Thursday, October 30, 2014

Melawat kawasan selama tiga hari

Ok, ini kali cuti tiga hari, tapi bikin entri sekali harung lah ek. Nanti bikin berpart part ujung ujung terdampar sepi jew, cerita separuh jalan, penonton bakar panggung pula. Tetiba mukadimah centu. Ok itu hari gue sekelorga bercadangan ke utara sana. Apak gue mau ketemuan sama sepupu nya di Kedah sana. So amek cuti dan berangkatlah kami. Oh di sebabkan kata apak gue, sepupunya di Jitra, maka gue decide tidoq ja la kat Loq staq. Sbb tanya kak tin, katanya dalam doploh minit ke sengah jam je buleh sampai Jitra. So senang.

PERINGATAN: Gambar tak ikut turutan, ntah kehapa ntah jadi ceni

*Kalau ikot hati nak borong smua jersi dalam kedai ni, tapi apakan daya*

So bila dah sampai maka cek in hotel segala pada petang hari tu. Pas maghrib, gerak gerak khas la nak pi Jitra katanya ni. Gue cakap sama apak gue, tipon la sepupunya untuk mintak arah tunjuk, kang dah kuar tol Jitra takde la tercengang cengang sesat bagai. Ujung cerita rupanya sepupunya kat Sungai Petani. Mampu? celah mana datangnya Jitra tu? lu tanya lah apak gue. lol tapi okay je since loq staq kat tgh tgh, nak ke Jitra atau pun ke Sg petani sama je jauhnya, so okay je.Dah sampai umah sepupu apak gue, makan makan borak borak. moh la balik dah kul 11mlm kekdahnya.

Bangun esok pepagi, adik dah berkicau nak ke Bukit kayu hitam lah pula. Moh la kita yer. Takde la pulak rasa jauh bebenar ke apa. Cuma, yang plan plan nak pi The Zone, feeling sebelum boarder la, skali bila dah merayau rayau tak jumpa, mula lah pusing kepala. Rerupanya The Zone nya kene lepas boarder dulu kekdahnyaaaaaa.  Tapi usah khuatir, tak memerlukan passport ke hapa pon, just cakap kat kaunter kastam tu, nak pi The Zone, pastu tunjuk IC, pastu teruih masuk ja. Senang. Dah reronda, pastu beli la jersi bola, coklat bagai, teruih gerak balik.

*Nasik dalam sampan, payah kau nak makan, manakan nak kopek udang bagai*

Cadangan adalah tidoq di Taiping malam seterusnya, kekdahnya apak gue dah nak sangat makan mee udang katanya. So lets je la. Hotel ke apa smua tak booked pon. Redah kasik pecah saja. Sampai Tepen teruih ke mak jah, telan mee udang, pastu dari mak jah teruih ke Flemington pula. Sib baik la ada bilik kosong, amek dua bilik siap connecting room bagai.

*Apa saja lah dua beranak ni duk bincang*

So bila malam menjelma, dah tak tau nak pi mana, skali teringat dah alang alang dekat dengan zoo tepen ni, apa kata pi ja la nite safari, dan bernasib baik sbb nite safari mmg beroperasi tetiap malam, so hepi. Pas maghrib sesiap, terus tunggu dopan pintu zoo. Punyalah semangat kan. reronda dalam tu naik tram, pastu kluar teruih cari kedai makan. Ini kali kedua gue ke nite safari zoo tepen dan kali keempat ke zoo tepen itself. Gue kan duta binatangan semalaysia.

*Jersi yang dibeli, lalu digantung feeling konon konon cam beli kat shoping complex*

*Skybar Flemington hotel, kekdahnya baru pas hujan, so nyaman je rasa*

*kekdahnya kekonon nak cekik rimau tu*

*Warga emas rm10 hengget jew, sbb ada potongan 50%*

*Gigih turun tram sensorang berlari lari nak selpi ngan zirapah*

So keesokkan paginya, kemas lah bag segala mala, turun bekpes sat. Pastu naik bilik pi amek beg lalu bercek out lah kita. Cuti ini adalah dalam keadaan bersantai, mana rasa nak benti, kita benti, kita cek in hotel, kita tido. Sonang cerita. 


*Gambar ini dirakam nk menunjukkan betapa cantek nya bukit bukau ituew*

*Memperagakan jersi yang dibeli lalu tersenyum kerang*

*akak jual bermacam jenih sup di RTC kat perok sana*

Begitulah cerita berjalan jalan di utara dalam keadaan ekspress dan pantas. Oh apak gue dah tak mo memandu plak skang ni. Duk pos pos ratu kebaya kat seat blakang siap selimut tido kroh kroh. wahai Farid manzora memandu lah engkau dengan sepenuh hati, cuma masa nak balik dah tak larat, kesakitan bahu, so benti lah di Tapah, lalu tukar drebar pula, adik plak bawak, tiga jam sampai PD terus, mampu?

Ok dah bai bai

Farid kata: Update cecepat cerita ni, minggu depan nak cerita benda lain plak. Chiao

Aktibiti senggang di hujung minggu

Hey hey hey, farid pemalas lipas dah kembali. Tetiba kembali hari khamis. Slalu bikin entri baru hari senin, ini kerna senin hingga ke rabu, gue bercoti. ronda ronda utara tanah air katanya. Korang tunggu je la minggu depan tak pun, dua minggu lagik baru gue cerita. Apa apa pong baca dulu cerita last week.

*Dah makan kacang, dah minum air, dah isap merokok tapi kete tetap lah tak sudah sudah cucian nya*

Hari sabtu pi cuci kete. Kekdahnya dah femalas nak pikio pasal kete. Dan selalu apak gue je bawak pi cuci. Nampak sangat la kemalasan dah makin menebal dalam sanubari. Eh tapi nak story pasal kedai cuci kete ni baguih dok ada. Dia cuci cam teliti. Bersih dan takde la air meleleh leleh bagai. Tak cincai ke apa. Dan murah! 9 hengget je luar dalam. Nowadays kan dah 12 hengget pastu cuci cam hanjeng. Kedai ni dijamin cuma cuma, kena banyak bersabar sbb kalau dah teliti mencuci nya, satu kete akan ambil masa sikit la. Tapi dah alang alang menunggu, biar puas hati kan. *matik la cerewet tak tentu hala.

*Rambut gue sepertinya suster ngensot sebab tak dipotong lagik*

Smentara menunggu siap dicuci, adik plak sibuk nak pi jom heboh kat melaka nun, nak beli susu memeurah plak katanya. Yer gue turutkan. Smua lah pi, kemal, shila ngan ana pon hekot. Kata nya pon jom heboh kan, for sure buat tetengah padang yang panas cam kehapa. org meramai bagai. Gambo tak amek sbb dah tak kosa, duk tgh fokus nak beli apa. Dah penat meredah lautan umat di dalam panas mentari tu, ujung ujung takde kau gerai susu tu. Boleh? tak pe la dik, ko beli je la 100plus, ko anggap je tu susu bergas.


Dah puas hati berpanas panas menggelap kan kulit, moh makan yer, dalam pala otak takde pikir apa lagik dah, duk ingatkan asam pedas sesaja. So ke asam pedas Kak Mona lah kita. Licin ku bedal. Lapar benar kekdahnya.


Cut short punya story, *ayat nak selamatkan diri, hari ahad petang pi melawat umah kemal yang dalam pembinaan, pastu ke Myrail coffee ke apa ntah namanya, gue slalu je ke sini sbb kalau jemaat pas keje, singgah sini dulu makan, pastu baru sambung perjalanan balik pd. Tapi kali ni takde la makan beberat, katanya pon minum petang je. So amek popia ngan nugget serta fries sudeh. beborak duk pikir cat apa la, perabot apa la bagai, pastu balik.

*Rambut leper bilamana selesai dipotong, lantak sana*

Ok pasnih buleh sambung cerita pi jenjalan melawat kawasan jajahan pula.

Farid kata: Menaip dalam keadaan sakit perut panggilan alam adalah membuatkan anda menaip dengan lajunya.

Friday, October 24, 2014

Versi Digital lawan versi fizikal

Assalammualaikum, haa bertemu lagik, dah ujung ujung minggu, baru tingat ada gambo dah upload tapi tak ditaip lagik. Walaupun takde cerita apa sangat. tapi nak taip jugak. lalalala

Trend skang naik bajak tepi pantai, tunggang kuda dah biasa sangat. Abaikan macha tu, gue tak kenal.


Hari apa ntah aritu tetiba datang hantu nak tgk katalog ikea, bukan apa, perancangan tu pentingkan. Sib baik man baik hati kasik dedua katalog ikea tuk thn ni ngan thn depan, seronok bukan kepalang. Belek la tgk kaler dinding la, katil la, sopa loren la. Pastu siap tanda tanda mana yang berkenan, pastu kendian baru buat saringan akhir, mana yang bebetul berkenan nanti terus beli. Oh teh botoi tu norin nor bagi. Gamaknya dalam botoi kaca tak banyak isi nya, banding botoi plastik yang dijuai di mydin.

*Macam kuno gila letak stationeries dalam tupperware centu*


*Lawa betul tiles dia, kalau la jamban kat umah ceni, tido lam jamban pun boleh*

Haa pada yang tak dapat katalog ikea tu, jangan gusar jangan khuatir, boleh je donlod thru appstore atau pon google play. Kira bagus juga katalog online, kita tak yah semak semak nak kendong buku buku katalog tu kan, Tp kalau ada fizikalnya, leh cenconteng lah.

Ok dah tu je nak bebel. bye

Farid kata: Minggu dopan coti panjang, nak berkhatan, yahoo

Tuesday, October 21, 2014

Doraemon bersama gengnya dan kotak rokok yang tehapa


Dari seminggu satu entri dah jadik dua tiga minggu satu entri je, makin lama makin kelaut. Ok tapi update lah jugak mana mampu yo. Berikut adalah sorotan beberapa minggu yang lepas kekdahnya.

*apa motip ntah doraemon tunjuk montot*

Tak ingat hari apa ntah, pi viva home, jenjalan, pastu ada jualan doraemon pula. Pusing pusing, macam macam ada dalam tu, gue saspek ni mesti jualan yang sama masa pameran doraemon tak lama dulu. Pastu nok gemok sibuk la duk promo keychain doraemon ngan geng nya, yer la yer la, gue beli jua, skaliamek sampai lima, konon nak mengkomplitkan set katanya, ujung ujung gue sedekahkan smua. Sekian.


*Hot cokelat tersedap di alam semesta*

Hari minggu berikutnya pi jalan ke Palm Mall ngan adik ngan kemal, kononnya nak beli bag. Nak menggantikan bag yang daif lalu kemiskinan itu, skali tak jumpa la plak. Tak pe, ronda lagik, keluar masuk kedai tatap la tak jumpa juga. So abaikan itu, moh pi makan. Koling koling apak gue, dia kata dia mai semban tunggu kat Wind Mill semban 2, hujan adalah melebat tika ini. Pumpang order, makan makan terus balik umah. Ater esoknya nak keje, kene la tidoq awai. 

*Tu nampak tu tangan norin nor tgh meraba bagel nya, pervert sangat*

Minggu seterusnya, tetiba rasa nak makan bagel cheese, terus gegoda norin nor, ajak pi Damas, akhirnya beliau stuju la jua, seri juga faz cardiff juga ikot. Takkan nak makan bagel smata pula, mana kan nak memuaskan tuntutan nafsu resaksa ni, order lagik salmon salad, konon sangat, walhal nak makan salmon je, yang salad salad nya norin nor makan. 

*ujung ujung tinggal kotak belah dalam, jahanam betul*

Penutup kisah adalah cerita kotak rokok yang canggih sangat. Gamaknya 7E bawah umah gue tu takde juai winston, so beli je la rokok lain, skali tu kotak nya tercanggih bebenar la plak, so cam beruk la nak bukak nya, skali salah bukak, nah ternganga sudahnya. Pastu seken taim beli baru tau cemana cara yang sebenar nak membukak nya. Buat kotak rokok yang bersifat normal tak buleh ke? ni cecanggih benar sampai susah nak bukak lalu rokok masuk angin. *jangan kata suh benti mokok pulak, tampar kang. huh

Thursday, October 9, 2014

Beneren deh lo

Siapa yang tak kenal dengan HTC? Most of their phone semua hebat hebat belaka. Ikut perancangan HTC akan berkolaborasi dengan Nexus untuk pengeluaran tablet pula dimasa akan datang. Dan untuk hari ini, julung julung kalinya HTC melancar kan bukan talipon tapi camera yang di panggil RE CAMERA. kira kira kamera ni boleh la sync dengan enpon lalu mengambil gambar dengan riang ria. Dan mungkin juga konsepnya macam Go Pro. 

But still then, beneren deh lo HTC? Mungkin la nak cari kelainan sbb dalam market sekarang mana ada gajet cenggini kan? Dalam forbes ada cerita mengenai kepayahan HTC dalam mengejar market sekarang. Dan ada pulak yang predict HTC akan bergabung meletus dengan Huawei since Huawei pun agak terdengkot dengkot nak masuk ke dalam US market. Siapa yang beli siapa tak lah pula diketahui.

*memacam kaler ada*

*Sekali imbas Re camera ni macam inhaler ek?*

Farid kata: Tak semua gajet sesuai dengan kehidupan sehari hari. Jadilah pembeli yang bijak

Wednesday, October 8, 2014

hellogoodbye


Pada sapa sapa yang ada saluran astro pelangi kat umah tu pasti tau cerita ni. Dah tgk? best ke idok? haaa bagi gue ini, pasti lah best, nama pun tuan punya karya (Tittien Wattimena), adalah org yang sama terbabit dengan cerita Tentang Dia. Ok meh nak cerita sikit pasal cerita ni.

Cerita indonesia ini berlatarbelakangkan kota Busan. Mengisahkan sorang pompuan yang bernama Indah (lakonan Atiqah Hasiholan). Indah ni kerja nya di kedutaan Indon di Busan tu. Kerja nya cam bosan, cam takde kerja pun ada jugak. Kalau ada isteri pegawai ke, org kenamaan indon ke mai Busan, dia lah jadi tukang guide merangkap tukang hangkut barang tatkala mereka mereka ini berbelanja. 

So satu hari bos Indah sudah feewit sama Indah nak ke pelabuhan. Katanya nak pi mengambil rakyat indon yang bekerja dengan kapal. Mamat ni kene serangan jantung, maka gamaknya pelabuhan yang dekat adalah Busan, so dorang tala kat Busan la. Mamat ni namanya Abi (Lakonan Rio Dewanto). Maka bermula lah episod untuk Indah menguruskan si pesakit ini.

Yer as ekspekted, Abi ni adalah kekwat. Duk la amukkan, tak mo makan ubat la, tak mo itu tak mo ini. Kira ada beberapa adegan Indah sudah naik hantu juga. Hari hari harus di hadap nya di samping tu, kene juga cari detail Abi ni, manakan nak kontek keluarga Abi di Indon sana (Abi dah takde parents, tinggal adik pompuan dia saja), mana kan nak hadap Abi yang memacam kerenah ni. Ada satu ketika, Abi pi tolak Indah. It was like apa ni mengasari wanita. Not good. 

Ada satu ketika tu pula, kekdah nya nak sambut tahun baru, maka Indah ni ikut je la geng kantornya nak nyambut, elok elok nak countdown tetiba dapat call, Abi sudah tenat pula. Bergegas la minah ni balik ke spital. Yer la dalam benci benci tu, ada lah juga fefeeling cintan cintun. Ajer gila jejaka kacak depan  ko kan. Yang Abi plak, wanita jelita jaga ko hari hari, gaduh mmg gaduh gak, tapi ada la suka sikit sikit. Kira cam kalau indah tak mai, dia duk tanya mana Indah? mana Indah?.

So bilanya Abi dah sembuh sikit, dokter pon kata, nanti dah boleh pulang lalu sambung rawatan di Indon, maka sedih la dedua orang ini. Nak berpisah gamaknya. Haa satu lagi, indah ni keje nya kat umah buat patung. Dia buat la satu patung kelasi ni, fefeeling tu Abi la, pastu ada satu patung pompuan dia bagi pada Abi. Abi pun tido taruk patung tu kat lengan fefeeling konon Indah tidoq kat lengan dia. Fantasi sangat ko ni Abi. 

Abi ni ada masalah jantung. So dia cam tingin benar nak merokok. Cam kekdah la dah la sakit paru paru bagai, pastu nak mokok pula. Jadi Indah bagi je dia rokok, tapi tak menyala. Haaa feeling la ko situ hisap rokok. Abi layan je, janji dapat pegang rokok. Kemaruk betul.

So bila Indah dah dapat kan tiket Abi pulang ke Indon, dia pun cam nak hantar Abi pi airport. Tapi Abi kata, singgah pelabuhan di mana dia mula mula sampai, sbb Indah ada kata, hidupnya bermula di pelabuhan bilamana dia mula jumpa Abi di situ. Abi suruh Indah ke tepi pelabuhan tu, lalu Abi pun menghilang. Centu la pulak, gamak tak mo sesedih la kut. 

So takkan cinta tergantung gitew je? Mau bakar panggung nih, Sila saksikan kesudahannya. Kot bertemu kembali ke? ko Indah jadi anak dara tua kematu dilambung angan angan ke? atau Abi jadi tauke menjual rokok paling berjaya ke? 

Sila muat turun ost nya, bagus banget

Muat turun: Eru feat Atiqah Hasiholan - Black Glasses.mp3

Farikd kata: Gue adalah suke cerita bergenre begini. Tapi tatap tak leh lawan Tentang Dia yang gue tonton doploh empat kali.

Tuesday, October 7, 2014

Berminggu minggu punya rangkuman

Assalammualaikum, tetiba cam amnesia tak ingat yang ada blog. *alasan maha hebat nih. Ye blogger apps ni cam tak berfungsi dalam android. Tetiba nak salahakan android plak. Walhal diri sendiri dah kemalasan.

*Bandung tiga layer tu rasanya tak pakai air, dia boh sirap ngan susu pastu campak ais, mak datuk pekat likat rasanya*

Cerita pertama, itu hari pi amek shila mambu balik keje, kekdahnya adik tak leh kuar meninggalkan kantornya, so abang abang ni la yang pi pungut shila mambu. *gue ngan kemal. Pastu singgah la minum, sesambil tu nak makan pisang cis katanya. Slalu makan tapau je, ini kali kebetulan tgh hari jemaat tu gue hapday, so terus balik pd. Ada la masa awai leh makan pisang cis. Sedap nya lahai. Gamaknya makan kat situ lebih feel kot dari ditapau.

*Fefeeling kat cameron ada stoberi bagai*

*Memula nak sentap, amni dapat angry bird berlampu, bajet bajet pak long tak kasik beli pedang berlampu, tapi pak long takdo la kojam, beli la jugak pedang berlampu siap bunyi ziong zeng ziong zeng untuk kwan*

Pastu minggu lepas, pi bawak anak anak buah pi tgk tatoo askar kat batu 4 sana. Ada adik, kemal, shila ngan ana, Gigih kendong amni yang berat tu, sib baik kwan dah jalan sendiri tak meleceh nak kendong. Tak tunggu sampai abis pon, gamaknya kemain lama nak settle, kejap buat aksi ngeri, pastu menari seround, pastu sambung balik aksi ngeri. So kita pulang je la, lagian anak anak buah kesayangan hamba dah ngadu kelaparan, pak long jua begitu.

*Macam sedey je gundam lima ketoi lam tu*

Pastu ada satu hari tu , balik umah satu lagi, baru tingat nak nyusun gundam gundam. Rasa kan cam dah beli banyak je, tapi bila susun ada lima ketul je pun. ceh feeling lebih. Tak pe gue berazam nak beli banyak banyak, pastu pening nak pasang dan seterusnya amukkan pada sendiri.


*Lori tu tgh parking yer, jangan ingat Is nak kene langgar dengan lori tu pulak*

Ni cerita last few week jua, kemal nak pi makan burger fleming, yang burger lam lori tu. Ada adik, kemal, shila, ana ngan is. So beramai ramai la kita pi makan burger lori tersebut. Tak boleh nak amek gambar, keadaan kelam kelam gua kelam, yer walaupun pakai flash, hasil gambar tetap cam hanjen. So amek gambar muka jew.

*Tiga ketol makan sampai rm41, jadahnya kemain mahal burger king nih?!*

Dua hari lepas, pi amek adik kat airport, gamak nya baru balik dari cambodia. Drive sensorang sib baik tak jammed hebat, so kluar highway klia, kebetulan adik kol, kata baru je kuar dari gate, so sedang molek la gue nak sampai, memula ingat tak mo park, nak pikap terus blah je, tapi di sebabkan nak terkencing la sangat sangat *gila terdesak, so park juga, lari pi toilet, pastu berjumpaan dengan adik kat depan burger king lalu melahap je la kat situ.

Ok dah tu je.

Farid kata: Berpeluh peluh nak mengingatkan cerita cerita lama. maklumlah tahap IQ tak berapa nak cemerlang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis