Tuesday, February 23, 2016

Ke KK lah kita 6: Episod akhir

Haa dah sampai episod last, yer mmg dalam membikin entri ni, paling mencabar adalah entri terakhir, sbb ko tau hazab menaip dah nak abis, lalu taip ikot mana dan saja. Not good. Kalau terhasil entri terakhir dengan kata kata yang ala kadar, tu dah kira besar rahmat, sbb kalau gue cerita selalu tergantung. Kalau jai pengarah drama ni, mau org bakar tv miahahaha


Cek out dari Pine, kami drive trus ke KK, tapi singgah di Lok Kawi, kekdahnya melawat hewan, pastu sambung ke KK ada shopping mall baru bukak rasanya, pi lunch pastu beli baju bajan, pastu cek in kat Le' merridien pulak. Parking lam hotel adalah hazab yer uolls. Kete banyak parking limited. So adalah sangat mencabar, tapi overall bilik mmg tip top. Kata pai star, takkan la dorang dapat rating pai star without nothing.


Os petang tu pusing filipino market beli itu ini,, balik hotel amek kereta terus nak pegi dinner, adik drive, kemal tgk waze. gue? pos pos cantek kat blakang, feelin like a boss. Kedai makan dah lupa apa ke nama ia, tp menjual segala mak neka seafood. Dulu rezal ada bawak gue ngan kemal makan sini, dah kenyang sekenyang nya, balik hotel, park kete lalu sambung meronda area hotel tu. Kemal meneruskan misi mendapatkan lobster ia. Dan berjaya. Pastu singgah starbak meminum, Kedai lobster tu pesan esok sbelum nak balik boleh mai amek, memandang esbok hotel tu cipot je pon. Bayangkan berapa banyak kemal beli.

*Herot bengot mulut, nahan panas*

Pastu esok dah lepas breakfast kat hotel, pi pikap lobster kemal lalu ke muzium negeri pula. Berpusing pusing la dalam tu demi saja menghabiskan masa sbelum ke airport. Ada la lam sejam dua lagi sebelum flight balik.

*Pengsan, amek gambar sambil bercakap*

Gambar atas ni tersesat lalu gue cam terlupa nak cerita, dari kundasang nak ke KK kami singgah LOk Kawi, sejenis zoo, takde orang kauu, tapi jalan je la, cuma cuma cam tak berapa nak menarik la tempat ni, mungkin sbb kekurangan hewan la kut.


Dah sampai airport hantaq kete, pi marrybrown makan makan lu, pastu terus terbang balik, sampai klia amek kete lalu pulang ke pangkal jalan, dan esoknya gue tak keje sbb kete plak rosak. Dugaan.


Makanya berakhirlah perjalanan like a zillion years ni, tapi sbenarnya takde rasa lama pon, sbb taim tgh sronok sronok mana nak rasa lama. So lepas ni kene tunggu like few years lg sbelum mengulangi jalan jalan ke KK ini, anyway happy.

-Fin-

Farid kata: Next entri will be next month lololol

Thursday, February 18, 2016

Ke KK lah kita 5: Ranau dan sebagainya

Punyalah dah abis idea nak bagi tajuk, terus letak "dan sebagainya..". Ok sambung yer, dari tempat ternakan lembu yang ala ala new zealand, pastu ke muzium perang pastu langsung ke Fish Spa Ranau, kira cam ke atas lagi dari kundasang la, ia merupakan sungai tapi ada banyak ikan kelah, kekdahnya tak leh amek gambar, kalau nak amek gambar kene bayaq lain, so gue ini ngambil foto sipi sipi saja. Ikan kelah nya yer besar besar kauuu, takut hilang kaki pula nanti. Oh bayaran adalah mengikut waktu, nanti masa korang bayaq, dia bagi resit ada nombor, pastu bila dah taim abis, nombor korang akan dijerit di speaker. Sila lah beredar. Hampir terlupa pula, kat sini boleh bayar lain, tuk mandi ngan ikan. Kelas ke tidak?

*Waktu ini adalah sejuk*

Langsung dari Ranau tu, turun balik ke Kundasang sbb nk cek in kat Pine Kundasang. Sebelum tu singgah kat pekan Ranau, dan pekan Ranau ni cam canggih la juga jika dibandingkan dengan Kundasang tu, ada supermarket besar bagai. isi minyak dan baru sambung perjalanan ke Pine. Memula sampai tu cam ingat tak ramai la orang agaknya sbb nak masuk hari keje dah, rupanya tekaan ku meleset lalu melecet. Taim nk dinner, haa kau ramai betul orang kat tempat makan nya, gamaknya tempat makan ia pon takde la terlalu besar, so cam berimpit impit sikit la. Sekali imbas dah macam kedai makan kat korea sana. Makanan ia adalah ok la boleh ditelan.

*Abaikan tong sampah itu*

Gambar bilik tak sompek nak snap. Kekdahnya bilik kami ni sbelah ngan kawasan perumahan. So ok ok je la, yang penting tak de la rasa seram sangat. Sbb gue pernah pi mana ntah, duk resort yang takde orang pastu ketakutan, terbayang ada pembunuh mai nak bunuh ko dalam senyap. Pastu ko jerit jerit takde sapa nak tolong. Gituewwww.

*haa tu sipi bumbung umah orang*

Kalau ikotkan ciew nya adalah best sbb hadap Kinabalu, tapi sayang nya duk la berkabus kabus je dari tgh ari, so nampak sipi sipi saja. Overall resort ni okay la, tapi bilik ia agak menyempit, tapi bersih dan selesa la. Room serbis sikit lambat, but still datang la jua menserbis anda. Ada few hotel yang berbintang bintang, duk kol room serbis, mintak bantal extra sudahnya sampai nak cek out tak mai, not good not good. So pada yang mai Kundasang ni, boleh la jua disaran duduk sini.

Sambung lagi..

Farid kata: bila la nak abis cerita ni

Wednesday, February 17, 2016

Ke KK lah kita 4: Ladang Lembu dan Muzium Perang

Haaa kekdahnya lepas dari tamparuli tu, kami ke kaki kinabalu, tapi gambar ntah mana tak jumpa plak lam enpon, update je apa yang ada lu lam ni ek (ayat nak selamat kan diri). Ok pastu ke Desa Cattle Farm lah kita. Dekat je ngan town Kundasang, nak bagi direction tak hengat, so tgk signboard mesti korang jumpa. Masuk berbayar yer tuan tuan smua, kira per head rasanya. Ajer nak tgk lembu je pon, tatap nak kene bayar. Tang bayar tu satu hal la, ni keadaan jalan masuk nya tu pehal satu macam hazab? berlobang lobang berlekuk lekuk, harus diingat yer, bukan takat satu dua lubang, sepanjang panjang jalan lubang. For tuan tanah tu, dah dapat banyak duit kutipan bayaran masuk, bebawak la turap jalan tu memolek.


*Lapang tak bererti takde kete atau pelawat yer, smua kete kene parking jauh sudahnya*

Setelah menghadap kehazaban jalan yang membuatkan diri anda melambung lambung, maka sampai lah di tempat lembu ini. Gigih punya pasal nk tgk lembu. Kat dalam ni ada jual makan makan, air susu segala, so beli apa korang nak makan. Dah ada makanan, ajer gila tiga gergasi ni nak buat tak tau, harus la beli beli cam nak buka posa, then cari la port. Kekdahnya kami ni datang hari ahad, so ramailah umat. Nk cari port nk makan pon cam mencabar.

*haaa tgk gambar susu teringat, kami beli dua kotak kecik ngan satu kotak besar susu tu, pastu dua kotak dah settle di telan, tinggai kotak besar, pastu lupa punya pasal, sampai KK balik, susu tu jadi tofu kauuuuuuuu adoi rugi rugi*

Kemal jumpa la tempat makan yang sesuai, ngadap tempat perah susu sudahnya, tapi takde plak keliatan lembu disitu, gamak belom masuk waktu nak memerah lah kut. Bedal je apa yang dah beli tadi, pastu sambung pusing. kat sini smua berjadual, cam jadual perah susu dan lain lain. so kalau nak mai situ tak kene waktu, bertabahlah tunggu yaw. Tapi kami tak tunggu pon, kuasa la hai, banyak tempat lain nak kaver.

Jalan jalan belah luar jumpa la kandang lembu, bergambar lah sedaya mungkin. Kemek kemek muka tahan bau najis. Phewwwwww. Pastu tak menahan sangat dah terus jalan ke tempat lain. Adik ngan kemal sambung bergambar ntah kat mana mana ntah, gue tunggu di kereta, pening lalat sudahnya bau najis berterusan.

*senyum paksa, kemal ngan adik gigih berbaju sejuk, walhal panas oi waktu tu, ko tgk nyonya baju merah tu, siap cekak pinggang, bergaya sungguh*

*bau najis masih menghantui, dah nama pi landang lembu harus la bau najis lembu, takkan bau durian plak?*

Pastu dah kompom smua dah settle, segala gambar gambar yang dimahukan sudah diambil (seboleh nak gambar ala ala new zealand kekdanya) moh kita pi makan tengah hari la yer. Tak tau nak pi mana kekdahnya, so kluar ke pekan kundasang tu, ada kehepsi, laa lantak situ je la. Dah kenyang, tgk peta ada war museum berdekatan. So zasss je la, masuk dikenekan bayaran, tapi tak ingat berapa hengget.

*Dah makan kenyang sila daki tangga kat blakang tu*

Kekdahnya dalam ni memperingati kisah kisah di Sabah tu kot, ntah gue tak abis baca, sibukkan kepanasan je. Tak silap gue, ada majlis yang diadakan tetiap tahun kat sini untuk memperingati mereka mereka yang terkorban masa perang.

*punyalah terik waktu tu*

Dh berpusing pusing lam tu, moh je la balik, acik dah penat ni. tapi knowing adik gue ngan kemal yang kaki berjalan ni, takkan mana nya sewenang wenang dorang nak terus cek in hotel. Mesti ada je tempat dorang nak pegi lagi ni.

*Terjakun jakun tgk hydragea besaq camtu*

Bersambung..

Farid kata: Jenuh la nak memperingati jalan cerita, ni la natijahnya malas nak update awal awal, dah tau tua ingatan tak kuat, baru nak update.

Tuesday, February 16, 2016

Ke KK lah kita 3: Jambatan Tamparuli

Dari umah tonggang terbalik, drive lagi, sbb dah alang alang nak ke kinabalu, mmg lalu tamparuli ni, so kita singgah, ni adik punya idea la ni, last few years, gue ngan kemal ada lalu sini, tapi masa tu takde plak rasa nak singgah, kekdahnya nak ujan, so sbb takut jambatan tenggelam (punyalah pemikiran kolot karot komedia), gue drive laju laju nak balik KK.


*Belum sampai tengah jembatan dah sibuk bergambar, yang blakang skali tu tgh ekjas monopod*

*Nak berjalan sampai ke tengah dah macam malas plak, kekdahnya panas berdengkang, kang nak patah balik pon dah jauh, so amek kat sipi sipi je sudeh*

*Ini dinamakan teknik menang pingat paralimpik*

*dengan harapan nak tolak kemal jatuh ke dalam sungai*

Jambatan tamparuli ni ekceli tuk pejalan kaki, kalau naik kete kut jambatan lain, yakni sebelah jambatan yang kami naiki ini. So dah puas hati berjemur tengah panas bergambar moh la bergerak gerak khas.

Farid kata: tringat marsha

Monday, February 15, 2016

Bersarapan ala orang orang kaya


Baru nak update kekdahnya, ok cerita camni, pada hujung minggu yang lepas dan lepas (nmpk sangat cerita lama) kami kami ni yakni, gue, kemal, kak tin, maya dan zalmi berkumpullah demi nak bersarapan sempena arijadi normaya, dan normaya yg baik hati ingin memblanja kami. So sepakat membawa berkat ke Rimba Rusa lah kami. Gue ngan kemal pi pikap kak tin lalu terus kesana. Sesambil menunggu maya sopiah dan suaminya tiba, kami order la apa apa yang patut. Oh lupa, kami disarankan oleh tuan punya majlis memakai baju bertemakan hitam dan putih, dan disebabkan gue mengada, nak beli gak baju baru lalu beli kat h&m, skang ni gue ada penyakit suka pakai tshirt lengan panjang, ntah kenapa pon tak tau.

 *Belek punya belek menu maka terorder lah seperti makanan dan minuman di bawah.* 

*Air kak tin, kopi ais kut*

*makanan kak tin, makan atas papan pemotong kekdahnya dah abis hipsturrrr ni* 

*makanan gue adalah sama ngan kemal, serious sedap, sbb gue penggemar salmon*

*Air kopi Kemal* 

*Air gue, nak teh tarik tapi cam takde, so amek pres oren* 

*Makanan zalmi, ada kacang kuda* 

 *Kak tin dan makanan ia*


*Makanan sopiah, ada daging diracik* 

*air tembikai sopiah* 

*Desert pula, bread butter puding, portion nya banyak kauuuuuuu* 



*Desert lagik* 

*Lahap desert plak, sib baik la share share, kalau sorang satu, mau sugar rush, hyper tak tentu arah nanti* 

*Disebabkan pasangan maya dan zalmi baru saja membeli gopro, jadi kami pun menjakun dan lalu pos pos* 



*Macam gambar hari raya piula* 

*Pastu kak tin pula mengutarakan teknik yang beliau rasa amat unik, gue yang kene pegang kamera, tu yang mengepak cam nak terbang je ketiak tu*

Pastu dah kenyang, bg hadiah kat maya dan mengucapkan selamat hari jadi pada beliau (sorry nyah takde kek lah pula, kak tin tak mo buatkan kek tuk kita, eh) pastu kami smua bergerak ke ikea, kekdahnya gue dah tgk cek list, gue nk membeli side bed table, meja komputer ngan kosi.  

*dalam dilema nak amek kosi mana satu, gue nak yang murah, pastu kak tin ngan kemal kata kosi tu tecit, yer la yer la montot gue dah sebesar dulang, gue sedar (lambung kosi tanda protes) last last gue amek kosi yang kaktin duduk tu*

*Dah settle membeli marilah balik, kaktin kepit besen cam nak pi cuci baju tepi sungai*

*Sedas lagi gambar terakhir, gambar ni berkali kali snap, kekdah nya gegar, gue dah tua tangan gigil gigil* 

*Gambar sesat, smua muka ada senyum*

Ok disini saya nak ucapkan, selamat hari lahir pada maya sopiah. Mek doakan ko murah rejeki nyah, dipanjangkan lagi usia dan mudah mudahan cepat dapat baby, eh! dan makasih la banjer kami sarapan pagi yang hebat ini. k bye

Farid kata: kak tin ngan maya dah update, so menggelabah la gue nak mengupdate jua.

Friday, February 12, 2016

Ke KK lah kita: Day 2, Rumah Tonggang Terbalik dan muzium 3D

Pengsan la camni, satu minggu satu episod, kalau ada 200 episod mau ujung taun depan abis cerita, ok sambung...

Sudah lepas berkenyang kenyang, boleh lah kiranya nak cekaut. Pastu set gps, ke rumah terbalik lah kita tuju. Kemal sudah berkali kali kata kene pegi tempat ini. Takde la jauh mana dari nexus tu. Kira tak sampai sejam pon lam kete dah sampai.

So bila dah sampai, pi kaunter pastu duk pikir, selain ada umah terbalik, ada plak muzium 3d. Berapa inggit tak hengat lah pula. boleh beli tiket umah terbalik sahaja, atau muzium 3d sahaja atau beli dua dua skali dan murah. So dah alang alang sampai kita masuk je la kedua dua nya skali.

gegmabar adalah tunggang langang, tak ikot turutan, sekian

*ni dah kluar dari muzium 3d kekdahnya, menunggu giliran nak masuk umah terbalik pula, ada pemandu pelancong akan guide dan memberi penerangan*


*Ni dah kluar dari umah terbalik, oh ya, dalam umah terbalik itu tak dibenarkan amek gambar kekdahnya*


*dengan panas nya, suhu macam gelombang mikro, dengan grup pakcik pakcik yang memekak mekak nya, dugaan dugaan, tapi muka ada sinyummmmm*

*Macam mejik kononnya kaki takde*

*yer kami adik beradik berlawan lawan membina badan, berusaha keliatan sado lol*


Gambar adalah banyak, tapi banyak cam tak senonoh sudahnya lol. so sumbat mana yang elok mata memandang saja la yer. So for those yang baru nak menjejak kan kaki ke KK, disarankan lah ke umah terbalik ni, dah alang alang katanya kan.

Perjalanan di teruskan lagi..

Farid kata: Nak coti nak coti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis