Christina Perri- A Thousand Years
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
Christina Perri- A Thousand Years.mp3
Monday, November 28, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Monday, November 21, 2011
Kemaruk yang pelik pelik
"Kalau rabun ayam, sila klik kasik besar" |
Gua jarang jarang belek nuffnang ni, tapi bila sesekali belek tu gua terpandang referer atau keyword. "kemaruk kain batik"?! ada sesiapa bisa merungkai misteri apa maksud kemaruk kain batik nih? Sepengetahuan gua, yang ada kemaruk ubat batuk, kemaruk isteri orang atau suami orang. Ni lain macam punya kemaruk, dengan kain batik pun jadi? Dah pelik pelik zaman sekarang ini.
Farid kata: Apa apa sikit smua kasik klik wikipedia
Friday, November 18, 2011
Katy Perry - The One That Got Away
Katy Perry - The One That Got Away
In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
Download:
Wednesday, November 16, 2011
Tuesday, November 8, 2011
Merodah air terjun Niagara
Suatu petang gua terkejar kejar mau pulang, gara gara berkejar kejar mau ke Bangsar Shopping Centre. Sedari opis hujan dah mencurah curah turun, gua bulatkan hati utk meredah sahaja. Eleh basah je pun, paling tidak gua demam je.
Untuk pulang gua ada dua jalan alternatif, satu, ikut jalan Bangsar yakni gua tau gua sangkut kat depan dataran maybank, yer itu sudah dekat dengan rumah gua, tapi kalau dah sangkut mana je nak gerak. Kedua, gua ikut jalan di pusat bandar dan tembus di Bangsar Shopping Centre.
Lalu di Jalan Duta gua adalah seronok meredah air kerana kereta gua tidak bercuci. Sampai di hadapan CIMB, kereta dah mula perlahan, ada juga yang terus berhenti di tepi.
Ala baru air sikit sudah mau berhenti, hujan ketika itu sudah lebat like macam tak hujan setahun. Gua sambung jalan, dan gua perasan gear kereta macam sudah mau mampus, hujung hujung je.
Sampai di pusat bandar mahu mendaki bukit di Bangsar Shopping Cenre, nahhhh amek kau serupa air terjun tertinggi di dunia. Dua biji kereta depan gua sudah tidak yakin lalu berhenti di tepian gantang.
Gua tgk ada teksi sudah melepasi air terjun upama sungai yang deras nak mati. Berlalu pula sebijik Tuscon, seksa benar gua tgk nak mendaki, berbekalkan hati yang tabah dan nekad, gua terus folo belakang tuscon itu dengan harapan, air yang bakal di redah berkurangan setelah diredah terlebih dahulu oleh tuscon itu.
Taktik menjadi, dan mulut gua terkumat kamit "jangan la mati, jangan la mati" kalau mati mmg nahas sbb tgh tgh air menderas, dan bukan air sahaja. Sungai palsu berkenaan membawa kayu kayan juga segala sampah sarap.
Alhamdulillah gua dengan jayanya berhempas pulas mengharungi sungai palsu itu. Mengigil satu badan bila membayangkan balik. Itulah kejadian paling hazab ketika memandu gua pernah hadapi. Pengajaran, lepas ini jika lu orang berhadapan dengan jalan yang banjir, seeloknya berhenti je di tepian, tak payah mau hero hero sangat redah.
Gua sudah naik gila bergegas ke BSC gara gara mau dapatkan ipad baru. Itu je.
Farid kata: kene spare bot tiub atas kete.

Mcm ni la derasnya air tersebut, bot tu konon konon cam kereta gua la. Tragis

Monday, November 7, 2011
Segmen Mari Menyanyi: Hafiz Feat Adira - Ombak Rindu
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Muat turun sini: Ombak Rindu- Hafiz & Adira.mp3
Farid kata : Bakal ditayangkan pada 1 Dec '11, berbaloi baloi.
Wednesday, November 2, 2011
Peringatan untuk pemandu wanita!
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam
Farid kata: tak bererti golongan lelaki kacak ataupun gagh perkasa upama badang tidak perlu berhati hati.

Subscribe to:
Posts (Atom)