Monday, December 22, 2014

Diari seorang ticer


*Cikgu ann ngan cikgu song*

Last weekend punya lah sangap duduk umah, tak tau nak buat apa. Pastu duk putar putar chanel astro, skali terbaca teacher's diary. Cerita thailand. Ok lah set taim, jom tengok *walaupun sensorang diri, tak yah nak jom sangat. Pastu memula cam apa ke cerita ni pasal cikgu mengajar sesaja je ke? misti boring la. Pastu makin lama tgk makin best la plak. Sikit sinopsis tentang cerita TD ini.

Mengisah dua orang cikgu yang pada mulanya tak kenal sesama sendiri pon. Bermula kisah Cikgu Ann, yang dibuang dari sekolah ia mengajar hanya kerana dia ada tatu bintang kat tangan. Jadi pengetua amek keputusan campak Cikgu Ann kat skolah bot, yang terletak kat kawasan pedalaman. Muridnya hanya ada tujuh ketol je. So berangkatlah cikgu dengan kawannya cikgu gigi ke skolah berkenaan, kira dorang ni tido, makan, mengajar smua kat skola bot tu. Anak anak murid pun mai duduk tido bagai selama seminggu, pastu baru balik umah.

Memula dedua cam okay je la hadap. Ada satu hari tu, cikgu gigi nak gosok gigi, duk la ngadap tangki air dalam skola bot tu, pastu bila bukak pili takde air, cikgu ann mai tolong la ketuk ketuk kot ada sangkut ke apa. pastu cikgu gigi, tibai korek lobang paip tu, skali kuar katak kau, menjerit cam orang gila. klimaks nya, bilamana cikgu gigi nak kencing sangat, dia lari lari masuk jamban, pastu cangkung nak kench, skali pas kench dia tgk lam lubang jamban tu, skali ada mayat kauuuuu dalam lubang tu, kira bawah skola bot tu la, menjerit bagai nak gila untuk kali kedua. Pastu bebudak smua dah ketakutan, sudahnya cikgu ann duk berenang, pi ikat mayat tu bawak kuar, sbb nak hilangkan ketakutan bebudak tu. Berani la hai sungguh. Sementara tu cikgu gigi sudah tak tahan lalu nak balik dan dan tu gak.

Bermula lah episod cikgu ann tinggai sensorang kat situ. ditemani bebudak je. Sesambil mengajar, sesambil tu la jugak dia ada problem dengan boipren nya yang asyik la mendesak suh pi ngajar kat town balik. Sesambil tu cikgu ann ada la tulis diari, smua apa yang dia rasa dia kasik tulis dalam tu. Setelah setahun dia mengajar lalu dia stuju nak balik jugak ke town sbb boipren nya nak ajak kawen, so bepergian lah cikgu ann. Lalu tempat cikgu ann digantikan dengan Cikgu Song. Cikgu song ni adalah bukan cikgu pon, dia adalah terdesak ganti je, pengetua amek dia lalu campakkan kat skola bot itu. Tapi masa cikgu song ngajar, ada 5 orang murid je yang tinggai. Masa memula cikgu song sampai ke skola tu, dia terjumpa diari cikgu ann, Lalu dibacanya helai demi helai, lalu dia rasa cam apa yang dialami masa tu sama ngan apa yang dialami cikgu ann masa memula mengajar kat skola tu.

Bila dah asyik baca diari cikgu ann tu, dia cam dah terjatuh hati pula ngan cikgu ann, lalu dia pun kembali ke skola town, jumpa pengetua nak tanya mana pegi cikgu ann, tapi pengetua kata cikgu ann dah nak kawen lah pula. Kecewa lah hati Cikgu song, lalu dia balik ke skola bot, dicapainya diari tu lalu dicampakkan dalam api, tapi klam kabut dia amek balik sbb ntah kenapa. Sian kat diari tu, sbb pernah skali masa ribut, abis jahanam skola tu, diari tu pun dah tenggelam lam air, lalu cikgu song berenang menyelam nak selamatkan diari tu helai demi helai lalu mencantumkan smua kembali. Pastu bila dah sampai muka akhir, cikgu song plak sambung tulis, owh di samping itu, cikgu song telah mengalami konflik ngan gelpren nya pula, gelpren nya ada yentan lain. So patah lah hati beliau.

Banyak lah pengalaman yang dilalui cikgu song. Pastu bila taim exam ujung tahun, pengetua kata keputusan bebudak ni teruk merundum, so cikgu song akan mengundurkan diri. kebetulan Cikgu Ann berazam nak kembali ke skola tu sbb boiprennya dah bermain kayu tiga lalu mengandungkan anak orang. Patah lah hati cikgu ann, sekembali ke skola tu dia terjumpa balik diari nya, yang dia pasan, sudah disambung tulis oleh cikgu song. So dia pun cam tingin bebenar rasanya nak jumpa cikgu song.

Berjaya ke cikgu ann berjumpa cikgu song? adakah mereka akan bercinta? adakah mereka akan berkahwin lalu beranak pinak? kene saksikan. Tapi cerita ni mmg betul betul berbaloi untuk ditontoni.

 *Cikgu ann merenung masa depan nya*


*cikgu song membawak anak anak muridnya nak pi amek exam* 

*cikgu song naik hantu, sbb bebeudak ni pi mandi manda tanpa mintak kebenaran, cikgu song lupa yang bebudak ni lahir lahir mmg dah duduk atas air, nak dirotan nya sorang sorang* 

*Bukan takat mengajar, memasak jua cikgu song buat* 

*Tiang pengukur tinggi, bila dia baca nama cikgu ann kat tiang tu, cikgu song jadik gegedik miang, ini kelakar gila* 

*tengah bersedih mengenangkan cikgu ann nak kawen, dan dia tak dapat jumpa jumpa lagik cikgu ann* 

*Ini lah rupa skola bot tu.*

Farid kata: Banyak nilai nilai murni dalam cerita ni boleh dipelajari.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis