*aku rasa cam ada je kut gambar aku kat tempat ni sbelom ni*
Last week selepas settle sesi blaja memandu (yer aku cikgu yang garang), trus decide mau pi Tmn rerama disebabkan dekat je pun kan. Dari padang merbuk ke taman tu skentut je dah sampai. Rege tiket adalah rm8. Kalau foreigner rm18. Aku rasa aci yang jaga kaunter tiket tu kene pi tukar spek tambah power, sbb tak dapat bezakan org tempatan ngan foreigner. Manjang nak cas foreigner, last time aku pi pun sama gak nak cas mahal, ewah sedap mata kau je nak cas org memahal.
*ni namanya face man bug, sbb apa?*
Ini adalah kali ketiga aku mai sini. Rerama nya makin hari makin kurang. Punya lah payah nak bergambar ngan rerama, sampai aku kene kejar tangkap sekor. Nama taman rerama, tapi rerama kau sipi sipi je, camna? cam biasa lepas jalan kat luar yang panas nak mampos di petang hari, trus masuk dalam ada tempat serangga la bagai. sejuk siket sbb ada aircond. Nyaman. Pas dah hilang peluh trus balik.
Ok pas balik dari taman rerama, trus pi JJ au2 plak. Jalan jalan beli kek frozen then pi makan malam la. Kedai pilihan hati adalah Teppanyaki. Memula kedai ni kosong, pas kami duduk trus ramai. Cam biasa gambar tak sempat nak snap sbb dah lapar tahap kerbau gila. Kami mengambil menu yang sama yakni chicken teppanyaki, japanese tea ngan ice lemon teh tak sedap rasa ubat blueekk. (makan malam ini ditaja)
*heaven dowh*
Criter ini adalah sambung menyambung disbbkan aku rajin nak taip pepanjang (walhal malas nak buat banyak n3). Esok plak lepas tgk wayang cerita No String Attached yang tak best tu trus pi secret recipe kat the curve sbb nak minum stroberi milk shake. Mengidam oi, nak sangat sangat minum. Makan plak amek Black Pepper Lamb Pie yang enak. tapi hati aku dah terdetik ni susu campur ngan black pepper mmg nahas, ada harapan tido lam bilik ni kang.
Dah settle membaham smua yang ada, trus balik umah. Tido sampai kul 5. Pastu bangun, kepala ngan tengkuk sakit teramat sangat. Angin barangkali. Ada harapan mc nih (yahoo), tapi baru awal tahun dah nak mc, mmg kau sangat mengada, sakit sikit nak mc, sakit sikit nak pindah duk spital. Tapi di atas kebijaksanaan makcik aku yang suh minum air panas banyak banyak, pastu aku sendawa tak berhenti, alhamdulillah trus sihat, dan trus capai pinggan nak makan asam pedas muhahaha. Trus tak jadik mc plak *sigh*.
Pesanan farid yang banyak angin: Dalam percubaan untuk tidak bertindak mengikut hati. Sbb member aku marah, aku slalu bertindak mengikut hati. Now it make sense. Damn it. (makasih pada yg menghulurkan kata kata itu muahhh)
No comments:
Post a Comment