Monday, January 31, 2011
Segmen Mari Menonton: Menyaksikan cerita hantu secara percuma
Khamis malam jumaat yang lepas aku dan maya di undang oleh kak tin untuk menonton Khurarat. *ceh poyo gila ayat. Sbenar benarnya kak tin sudah dapat tiket free dari kawannya yang berkerjaya di salah sebuah akhbar tempatan (amek ko ayat tak leh blah).
So selesai nya tugasan di pejabat kesayangan memasing, aku dan maya bergerak gerak khas menuju ke rumah kak tin untuk memungut beliau selepas beliau menghantar pranita beliau yakni anak anak beliau ke rumahnya. Panjang gila ayat without any noktah. Ko mampu? Sesampai di Mid, trus tuju ke Mcd, makan malam ditaja juga oleh kak tin yang bermurah hati.
Usai menunggu kawan kaktin bersama suaminya, kami pon masok lah panggong. *detail kan cerita aku. So aku tak akan tulis panjang lebar sinopsis cerita ini, disebabkan korang dan korang smua pasti dah menonton cerita ini. Jika belum sila pegi tonton. Cuma mahu memberi beberapa komen sahaja, now u like pengkritik filem tersohor pula.
Secara peribadinya, hantu hantu yang dipaparkan dalam cerita ini, adalah suam suam kuku *wah riak sungguh ko kan farid. Kira seram seram juga lah kerna muncul nya secara mengejut. Cuma cam ada adegan adegan cam kurang logik, upama, si sabrina tu yang telah meninggal dunia dan disumbat didalam peti simpanan mayat, dan aku tak paham kenapa si samsul pi bantai bukak plak peti simpanan mayat tu balik walhal ko boleh je berambus balik tanpa diselubungi dgn niat niat misteri kayak gitu. Ok kalau buat ikut logik, tak jadik plak cerita seram gini kan. Satu lagi adegan si sabrina tu tusuk tusuk pehanya ngan pisau, ngeri oi. Terasa rasa sakitnya *walaupon ianya hanyalah lakonan.
Dan part yang terbaik adalah bilamana samsul mengflash back balik apa yang beliau telah lakukan untuk memastikan si sabrina jatuh hati cinta mati sama beliau. Sedih pun ada, terkejut pun ada. Tak sangka la semua itu berpunca dari beliau yakni si samsul usop itu. Ok enough with the story, konklusi nya cerita berkenaan adalah berbaloi untuk di tonton, walaupun secara peribadi aku kurang berminat dengan cerita cerita seram tambahan cerita seram itu adalah cerita melayu. Dan paling tak leh blah kak tin tgk cerita seram tapi berkekek ketawa, motip ko ketawa kak?
Maka selesai menonton, maya mengdrop memasing dikediaman memasing. Dan disini saya ingin mengucapkan jutaan (bukan ribuan yer) pada kak tin kerana memberi kesempatan ini utk menonton cerita ini secara percuma dan tak dilupa kawan kak tin juga (kalau ada tiket free habaq mai la kak ek) dan maya kerna bersusah payah mengambil dan menghantar kami smua.
Pesanan si pengkritik filem: Pengajaran yang dipelajari, jangan la membomohi sesama manusia, dosa besar bila menyekutu kan Allah swt. Tak kisah la nak bomoh org ketika mengurat atau pun membomohi isteri atau suami sendiri. Not good!! not good!!
Labels:
mari menonton
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
eehh berapa kali si maya tu nak tonton khurafat?
sw33tdarling.com
2 kali, dan dua dua secara percuma
Post a Comment