Setelah berhempas pulas berjalan hingga ke subuh, bangun pepagi pi bekpes di tingkat 7, then naik bersiap utk piulang. semua pun adalah cam kemalasan mau pulang, melainkan sally yang berkobar kobar bagai nak gila mau pulang. hemm sesuatu disitu.
*Geng beg merah*
*apa apa je la keje korang berdua ni kan*
Sbelom pulang, takkan nak trus balik kan, pasti ada twist nya, gituu. Man sudah up idea mau jalan sampai membeli belah (tapi tujuan asal dia mau membeli bangsi hikmat). Lokasi yang dituju adalah apa kenama tempat tu, aku tak pasti, tapi letaknya berhadapan muzium kapal. (tetiba tingat pasal muzium kapal, ahh criter lama tu, teet tekan button erase) Kat sini ada dua tingkat kedai yang ko leh dapatkan segala mak nenek punya cenderamata dari bangsi hikmat membawak ke belacan.
*Dah masok lapan belas kali repeat kedai ni, ko tgk betapa kereknya riak wajah apek tu*
Kalau korang pasan, man tgh meleka membelek sambil membeda kan rege bangsi hikmat itu. Sally pula tak abis abis ngan keris kecik kemetotnya dan nok plak tak sudah berfikiran pasal keychain untuk anak buahnya. Dan aku mmg tak ada apa nak pikir, snap je la pics selarat mana yang mampu. Dah tawaf sampai dua kali sib baik mereka mereka ini membeli segala barangan idaman. Kalau idak harus aku amukkan tempat berkenaan. Penat dowh jalan lam tu. Berpeluh celah bedah segala.
Man dengan sukarela ingin menjadi paparazi la kononnya. Lantakkan sana, janji jangan ko amek pics yang tak senonoh sudahla. Selepas settle kat mlaka, kami pulang ke PD dulu untuk menghantar sally ke pangkuan kelorganya, dan sebelom itu nok sudah ngidam mau makan cendol, ada je kan maunya korang ni. Makanya singgah la di Soil Mosque (masjid tanah dalam bahasa melayunya). Koling koling cik mok tanya lokasi sbenar then sampai la kami. Tapi sayangnya aku tak snap sekeping pun gambo, aterr dah teleyo tgk cendol, harus aku campak tepi smuanya. Mee rebus berduet bersama cendol, terbaek deh.
Maka berakhirlah episod mencari anak kambing nani rete karun yang cam tak berkesudahan. Ni di sebabkan aku dah lama tak menulis makanya rajin la aku nak hurai satu satu, esok lusa agak agak aku dah muak, mau aku sumbat smua lam satu entri. Apa apa pun aku dah siap update dengan jayanya *clap clap clap untuk diri sendiri
Ps: Now aku beraksi dengan sebebasnya, tiada kekangan mahupun halangan. Kerana tiada kongkongan lagi dalam hidup aku. Makasih. Syukur alhamdulillah life become better now. ^ _^
No comments:
Post a Comment