Wednesday, February 17, 2016

Ke KK lah kita 4: Ladang Lembu dan Muzium Perang

Haaa kekdahnya lepas dari tamparuli tu, kami ke kaki kinabalu, tapi gambar ntah mana tak jumpa plak lam enpon, update je apa yang ada lu lam ni ek (ayat nak selamat kan diri). Ok pastu ke Desa Cattle Farm lah kita. Dekat je ngan town Kundasang, nak bagi direction tak hengat, so tgk signboard mesti korang jumpa. Masuk berbayar yer tuan tuan smua, kira per head rasanya. Ajer nak tgk lembu je pon, tatap nak kene bayar. Tang bayar tu satu hal la, ni keadaan jalan masuk nya tu pehal satu macam hazab? berlobang lobang berlekuk lekuk, harus diingat yer, bukan takat satu dua lubang, sepanjang panjang jalan lubang. For tuan tanah tu, dah dapat banyak duit kutipan bayaran masuk, bebawak la turap jalan tu memolek.


*Lapang tak bererti takde kete atau pelawat yer, smua kete kene parking jauh sudahnya*

Setelah menghadap kehazaban jalan yang membuatkan diri anda melambung lambung, maka sampai lah di tempat lembu ini. Gigih punya pasal nk tgk lembu. Kat dalam ni ada jual makan makan, air susu segala, so beli apa korang nak makan. Dah ada makanan, ajer gila tiga gergasi ni nak buat tak tau, harus la beli beli cam nak buka posa, then cari la port. Kekdahnya kami ni datang hari ahad, so ramailah umat. Nk cari port nk makan pon cam mencabar.

*haaa tgk gambar susu teringat, kami beli dua kotak kecik ngan satu kotak besar susu tu, pastu dua kotak dah settle di telan, tinggai kotak besar, pastu lupa punya pasal, sampai KK balik, susu tu jadi tofu kauuuuuuuu adoi rugi rugi*

Kemal jumpa la tempat makan yang sesuai, ngadap tempat perah susu sudahnya, tapi takde plak keliatan lembu disitu, gamak belom masuk waktu nak memerah lah kut. Bedal je apa yang dah beli tadi, pastu sambung pusing. kat sini smua berjadual, cam jadual perah susu dan lain lain. so kalau nak mai situ tak kene waktu, bertabahlah tunggu yaw. Tapi kami tak tunggu pon, kuasa la hai, banyak tempat lain nak kaver.

Jalan jalan belah luar jumpa la kandang lembu, bergambar lah sedaya mungkin. Kemek kemek muka tahan bau najis. Phewwwwww. Pastu tak menahan sangat dah terus jalan ke tempat lain. Adik ngan kemal sambung bergambar ntah kat mana mana ntah, gue tunggu di kereta, pening lalat sudahnya bau najis berterusan.

*senyum paksa, kemal ngan adik gigih berbaju sejuk, walhal panas oi waktu tu, ko tgk nyonya baju merah tu, siap cekak pinggang, bergaya sungguh*

*bau najis masih menghantui, dah nama pi landang lembu harus la bau najis lembu, takkan bau durian plak?*

Pastu dah kompom smua dah settle, segala gambar gambar yang dimahukan sudah diambil (seboleh nak gambar ala ala new zealand kekdanya) moh kita pi makan tengah hari la yer. Tak tau nak pi mana kekdahnya, so kluar ke pekan kundasang tu, ada kehepsi, laa lantak situ je la. Dah kenyang, tgk peta ada war museum berdekatan. So zasss je la, masuk dikenekan bayaran, tapi tak ingat berapa hengget.

*Dah makan kenyang sila daki tangga kat blakang tu*

Kekdahnya dalam ni memperingati kisah kisah di Sabah tu kot, ntah gue tak abis baca, sibukkan kepanasan je. Tak silap gue, ada majlis yang diadakan tetiap tahun kat sini untuk memperingati mereka mereka yang terkorban masa perang.

*punyalah terik waktu tu*

Dh berpusing pusing lam tu, moh je la balik, acik dah penat ni. tapi knowing adik gue ngan kemal yang kaki berjalan ni, takkan mana nya sewenang wenang dorang nak terus cek in hotel. Mesti ada je tempat dorang nak pegi lagi ni.

*Terjakun jakun tgk hydragea besaq camtu*

Bersambung..

Farid kata: Jenuh la nak memperingati jalan cerita, ni la natijahnya malas nak update awal awal, dah tau tua ingatan tak kuat, baru nak update.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis