Punyalah dah abis idea nak bagi tajuk, terus letak "dan sebagainya..". Ok sambung yer, dari tempat ternakan lembu yang ala ala new zealand, pastu ke muzium perang pastu langsung ke Fish Spa Ranau, kira cam ke atas lagi dari kundasang la, ia merupakan sungai tapi ada banyak ikan kelah, kekdahnya tak leh amek gambar, kalau nak amek gambar kene bayaq lain, so gue ini ngambil foto sipi sipi saja. Ikan kelah nya yer besar besar kauuu, takut hilang kaki pula nanti. Oh bayaran adalah mengikut waktu, nanti masa korang bayaq, dia bagi resit ada nombor, pastu bila dah taim abis, nombor korang akan dijerit di speaker. Sila lah beredar. Hampir terlupa pula, kat sini boleh bayar lain, tuk mandi ngan ikan. Kelas ke tidak?
*Waktu ini adalah sejuk*
Langsung dari Ranau tu, turun balik ke Kundasang sbb nk cek in kat Pine Kundasang. Sebelum tu singgah kat pekan Ranau, dan pekan Ranau ni cam canggih la juga jika dibandingkan dengan Kundasang tu, ada supermarket besar bagai. isi minyak dan baru sambung perjalanan ke Pine. Memula sampai tu cam ingat tak ramai la orang agaknya sbb nak masuk hari keje dah, rupanya tekaan ku meleset lalu melecet. Taim nk dinner, haa kau ramai betul orang kat tempat makan nya, gamaknya tempat makan ia pon takde la terlalu besar, so cam berimpit impit sikit la. Sekali imbas dah macam kedai makan kat korea sana. Makanan ia adalah ok la boleh ditelan.
*Abaikan tong sampah itu*
Gambar bilik tak sompek nak snap. Kekdahnya bilik kami ni sbelah ngan kawasan perumahan. So ok ok je la, yang penting tak de la rasa seram sangat. Sbb gue pernah pi mana ntah, duk resort yang takde orang pastu ketakutan, terbayang ada pembunuh mai nak bunuh ko dalam senyap. Pastu ko jerit jerit takde sapa nak tolong. Gituewwww.
*haa tu sipi bumbung umah orang*
Kalau ikotkan ciew nya adalah best sbb hadap Kinabalu, tapi sayang nya duk la berkabus kabus je dari tgh ari, so nampak sipi sipi saja. Overall resort ni okay la, tapi bilik ia agak menyempit, tapi bersih dan selesa la. Room serbis sikit lambat, but still datang la jua menserbis anda. Ada few hotel yang berbintang bintang, duk kol room serbis, mintak bantal extra sudahnya sampai nak cek out tak mai, not good not good. So pada yang mai Kundasang ni, boleh la jua disaran duduk sini.
Sambung lagi..
Farid kata: bila la nak abis cerita ni