Monday, February 13, 2012

Jantungku di Kinabalu part 4

*Kemal tak perasan yang dibelakangnya adalah tertulis pasar kraftangan*

Masuk hari ketiga, selesai mengcek out kan diri dari Sutera, lalu ke Filipino market lah kami. Lokasinya amatlah berdekatan dengan Sutera Harbour ini. Punyalah kehazaban juga mencari parking, berputar putar lah jua. Pasar ini amatlah digembar gembur oleh pelancong, ada menjual kraftangan seperti mutiara dan juga bendalah lain seperti magnet peti ais dan keychain juga baju bajuan.

*Berlindung di balik tabir menahan dari kepanasan disamping air kotak laici*
Walaupun lokasi pasar ini di tepian laut, tapi keadaan panas nya amat lah membimbangkan. Sangat sangat menyiksakan. Sebelah pasar filipino ini terdapat pula kedai kedai menjual ikan masin, udang kering dan seangkatan dengan nya, gua hanyalah membeli beberapa helai tshirt untuk mama, adik dan adik iparku juga ikhwan dan butang baju melayu mutiara untuk apak dan adik laki laki gua. Selebihnya beli magnet, ikan masin terubuk juga udang kering dan kuih cincin. Pastikan lu orang meminta harga terendah. Skil bargain membargain amat diperlukan disini. Sib baik kemal pandai membargain, kalau harap gua, gua bayar je berapa  penjual sebut.

*Ini bukan kasim selamat yang mau cucuk mata ngan garpu*
Selesai segala urusan di Filipino Market, ikut perancangan mau terus ke Nexus Karambunai, tapi tetiba berhenti di Suria Sabah, sebuah shopping mall yang agak baru juga lah, jalan punya jalan, skali lalu di hadapan food courtnya dan kemal terperasan ada ruang makan di bahagian luar mengadap, terus lah tanpa berlengah mengorder minuman dan nasi ayam. Suria Sabah ini terletak bersebelahan Jesselton Point. Total 2 nasi ayam dan 2 laici tin adalah rm10.90


Perjalanan diteruskan lagi ke Karambunai yang jauhnya macam tehapa. Mmg jauh gila dari KK. Sesampai je trus park dan cek in. Seperti di Sutera gua amek bilik paling murah yakni Garden View, dan untuk kali kedua, sumandak kaunter itu mengupgradekan  bilik gua menjadi sea view pula, dan yang penting upgrade berkenaan adalah percuma. Rezeki lagilah.

Bilik nya adalah so so sahaja, dan tak de menda sangat di sekelilingnya, kalau lu orang jenis suka shopping shopping, resort ini adalah bukan pilihan bijak.



Dah selesai memunggah beg, lalu tidur la gua lagi, mesti lu orang kata, "lu melancong ke atau tidur je?" dah penat, tidur je la yang best. Bila bangun, terus capai makanan ringan dan air dan terus ke tepian pantai, cari kosi yang sedap sedap untuk baring, walau panas, ada lah juga sedikit angin. Diserikan dengan mat saleh berbikini di merata segenap pantai.



*Kemal main catur sensorang, abis hebat dah*



*Welkam drink yakni air ginger yang tak sedap sbb rasa pedas pedas, puii*
Malam menjelma, mandi mandi terus lah ke Jesselton Point yakni yang bersebelahan Suria Sabah, gua kasik park kereta di sana lalu berjalan lah kaki ke Jesselton sana, ada banyak deretan kedai termasuk Dunkin Donat dan Gloria Jean, tapi kami sepakat memilih Nasi Padang Ibu. Boleh tahan lauknya. Udang, Ayam Kari, Ayam Goreng juga Tempe dan air apple dan sirap laici yang kalernya ungu. Total adalah RM54. 



*amek gambar tanpa flash ini lah akibatnya, mcm misteri benar berdiri dalam gelap*

Ini adalah entri seken terakhir, laju gua update kan? sila puji melambung

Farid kata: Sudah mula merindui KK

2 comments:

mama-syira said...

Sayang betul ko kat hotel kan asik tido je. hahaha...

Rindu kinabalu juge...huhu

farikh said...

bukan slalu dapat tilam empuk berekon kak kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis