Showing posts with label neon tetra. Show all posts
Showing posts with label neon tetra. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Revolusi tank manzora

Haa nak cerita pasal tank gak lagik. Ini kali membawa kan kisah revolusi tank 60cm manzora yang berubah rupa within few weeks. yer mmg tak patut, tapi hati tak tenang bila tank tak sama apa yang kita mahu *alasan. so meh ikuti sorotan sepanjang 10 minggu dari mula tank ini dibuka. Cam kan ko bukak kedai plak.


PLAY SAFE
Mula semat dalam hati, tak mo dah buat fully planted tank, sbb mmg bebetul mencabar la hai nak memantain kan planted tank, mana nak pikir baja la, co2 la blablabla so banyak benda nak ambil kira. (kalau nak senang ko bela je la ikan mas lam balang oi) pastu decide nak pakai gravel putih ni je. Dan keep anubias as main plant. so ia bertahan like few weeks, pastu jiwa dah start kacau.



KEGILAAN MENDATANG
Pastu ada masalah surface, dah surface berfilem minyak bagai, so beli another OF filter ini kali yang Ultra nipis plus skimmer, seriously for those yang ada masalah permukaan air, boleh beli filter ni, ada tiga saiz dan murah dan yang paling penting efisyen. "Takpe ke running dua HOB dalam satu tank?" ntah, tapi takat ni gue tak menghadapi apa apa masalah. Pastu dah start beli pokok pokokkan plak, berlanjutan everytime gue ke kedai aquarium. Pada mulanya cam gusar lah jua, maunya tak, nak tanam pokok without any soil, cam eh boleh ke? tapi gue tanam kan je, kot kalau meninggal, hangkat dan lalu buang la. gue tambah hair grass dengan penuh keyakinan. Tak yah pikir pikir runsing lagik. Dan gue tambah few Rummy nose tetra ngan black widow tetra lam tu, dah cam chowkit la tank, banyak ikan dan najis pon merata rata.



BERMULA LAH EPISOD CRAMP
Pastu everything going well, smua pokok hidop dan gue tambah ADA multi iron bottom sumbat lam tanah, pokok naik kurus tinggi, kekdahnya sbb tak running co2 pon kan? so kurus melidi la ia, tapi still idop. Gue tambah pokok pegaga lam tu, pon cam ala ala je nak hidop nya. Dah takde nutrient dari soil gamaknya kan. Hair grass pon dah dicabot, sbb manzora pandai sangat, beli pokok tak kaji dulu, rerupanya hairgrass perlukan co2, dan gue tak running pon co2 lam ni sbb nak mengekalkan konsep low tech tank katanya. Yang lain smua jalan lancar, takde masalah Algae ke apa, hidop aman dan tenang, tapi 20% water change tetap di lakukan setiap weeekend.



GUNDAH SBB PENGCAHAYAAN
Hati dah mula tak tenang balik, bilamana terpikir pasal lighting plak. Untuk memula setup gue nak buat low tech tank, lalu gue rembat la lampu T8 sahaja. yer la kata low tech kan, maknanya cost pon low, so beli T8 60cm baru rm90 je, mmg murah sbb lampu ni tak berapa nak terang  sangat dan tak berapa sesuai dengan pokok, hanya sekadar menerangi tank je. So gue beli gak LED baru, google punya google, jumpa aqualighter, produk ukraine, LED 60cm, kalis air dan nipis gila, harga? rm320, yer sila meninggal dunia, dah ko nak yang nipis la, kalis air la, ko tanggung la sendiri kan.

Then bermula lah episod manzora mmg bebetul dah tak keruan dalam hatinya, kene juga rescape every each thing and paling penting dia belajar how important soil and fert dalam aquascaping. Ambil buku note, on laptop, start google apa apa yang patut.


HARAPAN KEPADA PENGAKHIRAN EPISOD GUNDAH GULANA
Makanya terjadik lah tank sperti gambarajah di atas, gue kasik detail:

a. first, gue stack batu batu tu, yer total berat batu yang baru adalah 10kg, tak masuk batu batu lama, luckily gue bisa mendapati batu yang sama jenis dari kedai yang sama. Bayangkan berapa total berat tank ni kalau nak pindah nanti?! pengsan cangkung nak angkat.

b. lepas dah stack stack sambil sambil seselit tiga batang kayu yang tersalah ukur, sbb panjang benar, gue taruk dalam stack batu tu, then taruk soil, taruk root wood kecik kat atas tu. pastu boleh lah bercocok tanam.

c. Gue guna few type of anubias diselit dan diikat pada kayu, gitu juga moss, rasanya weeping moss kut (sangatlah mencabar nak ngikat moss pada kayu). Gue guna empat wabikusa, letak je atas tanah, then bahagian dasar, tabur je pasir gitew. Kenapa tak letak tanah? sbb kalau letak tanah, takkan nk biar kosong? dan bila dah kosong kene la bercucuk tanam bahagian tu, dan itu melibat kan kos lagik kan? so biar pasir dulu, nanti ekonomi dah stabil, gue akan fikir langkah seterusnya.

d. For ikan, gue letak dua ekor SAE, dan semilan ekoq rummy nose. gue pilih rummy nose bukan stakat mukanya yang merah cantik, bahkan muka yang merah tu petanda kualiti air tank adalah sihat. (tak bererti korang tak perlu nak test air yer, tester tetap diperlukan dalam hal ini)

e. Filter pula, gue dah take out OF HOB tu, so tinggal OF ultra seketoi (masih kekal sbb surface skimmer ia adalah bagus) dan tambah satu canister kecik Shiruba. Yer filter ni mmg thorbaek, senyap dan nak setup semudah one two three, sangat di-recomend) dan murah jua. Nanti gfue reviewkan ia disini.

f. Co2 tak beli lagik refill nya, so dah boli nanti boleh pasang terus.

So apa yang perlu adalah tunggu dan mantain tank sebaik mungkin. Oh terlupa pula. dikesempatan mengapdet blog ini, gue nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada adik ngan kemal sbb bagi tank ADA 60F (shallow tank). tank idaman saya sempena hari jadi saya. Dan tak lupa pada kak tin pinpon dan sopiah bg hadiah berupa wangtunai utk membeli alatan tuk mendoodle. (nanti di cerita dalam entri lain). So dah ada tank lain plak, gue kene tutup tank 35cm tu kot sbb mana laratnya nak mantain sampai 3 tank dalam satu masa, (iolls bukan wonder women). So wish me luck!

*Bak kata kemal, macam bebudak dapat lego*

Farid kata: makasih yg tidak terhingga pada temen temen yang temanin gue sampai ke penang sana membeli pokok pokokan. Yer gila sampai ke penang yer.

Tuesday, October 20, 2015

Men-setup akuarium simple gaya farid manzora

Tajuk cam pro pro je kan, tapi tak pro mana pon. Miahaha tapi tetap gak nak share ngan korang. Baca dan feeling feeling je la ek. (ni setup bukan tuk fully planted tank yer)

1. Langkah pertama:
-Basuh dan berus batu batu yang di beli, tak kisahlah batu ke atau apa apa perhiasan yang korang nak pakai dalam tank tu, make sure basuh la dulu, tp jangan plak korang sental ngan sabun yer, cukup la sekadar gosok ngan berus sahaja. Pokok pokok hidup yang korang nak gunakan pon harus dibasuh dulu, ini bagi mengelakkan segala anasir anasir yang kita tidak undang duduk dalam tank korang like siput dan alga alga.

2. Langkah Kedua:
-Masukkan pasir atau gravel kedalam besen, tapi ingat! tanah atau aqua soil sila jangan pakai teknik ni, nescaya jahanam lah aqua soil korang tu (hancur dan hilang lah nutrien dalam tanah tu). So dah masukkan gravel ke dalam besen, pastu boh air lam tu, pastu ramas ramas la sikit (kalau terror, korang buat cam mendulang emas), pastu buang air, ulang ulang proses tersebut sampai abang jamil mampos, gue ulang proses ramas dan buang air sebanyak lima kali, tu pun kaki dah krem sbb kene mencangkung. Pastu selagi air tak jernih, selagi tu la korang ulang ramas gravel tu. Ni nak make sure supaya bilamana di campak kedalam tank nanti, takde la air menjadi cloudy keruh hingga menaikkan darah.



3. Langkah Ketiga:
-Boleh pasang filter dan kelengkapan lain, tapi lampu tu, letak tepi dulu, camna lak kekdah nya nak masukkan gravel dengan lampu duk tgh tgh tank tu kan? Kalau ikot sukatan gravel gua ini, kene basuh dua trip, kalau basuh gravel 8 kilo sekali harung, mau terpengsan cangkung pula nanti. So bila dah abis membasuh, buang segala air yang ada, pastu boleh la masukkan lam tank, disebabkan farid manzora kekurangan tools, kita pakai cawan je sebagai setim-roll bg gelek gravel tu rata. Bila satu layer dah settle, boleh lah susun korang punya pokok dan perhiasan tu. Tips disini, jika menggunakan sebarang batu, biarkan tepi tepi batu tu di kambus sedikit supaya menampakkan rias natural nya itu. Kalu letak centu je, nampak sangat fake nya nanti, dan jangan la susun segala batu atau pokok dekat sangat dengan dinding akuarium, nanti nak membuang algi ke apa ke kat dinding akuraium cam kepayahan pula.


4. Langkah keempat
- Setelah berpuas hati dengan susun atur tersebut, boleh la di tambah gravel yang selebihnya itu. Pastu tadah la air secukupnya tuk memenuhi tank itu. Gua gunakan breeder box tuk halang air yang terjun ke dalam tu menjahanamkan segala dekorasi. Kalau takde breeder box tu, boleh gua piring, tupperware atau sebagainya. INGAT jangan tuang air straight ke dalam tank, kelak anda bakal menyesal, segala debu, gravel smua tonggang langgang. Eh chop, sbelum tuang air tu,make sure korang dah letak anti klorin dulu. kang tak memasal meninggal segala jenis hidupan dalam tank uolls.


5. Langkah Kelima
- Pasang lampu, on filter (tuangkan sikit air dalam filter tu bantu ia mula berfungsi). Extra tips, get ur self satu termometer, murah murah je pon, yang takat sangkut tepi dinding tank tu baru rm5, boleh la memantau keadaan air tank tu, ko terlalu sejuk ke, atau terlalu panas ke. Pastu jangan pulak korang dan din dun terus campak ikan lam tu, bebawak bertenang dulu. Biar lam sehari dua, tuk good bakteria berkembang biak dalam tank tu, dan lagi waktu tank baru baru tu, nitrate, nitrite dan amonia tgh spike mencanak, then after sehari dua, korang boleh la decide nak mulankan cycle tank korang dengan ikan ataupun fishless cycle. tu dah bab lain, nanti gue cerita yaw.

Atas tu adalah tank lama gue, ia berkonsep planted tank yg carca marba. So setupnya adalah lain benar dari tank baru. Nanti ada masa terluang gua akan rescape la balik.


6. Langkah Keenam. 
After a few week, pada korang yang ada bajet beli la water test kit like pH tester dan amonia tester. So boleh test keselamatan air dulu. Kendian boleh la decide ikan apa korang nak beli. Make sure do some research tentang ikan ikan yang korang nak beli tu yer. Google saja, banyak info boleh dapat lam tu, like suhu yang sesuai, pH, water hardness yang sesuai dan tahap keganasan ikan yang korang nak beli tu, kene la tgk kot korang nak bela more then 1 spesis lam tank tu, sesuai ke idak nak jadi tank mate. Jangan main taram je apa korang nak campak lam tu nanti. Sbb tak smua ikan sesuai untuk hidup dalam tempoh tank tgh cycle. Kalau dah stable leh la beli ikan ikanan yang korang idamkan.
lastly...
ENJOY your new tank!

Mesti korang tertanya tanya, farid manzora kata tank baru ni bukan planted tank kan? tapi awat ada pokok? haaa tu pokok yang dipilih adalah dari spesis Anubias, anubias tidak memerlukan tanah tuk hidop, dan juga tidak memelukan sebarang nutrien tambahan like baja etc etc. So pokok jenis ini amatlah bersesuaian bg beginner yang baru nak menjebakkan diri dalam arena pengakuriuman ini.


Farid kata: Jangan anggap bendalah camni susah kalau dah minat, learn something new is fun, titik.

Monday, October 19, 2015

Anggaran kasar tank baru

60cmx30cmx30cm Tank- Rm328.00, beli kat AquaParadise Shah Alam, ini crystal glass, so cantek la kacanya. Kalau diikutkan, banyak je aquarium memurah dia sekitar lembah klang ini, cuma kualiti dan harga adalah berbeza beza. Kekdahnya terpulang pada para pembeli membuat pilihan dan menyuai padankan dengan bajet masing masing.




Kabinet drawe buatam ikea, RM195, ngapa pilih cabinet camni? sbb murah dan santek tapi nak memasangnya mmg hazab, tak caya tanya adik pompuan gue yakni selaku penolong teknisyen memasang lemari ini, tapi bila siap mmg berbaloi baloi wa cakap lu


Pastu kene pikio pasal lampu, memula niat tu mmg la nak beli LED, skali tgk rege LED 60cm, smua dua ratus ke atas, rasa nak pitam plak, so bajet bajet memula nak beli T5 (lampu jenis ni mmg sesuai tuk planted tank) tapi pikir balik, gua punya setting tank bukan heavy planted pon, pastu cam beli je la T8 ni, janji berlampu, lagian T8 hanya RM80 ni murah banyak dari T5.


Filter plak (gamba atas ni cilok dari google) gue memilih Ocean Free HOB (hang on back) no 2, ngapa pilih ocean free? sbb previous tank pakai OF so senyap dan bagus. Ngapa pilih hang on back instead of canister filter? sbb murah bahaha, kalau ada bajet gue upgrade la ke canister, lagian tank tank besau sesuai benarnya pakai canister filter. Tapi, pada yang memasang niat tuk mendapat filter seupama ini, gue sarankan beli OF ultra Slim, sbb harganya sama, cuma nipis sikit dan mungkin kalau nak buat penambahan media cam boleh masuk sikit je la instead OF yang gue beli ini, bahagian media tambahan nya besau, tapi yang bestnya ultra slim ni didatangkan dengan surface skimmer skali, so tak yah pepening nak beli surface skimmer di kendian hari. Filter OF HOB RM59.00


So tuk gravel nya piula, gue dalam dilema sebenar nya, antara memilih pasir halus atau pun kekasaran sikit. Mmg la pakai pasir mmg cantek, tp nak memantain nya mmg cam keharom, tu belum tetiba pasir masuk lam filter, dan menjahanam pula. So tuk langkah keselamatan, kita pilih Shirui S3, sekampit adalah rm26.00 tuk 4 kg, so kita up dua kampit jadinya 8kg, so jadinya RM52.00

Ada few lagi barang like batu yang cost RM18.00 tuk sekilo dan gue beli 3kilo terus. So few pokok yang gue beli baru dan ada yanggue pakai dari tank lama. So tu tak kira sangat la. And most importantly, harga ikan tak dikira lagi sbb belum decide lagi nak taruk ikan apa. So total kasar tuk projek ini adalah 

Tank              = RM328.00
Kabinet         = RM195.00
Lighting        = RM80.00
Filter             = RM59.00
Gravel           = RM52.00
Ryuoh Stone = RM60.00

Grand total= RM774.00

So pasnih, kot ada sesapa nak beli tank baru, gue boleh bagi cadangan harga, sbb dah naik buntu duk serbei segala mak neka harga barang. So next entri, cara cara setup tank gaya manzora pula. Ok bye

Farid kata: get a better job before pilih hobi ini, hahaha 

Friday, October 16, 2015

Update dari tahun gajah


Ajer gila lama tak update, pastu satu hari tetiba terasa satu penamparan kenapa kau tak mo update blog lagik dah?! so ketakutan, then terus upload gegambar. Ok skang ni duk leka dengan tank ikan sesaja. Banyak benda nak cerita sama korang tp cerita memana isi isi penting dulu.

Masa memula setup tank, gue ini tak de la terpikio pasal nak test kandungan air ni smua kan, pastu tetiba satu hari tu, gue terbeli pH tester kit, pastu test la. Skali tgk pH adalah 3?! ajer gila kan, natural adalah 7, apa kekdah ke 3 yang acidic terlampau. Pastu mula la terpikir segala mak neka kemungkinan, patut la gue punya pokok pokokan cam susah nak bernyawa. Tapi kenapa ikan leh hidop aman dan damai? misteri nih tu baru test pH, belum test segala mak neka yang lain macam amonia bagai.

pastu gue dah beli tank baru di aquascape paradise kat shah alam, its a 60cmx30cmx30cm, senang cerita 2 kaki punya tank, cost me around rm328 include gst. So beli lampu, filter, medium ngan batu smua dah beli, tinggal pokok saja belum beli, dan dah boleh start nitrogen cycle. Tp misteri masalah tank kecik tak selesai lagi. Sesambil gue beli beli peralatan kat Aqua Legend di seremban, gue bertanya tanya la sama nyonya bernama Jane ni, katanya bogwood dalam tank gue itu adalah saspek utama, so gue balik, google itu ini, bawak kluar kayu, buat water 50% water change, test lagi pH, yaw kayu tu adalah mengeluarkan tannin yang menyebabkan air jadik asid. Tp kenapa ikan buleh pulak hidop? kata Jane, neon terta asal nya dari sungai amazon yang tahap pH nye sangat rendah, so dorang boleh adapt kondisi air begitu, so no wonderlah takde yang meninggal pon. Sekian.


*Rupa paras tank baru, nampak macam besar sbb kosong lagi kot, bila dah mula setup, kompom la ni nampak sempit*

*Itu hari kuar pi cari kabinet drawer nak dijadikan stand tank baru tu, pastu termakan plak kat ikea dulu*

 *satu tin rm13, sekian*

Tips: di samping bagi pallet or flakes pada ikan, anda boleh try frozen blood worm atau brine shrimp sebagai makanan sampingan. Brine shrimp ni ada berbagai bagai jenis, ada yang kering, ada yang dalam tin macam sardin dan ada yang frozen. Knowing gue yang femalas ni, kuasa la nak membancuh bancuh segala, so beli dalam tin, ceduk dan campak lam tank, ikan pon hepi sbb dapat makan brine shrimp, oh disamping tu, gue juga bagi frozen blood worm, pallet dan flake jua"

*kabinet drawer hitam tu adalah mencabar nak memasang nya*

Tu dia perbezaan tank lama dan tank baru. Kekdahnya memula plan nak buat biotope tuk tank baru, tp bila pikir pikir balik, kalau buat biotope kompom kene kuningkan air dengan tannin baru nampak real dan gue pula adalah trauma yang melanda, menikam nikam jiwa dengan tannin segala ni, so abaikan plan asal itu. Setup baru mungkin simple dan sedikit tumbuhan tumbuhan sahaja. nanti dah settle setup, gue kasik sumbat info detail dan gambar dalam ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis