Thursday, February 3, 2011

Berkursus sambil makan sambil dicerca



Sebagaimana korang sedia maklum aku ada pergi kusus admin skill kononnya di ritz carlton bersama nok. Last entri itu hari aku ada gitau aku kene buat public speaking la kekdahnya. Pitam main goreng sesuka hati, paling tak leh blah dalam bahasa inggeris. Tapi si Sheena yakni si speaker kursus itu berkata aku banyak sangat "erm", "err", kata tak buat homework kan pasti la ketaq ketaq. Tapi dia kasi kredit la katanya, aku punya projection suara (suara aku satu kampung leh dgr) dan grammar sangat bagos. Katanya la kan kut nak jaga hati aku je selepas meng hanj kan aku.




Dan korang tau apa hasilnya bila di akhir kos ni, aku dilabel sbagai Cold, unfriendly dan unapproachble. Wah konon aku blagak la sangat? Apa ko espek, takkan aku nak melompat terkinja ngan makcik makcik kat situ *sila baca sambil cekak pinggang*. Dia kata aku sangat berbeza ngan nok yang very friendly, dia tak tau nok tu gatal. *ada je modal ko kan. Defensive ni. Sesedap hati nak lauk aku, poodah.



Menu makanan yang disediakan sepanjang dua hari adalah di Star Hill gallery sana, so sbelom makan ko kene jalan dulu baru ko dapat makan. Menu hari pertama kami di bawa ke Jake's. Kedai steak ni, aku tgk menu adalah berupa package berhaga rm50 sekepala. So boleh pilih, daging, ikan atau ayam.Aku bertindak save utk mengorder ikan sahaja. sbb kalau masak daging ada kemungkinan ada alcohol. Ceh macam la masak ikan tu tak leh pakai alkohol kan. Tapi jangan risu logo halal dah terpampang kat depan kodai. Hidangan diserikan dengan sup ntah hapa dan ice lemon tea juga secawan eskrem dan roti bawang putih. Banyak sangat "dan" & "juga" ko kan.



Hari kedua adalah menu makan di Tarbush. Haa beriyani ayam dua ketol kauuu. mampu? aku bernasib baik sbb dapat nasik siket sahaja. So dengan perasaan bangga diri dapat habiskan nasi itu. Nok amek kambeng yang lembut, juicy dan tender. Ayam yang diberi dua ketol tu nak meloya bilamana usaha untuk menghabiskan nya walaupon tidak berjaya jua.


So kesimpulan nya, aku pi kusus tu dan aku rasa kusus tu tak related dengan tugas aku. Boleyyy?! Ahh lantak janji kuota kursus aku tinggal satu je lagi. Buat n3 kursus tapi satu gambar dalam klas pon tarak. Sila salahkan sheena tu sbb dia kata kalau dia nampak kami pegang enpon, dia nak rampas. Haruslah ketakutan sbb sebahagian nyawa saya di enpon buruk saya ini. Sekian.

Pesanan bg mereka yang slalu pegi kursus: Sila kaji module kursus berkenaan sbelom terkinja nak menghadiri kursus berkenaan.Ujung ujung ko nyesal tak berkesudahan. 

2 comments:

Nora Shahaira said...

ish...ye ke? tak related langsung? takkanlah...

pa-apa pun kita anggap je lah sebagai pengalaman ye..

farikh said...

yup raise experience katanya huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis