Wednesday, August 8, 2012

Belum raya lagi ke?


Eh belum raya lagi ke? Ini gambar pra-raya. Gua tengah test songkok raya. Gua tak suka pakai songkok kerana ia akan membuat kan rambut menjadi gatal lalu rimas. Tapi sebagai melayu sejati, kenalah juga bersongkok.

Beberapa minggu lepas, gua, kemal, adik ngan kimi sudah beramai ramai berbuka di Port Dickson Golf Club. Dulu kala adik adalah membuat praktikal disini, jadi dia tau selok belok golf club ini. Masa kami membeli buffet Ramadhan ini berharga Rm25 sekepala, but now mahal sikit je. Ini adalah kali kedua ramadhan kami berbuka disini.

Memula gua dari rumah ngan Kemal, lalu ke reosrt pula menjemput adik dan seterusnya ke pasir panjang sana amek kimi pula, ya la gua diharuk sepanjang jalan kerna memandu seupama pakcik pakcik yakni selow bukan main kepalang. Tapi ekceli tak de la slow sangat pun, dorang tu aja yang tak menyabar nak buka puasa.

Hasil dari pemanduan gua, ngam ngam sampai di tempat letak kereta, azan sudah berkumandang, maka bertempiaran lah kami lari seperti di kejar suster ngesot. Makanan yang dihidangkan ada so so sahaja. Janji kenyang sudah. Selesai memakan makan, lalu kami kami ini smua ke Melaka Raya pula *macamkan melaka raya tu letak nya sebelah je golf club ini, bukan yer tuan puan. 

Disebabkan dah kekenyangan, dan Kemal pula di serang flu, makanya kami jalan jalan basuh mata sahaja. Orang ramai super duper ramai, sesak macam nak saie kat mekah. Dah penat jalan sambil minum air botol, maka berlalu lah pulang. Ok tu je. 


Farid kata: Dah banyak terpadam, Tinggal saki baki sahaja lagi dalam fikirian. Insyaallah akan hilanglah sepenuhnya dari benak ini. alhamdulillah. 

Published with Blogger-droid v2.0.6

4 comments:

Mya said...

kau drive kereta memang pokcik2 sgt.
lembsssssssssss...

farikh said...

berhati hati amalan mulia

kamalhashim said...

menarik tuh

farikh said...

yup :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis