Wednesday, January 4, 2012

Panjat dan Daki!


Seawal 0330 pagi gua dah terkebil kebil bangun. Smata mata untuk menunaikan hajat mendaki Broga demi menguji ketahanan fizikal dan mental lalu mahu memecahkan rekod masa rakan rakan yang sudah mendaki terlebih dahulu. Pada yang tak tahu, Broga terletak di Semennyih, untuk ke sana lu orang masuk je highway LEKAS dan susur keluar ke Semenyih/ Rinching. Then ikut je jalan tu hingga berjumpa Rabbit Park. Kalau tak jumpa juga, silalah pindah dari malaysia lalu bertukar kerakyatan terus kepada rakyat Myanmar.

Tempat letak kereta di kenakan bayaran adalah rm2. Didalam ladang kelapa sawit yang gelap gelita bak kata omputih, "pitch black". Ekspidisi kali ini hanya gua ngan nok sahaja. Gigih. Sesampai di Cheras, lepak sesambil isi minyak dan mengisi perut di Mekdi berhampiran. 


*Ini bukan pemandangan dari dalam pesawat*

Permulaan pendakian adalah pada pukul 0610am. Mendaki je la tak abis abis sehingga tiba dipuncak pertama pada pukul 0630am, hanya doploh menit sahaja yang diperlukan. Tapi gua dengar cam ada yang mendaki sampai 45 minit, lu orang berhenti main congkak ke hapa gamaknya? Gua berhenti amek napas dalam lima saat je, pastu terus sambung jalan, INGAT! jangan berhenti lalu duduk, ini akan menambahkan masa yang dicatatkan.

*lagak hero lu yer*

*meraban sensorang*


*apa barang duduk kat puncak bawah*

*Daki jangan tak daki*




Selepas berlepak sambil menghisap rokok dalam tiga batang, lalu meneguk air mineral, orang awam sudah mula memenuhi puncak berkenaan, kami di puncak yang kedua. Gua tak prosid sampai yang tertinggi kerana memerlukan pendaki memanjat batu sebesar rumah sambil menggunakan tali. Sangat tak relevan, gua gayat.

Setelah mau pulang, gua sudah suspek dari mula jikalau mau turun kelak, konfirm akan menjadi masalah kerana bukit nya yang curam seperti memanjat dinding condong, dah pandai lu naik, pandai la turun. Takkan lu nak panggil bomba datang mai tolong turun?

Nok mendahului, tiba di satu tempat secara mengejut dia terus mengelungsur laju dalam keadaan berlari lalu bergolek dan berguling beberapa round dan seketika kemudian terus bangun, lalu senyum, ok itu memang tak kelakar. tapi nun jauh di bawah sana. Abis tangan jari dan kaki semua berdarah.

Gua terkaku lalu menjadi gerun lalu terus rasa seperti tak mahu turun dan bermalam sahaja dia atas puncak berkenaan, sbb nya gua tinggal sorang di pertengahan jalan. Hah terkebil kebil juga nak menuruni bukit itu tambahan setelah melihatkan nok melakukan lagak ngeri berguling itu. Alhamdulillah gua selamat turun jua.

Pada lu orang yang mahu kesana di saran memastikan badan yang fit dan memakai pakaian yang bersesuaian seperti kasut yang bagus. Psstt nok pakai sandal mahalnya, tapi malangnya di sebabkan sandal itu jua beliau terjerumus ke kancah lurah yang dalam. Dan jangan lupa lampu suluh ya.

Farid kata: Gila nak buat outdoor aktiviti 

2 comments:

faRiD ikHwAn said...

x berkesempatan lagi saya nak kesane walaupon dah lama plan nk ge...

farikh said...

kalau pegi jangan lupa bawa kamera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis