Monday, February 14, 2011

Love, Nora @Astro Citra




Pada 13 Feb yang lepas astro 131 (citra) telah menayangkan satu kisah cinta tajuknya Love, Nora. Mungkin bersempena Valentine Day pada keesokkan harinya. Mula mula adik aku yang beria nak tgk, last last aku yang layan dan dia ntah kemana. (gara gara internet connection masalah, so duduk depan tv sahaja)

Will Quah, Yana and Yasmin



Crita berkisarkan Nora (Yasmin), dan kawannya lakonan Yana ke Italy untuk jalan makan angin. Tiba di Cortona. Nora dan kawannya di tinggalkan bas pelancong akibat terleka di ladang buah zaitun. So sudah menggelabah membayangkan camna nak balik, nasib menyelebahi mereka kerna berjumpa ngan Raul (will quah) mamat italy yang cuti belajar di rumah mak nya di Cortona. Raul sudah pelawa mereka berdua bermalam di rumah maknya sementara menunggu keesokan harinya for next tourist bus. 



Dari situlah Nora sudah tangkap cintan sama Raul. Aku agak kagum meliahat Will Quah berbahasa Italy dengan lancarnya. Syabas. Then Mereka pulang ke KL dalam senyap senyap dan hanya tinggal kan surat sbb Nora sudah berat hati mau balik KL sbb tak sanggup nak tinggalkan cinta hatinya di Tuscany, Italy.



Tiba satu hari, Raul muncul di rumah Nora. Happy gila muka Raul, Nora pun apa lagi lompat happy la, Bila di tanya " how did u find my house?", Raul jawab "i use google map" gila power google map. Maka merayu rayu la si Nora pada maknya lakonan Dian P ramlee untuk bertkahwin dengan Raul. Maknya tak stuju, tapi Wannya (nenek nora) stuju ngan nora. Stelah dipujuk pujuk makanya kahwin lah mereka. 



Mereka sudah buka restoran di sebabkan Raul belajar tentang masakan. Tak lama lepas tu Nora sudah sakit dan meninggal dunia, damn. Dia siap siap tulis email pada Raul apa yang patut Raul buat setelah ketiadaan Nora nanti. Antaranya, Nora minta Yana untuk bawak Raul register kelas bahasa melayu. Kat situ Raul nyaris nyaris tangkap cinta sama cikgu bahasa nya lakonan irma hasmie. Tapi cam tak jadi plak cintanya. 

Then Nora ada tulis surat, dan suruh Raul bg pada mamanya (yang selama ini bermasam muka akibat kurang bersetuju perkahwinan itu) dan meminta mamanya membaca depan Raul. Sedih sungguh isi suratnya. Then Raul ada bergaduh dengan Yana akibat yana asyik mention Nora itu, Nora ini, and she seems tak sedih pun. Rupanya Yana sudah berjanji dengan Nora yang dia takkan bersedih depan Raul walaupon pada hakikatnya dia sedih teramat sangat akibat kawan baiknya sudah tiada.



Email seterusnya meminta Raul balik ke Tuscany untuk berjumpa maknya.Maka berangkat la Raul balik ke tanah airnya, tanpa dapat menghubungi yana. Sesampai sahaja di Tuscany, Yana muncul membawa surat terakhir dari Nora. Surat meminta supaya Raul terimalah cinta barunya. And guess what Raul love Yana. Then there goes a new happy couple. 

Cerita ini mulanya berlatar belakangkan Tuscany, sangat sangat indah pemandangan disitu. Jalan cerita dan watak semuanya bagus, bahkan lagu lagu di sepanjang cerita juga berkaitan dengan scene scene yang sepatutnya. Syabas pada tuan pengarah, and congrates pada Will yang mampu berbahsa italy dengan lancarnya. oh and korang pasti wonder bout the title kan? Nora tulis "Love, Nora" di ending every single email and letter. Simple rite? :)

Jika ada ulangan korang patut tonton cerita ini. Ini lagu temanya.


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Pesanan Farid: Harap harap ada kluar dvd ini cerita la.




8 comments:

syatorres said...

baru tengok cite ni td. ade list lagu laen x?
sbb nak tau sape penyanyi lelaki yg nyanyi td. sedap

farikh said...

errm rasa tu lagu nubhan- seadanya aku

Mya said...

terbaik oh cerita ini...
dan sedih juga..

farikh said...

yup like masterpiece of love story. bukan tipikal cerita melayu

ASAA said...

baca sinopsis nih, tetiba kan teringat pasal cerita P.S I Love You. Sebijik! hehehehhe

farikh said...

hah aa gak org kata this story lebih kurang mcm P.s i love you. Betul kah?

AmalinaRohaizat said...

eh eh kite dah tengok . HAHAHA sedih habess . macam nak ngess . hehe

farikh said...

mmg sedih huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis