Monday, December 22, 2014

Diari seorang ticer


*Cikgu ann ngan cikgu song*

Last weekend punya lah sangap duduk umah, tak tau nak buat apa. Pastu duk putar putar chanel astro, skali terbaca teacher's diary. Cerita thailand. Ok lah set taim, jom tengok *walaupun sensorang diri, tak yah nak jom sangat. Pastu memula cam apa ke cerita ni pasal cikgu mengajar sesaja je ke? misti boring la. Pastu makin lama tgk makin best la plak. Sikit sinopsis tentang cerita TD ini.

Mengisah dua orang cikgu yang pada mulanya tak kenal sesama sendiri pon. Bermula kisah Cikgu Ann, yang dibuang dari sekolah ia mengajar hanya kerana dia ada tatu bintang kat tangan. Jadi pengetua amek keputusan campak Cikgu Ann kat skolah bot, yang terletak kat kawasan pedalaman. Muridnya hanya ada tujuh ketol je. So berangkatlah cikgu dengan kawannya cikgu gigi ke skolah berkenaan, kira dorang ni tido, makan, mengajar smua kat skola bot tu. Anak anak murid pun mai duduk tido bagai selama seminggu, pastu baru balik umah.

Memula dedua cam okay je la hadap. Ada satu hari tu, cikgu gigi nak gosok gigi, duk la ngadap tangki air dalam skola bot tu, pastu bila bukak pili takde air, cikgu ann mai tolong la ketuk ketuk kot ada sangkut ke apa. pastu cikgu gigi, tibai korek lobang paip tu, skali kuar katak kau, menjerit cam orang gila. klimaks nya, bilamana cikgu gigi nak kencing sangat, dia lari lari masuk jamban, pastu cangkung nak kench, skali pas kench dia tgk lam lubang jamban tu, skali ada mayat kauuuuu dalam lubang tu, kira bawah skola bot tu la, menjerit bagai nak gila untuk kali kedua. Pastu bebudak smua dah ketakutan, sudahnya cikgu ann duk berenang, pi ikat mayat tu bawak kuar, sbb nak hilangkan ketakutan bebudak tu. Berani la hai sungguh. Sementara tu cikgu gigi sudah tak tahan lalu nak balik dan dan tu gak.

Bermula lah episod cikgu ann tinggai sensorang kat situ. ditemani bebudak je. Sesambil mengajar, sesambil tu la jugak dia ada problem dengan boipren nya yang asyik la mendesak suh pi ngajar kat town balik. Sesambil tu cikgu ann ada la tulis diari, smua apa yang dia rasa dia kasik tulis dalam tu. Setelah setahun dia mengajar lalu dia stuju nak balik jugak ke town sbb boipren nya nak ajak kawen, so bepergian lah cikgu ann. Lalu tempat cikgu ann digantikan dengan Cikgu Song. Cikgu song ni adalah bukan cikgu pon, dia adalah terdesak ganti je, pengetua amek dia lalu campakkan kat skola bot itu. Tapi masa cikgu song ngajar, ada 5 orang murid je yang tinggai. Masa memula cikgu song sampai ke skola tu, dia terjumpa diari cikgu ann, Lalu dibacanya helai demi helai, lalu dia rasa cam apa yang dialami masa tu sama ngan apa yang dialami cikgu ann masa memula mengajar kat skola tu.

Bila dah asyik baca diari cikgu ann tu, dia cam dah terjatuh hati pula ngan cikgu ann, lalu dia pun kembali ke skola town, jumpa pengetua nak tanya mana pegi cikgu ann, tapi pengetua kata cikgu ann dah nak kawen lah pula. Kecewa lah hati Cikgu song, lalu dia balik ke skola bot, dicapainya diari tu lalu dicampakkan dalam api, tapi klam kabut dia amek balik sbb ntah kenapa. Sian kat diari tu, sbb pernah skali masa ribut, abis jahanam skola tu, diari tu pun dah tenggelam lam air, lalu cikgu song berenang menyelam nak selamatkan diari tu helai demi helai lalu mencantumkan smua kembali. Pastu bila dah sampai muka akhir, cikgu song plak sambung tulis, owh di samping itu, cikgu song telah mengalami konflik ngan gelpren nya pula, gelpren nya ada yentan lain. So patah lah hati beliau.

Banyak lah pengalaman yang dilalui cikgu song. Pastu bila taim exam ujung tahun, pengetua kata keputusan bebudak ni teruk merundum, so cikgu song akan mengundurkan diri. kebetulan Cikgu Ann berazam nak kembali ke skola tu sbb boiprennya dah bermain kayu tiga lalu mengandungkan anak orang. Patah lah hati cikgu ann, sekembali ke skola tu dia terjumpa balik diari nya, yang dia pasan, sudah disambung tulis oleh cikgu song. So dia pun cam tingin bebenar rasanya nak jumpa cikgu song.

Berjaya ke cikgu ann berjumpa cikgu song? adakah mereka akan bercinta? adakah mereka akan berkahwin lalu beranak pinak? kene saksikan. Tapi cerita ni mmg betul betul berbaloi untuk ditontoni.

 *Cikgu ann merenung masa depan nya*


*cikgu song membawak anak anak muridnya nak pi amek exam* 

*cikgu song naik hantu, sbb bebeudak ni pi mandi manda tanpa mintak kebenaran, cikgu song lupa yang bebudak ni lahir lahir mmg dah duduk atas air, nak dirotan nya sorang sorang* 

*Bukan takat mengajar, memasak jua cikgu song buat* 

*Tiang pengukur tinggi, bila dia baca nama cikgu ann kat tiang tu, cikgu song jadik gegedik miang, ini kelakar gila* 

*tengah bersedih mengenangkan cikgu ann nak kawen, dan dia tak dapat jumpa jumpa lagik cikgu ann* 

*Ini lah rupa skola bot tu.*

Farid kata: Banyak nilai nilai murni dalam cerita ni boleh dipelajari.

Wednesday, December 17, 2014

Mari menyambut hari ketuaan

Salamelekum smua, haa ni nak cerita pasai sambutan hari tue. 15 dec yang lopeh gue telah memasuki gua tempurung umoq 32. Iyer tua sudah. Pastu adik prempuan kesayangan gue telah pompangpompang nak pi makan makan. Di phewitnya abang dan kakak iparnya juga ajak pi makan. 

*Tersenyum simpul pakistan ni, ko nyer besday ke pun? jangan cuba nak overshadow ai hahahaha*

Ekceli makan makan ni adalah 14hb, belum masuk tarik harijadi pon, tapi pulun je la, dah masa tu je ada masa free. So bertempat di PD golf club, bermakan makan lah kitew. Menu cam biasa je pun, menu makan malam. Oh jemputan nya adalah, kami adik beradik bersama tokmok ngan kemal, yang ada auntie- auntie dan atuk tu adalah kawan apak gue. Malu ai nak tiup lilin depan orang ramai.

*Apalah nini duk pikir tu*


*Berkabus kabus gambarnya*


*Sampai ke tukang masak bagai smua bergambar*

*Kad dari dorin yang jahat*

*Jam dari kemal, ekceli shila mambu pun kasik hadiah jam gak, apakah farid manjola ni seorang yang tidak menepati masa?  lol*

*Diakhiri dengan wajah anak buah kesayangan baru lepas makan eskrem*

Dialog dalam kete bersama kwan:

Paklong: Lepas makan eskrem tu, jangan lap kat kusyen yer kwan
Kwan: Nak kene cuci ke paklong?
Paklong: aa ah kang cuci
Kwan: Dalam kete paklong ada sinki tak?
*Paklong rasa nak pitam

Jadinya, pada yang ucapkan di fb la, insta la, gue ini merakamkan album sulung jutaan terima kasih. Begitu juga pada yang beri kad, belanja makan, beli kan hadiah. Terima kasih banyak banyak. Sekian wassalam.

Farid kata: Jangan ada tanya bila nak kawen, pukui kang.

Wednesday, December 10, 2014

Ciken Tortila ala kadar yang sihat dan menjimatkan

*Cerek dan periuk nasik tak diperlukan dalam ini drama, itu sekadar prop sahaja*

Ok mari mula masak tortila ciken ala kadar, Bahan bahan memula kita perlukan, Daging ayam, kalau lebih elok beli yang mmg dah siap buang tulang, kalau rajin melampau boleh beli dada, pastu gigih godek amek daging sahaja. pastu ada ciken slice, bawang besar dan bawang putih ikut sedap tekak, macam gue adalah suka bawang so tibai je bawang tu sebijik terus dan majerin kurang masin. Ngapa kurang masin? sbb ni resipi nak sihat katanya.

Pastu next step, amek je bawang bawang tu, kasik tumis. Tapi hengat ye jangan pakai minyak, tapi guna majerin je, tu pun pakai ciput je *ujung sudu je. pastu campak ayam dalam tu, pastu gaul gaul masak sampai ayam tu masak, pastu campak lagik secubit garam. Ingat yer, jangan nak masin masin, kang lari konsep kesihatan pula. dah settle tu pi goreng ciken slice tu plak. tak yah pakai minyak mahupun majerin. Yang penting pakai kuali tak melekat.

*salad tu cam tak perlu pon sampai dua pokok, kalau boleh beli sepokok je*

Bahan seterusnya, amek lempeng yang di beli siap, eh lempeng ke? ntah sila rujuk gambar rajah, pastu salad dan mayo. Err kalau gue makan sorang, gue tak pakai mayo pon, sbb i dont like mayo. boleh la ganti ngan cili sos ke, bbq sos ke, ikot sedap tekak korang la.

*Untuk lebih impak maksima, korang boleh pakai daging ayam banyak sikit, ni gue dah tersalah bajet, dua ketol dada ayam, nak digulung dalam 8 keping lempeng tu, tak cukup sudahnya*

Pastu kasik susun cecantik seperti dalam gambarajah, pastu gulung. ada dua teknik nak gulung, Teknik gue pakai adalah buleh nampak atas, so kalau orang nak makan tau la apa isi dalam ituew. Teknik kedua adalah teknik gulung popia ala bazar ramadan. Tu kira gulung terus tak nampak apa dah dalam nya. So korang boleh je gulung ikut sedap bulu mata uolls.

*untuk menambahkan lagik dramatik dalam hidangan, makesure salad salad tu terjulur keluar, baru nampak cam tukang masak handalan*

Tadaa dah siap, dan sedia untuk ditelan. yang sbenarnya resepi nya boleh je campak kepsikum dalam tu, pastu masa nak gulung letak salad tu buleh letak timun, tomato bagai bagai. Tapi disebabkan farid manzora dalam plan gain weight and eat healthy bahkan eat cheap jua, so kita pakai apa yang penting je. So pada yang malas kedaung nak memasak, boleh try ini. Yang penting uolls tsya healthy yaw.
bye

Farid kata: Tidur mesti mau cukup ya.

Tuesday, December 9, 2014

Dindang datang lagi dengan permainan bye bye kawan kawan

*Dindang adalah yang dihadapan yang berkaki paling panjang tu*

Hari jemaat yang lepas adalah hari terakhir pada dindang. Sob sob sedih la plak. Din dah berkhidmat nearly a year kat kompeni ni. Tak mo cerita panjang nanti sedih, ni ucapan gue pada beliau, din sila baca. Sila kerja rajin rajin kat kompeni baru ko tu. Jangan banyak mokok haha. fokus bebetul. Haa tapi camtu la, harap ko hepi la sama macam ko keje kat kompeni lima persen nih. Akhir kata moga sukses slalu. Kami di kompeni lima persen akan merindui anda. Disini farid manzora nak mintak ampun dan maap la kalau ada tersilap kata, termarah, ternaik hantu, ternaik minyak (Gajah je kau farid?) ke apa ke. Maklumlah farid manzora mmg garang bahahaha. Halal makan minum semua. All the best tuk ko.

*Dari kiri, syahin, dindang, kemal, zul, jijan (bos dindang), farid manjola, zerul, zalmi, ikhwan ngan nok gemok*

Farid kata: itu hari syahin dah babai kami, ni din pula. Sob sob takde lah geng nak mokok dah pasnih.

Monday, December 8, 2014

Sesi pertukaran hadiah

Salamelekum, ni nak cerita perihal yang jadik kat opis last week. kekdahnya tetiap tahun kat opis ni ada la majlis tukaq tukaq hadiah. So smua dibekalkan dengan wang tunai rm50, pastu, farid manzora akan mai kat staf bawak balang ada nama nama staf, lalu sorang demi sorang akan cabut nama. Nama tu menjadi batu penanda bukan batu loncatan, pada siapa lu orang harus beli hadiah tersebut. Macam tahun lepas, gue cabut dapat nama big boss, so kene la beli hadiah tuk big boss. Pastu nama gue naik kat jijan, so jijan la beli hadiah tuk gue ini. Oh tahun lepas jijan bagi tumbler kopi bin kaler pink ponk. 


Acara dimulakan dengan sepatah dua kata dari big boss. Pastu Ahboy pula yang memula kan sesi bg hadiah. Tahun ni gue cabut nama mr siva. So malas nak pepening pikir, gue beli je tali pinggang ngan wallet tuk dia, sama je dengan gue beli tuk boss besaq last year.

*tu mr siva baju biru golap bolang bolang tu*

So bertukar tukar hadiah mereka mereka ini, bergelak ketawa la arakian ceritanya. Oh tahu ni, nama gue dapat pada man, so man adalah bertugas membeli hadiah pada gue. Siap warning man, tak mo duit, nak hadiah jugak. hehe.

*Dindang menerima hadiah*

*kak timi membacakan pantun dua kerat dengan penuh emosi khusus untuk ch'ng yang akan bersara sob sob sob*

*Haaaa man bagi 2 lai tiset h&m dengan kipas usb*

*macam ko tau je ek man, gue slalu panas hati, so dengan harapan kipas ni dapat menyejukkan hati yang membara lolololol anyway makasih man, taun depan harap ko dapat nama gue lagik haha*

So itulah dia sesi bertukar hadiah yang telah dijalankan. So diharap acara sebegini dapat mengeratkan silatulrahin di kalangan rakan sekerja. *kelas betul ucapan.

Farid kata: Kamu ni asyik la naik minyak je, kamu ni gajah ke manusia?!

Thursday, December 4, 2014

Berpencen

Kekdahnya ari senin yang lepas, ada la h majlis menyambut persaraan one of the staf kompeni lima persen ini. So bermakan makan lah beramai ramai. Permulaan rencana, ucapan dari bos bos, pastu ucapan dari ch'ng, yakni yang akan bersara, pertunjukkan video dan persembahan. Ikuti gambar rajah di bawah:


*bos besaq kasik ucapan dulu*

*Para jemputan yang hadir*

*pastu bos sederhana besaq plak berucap*

*pinggan yang pertama, Brocoli grg, coklat kek walnut dan popia durian*

*Abc*

*Ch'ng adalah yang berdiri di tengah bersama hadiah gedek itu*

*Pinggan yang terakhir, repeat brocoli grg, kerabu seafod, sotong kangkung dan dimsum*

Pada mr ch'ng di ucapkan slamat bersara dan semoga menjalani kehidupan to the fullest. dan selamat maju jaya. Oh ada persembahan dari kakak kakak opis, tapi tak sempat amek gamba la pulak. Sekian.

Farid kata: Macam macam bondo nak pikir nih.

Wednesday, December 3, 2014

Big Mouth

*your place for real burger, katanya*

Itu hari ada la masa masa terluang, pastu pikir pikir nak makan apa, duk tanya adik, katanya jom pi makan big mouth kat semban 2. So since gue pun tak pernah kesana, stuju je la. Kemal ado skalik..
Kedai ni adalah kedai yang baru kata adik, before this ada gak kedainya tapi kecik. So dia pindah yang besau  punya kedai.

*Menu yang simple dan mudah di pahami*

Most of the menu adalah western dan terdiri dari berbagai jenis burger. So macam macam jenis ghupa burger ada kat sini. yang yang hitam, yang macam donut smua ada. So belek belek terus je decide nak makan ngan minum, tak yah pepening.


Kedainya adalah selesa, kalau tak mo makan burger tapi nak lelepak pon cantek juga. Memula dah port kat luar so senang la nak mokok, skali nak hujan pulak, so pindah la masuk dalam.

*Abaikan muka gue itu seperti disuntik botox separuh jalan*

*Barisan air, tapi tak ingat apa ke nama yang ingat adalah depan sekali pink lady*


*Gue order burger hitam ni, apa ntah namanya tapi ada forest forest la, banyak cendawan, sedappp*

*Ni kemal punya beef chilli ke apa ntah, licin gak kemal bedal*


*adik punya macam egg benedict, daging dan telur, cam sedap jugak*

Kekdahnya kami ni tak sempat nak tukar tukar rasa, sbb macam gue gigih duk pikir nak ngabiskan burger nya, yup portion nya adalah besar. Dan berbaloi la. So for those yang terlanjak jenjalan ke semban, boleh try sini. 

Farid kata: Cam ada rasa nak pi Florence la, macam la florence tu kat gombak je

Monday, December 1, 2014

Main game sampai tak mo balik

Hari apa ntah ari tu bawak ikhwan pi main game kat JJ semban. Sbelum tu pi tgk cerita Big Hero 6. Usai tgk wayang yang kebetulan abis awal, so jenjalan dalan JJ, dan kebetulan masa sampai ikhwan sudah nampak tempat ni awal awal lagik, so mmg di baca la setiap minit. "bila nak pegi main game, bila nak pegi main game"


Kwan: Boleh tak kwan main kat situ? *sambil tunjuk tempat game
Paklong: yer boleh tapi tgk wayang dulu
Kwan: Tgk wayang tu lama ke sekejap? (Ni first time kwan tgk wayang)
Paklong: Kejap je ni, nanti abis kita pi main situ\

Dalam panggung wayang

Kwan: Lama lagi ke nk abis cerita ni pak long?
Paklong: Kejap je ni, kang abis la

Selepas sejam tayangan

Kwan: Paklong ni kata skejap je, tapi dah lama duduk dalam ni
Paklong: ok sikit je lagik nak abis dah ni

Pengsan okay, bila bebudak dah mark nak pi satu tempat tu, ko jangan la cuba kona kot lain. Mmg pening nak ngadap sesi soal jawabnya.

*sampai senget senget muntot nak menggayakan gaya penunggang*

So dah sampai situ, main je la mana mampu, ikut je bajet yang diperuntukkan. Tak leh over bajet.

*Merempit*

*Macam terkejut, sbb yang memancut tu adalah air bebetul*

*Memadam kan umah yang terbakar kekdahnya*

Dah selesai mengabiskan kredit dalam kad tu, moh la balik. Tapi seperti yang ku jangka, muncung muncung tak mo balik, kekdahnya nak main smua game yang ada kat situ. Camaner uolls. 

Farid kata: Selamat menyambut disember
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis