Published with Blogger-droid v2.0.2
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Jalan jalan tengok ikan di melaka sana
Ini cerita Selasa lepas, gua dah sesiap upload gambar tapi lupa nak taip. Ok gua dah tua, dan slalu lupaan. Pada mereka mereka yang tidak tahu, di Dataran Pahlawan sana sudah terdapatnya sebuah pusat lawatan untuk melihat ikan ikanan. Tapi gua dah lupa apa ke namanya, tapi ada something to do with "coral" lebih kurang begitu la.
Harga bayaran adalah rm30 untuk dewasa, ada juga pakej untuk keluarga. Seperti tempat ikan ikanan yang lain yang terdapat di serata Malaysia, pasti la tempat ini mempamerkan ikan, takkan nak letak memerang pula. Ada juga terdapat tempat di mana para pelawat menyentuh binatang binatang seperti tapak sulaiman, siput dan berbagai lagi. Yang pastinya haiwan hiawan ini selamat untuk di sentuh. Gila lu, taruk haiwan berbisa utk di sentuh, ramai yang bakal tekorban pula nanti. Gua adalah kurang berkenan dengan mamat india yang menjadi juru info di dalam ini. Membebel tak tentu hala.
Usai bejalan jalan sampai mengejar ikhwan yang berlari kesana kemari, bergambarlah kita beramai ramai. Harga pakej untuk bergambar ini adalah murah, RM18 untuk empat saiz gambar termasuk satu didatang kan seperti tag untuk bag. Itu hari masa pegi Bukit Merah satu gambar je dah RM25, mahal kut. Pasal Bukit Merah itu nanti aku cerita lain hari.
*Dah tidur baru aman* |
Selesai jalan jalan, singgah makan, dan terus balik ke umah mama, sedia untuk pulang ke KL dan seterusnya memula kerjaya pada keesokkan harinya.
Farid kata: Berbaloi ke masuk bayar sampai rm30? ntah, lu orang try la dulu.
Published with Blogger-droid v2.0.2
Monday, February 27, 2012
Miss A - Touch (4th Project)
Sang-cheoreul jugido
Badgido ije-neun cheongmal shirhda
Keureohke mideo-nneunde
Neowahneun waeh keureon ili eopseul keot kanni
Badgido ije-neun cheongmal shirhda
Keureohke mideo-nneunde
Neowahneun waeh keureon ili eopseul keot kanni
translate
I really hate to bruise or be bruised anymore
I believed so
but why do I think that
it won’t be like that with you
I believed so
but why do I think that
it won’t be like that with you
Download
Jaket Kulit mendominasi musim
Lembut, mewah dan seksi, kulit adalah pilihan setiap pereka. Menjadi alternatif kepada suit tradisional, jaket kulit menjadi perhatian untuk koleksi musim kali ini.
Pilihan material kulit berona coklat menampak kan si pemakai tampil lebih kasual dan elegen disamping menyuntik mood yang sinonim dengan lelaki Itali.
Lambang relaks lelaki Itali, Jaket kulit rona coklat, seluar khakis potongan ringkas dan aksesori disuai padan dengan sempurna.
Releven dengan semua rekaan, hooded, bikers jacket hingga ke blazer formal berbutang satu, pilihan material kulit amat bersesuai. Padankan jaket kulit pilihan anda dengan kemeja T polos, gaya yang tepat untuk berhujung minggu.
Kasut kulit lusuh dan beg bimbit, bantuan supaya gaya hujung minggu anda tidak cramp. :)
Bikers jacket adalah sesuatu yang tidak mungkin dilupakan. Menambahkan gaya yang dicari cari oleh para jejaka, Bikers jacket tergolong dalam "must have" bagi lelaki yang mencari gaya yang lebih maskulin.
Farid kata: Kumpul duit from now on, looking forward for bikers jacket.
Thursday, February 16, 2012
Denim sebagai permulaan
Pada hari ini, denim adalah lebih dari sekadar seluar panjang atau pendek. Malah kemeja, jaket dan kasut telah diolah dengan potongan yang menarik untuk memberi suntikkan baru kepada denim.
Dalam koleksi Dolce & Gabbana SS12, jaket bomber ditampilkan lebih kasual, mudah di padankan dan ditukarkan dari simple bomber jaket kepada high fashion. Lengkapkan gaya anda dengan skarf berkotak juga kaca mata hitam yang bergaya. And you ready to go.
Untukgaya musim luruh, Jaket musim panas di padan kan bersama kemeja kotak berona terang. Padanan tersebut memberi mood ilusi yang membuat si pemakai menjadi tumpuan selain nampak lebih kasual dan kemas.
Kemeja bercorak korak dan denim adalah pasangan yang sinonim. Hanya padan dan suai, anda akan kelihatan menarik. Dari berkotak penuh, berkotak lebar dan berkotak kecil, berbagai gaya boleh di cipta denga kemeja kotak dan denim.
Kemeja T kasual juga tidak ketinggalan menjadi pilihan pada musim ini. Terang, ringkas dan menarik, anda boleh memilih berbagai jenis kemeja T kasual untuk digayakan.
Pilihan denim anda untuk penampilan hujung minggu lebih lengkap dengan sneaker berbagai warna dan potongan. Dari hi cut hingga ke low cut, apa jua jenis sneakers pilihan, ia akan menjadi pasangan yang sesuai untuk denim yang anda gayakan.
Pasti semua para jejaka mempunyai Kemeja kotak, Denim berbagai potongan dan sneakers berbagai warna, jadi mula untuk memadan dan suai.
Good luck!
Farid kata: Gua ada empat checked shirt, tapi smua warna gelap (T_T)
Wednesday, February 15, 2012
Monday, February 13, 2012
Jantungku di Kinabalu part 4
*Kemal tak perasan yang dibelakangnya adalah tertulis pasar kraftangan* |
Masuk hari ketiga, selesai mengcek out kan diri dari Sutera, lalu ke Filipino market lah kami. Lokasinya amatlah berdekatan dengan Sutera Harbour ini. Punyalah kehazaban juga mencari parking, berputar putar lah jua. Pasar ini amatlah digembar gembur oleh pelancong, ada menjual kraftangan seperti mutiara dan juga bendalah lain seperti magnet peti ais dan keychain juga baju bajuan.
*Berlindung di balik tabir menahan dari kepanasan disamping air kotak laici* |
Walaupun lokasi pasar ini di tepian laut, tapi keadaan panas nya amat lah membimbangkan. Sangat sangat menyiksakan. Sebelah pasar filipino ini terdapat pula kedai kedai menjual ikan masin, udang kering dan seangkatan dengan nya, gua hanyalah membeli beberapa helai tshirt untuk mama, adik dan adik iparku juga ikhwan dan butang baju melayu mutiara untuk apak dan adik laki laki gua. Selebihnya beli magnet, ikan masin terubuk juga udang kering dan kuih cincin. Pastikan lu orang meminta harga terendah. Skil bargain membargain amat diperlukan disini. Sib baik kemal pandai membargain, kalau harap gua, gua bayar je berapa penjual sebut.
*Ini bukan kasim selamat yang mau cucuk mata ngan garpu* |
Selesai segala urusan di Filipino Market, ikut perancangan mau terus ke Nexus Karambunai, tapi tetiba berhenti di Suria Sabah, sebuah shopping mall yang agak baru juga lah, jalan punya jalan, skali lalu di hadapan food courtnya dan kemal terperasan ada ruang makan di bahagian luar mengadap, terus lah tanpa berlengah mengorder minuman dan nasi ayam. Suria Sabah ini terletak bersebelahan Jesselton Point. Total 2 nasi ayam dan 2 laici tin adalah rm10.90
Dah selesai memunggah beg, lalu tidur la gua lagi, mesti lu orang kata, "lu melancong ke atau tidur je?" dah penat, tidur je la yang best. Bila bangun, terus capai makanan ringan dan air dan terus ke tepian pantai, cari kosi yang sedap sedap untuk baring, walau panas, ada lah juga sedikit angin. Diserikan dengan mat saleh berbikini di merata segenap pantai.
*Kemal main catur sensorang, abis hebat dah* |
*Welkam drink yakni air ginger yang tak sedap sbb rasa pedas pedas, puii* |
Malam menjelma, mandi mandi terus lah ke Jesselton Point yakni yang bersebelahan Suria Sabah, gua kasik park kereta di sana lalu berjalan lah kaki ke Jesselton sana, ada banyak deretan kedai termasuk Dunkin Donat dan Gloria Jean, tapi kami sepakat memilih Nasi Padang Ibu. Boleh tahan lauknya. Udang, Ayam Kari, Ayam Goreng juga Tempe dan air apple dan sirap laici yang kalernya ungu. Total adalah RM54.
*amek gambar tanpa flash ini lah akibatnya, mcm misteri benar berdiri dalam gelap* |
Ini adalah entri seken terakhir, laju gua update kan? sila puji melambung
Farid kata: Sudah mula merindui KK
Friday, February 10, 2012
Jantungku di Kinabalu part 3
Masih berkisarkan di Magelan Sutera Harbour, petang sedari bangun tidur terus pakai spek kaver mata bengkak, lalu berjalan ke tepi pantai terus ke kolam renang. Bukan untuk berenang, mahupun mengambil gambar dalam kolam seperti menjadi kaver majalah mangga, tapi hanya mengambil angin petang. Mcm org tua bila sebut mahu mengambil angin.
Ok, bilik yang kami duduki ini memang lah bermasalah dari segi penguncian, dari nak bukak sampailah mahu menutupnya, lu orang bayangkan, dah set set pakai baju cantik nak kluar, ujung ujung pintu tak boleh tutup. Dari cantik terus jadi buruk sbb mengamuk pasal pintu.
Setelah berjaya menutup nya dengan teknik yang pelik pelik dan hampir menyepit tangan maka berangkat lah kami ke deretan kedai di tepian laut sana, banyak kedai makan disana tapi gua tak pasti apakah nama spesifiknya, lebih kurang macam waterfront la jua.
Pilih punya pilih, akhirnya duduklah di kedai ikan bakar ini, tapi bukan makan ikan bakar, sebalik nya memesan nasi goreng udang butter dan sotong bakar, yang enak teramat lah sesangat. Terpejam pejam mata punya lah sedap udang butter itu, hidangan ini berharga rm16 tidak termasuk sotong bakar, bak kata brader yang jaga kedai tu "udang banyak bang" satu sangkar ke lu letak udang dalam tu?
*Dua ekor sotong yang telah dibakar lalu mengecik sperti sotong katak, mejik oi* |
*Ada kerabu mangga juga, oh telan liur byk kali* |
"Percuma saja encik" sambil senyum. Kejap ko "bah" kan gua, kejap ko "encik" kan gua pula. Tapi gua tetap senyum kerna minah ni kasik upgrade bilik suit, mau tak meriah hidup ko. Gua terima je. Amek kunci bilik baru, balik bilik lama kemas kemas terus pindah, sedap hidup sekejap.
Thursday, February 9, 2012
6 perkara yang tidak patut di lakukan pada temujanji pertama.
Membuat temujanji pertama upama menguji tahap kepanasan air didalam tub mandi sebelum anda terjun ke dalam nya. Lakukan dengan hati hati. And if its not it will burn you out. "it just a taste" for sure not more then that.
1. Jangan sesekali berkongsi rahsia tentang keluarga dan bekas kekasih anda. Its a big DON'T Seupama anda memberi ceramah politik pada mereka yang tidak mengundi. Strange huh
2. Anda hanya mempunyai sepasang telinga dan satu mulut, jangan gunakan kedua duanya serentak, berbuallah dan kemudian mendengar dan JANGAN sesekali cuba untuk memonopoli perbualan. Anda ingin mengenali dia dan begitu juga dia. Jangan terlalu banyak bercakap dan jangan terlalu kurang bercakap.
3. Be a good sales person, sama seperti menjual barang jangan meluahkan terlalu banyak keburukkan instead of kebaikan anda. Ingat anda cuba mempromosi diri sendiri. Sama seperti saya membeli Motorola Droid Razr, all they said is the big screen, a great software but they didn't tell me bout sometimes ia tersangkut untuk menjawab panggillan. :p
4. Bila bil sampai, please split it. Bila anda cuba untuk membayar keseluruhan nya ia akan menjadi pertama, anda cuba menunjukkan yang anda seorang yang berduit and make him/her looks so pity, dan kedua is a sign that you will conquer hidup him/her. Sounds complicated but its a fact, believe me.
5. Please do not talk, text, twit or do whatever on your phone. The date is about getting know each other. Tidak kisah lah how hot the thread on twit pada masa itu or how bad ur enemy put on his/her facebook status, its totally seems like anda cuba ignore teman temujanji anda, and its really BAD. Just silent your phone, put it in your poket or handbag.
6. Jangan memesan makanan yang terlalu banyak "NO". No chilies, no cheese, light dressing for the salad, tanda tanda seorang yang sangat cerewet, and u just gave the sign without you ever noted.
And if the dates end up with a smile or a kiss, for sure there more bout him/her awaits you. And dont forget the magic word "THANX FOR THE WONDERFUL NITE" its truely work lol.
Good Luck
Farid kata: I do date a lot few years back, so sila ikut arahan diatas haha
1. Jangan sesekali berkongsi rahsia tentang keluarga dan bekas kekasih anda. Its a big DON'T Seupama anda memberi ceramah politik pada mereka yang tidak mengundi. Strange huh
2. Anda hanya mempunyai sepasang telinga dan satu mulut, jangan gunakan kedua duanya serentak, berbuallah dan kemudian mendengar dan JANGAN sesekali cuba untuk memonopoli perbualan. Anda ingin mengenali dia dan begitu juga dia. Jangan terlalu banyak bercakap dan jangan terlalu kurang bercakap.
3. Be a good sales person, sama seperti menjual barang jangan meluahkan terlalu banyak keburukkan instead of kebaikan anda. Ingat anda cuba mempromosi diri sendiri. Sama seperti saya membeli Motorola Droid Razr, all they said is the big screen, a great software but they didn't tell me bout sometimes ia tersangkut untuk menjawab panggillan. :p
4. Bila bil sampai, please split it. Bila anda cuba untuk membayar keseluruhan nya ia akan menjadi pertama, anda cuba menunjukkan yang anda seorang yang berduit and make him/her looks so pity, dan kedua is a sign that you will conquer hidup him/her. Sounds complicated but its a fact, believe me.
5. Please do not talk, text, twit or do whatever on your phone. The date is about getting know each other. Tidak kisah lah how hot the thread on twit pada masa itu or how bad ur enemy put on his/her facebook status, its totally seems like anda cuba ignore teman temujanji anda, and its really BAD. Just silent your phone, put it in your poket or handbag.
6. Jangan memesan makanan yang terlalu banyak "NO". No chilies, no cheese, light dressing for the salad, tanda tanda seorang yang sangat cerewet, and u just gave the sign without you ever noted.
And if the dates end up with a smile or a kiss, for sure there more bout him/her awaits you. And dont forget the magic word "THANX FOR THE WONDERFUL NITE" its truely work lol.
Good Luck
Farid kata: I do date a lot few years back, so sila ikut arahan diatas haha
Jantungku di Kinabalu part 2
*Feel gila makan tepi air* |
Sudah masuk hari keesokkan harinya, Sarapan pagi disediakan, amek port tepi siming pul, feeling bebenar. Sarapan buffet, so makan saja selagi muat masuk perut. Gua amek campur aduk, mananya western, mananya nasik lemak, smua gara gara malas mau bangun banyak kali. dan akhiri dengan cereal semangkuk penuh. Akmal seperti biasa makan juga like never ending punya breakfast.
*Hasil tangkapan dari dalam kereta yang bergerak* |
OK pada permulaannya gua agak keberatan mau pergi ke Kinabalu Park, ye kau, 2 jam memandu dari KK melalui Tamparuli terus ke Ranau, mana maunya. Tapi setelah membayangkan kata kata rezal dan akmal, mana mau taruk muka jikalau rakan rakan bertanya kan "eh lu tak pergi Kaki gunung ka masa di Sabah?" malu oh sungguh malu. Lalu gua gagahkan hati memandu ke sana, enjoy jua perjalanan itu, walaupun berkona kona seperti mau mendaki Cameron Highland dan lori berderet deret.
*gua rasa cam ada bayang suar bunga si kemal kat cermin tu, ishk* |
*Buat buat muka serius sambil mulut cam jungkit satu macam, buruk* |
Setelah dua jam lebh berhempas pulas memulas memandu akhirnya tiba jua, ada bayaran masuk di kenakan, tapi gua dah lupa berapa hinggit. Lalu gua berjumpa sama lokasi penggambaran Hatiku di kinabalu *dik shrek kamu misti suka*, dan gua amatlah yakin disitulah adegan akhir dimana Qistina meminta dia dilepas kan oleh suaminya yang kacak lagi bergaya. Yakin deh lo.
*Post kat depan je sbb gua tak kuasa nak berjalan masuk dalam hutan* |
*Bak kata akmal, ini bukti penting yang menunjukkan kehadiran di Kinabalu park diperakui* |
*Macam tak pernah kut tgk Cadburry fingers ni* |
Pulang dari Kinabalu park itu lalu berpandukan peta di tangan dan kecekapan Akmal membaca peta ke 1 Borneo lah kita. Mau mencari sesuap nasik, tak agak agak mau makan kat shopping mall, ini kerana dalam shopping mall adalah sejuk dingin berbanding diluar yang suhu panas berdengkang. Macam gurun gobi. Ke Kenny Rojes yang dituju.
*dua ketul peha, macam seciput je gua makan, saya takut buncit* |
Sesampai sahaja di hotel, gua telan ubat untuk sekian kalinya, lalu tidur bagi melegakan selsema yang cam lahanat benar tak berhenti dan kesakitan kepala yang neno neno dari pagi.
Farid kata: Asal melancong pasti sakit, bila duduk rumah elok pula sihat. haish mengarut sungguh
Subscribe to:
Posts (Atom)