Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

Dari Genting ke Cameron pulak

Haaa merujuk pada tajuk di atas, dari Genting gigih drive ke Cameron plak. Gue, kemal ngan shil satu kete. Adik, wahab, ana ngan is satu kete, tp mereka ke KL dulu karna is ada urusan kantor yang perlu diuruskan. So kami saja lah yang stret dari Genting. Ikot batang kali segala sampai jua akhirnya. Nak kata jauh tu tak de la sangat, mungkin sbb on the way duk bincang pompang pompang masalah dunia. Jd nya tak terasa lama benar lam kete. Sampai je terus ke cameron valey, minum teh je pun takde makan makan, kemal sibuk berselpi bagai, pastu perjalan di teruskan.

*Macam budak kolej pi lawatan sambil belajar plak*

Mula cam nak trus cek in, tapi kekdahnya ikut kan tak masuk waktu lagi, tapi cuba nasib je la. kut la dapat ke kan, tetiba nasib menyebelahi dapat la masuk awai sikit ja. Dah amek konci segala, Ana and the king sudah pesan sama shila mambu, pi beli sayur sayur tuk bikin steambot ke apa ntah, so shil mambu mengikut perintah, lalu mencari sayur lah kami di kea farm tersebut, pastu terus la pi Boh sungai palas. Dah sampai, dah duduk, order lalu telan air teh untuk kesekian kalinya, sambil tunggu mereka mereka yang dari kl pula. Tetiba adik kol, katanya pagar kat bahagian depan tempat boh tu sudah tutup, katanya tak leh masuk dah, tempat ni nak tutup. Sekian wasalam je la.

*pegang talipon sbb tgh nangkap pokemon, punyalah hidup tak bermakna sangat, pastu msg kak tin, kasik update apa yang dapat ditangkap pada hari berkenaan*

Pastu dah nak buat apa pon kan, terus ke je la ke tempat penginapan. Berjumpaan mereka disana. Sampai sana, Ana and the King ngan Shil mambu tgh sibuk masak, is tgh beristeri berehat kat depan tibi, tapi gue, adik, wahab ngan kemal duk mengerjakan belon segala dalam bilik, kata seprais parti kan, so kene buat sorok sorok.Tgh meniup skali melethop belon ko, dengan harapan ana and the king ngan shila mambu tak dengar lah, walaupun dapur bebetul depan bilik operasi tu je.

Pastu malam menjelma, Ana and the king saspek hanya sambut birthday shila mambu sahaja, walhal nk sambut birthday beliau sekali. Shila di halau ikot Is pi beli satey lalu kami siap siap segala. Skali shila mambu balik, pakai kan mahkota (datok bida sangat) dan nyanyi lagu birthday, pakaikan mahkota tuk ana and the king skali sudahnya. Terkejut kera lah beliau. Potong potong kek, lalu makan, dan agenda seterusnya, moh main game. Malam sbelum tu pun kami main game gak.

Tapi malam berkenaan kami main game teka bibir dan teka lukis, matik la huru hara. Smua kelaut. apa apa pon selamat hari jadi diucapkan pada shil mambu dan ana and the king. Smoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rejeki.

*Gambar ni patot kat bawah, tp tercampak kat atas plak, muka abdul wahub sebesar rumah kooo*

Dah bersorak, smua tido, esok bangun bekpes apa smua trus cek out. Sempat singgah cameron valey tuk minum minum ngan lavendar apa ke nama ntah, bergambar segala. pastu kea farm lagi skali beli segala mak neka buah tangan katanya dan menerus kan lagi perjalanan tuk pulang ke pangkal jalan.

*ni kulit album solo kami, tajuk album dia adalah -Abdul wahub berseluar pendek macam apek cameron bersama Is yang mencari burung terbang bersama kemal berselipar Jepun Featuring farid terkangkang buasir, jangan lupa dapatkan ia itunes*

*Hazab yer nak selpi group gini, fon tak canggih gamaknya*

*ni kulit single kami kedua bertajuk -kejelitaan palsu dari cahaya terang benderang hak milik setiap insan, jangan lupa dapatkan di itunes yer*

*tips nak beli talipon hebat, try camera nya dulu, sbb kamera fon yang hebat adalah camera yang dapat membuat kan muka kelabu asap cam muka gue nmpk berseri seri seperti datok bida, (baling mahkota)*

Itu lah sahaja perjalanan yang cerita nya macam berjalan sepurnama lamanya. Dah lama tak menaip, tetiba rasa cam laju nak abiskan cerita, punyalah gelojoh. Semangat putri santubong menaip tak mari lagi, kene warm up dulu, lari setempat 7minit, yoga lima minit, push up 20 kali pastu baru menaip. Apa apa pon looking forward for next birthday trip lah yaw. Babai

Farid kata: Nak request pi River Safari singapore lah tuk harijadi beta. k bye

Thursday, December 31, 2015

Revolusi tank manzora

Haa nak cerita pasal tank gak lagik. Ini kali membawa kan kisah revolusi tank 60cm manzora yang berubah rupa within few weeks. yer mmg tak patut, tapi hati tak tenang bila tank tak sama apa yang kita mahu *alasan. so meh ikuti sorotan sepanjang 10 minggu dari mula tank ini dibuka. Cam kan ko bukak kedai plak.


PLAY SAFE
Mula semat dalam hati, tak mo dah buat fully planted tank, sbb mmg bebetul mencabar la hai nak memantain kan planted tank, mana nak pikir baja la, co2 la blablabla so banyak benda nak ambil kira. (kalau nak senang ko bela je la ikan mas lam balang oi) pastu decide nak pakai gravel putih ni je. Dan keep anubias as main plant. so ia bertahan like few weeks, pastu jiwa dah start kacau.



KEGILAAN MENDATANG
Pastu ada masalah surface, dah surface berfilem minyak bagai, so beli another OF filter ini kali yang Ultra nipis plus skimmer, seriously for those yang ada masalah permukaan air, boleh beli filter ni, ada tiga saiz dan murah dan yang paling penting efisyen. "Takpe ke running dua HOB dalam satu tank?" ntah, tapi takat ni gue tak menghadapi apa apa masalah. Pastu dah start beli pokok pokokkan plak, berlanjutan everytime gue ke kedai aquarium. Pada mulanya cam gusar lah jua, maunya tak, nak tanam pokok without any soil, cam eh boleh ke? tapi gue tanam kan je, kot kalau meninggal, hangkat dan lalu buang la. gue tambah hair grass dengan penuh keyakinan. Tak yah pikir pikir runsing lagik. Dan gue tambah few Rummy nose tetra ngan black widow tetra lam tu, dah cam chowkit la tank, banyak ikan dan najis pon merata rata.



BERMULA LAH EPISOD CRAMP
Pastu everything going well, smua pokok hidop dan gue tambah ADA multi iron bottom sumbat lam tanah, pokok naik kurus tinggi, kekdahnya sbb tak running co2 pon kan? so kurus melidi la ia, tapi still idop. Gue tambah pokok pegaga lam tu, pon cam ala ala je nak hidop nya. Dah takde nutrient dari soil gamaknya kan. Hair grass pon dah dicabot, sbb manzora pandai sangat, beli pokok tak kaji dulu, rerupanya hairgrass perlukan co2, dan gue tak running pon co2 lam ni sbb nak mengekalkan konsep low tech tank katanya. Yang lain smua jalan lancar, takde masalah Algae ke apa, hidop aman dan tenang, tapi 20% water change tetap di lakukan setiap weeekend.



GUNDAH SBB PENGCAHAYAAN
Hati dah mula tak tenang balik, bilamana terpikir pasal lighting plak. Untuk memula setup gue nak buat low tech tank, lalu gue rembat la lampu T8 sahaja. yer la kata low tech kan, maknanya cost pon low, so beli T8 60cm baru rm90 je, mmg murah sbb lampu ni tak berapa nak terang  sangat dan tak berapa sesuai dengan pokok, hanya sekadar menerangi tank je. So gue beli gak LED baru, google punya google, jumpa aqualighter, produk ukraine, LED 60cm, kalis air dan nipis gila, harga? rm320, yer sila meninggal dunia, dah ko nak yang nipis la, kalis air la, ko tanggung la sendiri kan.

Then bermula lah episod manzora mmg bebetul dah tak keruan dalam hatinya, kene juga rescape every each thing and paling penting dia belajar how important soil and fert dalam aquascaping. Ambil buku note, on laptop, start google apa apa yang patut.


HARAPAN KEPADA PENGAKHIRAN EPISOD GUNDAH GULANA
Makanya terjadik lah tank sperti gambarajah di atas, gue kasik detail:

a. first, gue stack batu batu tu, yer total berat batu yang baru adalah 10kg, tak masuk batu batu lama, luckily gue bisa mendapati batu yang sama jenis dari kedai yang sama. Bayangkan berapa total berat tank ni kalau nak pindah nanti?! pengsan cangkung nak angkat.

b. lepas dah stack stack sambil sambil seselit tiga batang kayu yang tersalah ukur, sbb panjang benar, gue taruk dalam stack batu tu, then taruk soil, taruk root wood kecik kat atas tu. pastu boleh lah bercocok tanam.

c. Gue guna few type of anubias diselit dan diikat pada kayu, gitu juga moss, rasanya weeping moss kut (sangatlah mencabar nak ngikat moss pada kayu). Gue guna empat wabikusa, letak je atas tanah, then bahagian dasar, tabur je pasir gitew. Kenapa tak letak tanah? sbb kalau letak tanah, takkan nk biar kosong? dan bila dah kosong kene la bercucuk tanam bahagian tu, dan itu melibat kan kos lagik kan? so biar pasir dulu, nanti ekonomi dah stabil, gue akan fikir langkah seterusnya.

d. For ikan, gue letak dua ekor SAE, dan semilan ekoq rummy nose. gue pilih rummy nose bukan stakat mukanya yang merah cantik, bahkan muka yang merah tu petanda kualiti air tank adalah sihat. (tak bererti korang tak perlu nak test air yer, tester tetap diperlukan dalam hal ini)

e. Filter pula, gue dah take out OF HOB tu, so tinggal OF ultra seketoi (masih kekal sbb surface skimmer ia adalah bagus) dan tambah satu canister kecik Shiruba. Yer filter ni mmg thorbaek, senyap dan nak setup semudah one two three, sangat di-recomend) dan murah jua. Nanti gfue reviewkan ia disini.

f. Co2 tak beli lagik refill nya, so dah boli nanti boleh pasang terus.

So apa yang perlu adalah tunggu dan mantain tank sebaik mungkin. Oh terlupa pula. dikesempatan mengapdet blog ini, gue nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada adik ngan kemal sbb bagi tank ADA 60F (shallow tank). tank idaman saya sempena hari jadi saya. Dan tak lupa pada kak tin pinpon dan sopiah bg hadiah berupa wangtunai utk membeli alatan tuk mendoodle. (nanti di cerita dalam entri lain). So dah ada tank lain plak, gue kene tutup tank 35cm tu kot sbb mana laratnya nak mantain sampai 3 tank dalam satu masa, (iolls bukan wonder women). So wish me luck!

*Bak kata kemal, macam bebudak dapat lego*

Farid kata: makasih yg tidak terhingga pada temen temen yang temanin gue sampai ke penang sana membeli pokok pokokan. Yer gila sampai ke penang yer.

Friday, February 27, 2015

Menyambut harijadi awal

katanya suka sayang sama burger, so pembuka entri kene la gambo burger.


Last few week, gue ada ke fuel shack, memula pasang niat nak ke kedai lain, tapi ketutupan pula. Pastu dah alang alang ada kedai burger, so kita belasah burger. Secara keseluruhan nya gue amat suka sama fuel shack. Boleh pergi lagi next time. Tetiba terus bagi komen. Ok dah tu je, tutup kisah burger. Next....

*Cekak glow in the dark ditaja oleh tasya*

Last week berperancangan nk mensurprise hari jadi kemal. Harijadi yang sbenar 25 feb, so sebab smua bizi, so kita selebret awai. So gue, adik, tasha ngan shila keluar mempersiap kan segala kelengkapan. Beli dominos ngan kek je pong. Pastu kemal kol sbb dia nak mai umah lalu bertanya kami kami ni dimana, puas la gue kelentong kata pi hantar barang orang order bagai bagai, yang pastu kemal duk tanya lagik macam macam, dah gue tak terjawab, maklumlah naive tak pandang berbohong miahahaha. Pastu dah sampai umah terus sesiapkan makanan lalu gue pi tutup mata kemal. Oh is ngan ana jua ada menghadiri dengan berbagai bagai jenis makanan dibawanya.

So dah nyanyi, dah potong kek, bukaklah hadiahnya:

*Shila mambu kasik plate salamelekum tuk umah baru kemal*

*Adik ngan tasya share beli jam dinding piula*

*Farid manzora kasik patung rilakuma tgh meniarap*

*Gambar pi makan makan seafood*

Ok dah tu je rangkuman beberapa minggu, cerita langkawi tak abis lagik kekdahnya, nanti gue sambungan. bye

Farid kata: mood kelaut

Wednesday, March 5, 2014

Berstimboat, bergrilled dan berkarok dan happy birthday


*Para peserta kem nyanyi bakat nyanyian bintang kecil*

Hari tu hari jadi kemal 25 mac, jadi memasing berperancangan nak pi makan makan. Pilih punya pilih makan je kat Tanjung tuan resort tu. Namanya coconut hapa ntah. Ada la stimbot ngan grilled bagai. Regenya lebih kurang rm45 per person, tapi kami kami ni amek tuk 3 person je. Aterr mahai gitu pastu konpom tak abis punya.

*Dulu kala pernah skali mai sini, tapi dulu pakai tong gas besar, gigih kau, tapi skang dah canggih*

*berkati ko butter di taruknya*

*ABC tu rege sploh hengget, rasanya tak de la hebat mana*

*Ada daging tuk di panggang, ujung ujung jadi daging tetel*

*Ikot giliran nak memasak, hamidah wahab tgh perati je*

*Lawan betol wallpaper dia*

*Takde orang makan kat sini, sadis*

Pastu pi karok dalam kul 930pm. Seawalnya Shila sudah nganto kan kek kat kat tempat karok tu pepetang sbelum tu, kira nak seprais bagai la. Tgh feeling feeling nyanyi tetiba skrin tukau kuar lagu birthday, potong tauuuu. Pastu masuklah makcik jaga kaunter karok tu bawak kek. Jangan tak tau, lagu birthday dalam bahasa cina, ko mampu? 

*Tun katanya, huntong laaaa*

*Trend skang potong kek sambil rukuk (kat skrin tu masih lagi berkumandang lagu besday cina)*

*Model kedai kek, yang shila (Juara bintang kecil) kat blakang duk senyum apa ntah tak tau*

*Pemenang pos bersama hadiah cabutan bertuah*

So pada kemal, kami ucapkan selamat hari jadi yang ke 18, smoga dimurahkan rejeki dan di panjangkan umo. sehingga kita bertemu lagik *rampas mic nyanyi lagu kak eton #pose
ujung ujung baru pasan muka gue takde dalam entri ni *Nanges tepi waiter bangla

Farid kata: Jangan salahkan orang jika kita sendiri tak pernah pun berusaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis