Whoa tetiba cam mengejut segmen WOTW kembalik, walaupun dah lama dilupai. Kali ni Kemal semangat nak berkongsi ilmu tentang tips pembelian rumah pertama. Makasih pada beliau kerana sudi menulis. Sila ikuti penulisan beliau. silakan membaca..
Membeli rumah pertama.
Ok, seriously ini pengalaman saya membuat
penulisan untuk blog sungguhpun saya sendiri tidaklah bijak mana pun untuk
membloging. Tapi oleh kerana inggin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin boleh
menjadi besar manfaatnya, maka saya cubalah olahkan sedikit sebanyak tentang
bagaimana membeli rumah pertama (kedua or ketiga pun boleh jugak wokeh) tanpa
deposit….plus dapat pulak duit extra bila rumah dah siap nanti..(hehe suke lah
teww kannn)…baiklah, ceritanya begini (sambil pandang keatas)…
First:
Anda hendaklah berjalan Jalan / bersiar
mencari rumah idaman anda ataupun anda boleh mencari rumah itew melalui
internet.. orang kampong kata survey / usha dulu. Dah berkenan barulah contact
seller or developer. anda boleh guna http://www.propwall.my
or http://www.propertyguru.com.my/
untuk mencari rumah baru mahupun rumah sub sale (makne nyer anda beli dgn
pembeli asal..bukan direct dari developer..giteww)..sekarang bila dah jumpa,
boleh lah anda menglistkan beberapa buah rumah sebagai option (list ajer tau,
bukan beli semua…mak tak ajar ilmu tuh lagi..ngee)
Second:
Ok, kekononnya sekarang anda sudah pun
jumpa rumah idamanlah sgt tuh (contoh dari propwall / sendayan, Seremban)
Anda hendaklah menghubungi sales office
syarikat developer itew dan membuat janji temu (bukan dating ngan awek yer..ini
citer pasal rumah) untuk melihat plan rumah dan mengetahui lokasi office
mereka. Sekurang kurangnya, anda bukanlah beli rumah dari org bunian mahupun
developer pembonggak (pentipu maksudnyer …gitewkann)..
Pastikan rumah idaman anda ada;
1. Sekolah (swasta or goment pun okay
jer..yg penting anak anak uols gi sekolah sudahh).
2. Akses Jalan raya or senang nak exit
highway (senang nak lari tgh malam..wahh motip)
3. Ada kemudahan komersial ala ala rumah
kedai ker, pasaraya ker..midvalley tak lah yer..
Third:
Baca lagi, jgn menguap. Sabar, kemuncaknya
akan sampai . Sekarang adalah masa rundingan jual beli rumah antara anda dan
developer. Disini kita perlu sedikit kebijaksaan (so make sure sel sel otak
uols dah bergabung yer).
No.1 Pastikan developer offer percuma
S&P (sale and purchased agreement dengan lawyer, diorang yg tanggung).
No2. Apply loan perumahan daripada panel bank
yg dilantik oleh developer (tak semua projek perumahan bank akan bagi
pinjaman..insan terpilih jer yg dapat uols).
No3. Pastikan harga jualan itu tinggi.
Yaaa, betul tuh, tinggi. Sebab? Ikuti bahasa matamatik seperti di bawah ini:
Situasi
A (yg tak best).
- Booking Fee : RM500 (bayar sewaktu anda
booking rumah)
- Harga Jualan asal : RM 320,000.00
- Loan bank hanya approved maksimum 90%
(RM288,000.)
- Ini bermakna, anda perlu tambah lagi 10%
lagi (RM32,000).
Situasi
B (yg best).
- Booking Fee : RM500 (byr sewaktu anda
booking rumah)
- Harga jualan dinaikkan kepada : RM375,000
- Loan bank approved 90% (RM 337,500)*
Oleh itu;
Harga Jualan Dinaikkan – Harga Jualan Asal
RM375,000 – RM320,000 = RM17,500*--->
lebihan wang tunai, masuk poket anda.
*tidak termasuk kos insuran rumah
Forth:
Baiklah, sekarang setelah anda dan
developer menandatangi surat perjanjian jual beli, anda bolehlah memohon
pinjaman bank. Sekiranya, permohanan anda Berjaya maka bank akan keluarkan
‘Offer Letter’ kepada anda. Ingat!, jangan buang pulak surat tuh yer…sebab
dengan surat itu kita boleh mengeluarkan semua baki simpanan KWSP Akaun 2 bagi
tujuan pembelian rumah ini:
Semua wang itu, akan masuk kedalam akaun
anda J kachingg.
Sekian
Akmal
KL
farid kata: haa apa lagi, tips dah dapat, esok pi beli umah *matik la beli umah cam beli baju
2 comments:
Kemal dah boleh apply keje part time sebagai consultant
consultant perumahan kekdahnya hehe
Post a Comment