Thursday, July 26, 2012

Berbuka puasa di tanah tinggi Cameron, mampu?


Semalam gua ada terbaca iklan di dalam paper pasai kedai ini, yang di beri nama Cameron Valley. Kedai ini sudah pastinya asal dari Cameron dan bukan lah Cameroon. Jadi gua pewit sama Kemal mau pegi sini. Setelah meredah kesesakkan melampau dan menghambur kata kata kesat seperjalanan di sana, maka sampai la di Bangsar Village, tp kedai ini bukan lah di Bangsar Village yer rakan rakan, ianya terletak sebaris dengan Mekdi bangsar, jadinya gua jalan kaki je la menuju ke atas sikit.


Waiter kedai ini, bukan warga tempatan, jadinya jika mau ke sini, bersedia untuk spekang london, tak tau kalu pun tak pe, hanya perlu tunjuk tunjuk je pada menu yang diberi. Gua mengambil set untuk dua org yakni rm60. Ada beberapa course didalamnya. Jadi mai kita lihat apa yang gua pesani, ayuh mari

*Ini adalah teh ais vanilla, kemain menjulang jugnya*

*Ini pula meskot ngan kurma sbg bekalan di hari tua masa berbuka*


*Ini adalah salmon bersama caviar dan caeser salad yang enak lagi berkrim di sukai ramai. Serius salmon tu sedap sekali buk*


*Di atas papan ini pula di hidang samosa, karipap, udang atas roti, pastu pie telur kut dan apa ntah yang kaler coklat atas roti itu, rasanya pedas nak meninggal*


*Salah satu main dish nya adalah spagetti yang udang nya bisa menggatalkan mulut gue ini, rasa miang tak tentu hala*


*Main dish kedua adalah beef steak, yang so so je la, didatang dengan mash dan sayuran sikit*

*ok ini serious, kek ini mmg dah expired, tapi di sebabkan bulan ramadan, tak mo maki maki jadi gue membiarkan ianya terbaring kaku begitu sahaja, jikalau makan mau sakit perut lalu jatuh sakit lalu cuti sakit lalu kene marah ngan bos sbb tak mai kerja, jadi elakkan perkara begini berlaku*
Farid kata: Di akhir penceritaan saya tak sarankan anda anda semua ke kedai ini, kerana kualiti makananan nya agak pelik, ya mungkin kurang tepat dengan tekak gue ini ya. Selamat mencuba. *berlalu sambil hayun punggoq
Published with Blogger-droid v2.0.6

4 comments:

emak. bukan penari tiang said...

hayuunnnn! kahh! aku rasa macam lapar plak tengok walau hang cakap tak sedap.

farikh said...

mmg betoi tak sedap langsung, tp sbb puasa, smua nmpk enak

mama-syira said...

lorr baru plan nak peg rupanya tak recommended *konon*

farikh said...

betul kak, tak sedap langsung, better jangan pegi. matik la ada yang kene saman nanti ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis