Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Makan dan harijadi dan berjumpa kenalan lama

Ini kisah lagi lama sudah berlalu, tapi nak update juga. Kisah menyambut ulang tahun kelahiran apak gue. Bincang bincang adik bradik, makan bermakan malam lah di Hibiscus sana, walaupun sejengkal je dari rumah. Oh lupa, gambar makanan smua tak tau kat mana, sbb cerita nya cam dah lama. tapi sumbat saja la gambarajah yang ada.

Dari duduk kat meja menunggu makanan, adalah lebih enak ke ruangan terbuka untuk merokok


Duk berpusing pusing dalam parkson mencari kemeja apak gue, memula nak amek kaler hijau ni sekali kata adik, dah ada pula, so amek lain, bye kemeja hijau kekotak

kemain muncung niup lilin

Beberapa minggu lepas, pegi makan bersama Toh puan mazita dan datin seri banun. Dah lama tak berborak dengan mereka, takat takat selisih, carut sesama sendiri pastu blah. so dah duduk makan makan ngan mereka ini, banyak la cerita nak share nak update bagai, toh puan mazita dengan hastag nya #berdosakekalaukecewa.

Puan Mazita sibuk nak melancong katanya, yang Puan Sri Banun mmg dah berplan ke mana ntah. So happy for them pi melancong. Me? kene menabung walau nak ke pasar borong selayang sekalipun, lol yer la nak pi mlancong kene la menabung, takkan duit jatuh dari langit kan?


Itu sahaja liputan pada hari ini, ekceli like throw bek, bukan liputan langsung.

Farid kata: Bila start read something about self confidence dalam internet, it was like mid life crisis is just around the corner. ok bye

Thursday, November 24, 2016

Garapan cerita berminggu minggu

Hi uolls, gue hampir terlupa yang gue ada blog mihmihmih so ni nak la cerita serba sedikit, lepas gian nak menaip.

Konsep ia adalah, pikir sampai picah kapla

Last few weeks ada pi kos fotografi selama tiga hari, pastu ada sambungan kos tersebut kepada edit gambar pula. kursus photoshop la pula. dua hari lagi. So hadap saja, kos nya ok la, belajar la basic basic photoshop tp bagi gue la kan, gue lebih suka illustrator dari photoshop ini, tapi nama pun ilmu kan, so kita zass kan je.


Macam tak cantik pada mulanya

So sesi tanam menanam pula, gue dah kasik clear tank kecik ini. Guna teknik dry start dan magic seed. Magic adalah tajaan Man toba, so teknik ni senang dan peratusan sukses adalah tinggi. Campak tanah, letak batu, ikot design apa korang nak buat, pastu tabur magic seed, dinasihatkan guna tanah kaler hitam, senang nak nampak seed tu nnt. Pastu lembab kan tanah tu, tutup dengan clinge wrap, bukak lampu 7 jam. So dalam masa 7 hari insyaallah akan tanah ande akan dipenuhi daun kekecik yang comel dan hijau pemandangan. dan masa tu boleh lah di letak air didalam tank ande. Sila cuba, magic leh didapati di FB. (Nanti gue post gambar yang dah menjadi yer)

Dah jual 3 keping including yang kuning ini, ada lagi sekeping sahaja

Selain hobi tanam pokok, hobi baru adalah buat kad besday. Sesambil mencari pendapatan sampingan bg menanggung kos kehidupan yang tinggi di jaman mencabar ini. So pada yang berminat buleh la pm tepi, tak mahal pon kad ini, Boleh juga di customade.


Ok dah tu je nak cerita. Ada masa insyaallah jumpa lagi.

Farid kata: Try update guna blogger apps, cam kehapa pula rasanya.

Wednesday, September 21, 2016

Dari Genting ke Cameron pulak

Haaa merujuk pada tajuk di atas, dari Genting gigih drive ke Cameron plak. Gue, kemal ngan shil satu kete. Adik, wahab, ana ngan is satu kete, tp mereka ke KL dulu karna is ada urusan kantor yang perlu diuruskan. So kami saja lah yang stret dari Genting. Ikot batang kali segala sampai jua akhirnya. Nak kata jauh tu tak de la sangat, mungkin sbb on the way duk bincang pompang pompang masalah dunia. Jd nya tak terasa lama benar lam kete. Sampai je terus ke cameron valey, minum teh je pun takde makan makan, kemal sibuk berselpi bagai, pastu perjalan di teruskan.

*Macam budak kolej pi lawatan sambil belajar plak*

Mula cam nak trus cek in, tapi kekdahnya ikut kan tak masuk waktu lagi, tapi cuba nasib je la. kut la dapat ke kan, tetiba nasib menyebelahi dapat la masuk awai sikit ja. Dah amek konci segala, Ana and the king sudah pesan sama shila mambu, pi beli sayur sayur tuk bikin steambot ke apa ntah, so shil mambu mengikut perintah, lalu mencari sayur lah kami di kea farm tersebut, pastu terus la pi Boh sungai palas. Dah sampai, dah duduk, order lalu telan air teh untuk kesekian kalinya, sambil tunggu mereka mereka yang dari kl pula. Tetiba adik kol, katanya pagar kat bahagian depan tempat boh tu sudah tutup, katanya tak leh masuk dah, tempat ni nak tutup. Sekian wasalam je la.

*pegang talipon sbb tgh nangkap pokemon, punyalah hidup tak bermakna sangat, pastu msg kak tin, kasik update apa yang dapat ditangkap pada hari berkenaan*

Pastu dah nak buat apa pon kan, terus ke je la ke tempat penginapan. Berjumpaan mereka disana. Sampai sana, Ana and the King ngan Shil mambu tgh sibuk masak, is tgh beristeri berehat kat depan tibi, tapi gue, adik, wahab ngan kemal duk mengerjakan belon segala dalam bilik, kata seprais parti kan, so kene buat sorok sorok.Tgh meniup skali melethop belon ko, dengan harapan ana and the king ngan shila mambu tak dengar lah, walaupun dapur bebetul depan bilik operasi tu je.

Pastu malam menjelma, Ana and the king saspek hanya sambut birthday shila mambu sahaja, walhal nk sambut birthday beliau sekali. Shila di halau ikot Is pi beli satey lalu kami siap siap segala. Skali shila mambu balik, pakai kan mahkota (datok bida sangat) dan nyanyi lagu birthday, pakaikan mahkota tuk ana and the king skali sudahnya. Terkejut kera lah beliau. Potong potong kek, lalu makan, dan agenda seterusnya, moh main game. Malam sbelum tu pun kami main game gak.

Tapi malam berkenaan kami main game teka bibir dan teka lukis, matik la huru hara. Smua kelaut. apa apa pon selamat hari jadi diucapkan pada shil mambu dan ana and the king. Smoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rejeki.

*Gambar ni patot kat bawah, tp tercampak kat atas plak, muka abdul wahub sebesar rumah kooo*

Dah bersorak, smua tido, esok bangun bekpes apa smua trus cek out. Sempat singgah cameron valey tuk minum minum ngan lavendar apa ke nama ntah, bergambar segala. pastu kea farm lagi skali beli segala mak neka buah tangan katanya dan menerus kan lagi perjalanan tuk pulang ke pangkal jalan.

*ni kulit album solo kami, tajuk album dia adalah -Abdul wahub berseluar pendek macam apek cameron bersama Is yang mencari burung terbang bersama kemal berselipar Jepun Featuring farid terkangkang buasir, jangan lupa dapatkan ia itunes*

*Hazab yer nak selpi group gini, fon tak canggih gamaknya*

*ni kulit single kami kedua bertajuk -kejelitaan palsu dari cahaya terang benderang hak milik setiap insan, jangan lupa dapatkan di itunes yer*

*tips nak beli talipon hebat, try camera nya dulu, sbb kamera fon yang hebat adalah camera yang dapat membuat kan muka kelabu asap cam muka gue nmpk berseri seri seperti datok bida, (baling mahkota)*

Itu lah sahaja perjalanan yang cerita nya macam berjalan sepurnama lamanya. Dah lama tak menaip, tetiba rasa cam laju nak abiskan cerita, punyalah gelojoh. Semangat putri santubong menaip tak mari lagi, kene warm up dulu, lari setempat 7minit, yoga lima minit, push up 20 kali pastu baru menaip. Apa apa pon looking forward for next birthday trip lah yaw. Babai

Farid kata: Nak request pi River Safari singapore lah tuk harijadi beta. k bye

Tuesday, September 20, 2016

Genting pon jadik lah

Rasa cam dah lima nam dekad tak update blog. Yer malas, pastu sibuk main game, pastu sibuk pindah umah bagai. Ni ada kesempatan kasik cerita la yer. Adik mempunyai perancangan nak nyambut hari jadi shila ngan ana, jd nya moh la kita pi jalan jalan. Ahli ahli terlibat, gue, adik, kemal, wahab, is, ana dan shila mambu. Maka bertolak lah kami ke Genting dan tido satu malam di sana.



Pastu dah cek in, rehat sebentar bersama kitkat, pastu adik slaku ketua rombongan kata nak pi naik ke atas guna kete kabel plak. Baik lah, lepas maghrib, berduyun duyun lah kami bergerak ke kete kabel. Gue, kemal ngan shila satu kete kabel, adik, wahab, is ngan ana satu kete kabel.


Pastu dah sampai atas nun, cam biasa la mana je nak pi, dah smua tempat banyak tutup. So pusing masuk kedai baju sudahnya, jadi la kan. Pastu putar punya putar abang halim, jom je la pi minum stabak. Dah minum bergambar moh la turun, kekdahnya esok dah nak berangkat ke destinasi seterusnya.



Dah kenyang dan senang hati, moh balik, kali ni smua sumbat dalam satu kete kabel. Sonang. balik umah cuci muka, terus tidoran. Ater penat katanya. Ok sambung

Farid kata: senang betul update blog skang ni, main amek syarat je. sumbat dua tiga gambar, taip taip ikut sepatah kata, trus jadi satu entri. Kelassss oiiii

Thursday, March 3, 2016

Happy birthday Kemal!

Holla, last weekend, kami kami ini berperancangan nk menyambut birthday Kemal yang ke 32. So pakat pakat berperancangan selama berminggu minggu katanya. Last decide nak pi Big mouth kat seremban 2 sahaja, Is, Ana ngan Shil sudah sampai awal mempersiap siaga segala persiapan. Kendian baru gue, adik ngan kemal tiba. Ikuti gambar rajah di bawah:

*Muka semua adalah menghepi*

*Adik cashier yg tolon snapkan gambar*

*Kemal adalah sangat teruja ngan kek Dark Vader nya, yer beliau peminat star wars*


*Siap dengan berbelon belon bagai*

Disini gue ucapkan Selamat harijadi utk kemal, smoga dipanjangkan usia, di murahkan rejeki dan berbahagi selalu. Dan smoga copek naik pelaminan, larikkkkkk
Farid kata: Makin tua dah

Monday, February 15, 2016

Bersarapan ala orang orang kaya


Baru nak update kekdahnya, ok cerita camni, pada hujung minggu yang lepas dan lepas (nmpk sangat cerita lama) kami kami ni yakni, gue, kemal, kak tin, maya dan zalmi berkumpullah demi nak bersarapan sempena arijadi normaya, dan normaya yg baik hati ingin memblanja kami. So sepakat membawa berkat ke Rimba Rusa lah kami. Gue ngan kemal pi pikap kak tin lalu terus kesana. Sesambil menunggu maya sopiah dan suaminya tiba, kami order la apa apa yang patut. Oh lupa, kami disarankan oleh tuan punya majlis memakai baju bertemakan hitam dan putih, dan disebabkan gue mengada, nak beli gak baju baru lalu beli kat h&m, skang ni gue ada penyakit suka pakai tshirt lengan panjang, ntah kenapa pon tak tau.

 *Belek punya belek menu maka terorder lah seperti makanan dan minuman di bawah.* 

*Air kak tin, kopi ais kut*

*makanan kak tin, makan atas papan pemotong kekdahnya dah abis hipsturrrr ni* 

*makanan gue adalah sama ngan kemal, serious sedap, sbb gue penggemar salmon*

*Air kopi Kemal* 

*Air gue, nak teh tarik tapi cam takde, so amek pres oren* 

*Makanan zalmi, ada kacang kuda* 

 *Kak tin dan makanan ia*


*Makanan sopiah, ada daging diracik* 

*air tembikai sopiah* 

*Desert pula, bread butter puding, portion nya banyak kauuuuuuu* 



*Desert lagik* 

*Lahap desert plak, sib baik la share share, kalau sorang satu, mau sugar rush, hyper tak tentu arah nanti* 

*Disebabkan pasangan maya dan zalmi baru saja membeli gopro, jadi kami pun menjakun dan lalu pos pos* 



*Macam gambar hari raya piula* 

*Pastu kak tin pula mengutarakan teknik yang beliau rasa amat unik, gue yang kene pegang kamera, tu yang mengepak cam nak terbang je ketiak tu*

Pastu dah kenyang, bg hadiah kat maya dan mengucapkan selamat hari jadi pada beliau (sorry nyah takde kek lah pula, kak tin tak mo buatkan kek tuk kita, eh) pastu kami smua bergerak ke ikea, kekdahnya gue dah tgk cek list, gue nk membeli side bed table, meja komputer ngan kosi.  

*dalam dilema nak amek kosi mana satu, gue nak yang murah, pastu kak tin ngan kemal kata kosi tu tecit, yer la yer la montot gue dah sebesar dulang, gue sedar (lambung kosi tanda protes) last last gue amek kosi yang kaktin duduk tu*

*Dah settle membeli marilah balik, kaktin kepit besen cam nak pi cuci baju tepi sungai*

*Sedas lagi gambar terakhir, gambar ni berkali kali snap, kekdah nya gegar, gue dah tua tangan gigil gigil* 

*Gambar sesat, smua muka ada senyum*

Ok disini saya nak ucapkan, selamat hari lahir pada maya sopiah. Mek doakan ko murah rejeki nyah, dipanjangkan lagi usia dan mudah mudahan cepat dapat baby, eh! dan makasih la banjer kami sarapan pagi yang hebat ini. k bye

Farid kata: kak tin ngan maya dah update, so menggelabah la gue nak mengupdate jua.

Tuesday, March 24, 2015

Happy Birthday Mohamad Ikhwan!


*Kek ekspress nama nya, sorry la kwan, tak sempat nak tempah kek bagai, mummy kwan main tibai je beli apa yang ada kat kedai kek tu*

Rasa baru je pon pak long duk wish kwan happy birthday, ni dah sambut lagi skali. Hari ahad yang lepas adalah hari jadi anak buah kesayangan hamba yang ke 5 tahun. So pokcik mokcik pakat pakat sambut la birthday ia.

*Nini dah rupa orang buta sudahnya*

Beli yang senang senang je kek ngan kehepsi. Apaknya pula di perantauan, so yang ada ni la menyambutnya sahaja. Dah tiup lilin, makan makan pastu gigih tolong ikhwan pasang lego kete bomba nya, tu la pak long sapa suh beli lego, natijahnya, pak long kene pasang pulak. Amni dapat set mekap mekap pula.

*Duk geram nak moto atas kek tu sbenarnya yer*

Untuk Ikhwan Paklong ucapkan slamat harijadi yang ke 5 tahun. Smoga tingkah laku terpelihara dan bijak laksana di masa akan datang.

Farid kata: Banyak perancangan dalam minda, so kene susun atur baik baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis