Thursday, October 20, 2011

Patah tumbuh hilang berganti

*gambar ini agak mencacat, tak abis upload barangkali, kira cincai je la yer*

Selepas mengeluh beberapa kali akibat tidak menahan keberatan mengendong laptop yang beratnya 2kg, gua mengambil keputusan untuk menukar kan nya menjadi ringan bak kapas. Bukan guna ilmu hitam atau blek mejik. Tapi kasi lelong yang lama beli yang baru la. 

*i love that smell from new macbook, harummmmmm*

Setelah mengumpulkan maklumat dan membuat perbandingan, ceh macam la lu nak beli rumah banglo tiga stengah tingkat. Gua membuat kata putus untuk membeli Mekbuk air. Didatang kan dengan OS x Lion, os terkini dari Apple. Banyak juga la perbedaannya, tapi gua tak abis godek lagi. Disebab kecoh benar nak yang nipis lagi ringan bak gegula kapas, mekbuk air ini tidak mempunyai dvd rom, jadi gua terpaksa beli plak superdrive utk membaca dan membakar dvd mahupun cd. 

*Abaikan latar belakang yang serabai macam sarang musang itu*

Jadi yang baru dah dapat, yang lama? gua kasik lelong la. Mekbuk pro gua mula di jual pada harga rm2400, harga boleh nego sikit la. Kotak smua masih komplit dan yang penting mekbuk gua tak pernah mengalami sebarang kerosakan software mahupun hardware. Sangat tiptop. Walau sedih gua tetap melelong mekbuk pro itu kerana kalau gua simpan, nanti nampak sangat gua ketamakkan. Setiap yang datang pasti akan pergi, ceh poyo la lu. Ok pada yang berminat boleh hubungi gua untuk keterangan lebih lanjut ya. <-hubungi berkenaan mekbuk sahaja, kalau berkenaan jodoh bolehlah menghubungi di talian satu lagi muahahaha cibss

Farid kata: Gua dah tambah 3 bijik model pesawat, nanti gua sumbat gambar dalam ini ya

2 comments:

TiNiE said...

off topic :
mana pesawat utk aku, seperti yg kau janjikan dulu...sobbsss

farikh said...

alamak kak, insyaallah aku pi nanti aku beli, kat klang murah, kat cokit cam mencekik mahal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis