Friday, December 23, 2011

Segmen Mari Menonton: Mission Impossible- Ghost Protocol


Dalam assignment di Budapest, agen Trevor Hannaway di arahkan untuk mencuri barang yang bakal dihantar oleh seorang agen bernama Cobalt, tapi malangnya Trevor telah di bunuh oleh pembunuh upahan wanita bernama Sabine Moreau. Ketua misi itu yakni Jane Carter adalah juga kekasih pada Trevor juga dibantu oleh Benji (seorang penganalisis yang dipromot oleh Ethan Hunt untuk ke assignment lapangan). 

Stelah Jane dan Benji berjaya mengeluarkan Ethan Hunt (Tom Criuse) dari penjara di Moscow, mereka bertiga mempunyai misi baru yakni ke Kremlin untuk mendapatkan data tentang Cobalt, tapi malangnya pihak Russia berjaya mengesan misi itu dimana Cobalt sendiri datang mendapat fail beliau. Lalu terkantoi lah Ethan dan Benji yang menyamar sebagai Jendral tentera Russia.

Cobalt sempat memasang bom lalu memusnah kan sebahagian Kremlin lalu pihak Russia mengihsytiharkan perang keatas US. Pihak US lalu mengaktifkan Ghost Protocol, dimana IMF akan ditutup. Ethan dan pasukannya disalahkan menjadi penyebab serangan di Kremlin. Jika salah seorang dari pasukan Ethan tertangkap, mereka bakal dilabel sebagai pengganas. Ethan sempat bertemu dengan Secretary IMF dan penganalisa maklumat William Brandt. Tapi malangnya Encik sekretari mati di bunuh dalam serangan hendap. Brandt dan Ethan sempat melarikan diri. 

Sedikit info William Brandt, beliau adalah penganalisa maklumat yang dahulunya seorang ejen lapangan. Tapi malangnya beliau gagal dalam misi melindungi sepasang suami isteri di Croatia. Si suami keluar berjoging, dan si isteri mati dibunuh oleh sebuah pihak. Brandt sangat menyesal diatas kegagalan itu. Dan lebih mengejutkan sepasang suami isteri yang dilindungi itu adalah Ethan Hunt dan isterinya. Dan isteri Ethan sbenarnya tak mati, sangat hindustan.

Pembunuh upahan, Sabine sudah mempunyai data yang boleh mengaktivate senjata nuklear Russia manakala orang kanan Hendrick (Cobalt) iaitu Winstrom sudah bersedia untuk membeli kod tersebut). Pembelian ini di buat di Burj Khalifa, Dubai. Maka Pasukan Ethan ke sana lah untuk merampas semula kod tersebut sebelum jatuh ke tangan Winstrom.

Maka berlaku lah beberapa adegan panjat hotel yang tertinggi didunia itu, dan agen Jane dapat jugak membunuh Sabine yang pernah membunuh kekasih hati Jane yakni Agen Trevor. Tapi malangnya, operasi mereka merampas kod tersebut gagal. Dan ujung ujung Winstrom itu adalah Coblat yang memakai topeng.

Secara mejisnya Ethan dapat maklumat dimana Cobalt membeli satelit terpakai di Mumbai. Maka ke Mumbai lah Ethan dan pasukannya pula yang membawa misi untuk meretrive kod yang bakal membatalkan pelancaran senjata nuklear pihak Russia.

Disini muncullah si Anil Kapoor membawa watak jutawan india. Ada adegan goda menggoda lah bagai untuk mendapat kod penyahaktifan bom nuklear itu, dan Ethan bergusti dengan cobalt untuk merebut beg yang berisi kod tersebut.

Adakah Ethan dan pasukan nya berjaya mematahkan misi Cobalt? Adakah penonton bakal membakar panggung jika Ethan tewas? sama sama kita saksikan.

Farid kata: Cerita gini kene tgk ngan kusyuk, missed satu scene, tak paham la sampai sudah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis