Saturday, February 5, 2011

Ekspress pergi dan ekspress balik

Assalammualaikum, ni juga salah satu n3 berlapuk tahap habuk habuk. ater gambarnya suma kat adik aku, mana aku nak cakarkannya *tetiba tringat dlsr aku yang lama terperuk lam lemari. ok ok back to story.  Bulan lepas kami seangkatan keluarga ke JB sana. Tujuan? tak dapat dipastikan. So ikut je la kut.
Seawal subuh gajah dah bergerak dari PD. Yang penting aku jadik penumpang muhahaha. Aku, parent aku ngan adik satu kete. Ibam sekeluarga satu kete.

*Kemain hepi kamu yer*

Memula pi srapan di hentian ayer keroh, Cam biasa kalau pi makan kat hentian rehat ni, mana ada yang sedap. Semua sekadar dapat mengalas perut. Settle makan trus sambung jalan tanpa henti ke JB sana, kalau dari PD perjalanan mengambil masa dalam 4 jam, kalau dari KL? ko kira sendiri. 

*Ini bukan makan beradab*

Hentian pertama adalah Jusco teberau, uih jusco ni hebat, aku siapkan war warkan pada double a, walaupon peratusan nak kesini lagi cam tipis je kan. Tapi aku tak kira, Jusco ni mmg haibat, ada calvin klein, guess, topman, semua kedai hebat ada. So aku mmg mengkagum la, sbb kat kl slalu Jusco smua cam cikai cikai je. Zas zus trus ke food court, makan tgh hari, aku tak makan heavy, sbb skarang ni rutin pemakanan aku mmg tiada ruang utk lunch. Jadi makan yong tau foo saja. Then sambung jalan, beli baju ikhwan dan sbagainya. 

*Kehairanan tgk atuknya atas kosi urut, posisi tangan tak leh blah*

Seriusnya ada empat shopping kompleks yang dihadap kat JB ni, sampaikan aku sendiri lupa apa ke namanya smua tempat tu, yang aku ingat adalah Jusco Tebrau ngan City Square. Itu sahaja. Masa duk berjalan jalan tu,  Apak aku sudah try kosi urut. Pastu dah addict plak. Ujung ujung kat metrojaya plaza pelangi aku rasa, smua bantai try kosi tu. Aku pun terjebak. 


*Kami yang satu acuan*

Ok, tetiba dah sampai malam kan, ibam sarankan makan kat Danga Bay. Semua pon cam kekenyangan lagi sbb baru membaham burger mekdi. Tapi tekak nak makan gak. So tuju la ke satu kedai makan ni, namnya bawang merah. Kut ek. Aku tak pasti muhahaha. Ada package makanan di terdiri daripada ikan bakar, tomyam, kerang bakar, sayur campur, sotong goreng tepung. Pastu up lagi rojak buah, mee rebus ngan bakso. Eh kata dah kenyang tadi kan? tapi pasti lah bukan aku yang makan, aku makan nasi pun share ngan adik saja.

*Angel Fish bakar*



*Sotong kurita goreng tepung*

*Tom yam belut*

*Makan atas kapal, satu kepala rm50. mampoo?*

Settle makan makan, meneruskan perjalanan balik ke PD, eh lupa lak nak kasik tau, masa dalam town aku memandu yer *dipaksa*. so bila masuk highway, masa aku lak nak tido sepuasnya. 

Pesanan dari farid yang kuat makan: yer ini entri paling ekspress. Muhahaha aku tak rajin nak bikin sikit sikit ye. So kasi zas skali harung. I know what u did in JB, huahuahua

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis