Sunday, October 24, 2010

Bermakan malam dengan kecewa

*disebabkan aku paling tinggi makanya asik aku je la yang snap gambar kan*

Selepas mandi dlm bath tub yang penuh ngan buih buih sambil menyelam nyelam, pastu pakai bedak banyak banyak, kami pun bersedia untuk ke makan malam yang dia adakan di tingkat 7 hotel berkenaan. Bilik kami adalah di tingkat 20 yer kawan kawan.




Sesampai disana kami adalah antara yang terawal, aterr janji org melayu kan, mananya pon pernah awal. so duduk la pose pose muka sedih di meja makan. Berbagai bagai aksi dipertonjolkan, ada yang pakai kostum sang kancil, arnab, kekura dan tak kurang memakai baju melayu hitam disamping topeng shah rukh khan. Tema nya adalah Melaka Bersejarah, so sila la korang kaitkan sendiri segala kancil, arnab ngan kekura tu ngan sejarah melaka yer.






Setiap tetamu di hadiahkan ngan bekas nyonya yang kecil molek ni, dalamnya ada gegula balak ngan dodol. Asal usul nama gegula balak tu sila rujuk pada man yer, sbb dia yang duk kompang pasal gegula tu.




Makanan lah sangat tak sedap. wah selamba ko kan, org dah bg makan free ko lahap je la kan. Boleh lak ko bantai komen komen bagai segala. Ampunkan kami penunggu gua.


Ni namanya shark fin misteri sbb rasa nya adalah masam dan pedas. Ada ke pon shark fin kayak gitu? Bak kata norin, "shark fin asam pedas"


Peserta TH sedang dilauk oleh mc yang tehapa itu. Aku tak ambil gambar proper sbb aku dah tak koser nak bangun. Penyanyi yg disediakan pon adalah menggatal miang and very bitch u know. Eh kami duduk semeja ngan norin, sharul, ikhwan dan ryna. Mereka berpakaian berkonsepkan zaman kolonial. aku rasa la kihkih. dan mereka tercalon utk pakain kumpalan terbaik, tapi malangnya tak menang sbb meja aku je duk sorak bagai nak gila. tak pe ek korang cuba lagi tahun depan, aku mai bawak kompang, pasti menang.


*muka memasing tak leh blah hahahah sbb tak menang.*

Selepas berhempas pulas mendengar jawapan, dan ujung ujung grup kami tak menang pon, huhuhu tak pe tahun depan cuba lagi ya. Apa yang penting adalah semangat kesukanan yang tinggi melangit. Criter ni tak abis disini sahaja, pas dah makan free, ada plak idea nak pi makan lagi. Gila kan, ok nexttt.............



2 comments:

TiNiE said...

pic last tak boleh blah..
'pok pok pok..bujang lapok..'
tapi sebetulnya bukan bujang :))

farikh said...

hahaha kannn bapak bujang namanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis