pernah muncul dalam persembahan Beyonce, Mariah Carey dan Jessica Simpson. 

Memegang watak Mike Chang dalam siri hit Glee, Harry mula mengukir nama di kalangan peminat siri televisyen terkenal. Sejak itu Harry mula mendapat perhatian dan pernah muncul dalam fotoshoot flamboyant majalah GQ. 


4. Joseph Gordon-Levitt

Masih ingat lagi dengan kanak kanak "Androgmous alien" dalam 3rd Rock from the sun? Ia adalah permulaan perjalanan karier Joseph Gordon Levitt. Bermata kecil menambahkan lagi tarikan pada bintang muda ini. 

Selepas diyakinkan oleh penghidap canser Lindsay Miller, Joseph bersetuju untuk muncul dalam filem home made video bertajuk "50/50", mengisahkan tentang penghidap kanser yang berjaya melawan barahnya.

Tahun hadapan beliau akan muncul dalam filem arahan Steven Spielberg, membawakan watak anak kepada Abraham Lincoln.



3. Chris Hemsworth
Pada yang sudah menonton filem superhero "Thor", adegan yang menyayat hati apabila Thor tidak dapat mengambil tukulnya dari seketul batu. Liam adalah pilihan yang tepat untuk membawakan watak tersebut dengan tubuhnya yang sasa.

Aktor kelahiran Australia ini sudah bersedia dengan dua filem hebat untuk tahun hadapan, "The Avengers" dan "Thor 2". Beliau juga telah mengahwini Elsa Pataky.


2. Michael Fassbender
Pelakon berdarah Inggeris dalam proses menjadi "Hollywood Darling" adalah Michael Fassbender. Beliau berjaya menukarkan watak yang di benci kepada disukai dalam X Men: First Class sebagai Magneto. Kemudian beliau bertukar kepada penagih sex didalam filem "Shame" yang di calon dalam Golden Globe.

Dengan penampilan kurang rapi dan bertubuh sasa, beliau sedia menakluk dunia lakonan Hollywood.


1. Ryan Gosling
Kerjaya hiburan nya bermula dengan Mickey Mouse Club. Lakonan beliau dalam "The Believer" dikritik hebat. Watak tersebut melayakkan beliau meraih anugerah Sundance. Untuk tahun ini, lakanonnya dalam "Crazy, Stupid, Love" membuatkan aktor didalam filem tersebut, Steve Carell melambangkan Ryan sebagai "eye candy".

Dengan bakat lakonan dan rupa parasnya yang sering menjadi bualan, Ryan telah dipilih sebagai eye candy 2011, dan dia juga seorang pemain gitar bass!

Farid kata: cita cita saya adalah untuk menjadi seorang columnist!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis