Wednesday, February 2, 2011

kaler kaler si nyonya @the curve




Cerita ini adalah berabad lamanya. Knowing aku yang macam pak pandir manjang lupa je nak update skarang aku ingat dan aku update. Tu pun update waktu lunch hour *mati la kalau bos tau. ok ok, hari minggu yang lalu dan lalu dan lalu. Seperti biasa aku ngan double a merayap rayap di the curve. Sbenarnya baru balik dari sremban, so tak de plan mau kemana, ke the curve la gamaknya. So nak makan tgh ari sudah pening tak tau kedai mana yang menjadi pilihan hati. Jadinya ternampak kedai nyonya yang kaler kaler ni maka singgah lalu order.




Aku makan chee cong fun bersama kuah yongtau foo, dan sos cili <- cikai gila pakai sos cili je. Then air teh ais saja, dan double a amek pulut kuning bersama kari ayam yang enak. Mmg bebetul enak. Korang patut try test pulut ini, sbb kat chawan, bangsar pon ada pulut kuning, tapi tak seenak ini. *jangan saman saya pihak pengurusan chawan yer. Pulut anda juga sedap. *gigil*. Total makan makan di nyonya colors ini hanyalah RM18++ untuk dua org dan makanan tgh hari itu ditaja oleh double a, makasih.

*Pulut dah separuh baru nak snap*

Then dah selesai makan makan, aku pi gunting rambut di ikano, dah dua kali rasanya ke tempat gunting yang sama, sbb hasilnya sangat memberangsangkan. Tapi aku amek junior stylist saja, ater kata org misken, pasti la amek yang murah. Dan korang jangan lak tak tau, junior kat kedai tu pun gunting boleh tahan hebatnya. So dari aku membazir bayar extra 10 bux untuk pro stylist baik aku save dan amek junior saja. Stylist kali ini bernama Ellie, cina sabahan, sangat ramah tamah. Dan seperti biasa pesanannya, next time datang cari beliau. *marketing penting beb. ok ellie i'll see u soon ya. (gambar tak disertakan sbb aku tak nyempat nak snap)

*Straw upama mikropon*

Kalau kuar ngan aku, pasti la agenda makan makan menjadi tajuk muktahir. Tetiba dah masuk waktu minum petang. ("tetiba" katanya kan) So pilihan Double a pula adalah Papa Reach, hanya kerana beliau nak makan roti bakar. Knowing aku yang suka order yang meraban raban, trus up roti bakar bersama otak otak tanpa rasa was was. Uih mmg enak otak otak itu sehinggakan aku tak sempat nak snap gambar *gelojoh ceh. Air adalah longan milk tea, aku pernah minum suatu ketika dulu masa kuar ngan maya dan cik z. Lazat seperti selalu. 

Maka berakhirlah n3 yang berabad lamanya ini. So next entri pula yer.

Pesanan org yang suka buat sepah: Gigih aku kemas meja opis di waktu makan tengahari, habuk bertebaran disana sini. Haacchhuuummmmmm *padan muka ko*.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis